Followers

Wednesday, October 19, 2016

Officially Mak Anak Lima

Assalamualaikum,

Hai la.. si anak dah masuk 2 bulan (hari ni), ibunya baru terkedek-kedek nak update. Maafkan saya. Dalam kepala ni macam-macam nak update. Contoh topik seperti di bawah:

1. Pengalaman bersalin anak kelima
2. Pengalaman mengandung anak kelima
3. Pengambilan suplemen sepanjang kandungan kelima
4. Tips Mengandung pada umur berisiko (35 tahun ke atas)
5. Tips bersalin tanpa episiotomi
6. Pengalaman berpantang sendiri
7. First time bersalin di hospital kerajaan
8. ...

Tup-tup update resepi pulak. Haha... So, nak amik topik yang mana dulu ek? Silap-silap anak masuk 6 tahun baru abis semua topik kat atas tu. Kui kui...

Oklah, sebagai teaser, kita up dulu gambar-gambar anakanda Fahimi mana yg ada dulu lah ye. Intro gittewww...


Alhamdulillah, saya selamat dilahirkan pada 19 Ogos 2016 di Hospital Putrajaya jam 2.40 petang secara normal. Berat saya 3.5kg tapi sekarang dah 6kg uols... Kisah kelahiran saya akan ibu titipkan dalam entri lain ya.. Tunggu! ;p


Fresh from oven.. Dalam labour room lagi masa ni. Sorilah, gambar gelap sikit sebab kamera hp biasa2 aje dan jurukamera pun amatur. Mujur laa tak blur hehe.. Ini antara gambar yang sempat dirakam sebelum disound setepek oleh misi bahawasanya Tidak Dibenarkan ambil foto dalam labor room ya!

Masa ni dah masuk wad.. Ibu snap nak hantar gambar kat ayah.. Dok kat wad hospital kerajaan ni kena independent sikit. Tapi sebab takde masalah masa melahirkan, alhamdulillah semua dipermudahkan.. Ayah kena balik rumah tengok kakak n abang-abang.. Ibu honeymoon kat hospital dgn saya..

Baiknya saya... tidur aje kerjanya... Masa kat wad 2-3 kali jugak membuang.. Ibu pun dah hampir lupa najis newborn kaler hitam dan likat.. Merasalah bersihkan sendiri masa kat hospital. Kalau private, nurse setelkan hehe..

Zzz... tidur lagi.. pic ni nampak mcm muka Abg Ichi.

 Gambar ni sebelum saya dibotakkan.. 

Uwaaa!! Boleh tahan jugak suara saya tau. Rasa-rasanya paling nyaring lah suara compare abg2 n kakak.

 Ooooh.. nak nenen rupanya! Hahaha..

 Pening layan kerenah kakak saya ni.. Asyik nak pegang saya je.. Ayat favourite skrg ni.. "Dah lama tak pegang baby" Walaupun baru seminit lepas pegang si adik..

 Puas hati dapat pegang adik ya!

Sempena mengambil berkat sunnah cukur rambut pada hari ke-7, maka Fahimi pun selamat dibotakkan oleh ayahnya.. Senang macam abang-abang dan kakaknya.. Tidur je time kena cukur tu. Make sure baby kenyang je sebelum aktiviti dimulakan.

Amboi.. muncung-muncung mulut tu! Masa ni dalam kereta, on the way pulang ke rumah setelah berpantang 2 minggu kat rumah atok n nenek.. Bermulalah episod berpantang sendiri.. wuwu..

Ok.. Nantikan entri seterusnya.. Moga diberikan kerajinan.. Aminn...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...