Followers

Monday, December 28, 2015

Risiko Kekurangan Asid Folik di Awal Kandungan

Apakah asid folik?

Asid folik adalah salah satu vitamin dalam kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah, dan juga yis and ekstrak daging lembu. Sesetengah makanan seperti roti dan bijirin sarapan diperkuat dengan asid folik.

Mengapakah saya perlukan asid folik?

Asid folik menolong melindungi bayi dalam kandungan anda daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida.

Spina bifida berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal. 

Dalam masa 12 minggu pertama kehamilan, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan berkembang dengan pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu. 

Dalam trimester kedua, iaitu dari minggu ke-13 kehamilan, anda sudah boleh berhanti mengambil asid folik. Namun jika anda terus mengambil asid folik sepanjang kehamilan, ia tidak akan menjejaskan kesihatan anda ataupun bayi anda. 

Berapakah jumlah asid folik yang saya perlukan?

Anda dinasihatkan mengambil 400 mikrogram (mcg) asid folik setiap hari sebaik sahaja anda merancang untuk hamil. Kemudian, teruskan mengambilnya untuk 12 minggu yang pertama kehamilan. Baik juga jika anda makan makanan yang kaya dengan folat. 


Sumber: drzubaidi.com

Wanita yang telah mempunyai seorang anak dengan kecacatan tiub neural (NTD) mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat seorang lagi anak dengan kecacatan yang sama. Dalam kes ini, doktor akan mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi. 

Jika anda mengambil ubat-ubatan tertentu, seperti yang dipreskripsi untuk mengawal epilepsi, doktor anda mungkin mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi. Ini kerana ubat-ubatan itu menghalang keupayaan badan anda menyerap asid folik. 

Sumber: BabyCenter.com


Apakah sumber makanan yang tinggi kandungan Asid Folik? Adakah anda boleh dapatkan Asid Folik daripada suplemen Shaklee? Nantikan entri saya yang seterusnya!


Berminat untuk jana pendapatan melalui biz Shaklee, ataupun untuk dapatkan vitamin Shaklee? Hubungi saya segera!


Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412
sms/whatsapp: 012-2897359

COD sekitar Putrajaya, Desa Pinggiran Putra, Cyberjaya, Bangi; Pengeposan ke seluruh Malaysia!
Klik SINI untuk senarai pengedar Shaklee berdekatan anda! 

Tuesday, November 3, 2015

Tips Penyediaan Sarapan buat Ibu 'Rajin' Macam Saya

Assalamualaikum,

Siapa ada hadapi cabaran macam saya.. Anak susah nak breakfast sebelum ke sekolah? Hah.. macam ramai je tu .. ;p

Anak saya yang no 2 ni, sangat baik, patuh dan rajin. Cuma ada 1 perkara je yang dia perlu improve. Hehe.. Bangun pagi dengan lebih ceria untuk ke sekolah! Haha.. Lagi-lagi kalau hari Isnin, atau hari pertama sekolah selepas bercuti.. Mulalah kedengaran "Ibu, sakit tekak.. ibu, rasa tak sihat" Hehe.. Biasa ibu pekakkan telinga jer. So lepas mandi, bersiap dan solat.. Duduk kat meja makan dengan muka masham... Memang takde lah nak makan breakfast. Si Along ok je.. Apa-apa yang ibu hidang, dia ngap je, Alhamdulillah.. Tapi Faeq dia tahan minum air kosong je. Kadang paksa minum air milo je pun takmo. Memang tak lalu sangat-sangat lah kiranya. 

Then one fine day, jeng jeng jeng... Ibu offer la susu kocak + ESP. Wahh.. nak pulak dia minum. Habis licin. Konsisten selama 1 minggu, tak miss minum. Sukanya hati ibu. Hehe.. Dah la mudah nak sediakan, berkhasiat pulak tuh. So semenjak dari saat itu, ibunya telah menjadi lebih 'rajin' dan setia menyediakan susu kocak sejuk + ESP utk Abg Ngah n Along setiap pagi sebelum ke sekolah.. Senang hati ibu memikirkan perut anak telah dialas dengan protein bermutu tinggi. Ibunya pun tumpang sekaki. Minum ESP sebelum keluar ke pejabat, so breakfast lambat sikit pun takde hal. 



