Followers

Tuesday, October 29, 2019

Keguguran Kandungan ke-6 - Part 6 (D&C)

Assalamualaikum,

Selepas setkan appointment untuk d&c, maka saya ada seminggu untuk sediakan mental dan fizikal. Walau macam mana saya cuba elakkan d&c tu.. apa kan daya, Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya.

Sehari sebelum d&c saya dapat panggilan daripada Wad Daycare untuk ingatkan saya perkara-perkara yang perlu saya buat menjelang d&c:

1. Puasa bermula jam 12 tgh malam. Air kosong pun tak boleh minum
2. Tanggalkan semua barang kemas dan simpan.
3. Pastikan datang dengan waris dan tinggalkan barang berharga pada waris. Tapi takpe je kalau waris tak boleh tunggu. Barang berharga mcm handphone dan purse boleh tinggalkan kat kaunter wad daycare. Nanti kita cuma isi borang untuk declare barang yang kita tinggalkan bawah penjagaan hospital sementara kita masuk OT. Cuma make sure waris ada untuk bawak kita balik. Kesan ubat bius mungkin membuatkan kita tak selamat untuk memandu.

Husband dah apply cuti untuk hari Jumaat. Plan asal saya akan ke HPJ naik grab je. Memandangkan doktor minta saya ke hospital jam 7 pagi dan anak-anak pulak tak boleh nak dihantar awal sangat. Jadi husband akan uruskan anak-anak la pagi tu..

18 Oktober 2019 (Jumaat) - Ready or Not...
Akhirnya saya ikut sekali husband hantar anak-anak n terus ke hospital lepas tu. Sampai hospital dalam 7.40 pg jugak lah. Tapi takpe je .. Memang hospital suruh dtg awal tapi still kita kena queue tunggu turn masuk OT. Kalau kita awal and rezeki OT kosong, dapatlah turn awal kan.

Sampai-sampai je HPJ terus naik tingkat 1, Wad Daycare sementara husband gi cari parking. Daftar kat kaunter dan saya diberikan baju hospital untuk disalin. Pakaian dalam semua kena tanggal. Tapi since saya masih bleeding, saya tak tanggal lagi la panties. Kang abis bocor sana-sini pulak huhu.. Lepas tu nurse bawak kita ke katil. Beg baju spare saya tak bawak masa ni. Tinggalkan dalam kereta je. Bawak handbag and beg plastik ekstra. So pakaian saya, saya letak dalam plastik je lah.

Doktor perempuan datang dan terangkan serba sikit prosedur dan risiko-risko yang bakal saya hadapi. Kena sign borang consent menandakan kita faham dan setuju. Doktor cucuk kat tangan kiri untuk ambil sample darah untuk pemindahan darah jika perlu. Doktor suruh saya rehat dulu. Nanti ubat untuk buka jalan akan dimasukkan dan selepas sejam baru boleh masuk OT.

Sambil rehat-rehat tu.. untuk tenangkan hati saya banyakkan istighfar dan selawat. Dan sempat jugak la baca surah yaasin 2 round. Dalam pukul 10 kot barulah ubat untuk bukak jalan tu dimasukkan, saya mula bleeding lebih banyak. Tapi takde rasa sakit pulak. Ada yang saya tahu tu, sakit mcm contraction lepas masuk ubat tu. Once ubat dah dimasukkan, kita tak boleh bangun. Kena baring terlentang je utk sejam supaya ubat tu tak keluar balik. So kalau nak ke toilet ke kena selesaikan sebelum tu ya.

Doktor bius ada datang terangkan yang saya akan dibius penuh memandangkan saya perlu balik hari yang sama. Katanya kalau bius separuh badan tu, kesan dia hilang dalam 6 jam jugak. Macam mana nak balik kalau nak berjalan sendiri pun x boleh kan. Oo.. macam tu rupanya. Dengar bius satu badan tu mcm scary je.. Ye lah kita pengsan dan tak tau apa yang dilakukan atas kita. Mana la tau lepas tu tak sedar-sedar kan. nau'zubillah.. Tapi sebenarnya, bersyukur dibius penuh. ;p

11.45 pagi - Ditolak ke OT
Lepas setel tinggalkan barang-barang berharga kat kaunter, nurse pun tolak ke OT naik wheelchair. 

