Followers

Thursday, June 25, 2015

Tips Jimat Belanja di Musim Perayaan - DAO

Salam,

Pekerja kerajaan memang dah 'raya' hari ni kan.. ye lah, hari gaji. Alhamdulillah.. Dan sana-sini kecoh pasal jarak masa gaji yang agak lama selepas gaji bulan Julai yang bakal diawalkan sebab Hari Raya Aidilfitri. Haa.. seronok, seronok jugak. Tapi cuak pun ya jugak. Maklumlah, bila duit tu dah ada dalam tangan (akaun), memang potensi untuk TERbelanja tu agak tinggi. Lagi-lagi pulak musim perayaan kan. Semua benda rasa 'perlu'!

Meh saya kongsikan pesanan daripada DAO tentang berjimat di musim perayaan ni yo..

  1. Kita ada duit, berjimatlah. Kita tak ada duit, lagi kena berjimatlah.
  2. Jangan main dengan hutang apatah lagi kad kredit hanya untuk beli kuih raya?
  3. Hidup bukan hanya untuk Hari Raya. Hari Raya tetap Raya insyaAllah walaupun semua benda bukan baru.
  4. Jangan hidup kerana nak menunjuk aku ada sofa baru, kereta baru atau bini baru. ;p
  5. Amalan berganda adalah untuk mereka yang menggandakan amalan di dalam bulan Ramadhan dan bukan berbelanja berganda.
  6. Tidak perlu membeli banyak-banyak di pasar Ramadhan. Beberapa hari lepas, saya sempat singgah pasar Ramadhan Taman Cempaka, Melaka bersama isteri saya. Saya jalan dari hujung ke hujung tetapi end up tidak beli apa-apa. Wife saya beli 2, 3 jenis kuih sikit-sikit untuk mak saya sebab mak saya suka nak rasa.
  7. Kita tidak ada duit bukan kerana kita tidak ada duit tetapi ramai mereka tidak ada duit sebab tidak ada disiplin dalam simpanan dan perbelanjaan. Jika apa yang kita buat sekarang tidak mendatangkan hasil, mungkin telah tiba masanya kita buat perkara lain?
  8. Langsir tak baru pun boleh Raya juga. Sports-rim lama pun boleh raya juga.
  9. Pakai baju Raya tahun lepas pun masih sah solat Raya insyaAllah.
  10. Ini saat untuk berjimat cermat walaupun kita fikir kita ada banyak atau sikit duit. Jika anda mahu berbelanja, bagus belanja mereka yang susah. Beri makan walau sikit kepada orang yang berpuasa.
Fikirkan begini, adakah apa yang aku beli ni aset atau bukan?

Mak saya selalu berpesan kepada saya, bukan sebab kita ada duit then kita boleh membazir dan dia juga berpesan, sentiasa fikirkan mereka yang lebih susah dari kita dan bantu mereka.


Jom sama-sama beringat dalam berbelanja di musim perayaan ni. Tanya diri sendiri dulu. Kalau tak beli, tak raya ke? Haa.. gitu. hehe.. Especially barang yg utk diri sendiri lah kan..

Tapi macam mana pun, vitamin tetap keperluan ya zaman sekarang ni. Jangan takut nak belanjakan duit untuk kesihatan diri dan keluarga. Memang ler raya jugak walau tak amik suplemen. Tapi, hasilnya kita dapat 4-5 tahun akan datang, kalau pun tak esok lusa. hehehe.. Hubungi saya untuk dapatkan vitamin semulajadi Shaklee ;)

Berminat untuk jana pendapatan melalui biz Shaklee, ataupun untuk dapatkan vitamin Shaklee? Hubungi saya segera!


Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412
sms/whatsapp: 012-2897359

COD sekitar Putrajaya, Desa Pinggiran Putra, Cyberjaya, Bangi; Pengeposan ke seluruh Malaysia!
Klik SINI untuk senarai pengedar Shaklee berdekatan anda!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...