Followers

Tuesday, October 29, 2019

Keguguran Kandungan ke-6 - Part 6 (D&C)

Assalamualaikum,

Selepas setkan appointment untuk d&c, maka saya ada seminggu untuk sediakan mental dan fizikal. Walau macam mana saya cuba elakkan d&c tu.. apa kan daya, Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya.

Sehari sebelum d&c saya dapat panggilan daripada Wad Daycare untuk ingatkan saya perkara-perkara yang perlu saya buat menjelang d&c:

1. Puasa bermula jam 12 tgh malam. Air kosong pun tak boleh minum
2. Tanggalkan semua barang kemas dan simpan.
3. Pastikan datang dengan waris dan tinggalkan barang berharga pada waris. Tapi takpe je kalau waris tak boleh tunggu. Barang berharga mcm handphone dan purse boleh tinggalkan kat kaunter wad daycare. Nanti kita cuma isi borang untuk declare barang yang kita tinggalkan bawah penjagaan hospital sementara kita masuk OT. Cuma make sure waris ada untuk bawak kita balik. Kesan ubat bius mungkin membuatkan kita tak selamat untuk memandu.

Husband dah apply cuti untuk hari Jumaat. Plan asal saya akan ke HPJ naik grab je. Memandangkan doktor minta saya ke hospital jam 7 pagi dan anak-anak pulak tak boleh nak dihantar awal sangat. Jadi husband akan uruskan anak-anak la pagi tu..

18 Oktober 2019 (Jumaat) - Ready or Not...
Akhirnya saya ikut sekali husband hantar anak-anak n terus ke hospital lepas tu. Sampai hospital dalam 7.40 pg jugak lah. Tapi takpe je .. Memang hospital suruh dtg awal tapi still kita kena queue tunggu turn masuk OT. Kalau kita awal and rezeki OT kosong, dapatlah turn awal kan.

Sampai-sampai je HPJ terus naik tingkat 1, Wad Daycare sementara husband gi cari parking. Daftar kat kaunter dan saya diberikan baju hospital untuk disalin. Pakaian dalam semua kena tanggal. Tapi since saya masih bleeding, saya tak tanggal lagi la panties. Kang abis bocor sana-sini pulak huhu.. Lepas tu nurse bawak kita ke katil. Beg baju spare saya tak bawak masa ni. Tinggalkan dalam kereta je. Bawak handbag and beg plastik ekstra. So pakaian saya, saya letak dalam plastik je lah.

Doktor perempuan datang dan terangkan serba sikit prosedur dan risiko-risko yang bakal saya hadapi. Kena sign borang consent menandakan kita faham dan setuju. Doktor cucuk kat tangan kiri untuk ambil sample darah untuk pemindahan darah jika perlu. Doktor suruh saya rehat dulu. Nanti ubat untuk buka jalan akan dimasukkan dan selepas sejam baru boleh masuk OT.

Sambil rehat-rehat tu.. untuk tenangkan hati saya banyakkan istighfar dan selawat. Dan sempat jugak la baca surah yaasin 2 round. Dalam pukul 10 kot barulah ubat untuk bukak jalan tu dimasukkan, saya mula bleeding lebih banyak. Tapi takde rasa sakit pulak. Ada yang saya tahu tu, sakit mcm contraction lepas masuk ubat tu. Once ubat dah dimasukkan, kita tak boleh bangun. Kena baring terlentang je utk sejam supaya ubat tu tak keluar balik. So kalau nak ke toilet ke kena selesaikan sebelum tu ya.

Doktor bius ada datang terangkan yang saya akan dibius penuh memandangkan saya perlu balik hari yang sama. Katanya kalau bius separuh badan tu, kesan dia hilang dalam 6 jam jugak. Macam mana nak balik kalau nak berjalan sendiri pun x boleh kan. Oo.. macam tu rupanya. Dengar bius satu badan tu mcm scary je.. Ye lah kita pengsan dan tak tau apa yang dilakukan atas kita. Mana la tau lepas tu tak sedar-sedar kan. nau'zubillah.. Tapi sebenarnya, bersyukur dibius penuh. ;p

11.45 pagi - Ditolak ke OT
Lepas setel tinggalkan barang-barang berharga kat kaunter, nurse pun tolak ke OT naik wheelchair. 

