Followers

Wednesday, December 24, 2014

Tips Memilih Produk Kecantikan



Siapa yang tak suka tips kan. Orang pompuan lagi la suka tips-tips ni. Dari tips karipap rangup, hinggalah tips nak selim-melim. Hehe.. Hari ni saya nak sharekan sedikit tips. Ya, dari tajuk pun dah tau tips apa kan. Hehe.. Tips memilih produk kecantikan yg selamat! Jemput baca ;)

Ciri-ciri Produk Kecantikan yang Bahaya

  
Hari ini, terlalu banyak produk kecantikan yang berada di pasaran dengan menawarkan pelbagai manfaat kepada para pengguna. Namun, sebagai pengguna yang bijak, kita harus meneliti dengan sewajarnya sebelum membuat pembelian. Sama ada produk itu diimport dari luar negara atau buatan tempatan, berikut merupakan langkah-langkah yang harus anda ambil sebelum mencuba mana-mana produk kecantikan.


Pastikan anda semak terlebih dahulu ramuan yang digunakan dalam produk tersebut dan apa yang paling penting adalah kandungan bahan kimia yang terkandung. Produk yang mengandungi bahan kimia berlebihan adalah berbahaya dan boleh memudaratkan kondisi kulit anda. 


Sebagai seorang Muslim, sangat penting untuk kita pastikan status halal produk kecantikan tersebut. Elakkan daripada menggunakan produk yang tidak halal kerana bimbang mereka menggunakan ekstrak haiwan sebagai salah satu ramuan utama. 


Dan yang terakhir sekali adalah semak informasi yang tertera pada label produk kecantikan kulit tersebut. Pastikan ia sesuai digunakan untuk kulit muka anda. Perlu diingatkan bahawa, tidak semua produk sesuai digunakan untuk kondisi kulit tertentu. Oleh yang demikian, kenalpasti kondisi kulit muka anda terlebih dahulu. 

Ingat, sebelum mencuba sebarang produk kecantikan mahupun kesihatan, jangan tengok pada 'keberkesanan'nya saja! Yang lebih penting adalah ia SELAMAT! Jangan nanti nak cantiknya sekejap aje, merananya yang lebih. ;)




Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412
sms/whatsapp: 012-2897359

Tuesday, December 23, 2014

Set Vitamin yg Sentiasa Dekat di Hati Saya

Salam,

Orang kata, cinta pertama biasanya susah kita nak lupakan. Betul ke?? Haha..

Mungkin ada betulnya. Sebab cinta pertama saya dalam Shaklee, tak lain tak bukan adalah set untuk ibu menyusu. Ye lah, saya kenal Shaklee pun masa saya sedang menyusukan. Alhamdulillah, set penyusuan Shaklee telah banyak membantu saya sepanjang tempoh tersebut. Jadi, Set Menyusu ni sangat dekat di hati saya.


Sebenarnya, dah agak lama juga orang tak bertanyakan saya set menyusu ni. Jadi, tempoh hari bila ada customer baru yang bertanya pasal set ni, saya rasa teruja sangat! Saya rasa seronok nak bantu ibu ini jayakan misi penyusuannya :) Beliau telah dapatkan set menyusu tanpa ESP, memandangkan beliau tak boleh terima rasa ESP. InsyaAllah, dengan cara yg betul, ia dapat membantu ibu ini mendapatkan kesihatan yg optimum, seterusnya meningkatkan penghasilan susu badannya. Moga beliau berjaya menyusukan anaknya sehingga umur 2 tahun. Tak sabar nak follow up balik lepas seminggu. Harap ada positive feedback! :)
Sedikit penampilan si Adnin sebelum berumur 1 tahun ... Ibu-ibu menyusu di luar sana, kuatkan semangat dan teruskan misi penyusuan anda! Ibu Adnin dah tak mengepam kat opis. Hanya direct feed sahaja bila dengan Adnin. Lagi 4 bulan Adnin genap 2 tahun ... Alhamdulillah, dapat juga diberi peluang menyusukan si kecil comel ni ..:)

Berminat untuk jana pendapatan melalui biz Shaklee, ataupun untuk dapatkan vitamin Shaklee? Hubungi saya segera!

Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412
sms/whatsapp: 012-2897359

COD sekitar Putrajaya, Desa Pinggiran Putra, Cyberjaya, Bangi; Pengeposan ke seluruh Malaysia!
Klik SINI untuk senarai pengedar Shaklee berdekatan anda!

