Followers

Thursday, July 20, 2017

Selamat Hari Raya!

Assalamualaikum,

Memandangkan kita masih lagi dalam bulan Syawal, masih belum terlambat kan nak wish Selamat Hari Raya? Hehehe.

Lama betul tak jenguk blog kesayangan ni. Rasa dah berzaman tak update. Huhu.. Maklumlah, trend sekarang ni lebih kepada instagram. FB pun jarang jugak share gambar. Hihi.. Tapi demi kenangan pada masa depan, saya nak share juga kenangan berhari raya tahun 2017 ni.. Nanti senang ada koleksi dari tahun ke tahun. Haha..Nak tengok perubahan warna dan pertambahan anak pun senang..;p

Alhamdulillah, tahun ni kami beraya di Pasir Mas. Walaupun mak dan ayah mertua dah tak ada, tapi sebab mak dan ayah saya beraya di Mekah, maka marilah kita balik Pasir Mas. Awallll dah bertolak balik tau. 2 hari la anak-anak ponteng sekolah. Alhamdulillah, jalan memang clear dan terasa lancar sangat perjalanan tu. 7 jam je dah sampai. Maybe sebab puasa, so tak adalah banyak stop.. Kalau tidakkk.. hmm.. macam masa nak balik ke rumah dari Pasir Mas.. hmm.. tak sampai Kuala Krai dah 5x berenti kot! Dekat 12 jam perjalan.. huhu...

Ok la, meh kita share gambar serba sikit.. ;)




Baju raya ibu n ayah recycle je.. Rasa dah 2-3 tahun amalkan konsep jimat cermat ni. Hehe.. Baju anak-anak je beli.. Ibu pun kalo nak beli baru, tudung atau shawl je la.. sebab kadang amik gambo yg nampaknya tudung jer. Baju terlindung. hahaa..


 Beraya rumah Pak Longnya. Budak-budak ni sibuk tanya bila nak raya dengan paklong.. Standard laa.. dah target duit raya la tu!

 Raya dengan geng Bangi Boys. Walaupun kami bukanlah orang Bangi ;p

 Geng Opis. Tahun ni tak dapat nak join Jamuan Raya yg vendor or bahagian lain buat sebab tengah hari sibuk uruskan persekolahan anak-anak.

Bos belanja soft ice cream. yummy!

Ok tu je lah serba sikit gambar yang ado..Jumpa lagi di lain siaran...


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...