Followers

Tuesday, November 15, 2016

Beza Pengalaman Bersalin Anak Kelima

Assalamualaikum,

InsyaAllah saya cuba coretkan serba sedikit pengalaman bersalin anak yang kelima pada 19 Ogos 2016. Pengalaman mengandung saya cerita kemudian ya. Hehe..

Apa bezanya kelahiran anak saya kali ini?

1. Bersalin di hospital kerajaan
2. Bersalin di Putrajaya

Yang lain dari segi tanda-tanda, kesakitan, tak jauh beza dengan yang sebelum-sebelum ni.

Semua Dewan Bersalin Penuh!

Hmm.. mana nak mula ya? hihi.. Ok lah.. citernya gini.. Semasa mengandung anak kelima, saya disahkan menghidap diabetes. Bila ujian dilakukan, nampaknya saya kena GDM (kencing manis semasa mengandung) Maknanya ia disebabkan hormon semasa mengandung. Hopefully penyakit ni tak melekat.. Saya masih tunggu result ujian MGTT yang dibuat 6 minggu lepas melahirkan. saspen oi! Ok2.. sambung balik..

So, bila ada GDM ni, ibu tak dibenarkan bersalin lewat daripada 40 minggu. Tak boleh overdue walau sehari! So dah masuk 9 bulan macam tu, doktor dah pesan supaya datang ke hospital untuk induce kalau masih tak ada tanda-tanda untuk bersalin. Due date hari Sabtu, so hari Jumaat saya dah kena serah diri. Baiklah doktor.. So, tiap-tiap hari doa minta tak perlu induce.

Sebenarnya, lama dok fikir nak bersalin kat Az-zahrah macam sebelum-sebelum ni atau di hospital kerajaan sahaja.. Ada dua faktor yang buat saya pilih Hospital Kerajaan kali ini, iaitu faktor ekonomi yang kurang memberangsangkan ;p serta komplikasi akibat GDM, semasa proses kelahiran nanti. Ye lah, baby nanti ada kemungkinan untuk hypo (kurang gula) dan mana la tahu kena bedah ke apa kan.

Eh pelik juga.. 4 orang anak sebelum ni takde pulak risau kena bedah ke, apa ke.. hehe.. Mungkin juga disebabkan faktor umur yang dah tak berapa muda ni.. Kalau jadi apa-apa kat hospital Kerajaan, insyaAllah lebih terjamin. So akhirnya nekad untuk bersalin di hospital Kerajaan. Dan Hospital Serdang menjadi pilihan. TAPIII... nampaknya tak ada rezeki untuk dapat ic 10 untuk anak kali ni.. Sebab masa nak serah diri tu, bilik bersalin penuh! Terus kakak kaunter suruh pergi Hospital Kajang. Aiyoh.. macam jauh je. Suami kata pergi Putrajaya je lah. OK lah.. pasrah...

Sekali bila sampai kat Dewan Bersalin Hospital Putrajaya (HPJ), pun penuh!! Tapi mujurlah kakak kaunter 'check-in' kan saya untuk cek keadaaan saya. Kalau bukaan kurang dari 3 cm, saya akan ditolak ke Hospital Kajang atau Hospital Besar KL. Tapi kami dah ada plan lain. Kalau tak dapat bersalin kat HPJ, maka Hospital Az-zahrah lah destinasi seterusnya. 

Sempat makan Nasi Dagang & Nutella Pods

Ok, kita rewind balik ke pagi Jumaat yang saya patutnya kena serah diri ke hospital. Awal pagi Jumaat 19 Ogos 2016, saya bersihkan bilik air bilik belakang sebab mak ayah nak datang rumah hari tu. Contraction macam dah mula rasa sebelum basuh toilet lagi .. tapi lepas basuh toilet makin kuat la.. bila dikira-kira agak konsisten.. Ada contraction counter tapi kejap ingat nak tekan kejap lupa.. Last2 tak membantu pun. haha.. Takpelah, kita guna pengalaman je lah sebagai panduan ;p 

So bagitau husband dah rasa mild contraction. So apa lagi.. kita pi pick up nutella pods dulu pastu gi makan breakfast nasi dagang kat Sungai Merab. Sedappp!! Haha.. Pastu balik rumah semula.. Time ni dah konfiden memang tak lama lagi dah nak beranak ni. Sampai rumah tengok mak ayah dah ada. Syukur.. terus siapkan beg masukkan barang-barang yang masih belum masuk lagi. Bagitau mak dah nak beranak ni. Salam-salam minta ampun maaf.. Zass.. ke Hospital Serdang. Suami dah sebut-sebut gi HPJ je lah.. Tapi saya nak jugak Hospital Serdang sebab dok baca kat blog-blog yang situ banyak doktor pompuan kat Dewan Bersalin.. so kemungkinan untuk dapat doktor pompuan lagi tinggi. Tapi, dah rezeki baby nak dapat ic 14.. Hospital Putrajaya jugak yang terpilih :)


Berdoa Tak Henti-henti

Apa yang saya doa?? Selain doa dipermudahkan proses bersalin, saya tak putus-putus berdoa agar tiada doktor lelaki yang akan attend saya.. sama ada masa cek bukaan, masa di labour room mahupun selepas bersalin. Puas saya cari info sama ada kita boleh request tak mahu doktor lelaki semasa di labour room.. Ada yang kata boleh request, ada yang kata tak boleh.. Sejujurnya, ini adalah faktor utama saya berbelah bahagi untuk bersalin di Hospital Kerajaan. Orang kata layanan tak ok la, nurse garang la.. Tapi saya tak kisah semua tu. Yang penting saya tak nak doktor lelaki je! 

