Followers

Wednesday, May 28, 2014

Shaklee Get Clean Set yang Mesra Alam

Shaklee bukan sahaja berkisar kesihatan badan. Shaklee juga sebuah syarikat yang amat menitikberatkan pemuliharaan Alam Semulajadi. Antara prinsip Shaklee ialah hidup harmoni dengan alam semulajadi®. Shaklee adalah  syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral™ di mana Shaklee telah meneutralkan pengeluaran karbon tanpa menjejaskan alam sekitar. Pelbagai anugerah telah diterima oleh Shaklee sebagai pengiktirafan dan bukti kesungguhannya memulihara Alam Sekitar. Boleh rujuk di sini untuk info lanjut.

Get Clean Set merangkumi: Sabun pencuci pakaian, Pelembut pakaian, Sabun Serbaguna Basic H & Sabun pencuci pinggan.

Kebanyakan produk pencuci yang terdapat di pasaran hari ini mengandungi bahan kimia yang bukan sahaja bahaya kepada manusia, malah juga kepada alam sekitar. Namun pencuci dalam Get Clean Set ini adalah sebaliknya. Jujurnya, saya tak pernah beli atau guna get clean set ni. Yang ini pun saya belikan untuk mak saya. Kelebihan sabun pencuci Shaklee ni ialah ia adalah biodegradable (mesra alam), selain menjimatkan.

Testimoni:

Bulan Julai saya bersalin, saya membasuh baju 2 sesi. 1 sesi untuk basuhan baju baby. Baju, sarung tangan, stoking, barut, lampin, dan semua yang berkaitan baby dibasuh berasingan. Baju-baju saya, suami dan Ahmad Nasih dibasuh dalam sesi ke 2. Pakaian baby Nafiz dibasuh hampir setiap hari. Ini menjadikan jumlah basuhan kami banyak. Namun, sehingga bulan November ini, masih ada lagi baki sabun ini yang boleh digunakan. Jimatkan?

Satu lagi sebab saya jatuh cinta dengan ini sabun adalah: Pakaian-pakaian Nasih yang sudah lama digunakan, disimpan dan kembali dipakai oleh Nafiz menjadi lebih CERIA, kelihatan semakin BARU dan BERSIH. Setiap kali basuhan, saya dapati baju-baju Nasih yang sudah luntur dan nampak lusuh kembali BERSERI. Ia mungkin mengambil masa  beberapa basuhan. Tetapi ia BERBALOI. JIMAT!

Ok, alasan terakhir kenapa saya sangat suka ini sabun. Ada beberapa kesan kotoran 'kekal' pada baju suami, semakin pudar dan sudah hilang. Ia mengambil masa beberapa kali cucian juga untuk hilang. Namun, ia BERKESAN. Tidak perlukan peluntur. Suka kan?

Sumber:   jurnalnm

Formula Semulajadi untuk Pakaian Yang Lebih Bersih 
Dapatkah anda bayangkan betapa seronoknya jika hasil cucian kelihatan putih, bersih dan berbau harum?. Kini, Fresh Laundry akan memberi anda nikmat kesegaran yang lebih lagi. Rumusan enzim semulajadi ini bukan sahaja berkesan untuk membersihkan pakaian, malah juga tidak meninggalkan sebarang kesan buruk terhadap bumi. Selain terbau keharuman pakaian yang dicuci, anda juga mampu menghidu udara yang bersih dan nyaman.

Tahukah Anda?
Kebanyakan serbuk pencuci mengandungi bahan perengsa yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan dan mengakibatkan reaksi alahan. Triethanolamine dodecylbenzenesulfonate merupakan salah satu sejenis bahan perengsa yang disenaraikan oleh EPA (Pertubuhan Pemuliharaan Alam Sekitar Amerika) sebagai bahan berbahaya. Bersentuhan dengannya mampu menyebabkan kerengsaan atau kesan terbakar pada kulit dan mata manakala sentiasa terhidunya pula akan merengsakan hidung, kerongkong dan paru-paru seterusnya membawa kepada masalah batuk, asma atau sesak nafas. Kulit yang bersentuhan dengannya akan menjadi kering, gatal dan mengakibatkan masalah alergi kronik dan ruam.
Fresh Laundry Concentrated tidak mengandungi bahan-bahan tersebut mahupun bahan-bahan berbahaya yang lain.