Selain ESP, Mealshake pun bagus untuk dijadikan sarapan 'segera' anak-segera. Ikutlah favourite masing-masing.

So, ibu-ibu yang rajin macam saya dan inginkan yang terbaik untuk anak-anak.. Boleh amalkan tips simple ini. Sekian, terima kasih.

Berminat untuk jana pendapatan melalui biz Shaklee, ataupun untuk dapatkan vitamin Shaklee? Hubungi saya segera!


Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412
sms/whatsapp: 012-2897359

COD sekitar Putrajaya, Desa Pinggiran Putra, Cyberjaya, Bangi; Pengeposan ke seluruh Malaysia!
Klik SINI untuk senarai pengedar Shaklee berdekatan anda! 

Monday, October 5, 2015

Resepi Cheesecake Simple

Assalamualaikum,

Saya ni bukanlah expert sangat bab memasak ni. Jadi memang cari resepi yg simple saje. Resepi ni hasil searching dan alteration beberapa resepi. Sebelum hilang ingatan, baik rekodkan dalam blog sebagai rujukan pada masa depan. ;)

Bahan:

Cheese
500g Cream Cheese (saya guna brand Tantura) - biarkan pada suhu bilik
2 biji telur
1 sk esen vanila
1 1/2 sb tepung naik sendiri (resepi asal tepung jagung)
1 cawan gula halus
200g raspberry jam (anggaran) - optional je.

Crust
Lebih kurang 6-7 keping biskut Digestive
4-5 sb butter (saya guna 2 sb je sebab kehabisan. Akibatnya crust jadi agak berderai sebab kurang 'gam')

Cara-caranya:

  1. Hancurkan biskut digestive. 
  2. Cairkan butter atas dapur dan tutup api. 
  3. Masukkan biskut yang telah dihancurkan ke dalam kuali dan kacau hingga rata.
  4. Masukkan bancuhan biskut dan butter tadi ke dalam loyang cheesecake. Tekan-tekan hingga agak padat.
  5. Boleh mula panaskan oven pada suhu 180C.
  6. Kacau cream cheese hingga lembut.
  7. Masukkan gula dan kacau hingga sebati.
  8. Masukkan telur satu per satu dan kacau hingga sebati.
  9. Masukkan esen vanila dan kacau lagi.
  10. Masukkan tepung dan kacau hingga sebati.
  11. Masukkan separuh daripada jem raspberry ke dalam adunan dan kacau secara random je. Ni optional je. Kalau suka cheesecake yang plain, tak payah letak pun ok. Tapi elok ganti dgn perahan air lemon bagi rasa masam-masam sikit.
  12. Tuang adunan cheese ke dalam loyang tadi. 
  13. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan. Letakkan semangkuk air di tray bawah. Kek letak tray atas. Saya guna api bawah je. Bakar dalam anggaran 40 minit.
  14. Nak tau dah masak ke belum, bila goyangkan loyang, kek tak bergegar. So boleh tutup api dan biarkan sementara kek dalam oven. Dah cool off boleh simpan kek dalm fridge.
  15. Hias atas kek dgn baki jem raspberry. 


Kek yang telah disejukkan. Sedia utk dihias sesuka hati.

Yey.. Kek saya dah siap. Saya tolong ibu hias tau.. susun ceri atas kek. Cantik, kan..

Alhamdulillah, dapat buat kek ni sempena birthday husband. Since cik abe bukan jenis makan kek, tapi anak-anak suka kek.. Cubalah lari dari kebiasaan buat kek coklat. Nasib baik menjadi keknya. Husband pun komen OK sebab tak muak.. Raspberry kan rasanya masam-masam. so masuk la dengan rasa cheese tu. Si Adnin dan Abg Ngah la yang dok mengulang makan. Hehe...


Selamat mencuba!!

Berminat untuk jana pendapatan melalui biz Shaklee, ataupun untuk dapatkan vitamin Shaklee? Hubungi saya segera!


Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412
sms/whatsapp: 012-2897359

COD sekitar Putrajaya, Desa Pinggiran Putra, Cyberjaya, Bangi; Pengeposan ke seluruh Malaysia!
Klik SINI untuk senarai pengedar Shaklee berdekatan anda! 