Masa kat kaunter saya dah tanya pada kakak tu, boleh ke request supaya doktor perempuan yang sambut baby? Nurse je pun takpe kalau takde masalah.. Tapi kakak kaunter bagitau yang mereka tak boleh janji, sebab Fullhouse! Patient terlalu ramai so kena terima je doktor mana yang available pada masa tu. OK.. makin kuat saya berdoa.. Lepas tu dalam bilik saringan saya tanya lagi pada nurse.. pada practical students.. majority bagi jawapan yang sama.. Ya Allah debaran nak tau doktor pompuan atau laki yang akan attend saya lebih hebat daripada debaran nak beranak! Dasat kan.. 

Sesungguhnya Allah Maha Mendengar. Syukur sebab doktor yang cek bukaan ialah doktor perempuan.. Dan syukur lagi, dah 5 cm rupanya! Allahu Akbar. Doktor kata boleh ready untuk masuk labour room. Alhamdulillah.. tak payah ke hospital lain. 

Nurse je yang sambut baby

Once dapat green light daripada doktor, nurse pun panggil nama suami. Kira nak inform la yang saya dah nakmasuk labour room. Alhamdulillah, HPJ memang benarkan suami teman isteri kat labour room. Time ni dah tengah hari jumaat. Memang selamat la solat jumaat encik suami. Lepas membuang semua, dekat pukul 2 camtu kena masuk labour room..Dalam labour room doktor yang sama tadi cek lagi bukaan untuk confirmkan. Huahua... tapi saya ok je. Janji doktor pompuan. Labour room kat HPJ ni jenis banyak bilik.. Tapi dengar la jugak ibu lain tgh dok push baby.. Aww.. seriau mak. 

Bila semua dah ready, doktor pun pecahkan ketuban..Lepas tu, doktor pun keluar. Tinggal nurse  2 orang je kot yang tunggu.. tu pun gilir-gilir kejap kuar kejap masuk. Ada jugak 2 budak interns gilir-gilir. Masa air ketuban keluar, nurse tu macam urut2 kat bukaan tu.. Dia kata, tengok gaya tak sampai sejam pun ni.. Saya pun bersuara, ye kot.. anak sebelum-sebelum ni pun cepat. Tapi sebab dok expect 'cepat' tu.. tunggu la contraction datang.. terasa mcm lambat pulak. Hehe.. tapi dpt la merasa 2x contraction yg kuat tu... Nurse dok keluar masuk, tanya tak rasa nak teran lagi ke? Saya pun macam kompius.. Sakit mmg sakit tapi macam tak rasa nak meneran lagi.. Sekali dia cek..dah full rupanya! Huhu.. Nurse kata, bila contraction je, terus push.. mula-mula saya baring dengan bahagian atas badan tinggi. Bila nak push tu, nurse turunkan katil so jadi flat. Saya tanya kenapa turunkan katil? Dia kata supaya saya dapat guna seluruh tenaga untuk push baby. Memang sangat tak Natural Birth! Haha.. TAPI sungguh la apa dia kata tu. Bila pegang pergelangan kaki, dagu kat dada n push dengan sekali napas, terasa seluruh tenaga tu fokus utk keluarkan baby.. Alhamdulillah.. pukul 2,40 macam tu baby dah selamat dilahirkan... tanpa koyakan mahupun episiotomy!! Alhamdulillah...(Nanti saya share apa yang saya amalkan ya). Satu lagi wish saya termakbul. 

Terlalu banyak nikmatNya yang patut kusyukuri

Terasa terlalu kerdil diri ini bila segala yang kita minta Dia tunaikan. Sedangkan terlalu banyak kekhilafan diri... TQ Allah..

Bersalin secara normal tanpa perlu induce.
Bersalin tanpa koyakan @ episiotomy. 
Takde doktor lelaki semasa bersalin - ada sekejap je sorang doktor laki masuk masa tengah sibuk push. Itupun dah syukur sebab sekejap sangat dia jenguk ke dalam bilik.
Bersalin di hospital Kerajaan tanpa sebarang komplikasi.
Anak-anak yang lain dalam jagaan atok nenek masa saya dan suami kat hospital. 
Eh.. nak list memang panjang... 

Ok lah sebagai penutup, kita belanja sikit gambar budak bijak ni.. Dah pandai menyembang sekarang ni.. Pantang kita agah sikit... ooo aahh mulut dia =)





OK lah, sampai sini dulu ya. Lepas ni kita sambung sharing pengalaman lain pulok. Banyak lagi ni.. hehehe.. Tata.. Assalamualaikum... :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...