Perbezaan Shaklee
Selamat
  • Hipoalergenik
  • Tanpa Klorin
  • Sesuai digunakan untuk semua fabrik yang boleh dibasuh
  • Tanpa bahan kimia berbahaya
Berkesan
  • Berkepekatan tinggi
  • 1 aun sudah memadai untuk cucian muatan sederhana
  • Keberkesanannya yang sama dalam semua jenis suhu, sama ada air sejuk atau panas
  • Menjadikan pakaian putih lebih putih dan pakaian berwarna lebeoh cerah berseri
Mesra Alam
  • Ramun Semulajadi yang mesra alam
  • Surfaktan bersifat biorosot
  • Tanpa fosfat, borat dan nitrat
  • Tanpa bahan perwarna
  • Bungkusan yang boleh kitar semula
  • Selamat untuk sistem septik dan pembentungan
Note: Jika kulit anak anda jenis yang alergik dan sensitif, cubalah tukar kepada sabun pencuci baju Shaklee ni. Mana tahu serasi kan?


Berminat untuk jana pendapatan melalui biz Shaklee, ataupun untuk dapatkan vitamin Shaklee? Hubungi saya segera!

Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412
sms/whatsapp: 012-2897359

COD sekitar Putrajaya; Pengeposan ke seluruh Malaysia!
Klik SINI untuk senarai pengedar Shaklee berdekatan anda!

** Semua testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

Friday, May 23, 2014

Makan Vitamin Punca Bayi dalam Kandungan Besar?


"Tahniah! Dengar berita dah selamat bersalin baby boy ya? Ibu n baby sihat? Berapa berat baby?

"Alhamdulillah, dah bersalin semalam. Ibu dan baby sihat... Baby 3.95kg.. Terkejut gak saya, besar baby. Ni sebab makan vitamin Shaklee la ni.."

-.-

Ahaa... sounds familiar?? Saya kerap juga dengar ibu mengeluarkan statement bayi lahir besar disebabkan makan vitamin masa mengandung. Saya tak setuju langsung.

Kenapa? Ini pengalaman saya sendiri:


Yang sebenarnya, sewaktu mengandunglah ibu kena jaga pemakanan. Ibu tak boleh makan ikut selera dan nafsu. Kawal-kawal sikit :) Salah satu punca sebenar bayi terlalu besar dalam kandungan ialah, pemakanan ibu yang tinggi gula dan karbohidrat. Tapi bukan itu sahaja. Ada faktor-faktor lain yang menyumbang.

Terdapat beberapa faktor sebenarnya yg boleh menyebabkan bayi membesar lebih daripada berat yg normal ketika di dalam kandungan. Antara faktor yg telah dikenalpasti ialah:
  • Keturunan - ibubapa yang besar kebiasaannya melahirkan bayi yang besar.
  • Terlalu banyak kenaikan berat badan ibu semasa mengandung.
  • Ibu dengan paras gula tinggi di dalam darah semasa mengandung - contohnya, ibu yang mengidap kencing manis (diabetes) semasa mengandung.

Sumber: MyLittleYaya, laman web Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM


Oleh itu, ibu-ibu jangalah takut utk consume vitamin semasa mengandung. Suplemen sangat bagus untuk perkembangan janin, kerana dalam dunia serba moden hari ini, sukar untuk amalkan diet yang sihat dan seimbang. Walaupun masak sendiri, sayur dan buah yg ditanam tu pun khasiatnya dah tak sama macam dulu-dulu. Dengan tumbuhan GMO, tanah yg kurang zat dan macam-macam lagi. Maka suplemen ini membantu mengisi ruang-ruang kosong nutrisi dalam badan!