Kat luar OT pindah naik katil and kena tanggalkan baju hospital yang lapisan luar (Ada 2 lapis baju). Kain pun kena tanggal dah time ni tapi diselimut la. Masuk je dalam OT memang serah diri je.. Badan kena tampal dengan sensor-sensor kot n pastu dipakaikan mask oksigen. Ingatkan dia nak bagi ubat bius thru gas. Tunggu-tunggu tak pengsan pun.. Dalam hati bila nak pengsan ni. malu tahap gaban dah ni.. sebab ada doktor/nurse laki gak dalam OT tu. Tak lamat lepas tu dia masukkan ubat bius thru jarum yg dah tercucuk kat tangan masa doktor amik sample darah kat wad tadi. Uishhh panas!! huhu.. Ya Allah.. memang sakit! Allah tak bagi rasa sakit contraction tapi rasa sakit masa nak masuk ubat. Tak lama lepas tu terus tak sedar apa dah......

Kesan lebam tempat kena cucuk (hari ke-4)

1.30 petang - Baru Sedar
Sedar-sedar dah ada kat luar OT. Alhamdulillah semua berjalan lancar (I guess). Nurse tanya ada rasa pening, nak muntah dll? Saya jawab ok, xde pun. Lepas tu kena pindah katil untuk balik ke wad. Alhamdulillah boleh angkat badan sendiri untuk pindah katil. Sampai je kat wad saya dihidangkan bubur nasi yang sangat la sedap! Haha.. sebab kelaparan kot..


Sambil makan wasapp husband bgtau dah selesai so dah boleh balik la jap lagi lepas doktor cek and amik ubat. Alhamdulillah dalam pukul 3 kot dah discharged. Sempat singgah pasar sebelah stesen ERL tu beli ikan n sayur untuk berpantang. hihi..

Oh ya... sebelum masuk OT, nurse banyak kali tanya untuk make sure kita tak pakai barang kemas.. atau ada gigi palsu atau gigi yang longgar. Sebab tak boleh ada besi pun pada badan kita masa prosedur. Pasal gigi palsu/ gigi longgar tu, sebabnya nanti tiub akan dimasukkan ke mulut kita - tak pasti pulak untuk apa. mungkin masukkan oksigen? Entahlah.. So agak bahaya la kalau ada benda asing dlm mulut kan. Takut tiub terlanggar tak pasal-pasal tercekik pulak. huhu.. Saya perasan lepas sedar dari d&c, tekak memang rasa lain macam.. macam ada rasa ruang kosong. The next day pun tekak rasa agak sakit. Tu je la kesan sampingan yang saya dapat lepas d&c. Alhamdulillah, takde pening-pening or loya-loya. Syukur alhamdulillah Allah permudahkan..

Selesai pun posting pasal pengalaman keguguran saya ... Saya pun dah naik kerja hari ni. InsyaAllah ada rezeki saya share pasal berpantang lepas keguguran ya. Tq semua yg sudi baca sharing saya ni.. Kat bawah ni saya bagi link ke posting saya dari Part 1 hingga Part 6:


Episod Keguguran Kandungan ke-6 - Part 1 (Spotting)
Keguguran Kandungan Ke-6 - Part 2 (What Happened?)
Keguguran Kandungan Ke-6 - Part 3 (Bleeding)
Keguguran Kandungan Ke-6 - Part 4 (Pergi Hospital Naik Grab!)
Keguguran Kandungan ke-6 - Part 5 (Sangkaanku Meleset Lagi)
Keguguran Kandungan ke-6 - Part 6 (D&C)

Moga perkongsian saya ni dapat memberi manfaat kepada semua yang membacanya.
Assalamualaikum! =)

Saturday, October 26, 2019

Keguguran Kandungan ke-6 - Part 5 (Sangkaanku Meleset Lagi)

Assalamualaikum,

Ok kita sambung kisah penantian yang tidak berpenghujung ni. hehe... Seingat saya, nak beranak pun takde kecoh and kalut macam ni ;p Yelah, first time kot keguguran. Bagi mak anak ramai macam saya, proses bersalin tu dah boleh agak pattern dia. Sebab dah ada pengalaman je sebenarnya kan. Ni tak ada pengalaman, terus jadi haru-biru hidup. hahaha... 

