Followers

Thursday, June 25, 2015

Resepi Wantan Goreng



Alhamdulillah, semalam cubaan pertama buat wantan telah berjaya mencuri hati anak-anak syurga dan suami tercayang. Asalnya nak buat popia, sebab ada kulit popia dalam freezer. Tapi bahan nak buat popia pulak tak cukup. Sekali ternampak la wantan ni kat blog masakan. Survey dua-tiga resepi, akhirnya decided untuk buat wantan untuk buka puasa semalam. Bahan-bahannya yang biasa-biasa je ada kat rumah. Ada yg letak minyak bijan, udang.. tapi saya omit je mana bahan yang takde. Namun alhamdulillah, hasilnya tetap tak mengecewakan!


Bahan-bahan
1 mangkuk isi ayam yang dicincang halus
1 s.b tepung  jagung
1 biji putih telur
2 ulas bawang merah dicincang
2 ulas bawang putih dicincang
sedikit sos tiram dan kicap
sedikit garam
sedikit daun sup
sedikit lada sulah

Cara-cara
Gaulkan kesemua bahan di atas dan simpan dlm peti ais dalam setengah jam supaya 'mesra'.
Panaskan minyak masak dalam kuali.
Ambil kulit popiah saiz kecil, letakkan 1 sudu kecil inti wantan di bahagian tengah kulit popiah. Sapukan air di sekeliling inti dan tutup kulit popiah seperti bentuk bunjut. Mula-mula buat frust jugak sebab mungkin kulit popiah tu dah lama, so mudah terkoyak. Dah hilang moisture kot. Stress rasa ingat tak jadi dah. Tapi orang kata, practice makes perfect kan, walaupun mana ada manusia yg sempurna. haha.. So bila dah buat 3-4 ketul dah dapat rentak, alhamdulillah dah tahu tricknya. Hehe.. Kalo rasa wantan tu taknak melekat, takpe.. just ready tepi kuali. Bila minyak dah panas, terus masukkan wantan yang dah dibunjutkan.. hold sekejap guna penyepit ke chopstik supaya tak terbukak kulit wantan tu. Bila shape dia dah hold boleh lepas dan buat wantan yg seterusnya. Inilah cara amatur mcm saya yang first time buat wantan. hehehe...


Ok, all da best pada yang ingin mencuba tu. SEDAP!! Anak-anak semua kasi 2 thumbs up!!




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...