Followers

Monday, November 24, 2014

Pengambilan Suplemen di Kala Sakit

Assalamualaikum,

Apakah beza antara penggunaan ubat dan suplemen? Secara umumnya, vitamin diambil sebagai langkah pencegahan. Konsep pengambilan suplemen adalah sebagai satu usaha untuk mengelak penyakit. Kesihatan adalah satu nikmat, yang kita hanya akan hargai apabila datang sakit. Kesan suplemen biasanya bukanlah dalam masa 1-2 hari. Kerana itulah amat penting untuk konsisten dalam pengambilan sesuatu suplemen.

Berbeza pula dgn ubat-ubatan. Ia diambil apabila kita sudah jatuh sakit. Di mana kesannya boleh dikatakan 'serta-merta' kerana kandungan 'drugs' di dalamnya. Namun, kebanyakan ubat akan memberi kesan sampingan terutama jika diambil secara berterusan atau berlebihan. 

Bolehkah suplemen membantu penyembuhan di kala kita telah jatuh sakit?? 


Berdasarkan pengalaman dan pembelajaran saya, jawapannya BOLEH. 

Alhamdulillah, saya dikurniakan nikmat sakit baru-baru ini. Selesema resdung melanda. Dah lama saya tak diserang resdung yg teruk. Maksudnya hidung berhingus cair dan sakit kepala. Mungkin akibat kurang rehat. Rasa nak tidur je kalau boleh! Kalau zaman muda remaja dulu, solution saya apabila selesema macam ni adalah dengan menelan panadol soluble dan tidur! InsyaAllah bangun tidur lega. Kesannya memang cepat dan 'hassle-free'. Memang berbeza la dengan rawatan semulajadi ni. Apa yg saya buat bila dah dapat tanda-tanda nak sakit tempoh hari.. Saya tingkatkan pengambilan vitamin C dan banyakkan minum air masak. Omegaguard pun saya pastikan tak tinggal. Vicks pula sentiasa stand by. Sapu kat hidung.. lega sikit. Bezanya bila rawat guna suplemen ni ialah kita kena banyak bersabar. Sebab kesannya bukan serta-merta ya. Yang penting, lebihkan air masak, rehat... dan YAKIN! Syukur, hari Jumaat and weekends berjaya diharungi dengan stuffy & runny nose (and of course non-stop sneezing!!) Namun hari ini dah much better!

Semasa badan kita sakit, sel-sel kita sakit dan mengalami kerosakan. Inilah masa terbaik untuk kita perbaiki sel-sel kita dengan menyediakan zat penting dan beri 'extra protection' kepada sel melalui pengambilan vitamin yg sesuai. Shaklee adalah suplemen yg semulajadi dan bukan sahaja berkesan. Yang lebih utama, ia SELAMAT!

Berminat untuk jana pendapatan melalui biz Shaklee, ataupun untuk dapatkan vitamin Shaklee? Hubungi saya segera!

Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412
sms/whatsapp: 012-2897359

COD sekitar Putrajaya, Desa Pinggiran Putra, Cyberjaya, Bangi; Pengeposan ke seluruh Malaysia!
Klik SINI untuk senarai pengedar Shaklee berdekatan anda!

** Semua testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

Tuesday, November 18, 2014

Omegaguard untuk Anak-anak Tersayang

Assalamualaikum, 

Adoi la.. Lama betul blog ni terabai. Tak apalah, kini saya kembali dengan promo terkini daripada Shaklee. Ecewah..

Ada lagi ke yg belum tahu? Bulan ni promo Omegaguard tahu. Saya suka gila! Lagi suka daripada promo ESP. haha.. Sebab apa? Sebab satu family saya memang consume Omegaguard! Dari mak, ayah, anak-anak hingga ke bibik tau.. Hehe..

Banyak tau khasiat Omegaguard ni.Tapi, untuk saya dan keluarga, saya suka khasiatnya yang baik untuk atasi masalah batuk & asma, untuk tingkatkan sistem pertahanan tubuh, dan tak lupa kerana kandungan DHAnya yang bagus untuk perkembangan otak ;) Suka tak?


Inilah 2 vitamin yg saya suka bagi pada anak-anak. Adnin kemain suka lagi kalau lalau kat area simpan vitamin Shaklee tu.. Tunjuk-tunjuk kat botol vitamin. Suruh ambil la tu. Hehe..

Gambar Along n Faeq tu masa Majlis Penyampaian Hadiah DzulIman & Kafa last year. Dah nak masuk setahun la maknanya.. Tak lama lagi Majlis Penyampaian Hadiah lagi.. Alhamdulillah, tahun lepas Along dapat no. 2 untuk Kafa dan Faeq dapat anugerah apa ya, tak ingat dah.. Biasa la DzulIman suka bagi award2 macam 'Most Obedient Khalifah', 'Most Soft-spoken Khalifah' (award Along tahun ni ;p) Faeq dapat 'Most Generous Khalifah' tahun ni :) Apakah maksudnya? Pemurah senyuman ke? kikih...

Ok, jumpa lagi di entry akan datang. InsyaAllah akan kugigihkan update pasal Omegaguard lagi.. Tungguuu...

p/s: Jangan lupa dapatkan Omegaguard segera! Nak dapat free membership time ni la! Beli 6 botol Omegaguard dapat 1 botol FREE. FREE MEMBERSHIP lagi. Pastu bulan depan dapat plak cash bonus drp Shaklee.. best!!

Berminat untuk jana pendapatan melalui biz Shaklee, ataupun untuk dapatkan vitamin Shaklee? Hubungi saya segera!

Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412
sms/whatsapp: 012-2897359

COD sekitar Putrajaya, Desa Pinggiran Putra, Cyberjaya, Bangi; Pengeposan ke seluruh Malaysia!
Klik SINI untuk senarai pengedar Shaklee berdekatan anda!

** Semua testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...