Followers

Tuesday, May 5, 2015

Butter Cake + Chocolate Chunks + Blueberry

Salam,

Tetiba teringin nak buat butter cake. Antara sebabnya, birthday Adnin lepas ada buat butter cake. Tapi macam tak berapa best tekstur keknya. Ke sebab bakar guna rice cooker, tak biasa guna so pakai agak je timing. Hasilnya kek macam over cooked. Kering sikit. Sebab tak puas hati, plus tengok butter cake kat blog Namee ni sungguh la menarik. Tu yang teringin nak baking lagi. Apa yang menarik pasal kek Namee itu (selain kehadiran chocolate chunks di dalamnya) ialah, resepinya yang simple dan:

1) Hanya menggunakan senduk untuk bancuh adunan. Tak perlukan mixer
2) Sukatan bahan menggunakan cawan sahaja. Tak perlu keluarkan penimbang. I like!
3) Bakar dalam oven menggunakan api bawah sahaja! Haah.. ini sangat menarik sebab oven saya api atasnya dah tak berfungsi. haha..

Sebelum tepek resepi, kita drool over hasilnya dulu. ;p

Hasil kek ala-ala congo bar atau blondies. Tekstur agak padat.

Baiklah, resepinya sangatlah simple dan mudah:

Boleh rujuk entri asal resepi yg saya gunakan di link bawah ni. Sebab saya dah alter resepi sesedap rasa saya. Hehe..

Sumber: Kek Butter Paling Senang by Namee Roslan

1 buku butter (250g)
1 cwn gula halus - saya campur 1/2 cwn gula halus + 1/4 cwn gula perang
4 biji telur
2 cwn tepung gandum
1 s.b esen vanila  - saya guna 1 s.k saje sbb esen vanila mcm kuat betul bau dia

Cara-caranya:


1. Panaskan oven terlebih dahulu. 170 C
2. Biarkan butter pada suhu bilik, then pukul bagi lembut
3. Masukkan gula dan gaul hingga rata
4. Masukkan telur satu persatu dan gaul hingga rata
5. Masukkan esen vanila dan gaul lagi
6. Masukkan tepung sikit demi sikit dan gaul rata
7.  Lapikkan loyang dengan kertas minyak
8. Tuang sedikit adunan atas loyang yg telah dilapik dengan kertas minyak. Ratakan menjadi satu lapisan nipis.
9. Susun coklat yang telah dipotong dadu besar-besar atas lapisan adunan tadi, seperti gambar di bawah. Namee guna coklat cadbury, tapi saya guna cooking chocolate yg berbaki dlm fridge:

10. Tuang balance adunan ke dalam loyang. Saya saje nak abiskan blueberry jem lebihan kek Adnin.. So, tuang je atas adunan.



11. Saya bakar guna suhu 170 C, dalam 35  mins. Kek saya ni menghasilkan minyak yg agak banyak. Maybe drp cooking choc tu? Tak sesuai kot utk letak chunks mcm tu dlm kek.. Dan kek saya agak padat, tak gebu macam yg Namee punya. Kalau perasan, takde penggunaan baking powder or baking soda dalam resepi. Tapi still kek tuan asalnya cantik je. Takpe.. boleh cuba lagi next time.

Ok, selamat mencuba!

-----
Updated @ 12 Mei 2015:

Saya dah buat kek ni utk kali kedua, dan kali ni saya buat sedikit alterations:

1. gunakan tepung naik sendiri, instead of tepung gandum.
2. bakar pada suhu 175 C selama 40 mins.
3. selain masukkan coklat cadbury milk, saya susun dark choc disks atas kek.

Inilah hasil kejadiannya.. memang malatops!



Cuba, jangan tak cuba! ;)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...