Thursday, October 1, 2015

Khasiat Vitamin E yang Ramai Tidak Tahu

Salam,

Oktober disambut gembira oleh pengamal Shaklee dengan pelbagai promo best! Omegaguard, GLA dan Vitamin E. Promo terbaru daripada Shaklee, 50% less dengan setiap belian 2 botol Vitamin E tidak wajar dilepaskan! 


Ok saya nak cerita khasiat Vitamin E yang MUNGKIN ramai tidak tahu. Sebabnya, umum maklum yang Vitamin E bagus untuk kulit. Itu memang tak dapat dinafikanlah. TAPI kalau pasangan suami isteri tahu satu khasiat Vitamin E ni, PASTI tak mahu miss ambil setiap malam.. kikik..

OK lah, saya terus fokus kepada khasiat vitamin E yg saya maksudkan ni ya... Jom baca, apa dia ;)

--------
Kelebihan Vitamin E:
  • Memperbaiki kuantiti, kualiti dan memperkuat sperma lelaki supaya dapat bertemu dengan ovum (Sel Telur).
  • Merupakan antioksidan yang dapat menghalang radikal bebas dalam tubuh badan daripada merosakkan sperma dan ovum. Oleh itu, pengambilan Vitamin E yang mencukupi adalah penting bagi menjaga kualiti sperma yang dihasilkan. Taknak la nanti ada risiko dapat anak yang tak sempurna…
  • Merangsang LIBIDO iaitu keinginan seks, kerana ia meningkatkan paras testosteron dalam badan. Kekurangan testosteron menyebabkan nafsu semakin menurun dan stamina semakin berkurangan.
  • Vitamin E Shaklee disertai dengan Selenium. Vitamin E sahaja tidak sempurna tanpa Selenium. Pengambilan Vitamin E haruslah lengkap dengan Selenium untuk mendapatkan kesan pengambilan yang optimum. Tanpa Selenium, ia boleh bertindak sebagai toksik dalam jangka masa panjang kerana ia tidak dapat melaksanakan fungsinya dengan baik.
Haa.. sudah faham maksud saya? Memang tak rugi la amalkan vitamin E ni tau. Especially bagi ibu-ibu yang dah beranak ramai.. kadang-kadang hadapi masalah 'keinginan' tersebut (malu nak sebut :p). Cubalah amalkan vitamin E ni uols. InsyaAllah tak nyosal. 

Dalam banyak-banyak vitamin E di pasaran, kenapa kena pilih Shaklee? (Sebab ada offer less 50% bila beli 2 botol bulan ni?? haha) Ok, sebabnya ia lengkap untuk keperluan tubuh iaitu 400iu, selain ia adalah dari sumber SEMULAJADI dan dilengkapi dengan SELENIUM!

Sumber: sweepearls

p/s: Nak kesan lebih hebat, boleh amalkan vitamin E bersama Alfalfa. Tapi dapatkan konsultasi pengambilannya dari saya dulu ya ;)

Berminat untuk jana pendapatan melalui biz Shaklee, ataupun untuk dapatkan vitamin Shaklee? Hubungi saya segera!


Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412
sms/whatsapp: 012-2897359

COD sekitar Putrajaya, Desa Pinggiran Putra, Cyberjaya, Bangi; Pengeposan ke seluruh Malaysia!
Klik SINI untuk senarai pengedar Shaklee berdekatan anda! 


Monday, September 7, 2015

Zinc Bantu Atasi Jerawat?

Assalamualaikum,
Tak tahu lah kenapa, makin menginjak 'dewasa' ni, rajin pulak muka ni dihinggap jerawat. Tempat favourite dia ialah dagu. Huhuu.. 



Banyak faktor pertumbuhan jerawat ni. Selain pemakanan, persekitaran dan pembersih muka juga memainkan peranan penting. Paling saya suka kulit time dalam pantang. Rasa halus mulus je. Mana taknya kan. Tak keluar rumah, so tak kena mata hari, tak kena pencemaran. Makan pun makanan yg berkhasiat. Takde pedas-pedas, takde yg gatal-gatal. Kesannya terzahir pada kulit wajah. Cewah. Ni habis je pantang, habis bedal segala sambal belacan dan macam-macam lagi.. Mau kulit tu tak break out sana sini? (Nangis lagi..)

