Followers

Tuesday, September 27, 2016

Resepi Kek Carrot Mudah

Assalamualaikum...

Kita buat comeback ke dunia blogging dgn resepi kek carrot. Hehe.. senang n simple je resepi ni. Sebab saya dah simplify.. resepi asal dari website Allrecipes.com. Kek ni bagi saya agak manis walaupun sy dah kurangkan kuantiti gula drp 2 cwn kpd 1 1/3 cwn shj. Pemanis betul pemilik asal resepi ni.

Ok xmo cakap byk.. kita terus ke resepinya.

Bahan-bahan:

4 biji telur
1 1/3 cwn gula halus (next time 1 cwn je pun cukup)
1 1/4 cwn minyak masak
2 sudu kecil esen vanila
2 cwn tepung naik sendiri
2 1/2 cwn carrot yg telah disagat (resepi asal 3 cawan)

Cara-caranya:
1. Panaskan oven pd suhu 180 celsius & sediakan loyang yg nak digunakan.

2. Kacau telur, minyak masak, esen vanila dan gula hingga sebati. Saya guna whisk dan kacau hingga jadi sebatian yg pekat mcm susu pekat.

3. Masukkan tepung sikit demi sedikit dan kacau guna senduk kayu. Masukkan carrot dan kacau lg hingga sebati.

4. Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar selama 50min - 1jam. Saya guna api bawah je sbb api atas rosak. 

Untuk frosting pula..

Bahan-bahan:
250g cream cheese
3/4 cwn gula halus
3 sb butter
1/2 biji perahan jus lemon

Cara-caranya:
1. Biarkan butter dan cream cheese pada suhu bilik. 

2. Whisk kesemua bahan hingga sebati.

3. Simpan 1-2 jam dlm peti ais. Keluarkan bila nak digunakan dan kacau bagi lembut sebelum disapu ke atas kek.

Senang kan? Selamat mencuba!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...