Sambung dari Part 4, lepas 'false alarm' tu.. hehe.. darah makin lama makin berkurang. Masuk ke hari Jumaat, tinggal spotting sikit-sikit je. Acually ada keluar seketul kecik macam daging yg ada urat putih tu. Tapi cinonet je. Macam hujung jari kelingking je saiznya. Adik saya kata possible jugak kantung tu kecik macam tu. Saya pun yakin 90% yang itulah kantungnya. Cewahh siap sapu minyak herbanika NR, pakai stokin semua tau lepas tu. Nak mula berpantanglah kononnya (>.<)

13 Oktober 2019 (Ahad) - Tak sanggup tunggu lagi
Cakap dengan husband, jom lah gi hospital.. scan. Nak confirmkan je. Hati macam berbunga-bunga sebab tak sabar nak move on. So pagi-pagi dah ke Wad Bersalin HPJ. Tak ramai org pun.. tenang je. Lepas register terus masuk ke dalam n tukar kain hospital. 

Kali ni saya diattend oleh doktor lelaki cina n seorang doktor pelatih lelaki..(Nangis dalam hati je lah.. huhuhu!!) Tapi memang ada nurse pompuan yang teman. First sekali doktor cek jalan. Jalan memang tak terbuka. Lepas tu doktor scan. Nampaknya kantung tu masih ada lagi kat dalam. Huhu..Frustnya rasa. Doktor kata boleh balik dulu dan tunggu lagi..Tapi sebelum nak balik tu saya fikir, sampai bila nak tunggu?? Menantikan sesuatu yang tak pasti. So akhirnya, walaupun ikutkan hati ni takut sangat nak d&c, saya mintak doktor untuk setkan appointment untuk d&c. Tarikhnya ialah 18 Okt 2019 hari Jumaat. Bermakna genap 3 minggu saya spotting dan bleeding menunggu kandungan keluar sendiri.  Lepas doktor bacakan risiko-risiko prosedur kepada saya, saya pun pulang dengan hati yang redha. 

Sebenarnya saya takut bila baca pasal d&c ni. Seboleh-bolehnya biarlah kantung tu keluar sendiri dan tak perlu masuk OT. Ada juga saya makan nenas pada hari Rabu dengan harapan dia keluar sendiri. Tapi tak berhasil pun. Akhirnya tibalah hari yang ditakuti....

InsyaAllah kita sambung dalam next entry ya. Sorilah nak cepat abiskan je ni..Gambar pun tak ada. Next time saya cuba cari apa-apa gambar yang sesuai ya. ;)

Assalamualaikum...


Keguguran Kandungan Ke-6 - Part 4 (Pergi Hospital Naik Grab!)

Assalamualaikum,

Part 4 dah ya? Harap takdelah sampai part 10. ;p

Nak masuk part paling suspens dah ni. Klimaks la kiranya. 

7 Oktober 2019 (Isnin) - Darah Penuh Pad
Saya perasan tengah hari tu pad penuh dgn darah. Maknanya darah makin banyak keluar drp biasa. Petang pun macam tu juga. Penuh. Hati dah mula risau. Lepas maghrib wasapp husband bagitau. Husband pun bergegas balik rumah. Sampai-sampai rumah, tanya nak gi hospital ke? Alamak.. macam mana anak-anak? Siapa nak jaga? Tak apalah tunggu dulu tengok esok macam mana.. 

8 Oktober 2019 (Selasa) - Kecoh!
Pagi pergi kerja macam biasa. Tapi lepas tu terasa nak jumpa doktor and check. Syukur husband tak pergi kerja lagi. So zass balik rumah and husband bawak pergi Pusat Bersalin Berisiko Rendah. Bila bagitau doktor malam tadi bleeding banyak, kena setepek kenapa tak terus ke hospital??? Aduhai.. tadah je lah telinga. 

