Followers

Monday, October 5, 2015

Resepi Cheesecake Simple

Assalamualaikum,

Saya ni bukanlah expert sangat bab memasak ni. Jadi memang cari resepi yg simple saje. Resepi ni hasil searching dan alteration beberapa resepi. Sebelum hilang ingatan, baik rekodkan dalam blog sebagai rujukan pada masa depan. ;)

Bahan:

Cheese
500g Cream Cheese (saya guna brand Tantura) - biarkan pada suhu bilik
2 biji telur
1 sk esen vanila
1 1/2 sb tepung naik sendiri (resepi asal tepung jagung)
1 cawan gula halus
200g raspberry jam (anggaran) - optional je.

Crust
Lebih kurang 6-7 keping biskut Digestive
4-5 sb butter (saya guna 2 sb je sebab kehabisan. Akibatnya crust jadi agak berderai sebab kurang 'gam')

Cara-caranya:

  1. Hancurkan biskut digestive. 
  2. Cairkan butter atas dapur dan tutup api. 
  3. Masukkan biskut yang telah dihancurkan ke dalam kuali dan kacau hingga rata.
  4. Masukkan bancuhan biskut dan butter tadi ke dalam loyang cheesecake. Tekan-tekan hingga agak padat.
  5. Boleh mula panaskan oven pada suhu 180C.
  6. Kacau cream cheese hingga lembut.
  7. Masukkan gula dan kacau hingga sebati.
  8. Masukkan telur satu per satu dan kacau hingga sebati.
  9. Masukkan esen vanila dan kacau lagi.
  10. Masukkan tepung dan kacau hingga sebati.
  11. Masukkan separuh daripada jem raspberry ke dalam adunan dan kacau secara random je. Ni optional je. Kalau suka cheesecake yang plain, tak payah letak pun ok. Tapi elok ganti dgn perahan air lemon bagi rasa masam-masam sikit.
  12. Tuang adunan cheese ke dalam loyang tadi. 
  13. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan. Letakkan semangkuk air di tray bawah. Kek letak tray atas. Saya guna api bawah je. Bakar dalam anggaran 40 minit.
  14. Nak tau dah masak ke belum, bila goyangkan loyang, kek tak bergegar. So boleh tutup api dan biarkan sementara kek dalam oven. Dah cool off boleh simpan kek dalm fridge.
  15. Hias atas kek dgn baki jem raspberry. 


Kek yang telah disejukkan. Sedia utk dihias sesuka hati.

Yey.. Kek saya dah siap. Saya tolong ibu hias tau.. susun ceri atas kek. Cantik, kan..

Alhamdulillah, dapat buat kek ni sempena birthday husband. Since cik abe bukan jenis makan kek, tapi anak-anak suka kek.. Cubalah lari dari kebiasaan buat kek coklat. Nasib baik menjadi keknya. Husband pun komen OK sebab tak muak.. Raspberry kan rasanya masam-masam. so masuk la dengan rasa cheese tu. Si Adnin dan Abg Ngah la yang dok mengulang makan. Hehe...


Selamat mencuba!!

Berminat untuk jana pendapatan melalui biz Shaklee, ataupun untuk dapatkan vitamin Shaklee? Hubungi saya segera!


Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412
sms/whatsapp: 012-2897359

COD sekitar Putrajaya, Desa Pinggiran Putra, Cyberjaya, Bangi; Pengeposan ke seluruh Malaysia!
Klik SINI untuk senarai pengedar Shaklee berdekatan anda! 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...