Jika berminat mencuba set kehamilan Shaklee yang SEMULAJADI, SELAMAT & BERKESAN, boleh hubungi saya segera. Jemput baca lanjut tentang Set Kehamilan Shaklee DI SINI (klik).

"Ye lahhh...lepas 4 bulan selera makan memang menjadi-jadi. Kadang tu makan nasi 3 kali sehari.. Lain kali nak kena jaga makan lah..Ibunya pun senang sikit nak slim balik pastu ;p"


Berminat untuk jana pendapatan melalui biz Shaklee, ataupun untuk dapatkan vitamin Shaklee?
Hubungi saya segera!

Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412
sms/whatsapp: 012-2897359

COD sekitar Putrajaya; Pengeposan ke seluruh Malaysia!
Klik SINI untuk senarai pengedar Shaklee berdekatan anda!

** Semua testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

Thursday, May 22, 2014

Kisah Inspirasi: Bella Ammara

Salam Inspirasi.

Kagum saya membaca catatan co-founder Bella Ammara. Bermodalkan RM1,000 menghasilkan 9 pasang telekung.. Kini selepas 1 tahun menghasilkan 1200 pasang telekung sebulan!
Saya mula mengenali brand Bella Ammara ni apabila mendapat sepasang telekung pink-purple daripada sahabat syurga saya (read: BFF) pada hari lahir ke-34 saya tahun lepas. Suka gila! Cantik, kemas. Dalam hati terdetik, mesti mahal telekung ni. Terus google. hehe.. 

Cantik kan... real life lagi cantik!

Jom baca catatan 1 tahun yg saya maksudkan.. Moga menjadi inspirasi kepada kita utk berbisnes dan perbaiki taraf ekonomi keluarga dan ummah!
-----------------------
Salam.
Hari ini genap 1 tahun Bella Ammara. Dari 9 pasang telekung sebulan ke 1200 pasang hari ini. Selama 1 tahun aku keluar dari dunia selesa kerusi pejabat. Bagaimana dan kenapa aku bermula? Ini aku, cara aku dan tulisan aku. Baca dan fikirkan.
Aku bermula dengan aku mengkaji sendiri 'asas-asas pembentukan wang di dunia' semasa aku bekerja as a chemist di makmal aerogel di Nilai. Sebagai seorang Chemist - Google, buku, blog dan youtube adalah kawan baik aku. Dari Sheikh Imran Hossein sehingga Ron Paul dan Micheal Maloney aku telaah. Kimia mengajar aku untuk buat kajian sebelum lontarkan konklusi. Dalam 1 tahun aku mengkaji perihal ekonomi dan duit dunia aku sedar, kita banyak ditipu. Dan aku sedar 99% manusia di dunia ini terpedaya dengan tipu daya helah duit. Aku takut. Aku berhenti as a chemist kerana aku rasa makin lama aku kerja makan gaji aku akan jatuh miskin. Sebab aku jumpa, INFLASI (kejatuhaan nilai duit) di Malaysia melebihi 15% setahun. Gila.
Aku berhenti.
Aku join banking sebab aku nak tau apa bank buat. Dalam kajian aku 'Banking System' adalah satu sistem penipu terbesar di dunia. Mereka yang menyebabkan kita miskin. Aku join bank as 'Gold Trader'. Kerana dari tamadun Yunani sehingga ke zaman sahabat-sahabat Rasulullah dan pemerintahan Muhammad al-Fateh di kerajaan Islam Tukey menggunakan EMAS & PERAK sebagai duit. Kita kena pandai beza apa itu duit dan matawang. Matawang yang dalam dompet kita. Kertas bodoh yang makin jatuh nilai. Duit tidak jatuh nilai. Aku gali isi bank sampai aku jumpa sistem mereka - 'Fractional Reserve System'. Sistem dimana mereka cipta duit tanpa pengetahuan kita. Makin banyak duit dicipta, makin jatuh nilai duit dan makin miskinlah kita. Aku kerja sampai aku sampai matlamat aku - no.1 Gold Trader di bank tersebut. Aku dapat dan terus berhenti. Aku fikir aku harus ubah diri aku sebelum aku ubah pemikiran orang lain.
July 2012.

