Followers

Monday, October 5, 2015

Resepi Cheesecake Simple

Assalamualaikum,

Saya ni bukanlah expert sangat bab memasak ni. Jadi memang cari resepi yg simple saje. Resepi ni hasil searching dan alteration beberapa resepi. Sebelum hilang ingatan, baik rekodkan dalam blog sebagai rujukan pada masa depan. ;)

Bahan:

Cheese
500g Cream Cheese (saya guna brand Tantura) - biarkan pada suhu bilik
2 biji telur
1 sk esen vanila
1 1/2 sb tepung naik sendiri (resepi asal tepung jagung)
1 cawan gula halus
200g raspberry jam (anggaran) - optional je.

Crust
Lebih kurang 6-7 keping biskut Digestive
4-5 sb butter (saya guna 2 sb je sebab kehabisan. Akibatnya crust jadi agak berderai sebab kurang 'gam')

Cara-caranya:

  1. Hancurkan biskut digestive. 
  2. Cairkan butter atas dapur dan tutup api. 
  3. Masukkan biskut yang telah dihancurkan ke dalam kuali dan kacau hingga rata.
  4. Masukkan bancuhan biskut dan butter tadi ke dalam loyang cheesecake. Tekan-tekan hingga agak padat.
  5. Boleh mula panaskan oven pada suhu 180C.
  6. Kacau cream cheese hingga lembut.
  7. Masukkan gula dan kacau hingga sebati.
  8. Masukkan telur satu per satu dan kacau hingga sebati.
  9. Masukkan esen vanila dan kacau lagi.
  10. Masukkan tepung dan kacau hingga sebati.
  11. Masukkan separuh daripada jem raspberry ke dalam adunan dan kacau secara random je. Ni optional je. Kalau suka cheesecake yang plain, tak payah letak pun ok. Tapi elok ganti dgn perahan air lemon bagi rasa masam-masam sikit.
  12. Tuang adunan cheese ke dalam loyang tadi. 
  13. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan. Letakkan semangkuk air di tray bawah. Kek letak tray atas. Saya guna api bawah je. Bakar dalam anggaran 40 minit.
  14. Nak tau dah masak ke belum, bila goyangkan loyang, kek tak bergegar. So boleh tutup api dan biarkan sementara kek dalam oven. Dah cool off boleh simpan kek dalm fridge.
  15. Hias atas kek dgn baki jem raspberry. 


Kek yang telah disejukkan. Sedia utk dihias sesuka hati.

Yey.. Kek saya dah siap. Saya tolong ibu hias tau.. susun ceri atas kek. Cantik, kan..

Alhamdulillah, dapat buat kek ni sempena birthday husband. Since cik abe bukan jenis makan kek, tapi anak-anak suka kek.. Cubalah lari dari kebiasaan buat kek coklat. Nasib baik menjadi keknya. Husband pun komen OK sebab tak muak.. Raspberry kan rasanya masam-masam. so masuk la dengan rasa cheese tu. Si Adnin dan Abg Ngah la yang dok mengulang makan. Hehe...


Selamat mencuba!!

Berminat untuk jana pendapatan melalui biz Shaklee, ataupun untuk dapatkan vitamin Shaklee? Hubungi saya segera!


Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412
sms/whatsapp: 012-2897359

COD sekitar Putrajaya, Desa Pinggiran Putra, Cyberjaya, Bangi; Pengeposan ke seluruh Malaysia!
Klik SINI untuk senarai pengedar Shaklee berdekatan anda! 

Thursday, October 1, 2015

Khasiat Vitamin E yang Ramai Tidak Tahu

Salam,

Oktober disambut gembira oleh pengamal Shaklee dengan pelbagai promo best! Omegaguard, GLA dan Vitamin E. Promo terbaru daripada Shaklee, 50% less dengan setiap belian 2 botol Vitamin E tidak wajar dilepaskan! 


Ok saya nak cerita khasiat Vitamin E yang MUNGKIN ramai tidak tahu. Sebabnya, umum maklum yang Vitamin E bagus untuk kulit. Itu memang tak dapat dinafikanlah. TAPI kalau pasangan suami isteri tahu satu khasiat Vitamin E ni, PASTI tak mahu miss ambil setiap malam.. kikik..

OK lah, saya terus fokus kepada khasiat vitamin E yg saya maksudkan ni ya... Jom baca, apa dia ;)

--------
Kelebihan Vitamin E:
  • Memperbaiki kuantiti, kualiti dan memperkuat sperma lelaki supaya dapat bertemu dengan ovum (Sel Telur).
  • Merupakan antioksidan yang dapat menghalang radikal bebas dalam tubuh badan daripada merosakkan sperma dan ovum. Oleh itu, pengambilan Vitamin E yang mencukupi adalah penting bagi menjaga kualiti sperma yang dihasilkan. Taknak la nanti ada risiko dapat anak yang tak sempurna…
  • Merangsang LIBIDO iaitu keinginan seks, kerana ia meningkatkan paras testosteron dalam badan. Kekurangan testosteron menyebabkan nafsu semakin menurun dan stamina semakin berkurangan.
  • Vitamin E Shaklee disertai dengan Selenium. Vitamin E sahaja tidak sempurna tanpa Selenium. Pengambilan Vitamin E haruslah lengkap dengan Selenium untuk mendapatkan kesan pengambilan yang optimum. Tanpa Selenium, ia boleh bertindak sebagai toksik dalam jangka masa panjang kerana ia tidak dapat melaksanakan fungsinya dengan baik.
Haa.. sudah faham maksud saya? Memang tak rugi la amalkan vitamin E ni tau. Especially bagi ibu-ibu yang dah beranak ramai.. kadang-kadang hadapi masalah 'keinginan' tersebut (malu nak sebut :p). Cubalah amalkan vitamin E ni uols. InsyaAllah tak nyosal. 

Dalam banyak-banyak vitamin E di pasaran, kenapa kena pilih Shaklee? (Sebab ada offer less 50% bila beli 2 botol bulan ni?? haha) Ok, sebabnya ia lengkap untuk keperluan tubuh iaitu 400iu, selain ia adalah dari sumber SEMULAJADI dan dilengkapi dengan SELENIUM!

Sumber: sweepearls

p/s: Nak kesan lebih hebat, boleh amalkan vitamin E bersama Alfalfa. Tapi dapatkan konsultasi pengambilannya dari saya dulu ya ;)

Berminat untuk jana pendapatan melalui biz Shaklee, ataupun untuk dapatkan vitamin Shaklee? Hubungi saya segera!


Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412
sms/whatsapp: 012-2897359

COD sekitar Putrajaya, Desa Pinggiran Putra, Cyberjaya, Bangi; Pengeposan ke seluruh Malaysia!
Klik SINI untuk senarai pengedar Shaklee berdekatan anda! 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...