So semalam entah macam mana geram sebab naik lagi sebiji jerawat di wajahku.. Teringat kebaikan zinc. Ada sesetengah krim yang mengandungi zinc sebab khasiat zinc itu sendiri utk kulit tau. So, tetiba dapat idea. Ting!! Masuk dapur, amik sebiji zinc complex Shaklee, rendam dlm air panas sikit. Biar dia dissolve, pastu tepek kat area yg naik jerawat tu. Dah macam tepek bedak sejuk rupanya. Hehe...Dua kali saya buat. Alhamdulillah! Jerawat tersebut mengering dan semakin mengecut. Harap-harap menjadi lah teknik ni. Malam ni nak tepek lagi. 

"Some research suggests that zinc might be particularly effective in treating topical irritations and injuries, such as acne, skin sores and minor wounds, by helping cells to regenerate [sources: American Academy of Family Physicians, TeensHealth]."

Bagaimana zinc mampu mengatasi jerawat??

Zinc membantu mengurangkan penghasilan minyak atau sebum berlebihan oleh kulit.

"Using zinc topically and taking it orally has shown some potential in preventing and alleviating the inflammation and scarring associated with acne. Zinc may help nip zits in the bud by reducing the amount of natural oil, or sebum, produced in the skin. It may also help heal damaged skin around acne that does develop. Some research has indicated that acne formation results in part from a lack of zinc in the diet [source: Bouchez]."

 Sumber: zinc benefit


Berminat untuk jana pendapatan melalui biz Shaklee, ataupun untuk dapatkan vitamin Shaklee? Hubungi saya segera!




Aini Hayati Luey

ID Shaklee: 852412

sms/whatsapp: 012-2897359




COD sekitar Putrajaya, Desa Pinggiran Putra, Cyberjaya, Bangi; Pengeposan ke seluruh Malaysia!

Klik SINI untuk senarai pengedar Shaklee berdekatan anda!

Thursday, September 3, 2015

Berita Baik buat Mak Yong dan Mak Tang

Assalamualaikum!


Klik gambar untuk paparan yg lebih jelas

Sempena 100 tahun ulangtahun Vitalea, Shaklee akan berikan 1 botol Vitalea PERCUMA dengan setiap pembelian Set Healthy Prenatal (Untuk Mak Yong) dan Set Healthy Postnatal (untuk Mak Tang). Apa yang ada dalam set-set ni?

Set Healthy Prenatal (Set Ibu Mengandung)
  • ESP
  • Omegaguard (90 biji)
  • Sustain Release Vitamin C (180 biji)
  • B Complex (120 biji)
  • Ostematrix (120 biji)
  • Vitalea Iron Formula (120 biji)
  • + FREE 1 BOTOL Vitalea Iron Formula (120 biji)
  • LESS 5%
Boleh baca lebih info tentang suplemen kehamilan Shaklee di SINI

Set Healthy Postnatal (Set Ibu Berpantang)
  • ESP
  • Omegaguard (90 biji)
  • Sustain Release Vitamin C (180 biji)
  • Alfalfa S (330 biji)
  • Ostematrix (120 biji)
  • Vitalea Iron Formula (120 biji)
  • + FREE 1 BOTOL Vitalea Iron Formula (120 biji)
  • LESS 5%
 Boleh baca lebih info tentang suplemen berpantang Shaklee di SINI.


Berminat untuk jana pendapatan melalui biz Shaklee, ataupun untuk dapatkan vitamin Shaklee? Hubungi saya segera!


Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412
sms/whatsapp: 012-2897359

COD sekitar Putrajaya, Desa Pinggiran Putra, Cyberjaya, Bangi; Pengeposan ke seluruh Malaysia!
Klik SINI untuk senarai pengedar Shaklee berdekatan anda!

Thursday, June 25, 2015

Tips Jimat Belanja di Musim Perayaan - DAO

Salam,

Pekerja kerajaan memang dah 'raya' hari ni kan.. ye lah, hari gaji. Alhamdulillah.. Dan sana-sini kecoh pasal jarak masa gaji yang agak lama selepas gaji bulan Julai yang bakal diawalkan sebab Hari Raya Aidilfitri. Haa.. seronok, seronok jugak. Tapi cuak pun ya jugak. Maklumlah, bila duit tu dah ada dalam tangan (akaun), memang potensi untuk TERbelanja tu agak tinggi. Lagi-lagi pulak musim perayaan kan. Semua benda rasa 'perlu'!

Meh saya kongsikan pesanan daripada DAO tentang berjimat di musim perayaan ni yo..

