Followers

Thursday, October 20, 2016

Apa nak buat bila cirit-birit dan muntah-muntah..minum air kosong pun keluar balik..

Assalamualaikum..

Amboi, panjangnya tajuk! Ok.. ini muntah-muntah bukan disebabkan sakit buatan orang tau. Ini disebabkan keracunan makanan dan yang seangkatan dengannya. 

Nak dijadikan cerita, semalam saya terasa tekak meloya dan perut sebu. Ahh sudah.. ni angin apa pulak masuk ni. Maybe terjangkit dari anak2 yang baru baik dr sakit yg sama..atau simply silap makan kot. Merasa lah membuang 1x dan muntah 2x. Ughh.. tak bestnya rasa. Masa mengandung pun tak muntah mcm ni ;p 

Nak makan memang tak lalu.. So cubalah minum air kosong panas.. Sekali habis je satu mug tu... Terus keluar balik! Keluar semua lunch nasi berlauk ayam cincang. Huhu... Biasanya untuk masalah cherry berry n muntah2.. elok ambil Nutriferon. Tapi kalau dibancuh dgn air memang confirm keluar balik! So malam tu dah lembik badan plus demam lagi... Amik la nutriferon n isap @ kemam terus serbuk Nutriferon tu. Sedapp.. dan alhamdulillah takde tanda-tanda nak muntah dsb... Tidur awal malam tadi n terjaga dalam pukul 2 pagi.. perut lapar ni.. Cubalah bancuh milo O panas dan minum... Tunggu reaksi perut... Alhamdulillah.. sampai sekarang takde muntah-muntah lagi. Cuma demam belum betul2 kebah. Takpe, jap lagi kemam lagi Nutriferon.. 

TQ Allah berikan kesembuhan segera... Banyak tanggungjawab yang perlu diselesaikan ni...

Wassalam..

Berminat untuk jana pendapatan melalui biz Shaklee, ataupun untuk dapatkan vitamin Shaklee? Hubungi saya segera!


Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412
sms/whatsapp: 012-2897359

COD sekitar Putrajaya, Desa Pinggiran Putra, Cyberjaya, Bangi; Pengeposan ke seluruh Malaysia!
Klik SINI untuk senarai pengedar Shaklee berdekatan anda! 

Wednesday, October 19, 2016

Officially Mak Anak Lima

Assalamualaikum,

Hai la.. si anak dah masuk 2 bulan (hari ni), ibunya baru terkedek-kedek nak update. Maafkan saya. Dalam kepala ni macam-macam nak update. Contoh topik seperti di bawah:

1. Pengalaman bersalin anak kelima
2. Pengalaman mengandung anak kelima
3. Pengambilan suplemen sepanjang kandungan kelima
4. Tips Mengandung pada umur berisiko (35 tahun ke atas)
5. Tips bersalin tanpa episiotomi
6. Pengalaman berpantang sendiri
7. First time bersalin di hospital kerajaan
8. ...

Tup-tup update resepi pulak. Haha... So, nak amik topik yang mana dulu ek? Silap-silap anak masuk 6 tahun baru abis semua topik kat atas tu. Kui kui...

Oklah, sebagai teaser, kita up dulu gambar-gambar anakanda Fahimi mana yg ada dulu lah ye. Intro gittewww...


Alhamdulillah, saya selamat dilahirkan pada 19 Ogos 2016 di Hospital Putrajaya jam 2.40 petang secara normal. Berat saya 3.5kg tapi sekarang dah 6kg uols... Kisah kelahiran saya akan ibu titipkan dalam entri lain ya.. Tunggu! ;p


Fresh from oven.. Dalam labour room lagi masa ni. Sorilah, gambar gelap sikit sebab kamera hp biasa2 aje dan jurukamera pun amatur. Mujur laa tak blur hehe.. Ini antara gambar yang sempat dirakam sebelum disound setepek oleh misi bahawasanya Tidak Dibenarkan ambil foto dalam labor room ya!

Masa ni dah masuk wad.. Ibu snap nak hantar gambar kat ayah.. Dok kat wad hospital kerajaan ni kena independent sikit. Tapi sebab takde masalah masa melahirkan, alhamdulillah semua dipermudahkan.. Ayah kena balik rumah tengok kakak n abang-abang.. Ibu honeymoon kat hospital dgn saya..

Baiknya saya... tidur aje kerjanya... Masa kat wad 2-3 kali jugak membuang.. Ibu pun dah hampir lupa najis newborn kaler hitam dan likat.. Merasalah bersihkan sendiri masa kat hospital. Kalau private, nurse setelkan hehe..

Zzz... tidur lagi.. pic ni nampak mcm muka Abg Ichi.

 Gambar ni sebelum saya dibotakkan.. 

Uwaaa!! Boleh tahan jugak suara saya tau. Rasa-rasanya paling nyaring lah suara compare abg2 n kakak.

 Ooooh.. nak nenen rupanya! Hahaha..

 Pening layan kerenah kakak saya ni.. Asyik nak pegang saya je.. Ayat favourite skrg ni.. "Dah lama tak pegang baby" Walaupun baru seminit lepas pegang si adik..

 Puas hati dapat pegang adik ya!

Sempena mengambil berkat sunnah cukur rambut pada hari ke-7, maka Fahimi pun selamat dibotakkan oleh ayahnya.. Senang macam abang-abang dan kakaknya.. Tidur je time kena cukur tu. Make sure baby kenyang je sebelum aktiviti dimulakan.

Amboi.. muncung-muncung mulut tu! Masa ni dalam kereta, on the way pulang ke rumah setelah berpantang 2 minggu kat rumah atok n nenek.. Bermulalah episod berpantang sendiri.. wuwu..

Ok.. Nantikan entri seterusnya.. Moga diberikan kerajinan.. Aminn...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...