Hasil scan mendapati kantung masih tak keluar lagi. Dan doktor confirmkan memang kandungan takde progress dah. Doktor kata tunggu je lah dia keluar sendiri. Bleeding akan semakin banyak. Doktor ingatkan lagi tekstur kantung tu macam perut ikan. Warna kelabu-kelabu and kenyal macam isi daging. Kalau darah, kita tekan akan hancur. Tapi isi takkan hancur. Iya doktor, faham. Walaupun masih tak boleh nak bayangkan rupanya.

Lepas cek dengan doktor, sampai rumah dah tengah hari..Husband gerak ke pejabat. Saya pulak.. Arh malas lah nak masuk ofis. Rasa letih pulak. So mandi-mandi n rehat kat rumah. Anak-anak bujang pulak kafa cuti so meriah lah rumah. Dalam pukul 4 gitu, bukak la laptop. Cek emel and rasa nak buat kerja sikit..masa duduk tu dah terasa laju darah keluar.. huhu.. Lepas tu terbatuk. Sekali rasa zuupp macam ada sesuatu keluar.. Aduh suspen dah... Terus ke toilet. Tu dia..seketul benda atas pad. Iya ke ni? Darah banyak dah keluar..So duduk je atas toilet bowl tu sambil cuba bersihkan sesuatu yang keluar tadi. Tak berani nak tekan kuat-kuat huhu.. scary. Besar dia lebih kurang separuh penumbuk. Dalam hati terdetik, ye kot ni.. dah keluar. Cuba nak confirmkan dengan kawan doktor saya tu. Tapi dia pun tak pasti. Kena ke hospital segera n bawak sekali. So saya letakkan atas pad bersih n bungkus dengan plastik.. Agak-agak darah dah tak keluar laju saya pun bersiap untuk ke hospital. Wasapp husband and mak. Bagitau nak ke hospital naik grab je. Yela, nak tunggu husband balik, jauh.. dalam sejam baru dia sampai. Kang sis pengsan kat rumah sebab blood lost acaner? Siap packing beg macam org nak bersalin kat hospital. Haha.. ye la, in case kan. Sis mana lah tau macam mana keadaannya nanti. Pesan kat anak-anak itu ini.. Dalam group wasapp family dah kecoh. Mak kata otw nak datang (all the way from Muar). Risau gamaknya.. ye lah..mak tak ada pengalaman miscarriage.  Husband pun dah gerak dari ofis.. Petang-petang ni memang jem.. Tambah pulak skrg musim hujan waktu petang. Bertambah la jemnya..

Sampai je HPJ terus ke Emergency. Saya disuruh ke Wad Bersalin. Ok baru perasan tak bawak buku pink. Tapi tak kisah pun sebab diorang pun tak expect saya dah bukak buku sebab masih awal pregnancy kan. Nasib baik bawak buku appointment kecik tu. Rekod semua dah ada dalam sistem. Lepas daftar kat kaunter wad bersalin, masuk ke dalam n tukar kain hospital. Ish macam time nak bersalin aritu. Ada nampak doktor lelaki.. Dalam hati dah cuak. Alamak lupa risiko hospital kerajaan ni, dapat doktor lelaki. Huhu.. berdoalah dalam hati moga dpt doktor perempuan. Syukurlah doktor perempuan yang panggil. 

Doktor scan and nampak masih ada kantung kat dalam. Aduh.. frust pulak rasa. Tunjuk kat doktor benda yang keluar tu, dia kata ni ketulan darah je. Ok fine. kecoh-kecoh sekali tak keluar pun lagi. Doktor kata kantung dah ke bawah sikit. jalan pun dah lembut. Sedap la sikit hati mendengarnya. Doktor kata nak tahan kat wad pun, dia tak tau bila benda tu akan keluar. Mungkin lagi sejam.. Mungkin lagi sehari.. mungkin seminggu. So, silalah pulang ke rumah dan monitor sendiri. Doktor bagi mc 2 hari. Ok.. tunggu dan tunggu lagiiii.. Sesungguhnya penantian itu satu penyeksaan!