Aku bertunang. Dan 5 bulan selepas itu adalah majlis pernikahan aku. Duit aku? ZERO. Kerana aku percaya Allah itu maha berkuasa. Aku nak bina masjid, Allah akan tunaikan. Aku gamble. Dan aku pegang pada kata Rasulullah dimana 9/10 punca rezeki adalah dari perniagaan. Aku lihat Melayu aku? Rupanya kaum asing lebih percaya pada kata Rasulullah. Dengan usaha, doa dan tawakal kepada Allah aku cuba! Cuba berniaga. Aku bermula dengan PINJAM duit mak aku. RM1,000 untuk buat 9 pasang telekung berwarna dengan tunang aku. Kenapa aku tak buat loan bank? Sumpah demi Allah aku tak suka loan bank. Most of loan bank melibatkan 'interest/riba' dimana riba itu salah satu dosa terbesar di sisi Allah. Aku nak berniaga kenapa aku nak murkakan Allah? Aku tolak riba. Aku pinjam duit mak.
Aku percaya kuat pada kuasa Allah. Aku cuba jaga solat aku, sedekah aku, kerana sedekah itu penambah rezeki. Dalam Bella Ammara aku amalkan satu prinsip yang aku selalu tekankan kepada customer aku:
" Kami di Bella Ammara mengamalkan prinsip perniagaan secara jujur dan ikhlas. Sekiranya ada diantara pelanggan kami yang kurang berpuas hati dengan produk Bella Ammara, kami di Bella Ammara dengan jujur dan ikhlasnya akan mengembalikan semula wang anda (100%) dan telekung yang ada pada tangan pelanggan kami itu tidak perlu dipulangkan semula kembali kepada kami kerana ini akan menyusahkan lagi pelanggan kami. Kami hanya minta jasa baik pelanggan kami untuk meletakkan sahaja telekung tersebut di Surau/Masjid yang berhampiran dengan mereka. Kerana, mungkin ada yang lebih memerlukan telekung tersebut. Niat kami ikhlas, untuk menjadikan solat itu lebih indah dengan pakaian solat yang indah. Kami juga manusia biasa yang melakukan kesilapan dan kami akuinya. Dan kami percaya bahawa rezeki itu datangnya dari Allah SWT. Mohon maaf dan salam ikhlas dari Bella Ammara."
AKU AMALKAN - JUJUR & SEDEKAH.
Alhamdulillah dari RM1,000 duit mak aku + Jujur + sedekah + ingat Allah the only one yang bagi rezeki, aku boleh kawin menggunakan duit aku sendiri (cash), Alhamdulillah tinggal bersama isteri di kediaman yang amat selesa bersama 2 ekor kucing binatang kesayangan Rasulullah, dapat membantu family members mendapat duit lebih, Alhamdulillah dapat buka butik sendiri dan dapat menanam sifat ingin berniaga dikalangan rakan-rakan aku.
Mungkin ini baru 1 tahun. Jauh lagi perjalanan hidup aku. Tapi fikirkan lah. Dari 9 pasang telekung sehingga ke 1200 pasang hari ini. Apa yang aku nak cakap. Dunia makin teruk. Aku yakin, selagi harapkan duit gaji tiap bulan, kita akan jatuh miskin kerana kadar jatuh nilai duit kita semakin teruk. Hari ini hampir cecah 17% world inflation/year. Keluarlah dari kehidupan 'hanya makan gaji' & carilah duit lebih. Usaha dan ingat! Allah akan bantu. yaAllah dia pemberi rezeki. Aku harap suatu hari nanti dengan rezeki yang aku dapat, aku dapat bantu sesiapa yang memerlukan. Aku tak kedekut ilmu. Aku boleh bagi 110% ilmu yang aku ada. Jumpa aku. Aku share dan ajar.
Ingat. Hanya Allah yang bagi rezeki. Bukan boss atau customer kita. Kalau bonus tak dapat nak raya ini cuba fikir balik hubungan kita dengan Allah dan jujurkah kita semasa bekerja?
HAPPY BIRTHDAY BELLA AMMARA
* Carl Samsudin (Co-founder Bella Ammara)
.........................................................................................................
BELLA AMMARA (KUALA LUMPUR)