  1. Kita ada duit, berjimatlah. Kita tak ada duit, lagi kena berjimatlah.
  2. Jangan main dengan hutang apatah lagi kad kredit hanya untuk beli kuih raya?
  3. Hidup bukan hanya untuk Hari Raya. Hari Raya tetap Raya insyaAllah walaupun semua benda bukan baru.
  4. Jangan hidup kerana nak menunjuk aku ada sofa baru, kereta baru atau bini baru. ;p
  5. Amalan berganda adalah untuk mereka yang menggandakan amalan di dalam bulan Ramadhan dan bukan berbelanja berganda.
  6. Tidak perlu membeli banyak-banyak di pasar Ramadhan. Beberapa hari lepas, saya sempat singgah pasar Ramadhan Taman Cempaka, Melaka bersama isteri saya. Saya jalan dari hujung ke hujung tetapi end up tidak beli apa-apa. Wife saya beli 2, 3 jenis kuih sikit-sikit untuk mak saya sebab mak saya suka nak rasa.
  7. Kita tidak ada duit bukan kerana kita tidak ada duit tetapi ramai mereka tidak ada duit sebab tidak ada disiplin dalam simpanan dan perbelanjaan. Jika apa yang kita buat sekarang tidak mendatangkan hasil, mungkin telah tiba masanya kita buat perkara lain?
  8. Langsir tak baru pun boleh Raya juga. Sports-rim lama pun boleh raya juga.
  9. Pakai baju Raya tahun lepas pun masih sah solat Raya insyaAllah.
  10. Ini saat untuk berjimat cermat walaupun kita fikir kita ada banyak atau sikit duit. Jika anda mahu berbelanja, bagus belanja mereka yang susah. Beri makan walau sikit kepada orang yang berpuasa.
Fikirkan begini, adakah apa yang aku beli ni aset atau bukan?

Mak saya selalu berpesan kepada saya, bukan sebab kita ada duit then kita boleh membazir dan dia juga berpesan, sentiasa fikirkan mereka yang lebih susah dari kita dan bantu mereka.


Jom sama-sama beringat dalam berbelanja di musim perayaan ni. Tanya diri sendiri dulu. Kalau tak beli, tak raya ke? Haa.. gitu. hehe.. Especially barang yg utk diri sendiri lah kan..

Tapi macam mana pun, vitamin tetap keperluan ya zaman sekarang ni. Jangan takut nak belanjakan duit untuk kesihatan diri dan keluarga. Memang ler raya jugak walau tak amik suplemen. Tapi, hasilnya kita dapat 4-5 tahun akan datang, kalau pun tak esok lusa. hehehe.. Hubungi saya untuk dapatkan vitamin semulajadi Shaklee ;)

Berminat untuk jana pendapatan melalui biz Shaklee, ataupun untuk dapatkan vitamin Shaklee? Hubungi saya segera!


Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412
sms/whatsapp: 012-2897359

COD sekitar Putrajaya, Desa Pinggiran Putra, Cyberjaya, Bangi; Pengeposan ke seluruh Malaysia!
Klik SINI untuk senarai pengedar Shaklee berdekatan anda!

Resepi Wantan Goreng



Alhamdulillah, semalam cubaan pertama buat wantan telah berjaya mencuri hati anak-anak syurga dan suami tercayang. Asalnya nak buat popia, sebab ada kulit popia dalam freezer. Tapi bahan nak buat popia pulak tak cukup. Sekali ternampak la wantan ni kat blog masakan. Survey dua-tiga resepi, akhirnya decided untuk buat wantan untuk buka puasa semalam. Bahan-bahannya yang biasa-biasa je ada kat rumah. Ada yg letak minyak bijan, udang.. tapi saya omit je mana bahan yang takde. Namun alhamdulillah, hasilnya tetap tak mengecewakan!