Ngam-ngam settle kat hospital, husband pun dah sampai Putrajaya. So terus amik saya n pergi amik anak-anak yang kat tadika n taska. Mak ayah pun sampai rumah tak lama tu. Jalan jem sebab ada eksiden. Aduhai rasa bersalahnya laa... Menyusahkan orang je. huhu.. 

Lepas 2 hari mc.. darah dah semakin kurang.. Tapi saya fobia nak ke mana-mana. Takut tiba-tiba keluar banyak macam hari tu macam mana? Nasib baik haritu kat rumah. Kalau kat ofis saya tak tau la macam mana. huhu.. So lepas mc 2 hari, saya sambung amik cuti. Tunggu punya tunggu.. Tak ada apa-apa yang berlaku. Arhh stress tau. Nak masuk 2 minggu dah ni...

Nanti sambung lagi ya.. Assalamualaikum :)

Friday, October 25, 2019

Keguguran Kandungan Ke-6 - Part 3 (Bleeding)

Assalamualaikum,

Ok, kita sambung part 3 di mana spotting kini bertukar menjadi bleeding...

27 Sept 2019 (Jumaat) - Bleeding semakin banyak
Sehari ke sehari, spotting tak berkurang pun. Malah makin banyak. Nak masuk seminggu, saya perasan dah jadi bleeding.. merah macam period. Kena pakai pad. Kalau pantiliner tu mmg penuh. Ok ok.. nekad ni nak berehat. Dah nak masuk weekend pun kan. Harapnya dapatlah berehat lebih sikit (boleh ke??)

30 Sept 2019 (Isnin) - Refer ke HPJ
Bleeding masih sama.. Tak de tanda-tanda nak berkurang. huhu.. Pergi scan lagi kat klinik dekat rumah. Baby still tak growing. 5 weeks jugak. Doktor positif yang kandungan tak jadi. Satu, sebab bleeding semakin banyak. Dua, dari minggu lepas baby takde progress. Doktor keluarkan referral letter ke HPJ. Personally, doktor suggest untuk d&c je. Tak payah tunggu-tunggu keluar sendiri. Sebab susah nak solat etc.. Saya pulak, takut nak terus buat d&c. Rasa tak bersedia. Tak apa, kita ke HPJ la dulu dengar apa saranan doktor gomen pulak.

Pergi ke wad kecemasan HPJ, katanya kena naik ke wad bersalin. Pergi ke wad bersalin, dia suruh ke Pusat Bersalin Berisiko Rendah pulak. Sebab kandungan 12 minggu ke bawah. Ok, moh ke Presint 9.

Merasalah sis scan dari bawah. Huhu.. seriau! Terbayang waktu nak bersalin dulu. Over kan? Doktor confirmkan lagi bahawa kandungan berumur 5 minggu. Heartbeat memang tak ada lagi. Sepertinya kantung je yg ada. Penjelasan doktor macam ni.. Kantung je yang sempat terbentuk. Isi tak sempat jadi.. Itu yang maksud 'kantung kosong' tu.. Ohh.. baru saya faham istilah tu.. So, doktor tetap nak tunggu lagi seminggu untuk confirmkan memang kandungan tak jadi. Jadi set next appointment pada 9 Oktober 2019 (Rabu). Ok, kita  tunggu lagiii.... Sabar ye. ni baru cerita 1 minggu. lagi 2 minggu baru abes hahaha...;p

Part suspen kita sambung next entry lah.. Sakit dah pinggang ni ngadap laptop. hehe.. Hari ni day-8 berpantang. Hmm.. pantang la sangat. Eh tapi masih setia pakai stokin tau. Cumanya budak sekolah kan dah start cuti sampai Selasa. Tak de maknanya lah nak rehat sangat... Tak apa lah, akak yang urut tu kata rahim dah kecut cantik, badan pun takde urat kembang. Cuma jaga makan pantang yg obvious-obvious tu je.. Elakkan makanan sejuk, angin tu la. Contoh mcm tembikai, kobis, cendawan... Ais confirm la kan. Selasa dah naik keje. So harapnya dapatlah selesaikan story ni sebelum naik keje. Kalau tak.. alamatnya tergantung la...

Sebelum tu nak share sikit minum petang sis semalam..