** Semua testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

Thursday, December 4, 2014

Apabila hidup menjadi satu rutin

Salam,

Tempoh hari saya dengar motivasi pagi di radio IKIM.fm. Kisah niat. Saya cerita semula ya. Maaf kalau tak sama dengan cerita asal.

Di satu sekolah pondok, sedang murid-murid belajar dalam kelas.. Tiba-tiba pintu diketuk oleh seseorang. Baru saja murid yang duduk paling dekat dgn pintu ingin bangun untuk membuka pintu, Tok Guru meminta murid itu duduk semula. Dan Tok Guru meminta murid yg duduk paling jauh dari pintu untuk membuka pintu.

Dipendekkan cerita, setelah selesai urusan tetamu yang datang tadi, Tok Guru pun bertanya kpd anak murid yg mula-mula ingin bukakan pintu tadi. "Apakah yg kamu fikirkan semasa ingin bangun membuka pintu itu tadi? " Murid itu menjawab. Tiada apa yg difikirkan. Kerana adalah normal untuk orang yg paling dekat dgn pintu untuk membukanya apabila ada tetamu ingin masuk.

Tok Guru tersebut bertanya pula kpd murid yg dimintanya membuka pintu itu tadi.

Jawab murid tersebut, "Aku fikir, jika orang yg datang ini dalam kesusahan, aku ingin menjadi orang yg membantu meringankan kesusahannya. Jika orang yg datang itu memerlukan makan, aku ingin menjadi orang yg memberi makan padanya. Jika orang yg datang itu inginkan ilmu, aku ingin menjadi orang yg memberi ilmu kpdnya.. "

Lalu Tok Guru mereka berkata kepada murid tersebut, sesungguhnya engkau telah memperolehi pahala atas KESEMUA kebaikan yg diniatkan tadi, sungguhpun ia tidak berlaku.

Entah mengapa, kisah ini seperti mengejut saya dari lamunan. Pelik tapi benar.. Bukan tak pernah dengar pasal kepentingan NIAT dalam setiap perkara yg kita buat. Tapi, ya la.. kisah ini menjadi asbab untuk saya faham konsep kepentingan niat itu.

Hidup kita kebanyakan masanya sudah menjadi satu rutin yg hampir sama setiap hari. Daripada bangun pagi, bersiap, pergi ke pejabat, buat kerja, pulang ke rumah, memasak, dan akhirnya tidur. Bila dah jadi rutin tu, kita cenderung untuk lakukannya tanpa kita 'sedar'. Kita buat sebab dah terbiasa. Dah jadi amalan setiap hari. Tau-tau aje dah habis.. dah selesai. Bangun tidur gedebak gedebuk, eh dah malam?

Untungnya kalau dalam setiap pekerjaan kita mulakan dengan niat. Niat untuk memberi manfaat kepada makhluk lain. Niat nak berbakti, berjasa. Allah dah janji, niat nak buat benda baik je otomatik dah dapat pahala. Tapi kita (saya la tu) tak ambil peluang yg Allah dah beri untuk kita kutip pahala.

So lepas ni, boleh la kita sebagai ibu, ayah, anak, pekerja, manusia... Stop sejenak sebelum memulakan sesuatu kerja, dan fikirkan macam mana kita nakkan kerja kita tu memberi manfaat pada yg lain. Contohnya tengah buat kuih, boleh set dlm kepala, "Semoga orang yang makan kuih aku ini nanti kenyang dan dapat buat kerja dengan baik, diterangkan hati agar mudah menerima ilmu, ...dll.. " sambil berselawat, insyaAllah..

Tiba-tiba gambar chef kan..


Ayah saya ada kongsikan satu doa atau boleh juga dikatakan niat yg kita boleh amalkan sebaik sahaja bangun pagi. Saya suka sangat doa ni.. Moga ia juga bermanfaat buat anda..

"Ya Allah, aku sedekahkan semua pahala kebajikanku pada hari ini kpd kedua ibu bapaku", sebaik-baik saja kita bangun pagi, dimulakan dengan sedekah Al-Fatihah.


Berminat untuk jana pendapatan melalui biz Shaklee, ataupun untuk dapatkan vitamin Shaklee? Hubungi saya segera!

Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412
sms/whatsapp: 012-2897359

COD sekitar Putrajaya, Desa Pinggiran Putra, Cyberjaya, Bangi; Pengeposan ke seluruh Malaysia!
Klik SINI untuk senarai pengedar Shaklee berdekatan anda!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...