Bahan-bahan
1 mangkuk isi ayam yang dicincang halus
1 s.b tepung  jagung
1 biji putih telur
2 ulas bawang merah dicincang
2 ulas bawang putih dicincang
sedikit sos tiram dan kicap
sedikit garam
sedikit daun sup
sedikit lada sulah

Cara-cara
Gaulkan kesemua bahan di atas dan simpan dlm peti ais dalam setengah jam supaya 'mesra'.
Panaskan minyak masak dalam kuali.
Ambil kulit popiah saiz kecil, letakkan 1 sudu kecil inti wantan di bahagian tengah kulit popiah. Sapukan air di sekeliling inti dan tutup kulit popiah seperti bentuk bunjut. Mula-mula buat frust jugak sebab mungkin kulit popiah tu dah lama, so mudah terkoyak. Dah hilang moisture kot. Stress rasa ingat tak jadi dah. Tapi orang kata, practice makes perfect kan, walaupun mana ada manusia yg sempurna. haha.. So bila dah buat 3-4 ketul dah dapat rentak, alhamdulillah dah tahu tricknya. Hehe.. Kalo rasa wantan tu taknak melekat, takpe.. just ready tepi kuali. Bila minyak dah panas, terus masukkan wantan yang dah dibunjutkan.. hold sekejap guna penyepit ke chopstik supaya tak terbukak kulit wantan tu. Bila shape dia dah hold boleh lepas dan buat wantan yg seterusnya. Inilah cara amatur mcm saya yang first time buat wantan. hehehe...


Ok, all da best pada yang ingin mencuba tu. SEDAP!! Anak-anak semua kasi 2 thumbs up!!




Monday, May 25, 2015

Berita Baik 1: FREE 1 Botol Vitalea Iron Formula

Assalamualaikum,


Hari tu saya ada bagitau yang banyak berita gembira daripada Shaklee bulan ni kan? Sebenarnya bukan bulan ni jer. Tapi sampai bulan Oktober tau! So biarlah saya cerita satu per satu berita gembira itu.

Sebagai pengeluar mulitivitamin pertama dunia, Shaklee menyambuat ulangtahun ke-100 (1915-2015) Vitalea Iron Formula pada bulan ini hingga Oktober. Sehubungan dengan itu, Shaklee berbesar hati memberikan sebotol Vitalea PERCUMA! Bagaimanakah caranya? Mudah ajer. Haa.. peluang baik buat pengamal Shaklee yang masih belum menjadi ahli. Dengan berdaftar sebagai ahli Shaklee disertakan dgn belian mana-mana produk, anda layak untuk dapat sebotol Vitalea Iron Formula secara PERCUMA!! Bestnya. Rasa nak daftar jadi ahli semula jer. Boleh ke?? ;p



OK Jom. Nak daftar bawah group saya, boleh contact saya segera.


Berminat untuk jana pendapatan melalui biz Shaklee, ataupun untuk dapatkan vitamin Shaklee? Hubungi saya segera!



Aini Hayati Luey

ID Shaklee: 852412

sms/whatsapp: 012-2897359




COD sekitar Putrajaya, Desa Pinggiran Putra, Cyberjaya, Bangi; Pengeposan ke seluruh Malaysia!
Klik SINI untuk senarai pengedar Shaklee berdekatan anda!

Thursday, May 14, 2015

Alternatif yg Lebih Selamat kepada Aerosol (Spray lipas, serangga dll)

Salam,



Ahaks.. tengok gambar pun dah tahu apa alternatifnya kan. Tak saspen langsung. Hehe.. 

Jangan tak percaya, saya dah jumpa alternatif kepada Aerosol yang mengandungi bahan kimia berbahaya tu.. Ya, ia adalah Sabun Serbaguna Basic H!! Semenjak dapat hadiah botol spray ni drp kakak tersayang, kak N.. hidupku kini lebih mudah. Penggunaan Basic H dapat dijimatkan, dan penggunaannya juga dapat di'optimize'kan! Nak lap meja, spray basic H. Nak bunuh lipas, spray basic H. Nampak sekawan semut atas lantai, spray basic H. (Tapi nak spray lalat or nyamuk tak sesuai la kot. hehe). Kita pun tak risau anak terdedah dengan bahan kimia bahaya. Lepas spray kat lipas or semut tu, biar seketika.. pastu lap jer. Berkesan i tell you. Dah lah selamat untuk anak-anak, selamat untuk bumi jugak. 




So, kawan-kawan.. apa lagi.. jom bertukar kpd Basic H. Syukur, Basic H yang out of stock haritu kini dah kembali di pasaran.. Dish Wash yang hot items tu pun dah ada.. Ibu-ibu memang sukakan Dish Wash Shaklee ni sebab dapat selesaikan masalah puting susu anak berkerak. Tak percaya? Jangan percaya.. Order dan cuba dulu ;)


Berminat untuk jana pendapatan melalui biz Shaklee, ataupun untuk dapatkan vitamin Shaklee? Hubungi saya segera!