Dah lama tinggalkan cinch tea ni. Memang syiok minum time hujan2.. kuih dah manis, kita pekena minuman kelat-kelat tawar pulak..

Banyak khasiat Cinch Tea ni.. segar rasa badan...

Kalau berminat nak dapatkan produk Shaklee boleh contact saya k. 

Whatsapp: 012-2897359
IG: @aini.hl
FB: Dah tak aktif! hihi


InsyaAllah panjang umur, sis rajin.. kita jumpa next post ya.

Assalamualaikum!




Keguguran Kandungan Ke-6 - Part 2 (What Happened?)

Assalamualaikum,

Mesti ramai yang terlintas di hati bila berlakunya perkara sebegini.. Macam mana benda ni boleh berlaku?? Macam mana baby boleh stop membesar tiba-tiba je? Apa puncanya? Sebelum ni saya ingat kalau terjatuh atau ibu terlalu lasak je boleh akibatkan keguguran. Sebenarnya tak semestinya...

Menurut KKM, keguguran berlaku kpd 20% ibu mengandung. Tinggi juga kan. Selama ni elok je mengandung tak ada masalah bersalin, anak sihat. Kali ni Allah nak bagi pengalaman baru. Rasa sesuatu yang lain daripada kebiasaan. Alhamdulillah. Allah nak bagi buka mata, bukan mudah nak jadi ibu ni.. Bukan senang nak dapat baby.. 

First scan waktu 8 minggu.Tapi saiz janin baru 5 minggu.

Ramai jugak orang sekeliling saya yang ada pengalaman keguguran ni. Banyak yang saya korek drp kawan-kawan, saudara-mara.. dari internet jangan cakap la kan.. Tapi mmg saya banyak refer pada yang berpengalaman. Ye lah, what to expect, what to do. Kebetulan jugak ada seorang kawan saya, seorang doktor.. pun ada pengalaman keguguran.. So selain bertanya pada adik doktor saya, saya banyak juga bertanya pada kawan saya tu. Syukur Allah hadirkan ramai orang untuk tolong dan bagi ilmu..

Kalau nak cari punca, banyak punca yang kadang kita sendiri tak pasti yang mana satu sebenarnya. Semua adalah kemungkinan.. Salah satu puncanya, mungkin baby ada masalah genetik yang kita tak tahu. Menurut kawan doktor saya tu, apa yang berlaku memang nak berlaku.. bukan sebab kita tak jaga kandungan atau apa yg kita buat.. Jangan salahkan diri kita. Ada betulnya apa yang dia cakap.. Sebab once saya tahu saya pregnant (lambat 2 hari period je), terus saya tukar corak pemakanan saya. Rasanya tak pernah saya jaga makan macam tu lah. Kalau biasanya kopi wajib minum waktu breakfast, saya tukar kepada susu kambing. Suplemen Shaklee tu mmg konsisten amik setiap hari. Minum ESP bila lapar (ya Allah tahap kelaparan melampau-lampau betul walaupun janin dah tak membesar). Banyakkan makan buah..Benda-benda manis pun saya kurangkan sangat-sangat sebab ada history GDM masa last pregnancy. Tapi kenapa baby stop growing?? 

Sumber dari KKM:

  1. Masalah genetik: 30% keguguran berlaku sebelum minggu ke-8 dan penyebab utama adalah masalah genetik.  Embrio terhasil dari persenyawaan telur isteri dan sperma suami gagal membesar dan membahagi kepada janin.  Masalah genetik merangkumi 40-45% dari sebab keguguran.
  2. Masalah penyakit  si ibu: seperti kencing manis yang tidak terkawal, masalah struktur dalam rahim (septum) atau fibroid (lihat fibroid)
Boleh baca lagi di sini ya.

Be positif je. Semua yang berlaku tiada yang kebetulan. Semuanya pasti ada sebab dan hikmah. Bersyukurlah kita antara yang terpilih untuk journey ni..Yang pasti, pahala untuk kita kalau kita redha dan sabar. 

InsyaAllah sambung di part 3 pulak macam mana spotting bertukar menjadi bleeding...

