Followers

Thursday, July 20, 2017

Terkena juga GDM (Kencing Manis Semasa Mengandung)

Bismillah,

Tadi tengok-tengok balik posting yg berstatus 'draft'.. Jumpa lah sharing psl GDM... hmm.. ni masa fahimi 3 bulan. Semalam dia dah masuk 11 bulan. Soooo outdated. huhu.. Tapi tak apalah.. demi sebuah perkongsian, saya klik button 'publish' ya :) Moga bermanfaat..

------------------------------------

Assalamualaikum,

Tadi Fahimi check up 3 bulan, tapi tak kena injek sebab tengah tak sihat. Batuk selesema n badan pun dedar sikit. Bulan lepas ada buat test MGTT (untuk cek ada kencing manis atau tak), so tadi tanya results pada nurse. Alhamdulillah, keputusan agak cemerlang!

Fasting: 3.9
After 2 hours: 4.8

I'm free from diabetes!! Yahooo... Hehehe... 

Tak seronok tau bila badan ada penyakit ni. Lagi-lagi penyakit berbahaya macam kencing manis. Tak pernah-pernah sangka akan dapat kencing manis selama ni. Sebab, nak ikutkan dalam keluarga saya memang tak ada sejarah kencing manis. Tapi mungkin disebabkan faktor umur yang semakin meningkat plus Allah nak uji sikit je.. Maka dapatlah merasa diabetes selama 9 bulan. ;p Actually takde rasa apa pun. Badan rasa ok je. dan GDM saya tak teruk sgt.. just kena control pemakanan, elakkan makanan n minuman yg manis-manis. Bila kena control ni baru lah perasan yang saya ni sweet tooth jugak orangnya. Lepas makan nasi mesti nak somthing sweet.. 

First time minum air gula (MGTT)

Memang Allah nak bagi pengalaman sungguh, mengandung baru-baru ni. Seumur hidup saya mengandung tak pernah lagi kena minum air gula. Sekali kali ni tak dapat lari dah. Rasanya kerajaan dah semakin strict sekarang. Umur 35 ke atas je dah kena ambil test MGTT. Ke 25 thn ya? Mungkin dah terlalu banyak kes ibu kena GDM semasa mengandung. Banyak risiko GDM ni pada ibu dan bayi tau. So, kenalah ambil extra caution. Result MGTT saya masa 1st trimester dulu 

Fasting: 4.+
After 2 hours: 9

Terkezut mak bila nurse call bagitau results. Tak pernah bermimpi akan dapat kencing manis!! Wuwuwu...

Nasib baik diabetes saya kira mild juga. Takde sampai tahap kena ambil insulin hari-hari. Setiap kali cek gula 2 minggu sekali tu elok je bacaan gula saya. Terus musykil betul ke results MGTT saya tu?? haha...  Bagi sesiapa yang tak tau, hari yang kena cek gula tu, kita kena buat test BSP (ambil darah) 4 kali sehari. Malam sebelumnya, pukul 10 last boleh makan. Lepas tu puasa sampai esok pagi, pukul 8 amik darah. Lepas tu breakfast cepat-cepat. 2 jam lepas breakfast (10+ pagi) kena amik darah lagi. Kiranya kena puasa 2 jam la lepas breakfast. Lepas amik darah pukul 10+ tu, boleh makan hingga pukul 12 je sebab pukul 2 petang kena amik darah lagi. Lepas tu pukul 6 last boleh makan, pukul 8 amik darah. Jenuh kan? Hehehe... Nasib baik Klinik Desa dekat je dengan rumah. Tapi rasa letih jugak berulang-alik ke klinik. Bawak perut lagi kan..

Langkah-langkah pencegahan

Eh. Pencegahan tu, kalau SEBELUM terkena kan. Kalau dah terkena.. rawatan la ye? Tapi rawatan ni mcm lebih kepada ubat-ubatan. Hehe.. Apa-apa je lah. Yang penting bila tau ada diabetes, terus google apa yang boleh diamalkan untuk kawal kadar gula dalam darah. Of course, saya continue pengambilan suplemen Shaklee seperti B Complex - sangat bagus untuk kawal gula dalam darah di mana ia membakar gula kepada tenaga. Selain tu, suplemen untuk ibu mengandung pun tetap diteruskan. Vitalea, Vitamin C, Ostematrix dan Omegaguard. Vitamin-vitamin ni saling melengkapi satu sama lain so memang digalakkan diambil bersama =)

Selain suplemen Shaklee yang tetap di hati, saya juga amalkan pati Delima. Saya ambil brand Gulsen tu je yang fames tu. Setiap hari minum 1 sudu pagi ketika perut masih kosong. Dan kalau rajin lagi 1 sudu sebelum tidur. Delima juga bagus untuk tambah darah, bagi yg ada masalah low Hb (pun, saya alami masa mengandung haritu) dan banyak khasiat lain selain ianya makanan sunnah.

Tak lupa juga, kali ini saya amalkan pengambilan VCO (minyak kelapa dara). To be exact, VCO brand Beauty Fera yang kawan saya jual. Mak beliau yang hasilkan sendiri VCO ni tau. Tu yang saya yakin sangat untuk cuba. Banyak khasiat VCO untuk ibu mengandung dan bayi. Bagus utk masalah kulit seperti ekzema (pun saya terpaksa hadapi huhu), bagus untuk kawal gula dalam darah (mak kawan saya amalkan VCO, terus baik diabetes dia. Alahamdulillah..) dan juga sebagai ikhtiar untuk mudahkan proses bersalin dan dapat elakkan koyak dan episiotomi ;)

----

Lain kali saya sambung perkongsian di atas.. kalau rajin la ye. haha..


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...