Aini Hayati Luey

ID Shaklee: 852412

sms/whatsapp: 012-2897359




COD sekitar Putrajaya, Desa Pinggiran Putra, Cyberjaya, Bangi; Pengeposan ke seluruh Malaysia!
Klik SINI untuk senarai pengedar Shaklee berdekatan anda!



Wednesday, May 13, 2015

Kurma Yusuf Taiyoob Dates n Such

Assalamualaikum,


Bulan Rejab dah hampir ke penghujungnya.. Ramai ambil peluang untuk puasa sunat mahupun puasa ganti. Makanan yang paling sinonim dgn puasa, apa lagi kalau bukan kurma a.k.a tamar kan.. 

Kalau kenkawan nak dapatkan kurma Yusuf Taiyoob yang glamer n eksklusif tuuu... bolehlah dapatkan daripada Dates n Such. Harga terbaik, servis TIP TOP! Nak beli sikit boleh, nak beli borong pun boleh.. Nak COD boleh (tengok kawasan juga..), nak minta poskan pun boleh .. 

Sebarang info lanjut boleh hubungi Dates n Such melalui:

HP: 012-232 8437
Emel: datesnsuch@gmail.com
FB Page:  Dates n Such


Kalau nak tahu, tahun ni pembekal mula kenakan GST pada produk YuTa. Tapi Dates n Such ambil keputusan untuk absorb saje kenaikan harga 6% itu. Baik hati tak? Haa.. semua demi menghargai sokongan pelanggan sama ada yang lama, baru mahupun yang bakal menjadi pelanggan ;) 

So, jangan lupa dapatkan stok kurma anda daripada Dates n Such okay!

Tq!

Thursday, May 7, 2015

Seminar Bisnes Jootawan - Harga Special (Limited!)

Salam,


Saya tahu ramai di kalangan sahabat dan readers yang minat berniaga (macam saya), betul tak?? Tapi kadang-kadang yang membantutkan niat kita nak berniaga ialah, tak tahu di mana nak mula. 

Haa, apa kata sebagai langkah permulaan, uols join Seminar Bisnes anjuran Jootawan dengan kerjasama Pertubuhan Ikram Malaysia dan Kumpulan Media Karangkraf Bhd sebagai Rakan Sinergi. Saya bukan ada 'share' dalam seminar ni pun. Tapi saje nak share benda baik dgn anda je ;)

Apa yang akan disentuh dalam seminar ini nanti?
  • strategi pelaburan
  • strategi pemasaran offline
  • strategi pemasaran online
  • selok-belok perniagaan korporat
  • strategi penjenamaan dalam perniagaan
  • strategi memenangi produk anda dlm sesuatu industri yg dicebur

Semua perkongsian ini akan dilakukan oleh Fizo Omar, Tan Sri Ali Hashim, Ammar Zahar, Millionaire Sisters, Padzilah Enda Sulaiman (Telekung Siti Khadijah), Datuk Aliff Shukri (Dherbs). Semua nama-nama hebat dalam dunia perniagaan Malaysia kan..!




Apa yang lagi best, harga special untuk pendaftaran sebelum 12 tengah hari esok (8 Mei) tau!! Harga asal tiket ialah RM90. Harga PROMOSI ?? Memang berbaloi-baloi!! Rugi sapa tak grab PELUANG NI! Untuk daftar atau info lanjut, boleh contact:

AMIRA  014-779 0002

Jumpa anda di sana!!

Tuesday, May 5, 2015

Butter Cake + Chocolate Chunks + Blueberry

Salam,

Tetiba teringin nak buat butter cake. Antara sebabnya, birthday Adnin lepas ada buat butter cake. Tapi macam tak berapa best tekstur keknya. Ke sebab bakar guna rice cooker, tak biasa guna so pakai agak je timing. Hasilnya kek macam over cooked. Kering sikit. Sebab tak puas hati, plus tengok butter cake kat blog Namee ni sungguh la menarik. Tu yang teringin nak baking lagi. Apa yang menarik pasal kek Namee itu (selain kehadiran chocolate chunks di dalamnya) ialah, resepinya yang simple dan:

1) Hanya menggunakan senduk untuk bancuh adunan. Tak perlukan mixer
2) Sukatan bahan menggunakan cawan sahaja. Tak perlu keluarkan penimbang. I like!
3) Bakar dalam oven menggunakan api bawah sahaja! Haah.. ini sangat menarik sebab oven saya api atasnya dah tak berfungsi. haha..