Tuesday, October 22, 2019

Episod Keguguran Kandungan ke-6 - Part 1 (Spotting)

Assalamualaikum,

Dah pukul 3 ni, dah lunch ke? Hari ni berurut hari ke-2. Habis berurut pukul 12 tengah hari tadi, dah minum kopi n makan biskut. Lepas tu makan lempeng lagi yang balance breakfast tadi.. Kenyanglah pulak. Masak dah nasi dan lauk tapi tak lapar lagi. Kejap lagi lah kita late lunch. ;p


InsyaAllah saya cuba abadikan dalam blog ni, kenangan mengandungkan anak ke-6 (walaupun cuma untuk 11 minggu), spotting, bleeding dan seterusnya d&c kerana baby stop membesar pada umurnya 5 minggu lagi.

Masa saya lewat period selama 2 hari, hati mula gusar dan terus test sendiri. Tak sangka langsung akan naik 2 line dengan terang dan jelas memandangkan saya baru sgt lewat period.. Bagaimana pun, saya redha dan bersyukur atas rezekiNya dan tetap excited dalam tak percaya tu. Tak percaya akan bergelar ibu kepada 6 org anak. Dan tak percaya sebab saya dah letgo baju mengandung n barang-barang baby dalam simpanan. Haha.. jenuh la nak shopping balik..

17 Sept 2019 (Selasa) - Buka Buku Pink
Bila kandungan masuk minggu ke-7 saya dah buka buku pink di Klinik Desa berdekatan. Saya tak double confirm pun pregnancy di klinik lepas cek UPT tu. Saya assume semuanya ok. So, lepas 1st check up di klinik desa, saya diberikan tarikh appointment utk berjumpa doktor di Klinik Kesihatan dalam masa 3 minggu lagi.

21 Sept 2019 (Sabtu) - Mula Spotting
Nak jadi asbab, hujung minggunya saya bawa anak ke pertandingan memanah. Punyalah lama menunggu turn.. memang berdiri sepagian tu hingga ke tengah hari. Letih biasa-biasa je dan takde rasa sakit ke apa-apa. Tapi bila balik rumah, perasan ada spotting sikit. Saya anggap mungkin sebab penat berdiri lama.. Tak sedar diri masih awal pregnancy. Tapi memang pengalaman mengandung sebelum-sebelum ni, pernah berlaku spotting.. tapi dalam 2-3 hari biasanya berkurang dan hilang sendiri. Dengan syarat kena berehat la.



23 Sept 2019 (Isnin) - Cek di KK

Hari Isnin saya decide untuk cek keadaan kandungan saya di Klinik Kesihatan. Memandangkan saya tak pernah scan lagi so alang-alang ni boleh la scan sekali. Bila doktor scan, didapati kandungan saya kecil daripada usia sebenar. Saiz baby kecil, baru 5 minggu sedangkan sepatutnya 8 minggu. Doktor kata ada kemungkinan kiraan period saya tak betul. Doktor minta saya berehat (dapat la mc 2 hari) dan kalau katakan darah makin banyak, sila ke Pusat Bersalin Berisiko Rendah untuk tindakan susulan. Saya pun ok je lah. Mulalah fikir macam-macam.. Tak mungkin salah kira period, sebab seawal 2 hari lewat pun dah detect pregnant. Mulalah google untuk dapatkan info tentang kandungan yg kecil drp saiz sebenar...

24 Sept 2019 (Selasa) - Dapatkan 2nd opinion
Rasanya elok dapatkan 2nd opinion. Manalah tau silap scan ke kan. haha.. So carilah klinik dekat-dekat rumah. Scan kali kedua pun, masih sama.. Doktor kata memang saiz kandungan 5 weeks. Doktor kata tak apa, tunggu kandungan besar sikit nanti scan lagi.. Doktor pun set lagi 3 minggu kot untuk next appointment. Doktor ada bagi ubat tranexamic acid. Ubat ni saya baca, bukan utk kuatkan rahim. Tapi utk stop pendarahan. Contoh kalau kita lepas bersalin, doktor akan bagi ubat utk stopkan pendarahan kan.. Saya makan ubat ni tapi takde kesan pun.. spotting tak stop in fact makin banyak..

