Followers

Friday, January 16, 2015

Ini Bukan di Kidzania

Salam,

Walaupun kisah ni dah agak basi, tapi saya tetap nak abadikan dalam blog ;)

Biasa kita bawa anak-anak ke Kidzania kan untuk mereka 'live their dream job'. Tapi, ni nak citer. Kalau nak bagi pengalaman anak-anak merasa jadi ahli bomba, boleh bawak diorang melawat Balai Bomba. Apa bezanya dgn Kidzania? Haa.. opkos la... FREE!

Saya tak pasti la Balai Bomba lain terima tak lawatan sambil belajar macam ni. Tapi lawatan untuk anak-anak ahli Kelab pejabat saya ni dibuat di Balai Bomba Putrajaya.

Anak-anak dapat lah merasa jadi ahli bomba. Pakaian Bomba pun disediakan, lengkap dgn topi segala. Cuma pakaian ni untuk budak-budak berumur 3-6 tahun. Sorilah Faeq, sendat pulak seluar tu. hihihi...


Bas bergerak ni ala-ala mini muzium bomba la. Ok jugak. Saya tak dengar pun penerangan pegawai tu. Sibuk layan budak-budak ni.

Ada rumah olok-olok. Budak-budak ni dok keluar-masuk angkat 'mangsa' kebakaran. Haha.. enjoy betul diorang. 
Ini pun aktiviti yg paling diorang suka. Biasa lah, main air kan! Dapat pulak tembak air tu.. hehe

Amacam, ada gaya ahli bomba tak?? ;)

Friendly betul abang Bomba ni.
Abang Bomba ni kena diet sikit..Perut dah ke depan tu. Hehe.. Peace!
Best!

 
Muka tak puas hati nampak.. Motor statik je ya. hehe..
Main tembak-tembak air tadi, target kat kadbod ni lah. Bila kena tembak dengan air, jatuh kadbod tu.

Yey! Ibu, jom balik! Haha..

Lepas ni kita lawat Kidzania pulak ya. Nak kerja lain pulok. kihkih...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...