Sebelum tepek resepi, kita drool over hasilnya dulu. ;p

Hasil kek ala-ala congo bar atau blondies. Tekstur agak padat.

Baiklah, resepinya sangatlah simple dan mudah:

Boleh rujuk entri asal resepi yg saya gunakan di link bawah ni. Sebab saya dah alter resepi sesedap rasa saya. Hehe..

Sumber: Kek Butter Paling Senang by Namee Roslan

1 buku butter (250g)
1 cwn gula halus - saya campur 1/2 cwn gula halus + 1/4 cwn gula perang
4 biji telur
2 cwn tepung gandum
1 s.b esen vanila  - saya guna 1 s.k saje sbb esen vanila mcm kuat betul bau dia

Cara-caranya:


1. Panaskan oven terlebih dahulu. 170 C
2. Biarkan butter pada suhu bilik, then pukul bagi lembut
3. Masukkan gula dan gaul hingga rata
4. Masukkan telur satu persatu dan gaul hingga rata
5. Masukkan esen vanila dan gaul lagi
6. Masukkan tepung sikit demi sikit dan gaul rata
7.  Lapikkan loyang dengan kertas minyak
8. Tuang sedikit adunan atas loyang yg telah dilapik dengan kertas minyak. Ratakan menjadi satu lapisan nipis.
9. Susun coklat yang telah dipotong dadu besar-besar atas lapisan adunan tadi, seperti gambar di bawah. Namee guna coklat cadbury, tapi saya guna cooking chocolate yg berbaki dlm fridge:

10. Tuang balance adunan ke dalam loyang. Saya saje nak abiskan blueberry jem lebihan kek Adnin.. So, tuang je atas adunan.



11. Saya bakar guna suhu 170 C, dalam 35  mins. Kek saya ni menghasilkan minyak yg agak banyak. Maybe drp cooking choc tu? Tak sesuai kot utk letak chunks mcm tu dlm kek.. Dan kek saya agak padat, tak gebu macam yg Namee punya. Kalau perasan, takde penggunaan baking powder or baking soda dalam resepi. Tapi still kek tuan asalnya cantik je. Takpe.. boleh cuba lagi next time.

Ok, selamat mencuba!

-----
Updated @ 12 Mei 2015:

Saya dah buat kek ni utk kali kedua, dan kali ni saya buat sedikit alterations:

1. gunakan tepung naik sendiri, instead of tepung gandum.
2. bakar pada suhu 175 C selama 40 mins.
3. selain masukkan coklat cadbury milk, saya susun dark choc disks atas kek.

Inilah hasil kejadiannya.. memang malatops!



Cuba, jangan tak cuba! ;)

Berita Baik kpd Penggemar Shaklee Collagen Powder dan Nutriferon!

Terlalu banyak berita baik daripada Shaklee untuk bulan Mei ini. Salah satunya ialah kembalinya Collagen Powder dan Nutriferon ke pasaran Malaysia. Pasti ramai yang menarik nafas lega, especially penggemar Nutriferon ni. Ramai peminat dia tau. Ye lah, barang baik. Nutriferon ni umpama 'perisai' yang menjaga badan kita daripada serangan-serangan penyakit. Ia immune booster yg telah dipaten formulanya dan tak boleh didapati selain drp di Shaklee ;) Antara mereka yang boleh mendapat manfaat Nutriferon ialah mereka yang menghidapi penyakit kayap, tiroid, sering demam, selesema atau dengan kata lain sering tak sihat.

Sesiapa yang dah lama merindui produk-produk di atas, boleh dapatkannya daripada saya segera k.


Berminat untuk jana pendapatan melalui biz Shaklee, ataupun untuk dapatkan vitamin Shaklee? Hubungi saya segera!




Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412
sms/whatsapp: 012-2897359

COD sekitar Putrajaya, Desa Pinggiran Putra, Cyberjaya, Bangi; Pengeposan ke seluruh Malaysia!
Klik SINI untuk senarai pengedar Shaklee berdekatan anda!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...