Kat luar OT pindah naik katil and kena tanggalkan baju hospital yang lapisan luar (Ada 2 lapis baju). Kain pun kena tanggal dah time ni tapi diselimut la. Masuk je dalam OT memang serah diri je.. Badan kena tampal dengan sensor-sensor kot n pastu dipakaikan mask oksigen. Ingatkan dia nak bagi ubat bius thru gas. Tunggu-tunggu tak pengsan pun.. Dalam hati bila nak pengsan ni. malu tahap gaban dah ni.. sebab ada doktor/nurse laki gak dalam OT tu. Tak lamat lepas tu dia masukkan ubat bius thru jarum yg dah tercucuk kat tangan masa doktor amik sample darah kat wad tadi. Uishhh panas!! huhu.. Ya Allah.. memang sakit! Allah tak bagi rasa sakit contraction tapi rasa sakit masa nak masuk ubat. Tak lama lepas tu terus tak sedar apa dah......

Kesan lebam tempat kena cucuk (hari ke-4)

1.30 petang - Baru Sedar
Sedar-sedar dah ada kat luar OT. Alhamdulillah semua berjalan lancar (I guess). Nurse tanya ada rasa pening, nak muntah dll? Saya jawab ok, xde pun. Lepas tu kena pindah katil untuk balik ke wad. Alhamdulillah boleh angkat badan sendiri untuk pindah katil. Sampai je kat wad saya dihidangkan bubur nasi yang sangat la sedap! Haha.. sebab kelaparan kot..


Sambil makan wasapp husband bgtau dah selesai so dah boleh balik la jap lagi lepas doktor cek and amik ubat. Alhamdulillah dalam pukul 3 kot dah discharged. Sempat singgah pasar sebelah stesen ERL tu beli ikan n sayur untuk berpantang. hihi..

Oh ya... sebelum masuk OT, nurse banyak kali tanya untuk make sure kita tak pakai barang kemas.. atau ada gigi palsu atau gigi yang longgar. Sebab tak boleh ada besi pun pada badan kita masa prosedur. Pasal gigi palsu/ gigi longgar tu, sebabnya nanti tiub akan dimasukkan ke mulut kita - tak pasti pulak untuk apa. mungkin masukkan oksigen? Entahlah.. So agak bahaya la kalau ada benda asing dlm mulut kan. Takut tiub terlanggar tak pasal-pasal tercekik pulak. huhu.. Saya perasan lepas sedar dari d&c, tekak memang rasa lain macam.. macam ada rasa ruang kosong. The next day pun tekak rasa agak sakit. Tu je la kesan sampingan yang saya dapat lepas d&c. Alhamdulillah, takde pening-pening or loya-loya. Syukur alhamdulillah Allah permudahkan..

Selesai pun posting pasal pengalaman keguguran saya ... Saya pun dah naik kerja hari ni. InsyaAllah ada rezeki saya share pasal berpantang lepas keguguran ya. Tq semua yg sudi baca sharing saya ni.. Kat bawah ni saya bagi link ke posting saya dari Part 1 hingga Part 6:


Episod Keguguran Kandungan ke-6 - Part 1 (Spotting)
Keguguran Kandungan Ke-6 - Part 2 (What Happened?)
Keguguran Kandungan Ke-6 - Part 3 (Bleeding)
Keguguran Kandungan Ke-6 - Part 4 (Pergi Hospital Naik Grab!)
Keguguran Kandungan ke-6 - Part 5 (Sangkaanku Meleset Lagi)
Keguguran Kandungan ke-6 - Part 6 (D&C)

Moga perkongsian saya ni dapat memberi manfaat kepada semua yang membacanya.
Assalamualaikum! =)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...