Mean while, saya banyak refer pada adinda saya yang nun jauh di NY sebab beliau seorang doktor juga. Alhamdulillah byk membantu..

Ok next kita sambung Part 2 ya.. dah panjang sangat ni. .. till then, insyaAllah...

Assalamualaikum...hugs..

Monday, October 21, 2019

Pantang Selepas Keguguran - Day 3

Assalamualaikum,

Dah minum petang? Orang berpantang ni limited sikit la pilihan dia. tapi sebenarnya kalau kreatif n rajin, macam-macam boleh makan. Untuk saya hari ni cuma biskut cicah kopi O. Ini pun gigih korek serbuk kopi O yang dah keras dek masuk angin, sebab makcik urut bagitau tadi kopi O bagus amalkan waktu pantang. Saya pun pernah baca yg kopi O ni bagus untuk tingkatkan metabolisme badan. Lagi bagus bancuh tanpa gula la ya.


Mana yang ada je..

Menu tengah hari tadi pulak, ikan tenggiri masak singgang. Singgang ni berkhasiat kan.. ada halia, serai, kunyit, bawang putih, bawang merah, asam keping, tomato. Nak masak pun senang, rebus je semua bahan.. makan panas-panas. pergh...Saya kalau berpantang biasa tabur lada hitam atas nasi. Memang aroma berpantang sungguh la. hehe..

Singgang - tabur daun ketumbar.. semerbak!

Lepas lunch jangan lupakan suplemen Shaklee. Biasa saya ambil suplemen saya lepas lunch n dinner. Sebab waktu pagi biasanya saya minum kopi. So untuk pastikan khasiat vitamin tu diserap dgn baik oleh badan, elok jarakkan pengambilannya dgn kafein. ;)

3 beradik ni jgn dilupakan


InsyaAllah, saya akan catatkan dalam blog saya pengalaman keguguran anak ke-6 saya. Post kali ni kasi intro dulu. hehe...Sabar ya.. saya akan titipkan sedikit demi sedikit. Macam mana pun semua bergantung kepada kesempatan dan kerajinan juga. Takut bagi harapan palsu pulak.. huhu.. Tapi insyaAllah saya cuba. Niat saya untuk dijadikan panduan dan iktibar kepada pembaca sekalian.

Till then.. see you later.. hugs!

Wednesday, May 29, 2019

Full Health Check Up

Assalamualaikum,

Siapa dah buat full health check? Angkat tangan!

OK sebelum tu, nak bagitau entry ni didraf pada bulan Ogos 2017. Ya ampunnn.. lamanya dalam draft. haha... takpelah, tak mo terlepas  untuk berkongsi benda baik kat blog ni...

Yang sebenarnya, nak cerita pun dah tak berapa nak ingat jalan cerita. Cerita apa yg ingat je lah ye. Check up ni sebenarnya dianjurkan oleh opis saya. FOC chuols.. mesti la tak nak lepas peluang kan. Ok, kita pun queue n buatlah check up. Results bukan dpt pada hari yang sama. Ada kot beberapa minggu.



So, nak share la resultsnya.

Nampaknya bacaan kolestrol semua cantik, uric acid n calcium pun dalam range.. bacaan gula pun ok. Alhamdulillah..



Adoi dah tak ingat dah maksud angka2 ni. Seingat saya dia kata saya kena tambah sikit muscle kat bahagian tangan kot. bagi seimbang.. haha.. saya kata dah dok carry baby ke hulu ke hilir pun tak cukup ke? Dia kata, kena tambah lagi. huhu...


Total fat pun ok kot (masa ni la.. skrg tak tau) .. lemak di kawasan perut masih dlm level selamat.. ada dengar pakar tu advise org yg ada masalah kat perut ni.. untuk tambah pengambilan omega 3. Sebab lemak di kawasan perut ni tak bagus.. tanda2 ada banyak lemak sekeliling organ kita. So nak pecahkan lemak2 ni .. antara tipsnya ambil sumber yg tinggi omega 3. Saya happy la.. sebab mmg dok consume Shaklee Omegaguard! Sumber omega3 ku. hehehe..

OK ..till we meet again. Nak balik dah.. assalamualaikum!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...