Followers

Wednesday, February 24, 2016

Buah Delima Tinggi Khasiat Asid Folik

Dalam entri saya sebelum ini (klik sini), saya ada kongsikan tentang kepentingan asid folik, terutama sekali pada awal kandungan. Kali ini saya nak kongsikan salah satu buah yang boleh menjadi sumber asid folik yang bagus! 

Ya, buah DELIMA!
Berikut adalah petikan artikel dari PA&MA..
Rasanya ramai yang sudah mengetahui tentang khasiat yang banyak terdapat dalam buah delima terutama untuk wanita mengandung. Amalkan makan buah delima ketika anda mengandung, kerana khasiatnya yang bagus untuk ibu dan bayi seperti berikut:

1. Membantu mengurangkan alahan ibu mengandung.
2. Membantu memberi tenaga untuk ibu mengandung dan menyusu.
3. Membantu perkembangan otak bayi dalam kandungan.
4. Membantu mendapat bayi yang sihat dan kulit yang cantik.
5. Mencegah rasa mual.

Bahkan ia turut dinyatakan dalam agama Islam seperti mana Nabi Muhammad SAW bersabda, “Tidak ada delima yang tidak mempunyai buah dari delima surga di dalamnya” (HR Abu Nu’aim)dan “Buah delima dan kulitnya memperkuat pencernaan di perut.” (HR Abu Nu’aim dan Al-Jauzi). 
Kajian di seluruh dunia oleh para pengkaji menemui manfaat kesihatan jus delima. Menurut penyelidik, ibu-ibu mengandung yang berisiko melahirkan anak dengan kelahiran pra matang disarankan mengamalkan pengambilan jus buah delima.
Ini dapat mengurangkan risiko bayi dalam kandungan mengalami kecederaan otak yang disebabkan oleh kadar pengaliran oksigen yang rendah di dalam darah. Jus delima menjadi satu sumber bagi asid folik yang diperlukan bagi tumbesaran bayi yang sihat.
Asid folik adalah satu komponen yang diperlukan dalam pembentukan sel darah merah dan DNA. Wanita yang mempunyai paras asid folik yang lebih tinggi semasa awal kehamilan berkemungkinan mempunyai bayi yang sihat.
Sumber: PAMA

So, apa lagi..ibu-ibu mengandung jangan lupa amalkan buah delima. Sekarang pun dah ada banyak dijual jus delima atau pati jus delima. InsyaAllah khasiatnya masih boleh diperolehi. Selain itu, amalkan juga Set Mengandung Shaklee yang terbukti banyak khasiatnya kepada ibu dan bayi.

Berminat untuk jana pendapatan melalui biz Shaklee, ataupun untuk dapatkan vitamin Shaklee? Hubungi saya segera!


Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412
sms/whatsapp: 012-2897359

COD sekitar Putrajaya, Desa Pinggiran Putra, Cyberjaya, Bangi; Pengeposan ke seluruh Malaysia!
Klik SINI untuk senarai pengedar Shaklee berdekatan anda! 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...