126-2-8 Metro 126, 53200 Jalan Genting Klang, Setapak, Kuala Lumpur
Date: 28/7 - 5/8
Time: 11am - 10pm 
Solat & berbuka: OUT!
Phone: 03-40316109

-------------------

"Aku percaya kuat pada kuasa Allah. Aku cuba jaga solat aku, sedekah aku, kerana sedekah itu penambah rezeki. "

Dalam bisnes, Allah adalah CEO kita. Dia yang beri kita rezeki. Jadi nak rezeki lebat, kena berbaik-baik dgn CEO, kena buat semua yg Dia suka, kena pandai 'ambil hati' Dia.

Sesungguhnya, kejayaan tidak datang bergolek! Nak keluar dari 'comfort zone' bukan sesuatu yang mudah. Ia perlukan keazaman yang kuat! Jom ambil langkah pertama itu. Masa depan anda, anda yg tentukan.


Berminat untuk jana pendapatan melalui biz Shaklee, ataupun untuk dapatkan vitamin Shaklee?
Hubungi saya segera!

Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412
sms/whatsapp: 012-2897359

COD sekitar Putrajaya; Pengeposan ke seluruh Malaysia!
Klik SINI untuk senarai pengedar Shaklee berdekatan anda!

** Semua testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

Wednesday, May 21, 2014

Resepi lagi: Butter Prawn Basah @ Berkuah

Salam,

Satu lagi resepi best untuk dikongsi bersama. :)

butter prawn basah

Udang Goreng Butter Basah
kredit: RencahHidupku

Bahan-bahan
300 gram udang besar (saya belah belakang udang dan buang 'urat hitam', tak buang kulit)
2 ulas bawang putih
5 biji cili padi (saya tak masukkan sebab anak-anak nak makan)
1 tangkai daun kari
1 sudu butter
1/2 cawan susu sejat (saya guna susu full cream Dutch Lady)
1/2 cawan tepung jagung
Minyak utk menggoreng

Caranya
1. Gaul udang dengan garam dan teping jagung
2. Goreng udang sehingga masak. Jgn terlalu lama.Angkat dan tos
3. Cincang bawang putih dan cili padi
4. Panaskan butter dlm kuali. Tumiskan bawang putih dan cili serta daun kari hingga naik bau
5. Masukkan susu cair dan kacau hingga mendidih.
6. Masukkan udang daun gaul rata
Siap

Komen anak-beranak:
Along: Tak suka.
Faeq: Sedap!
Fikry: Tak suka
Ayah: Ok
Ibu: Sedap! Rasa ala-ala carbonara ;) Cuma next time jgn biarkan lama sangat didih sebab kuah jadi sikit. Ataupun lebihkan sikit susu.

Hubungi saya untuk dapatkan vitamin Shaklee anda:
Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412
sms/whatsapp: 012-2897359

COD sekitar Putrajaya; Pengeposan ke seluruh Malaysia!
Klik SINI untuk senarai pengedar Shaklee berdekatan anda!

** Semua testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.


Friday, May 16, 2014

Resepi Donat Gebu Gebas

Di pagi Jumaat yang hening ni, saya nak share satu resepi donat yang gebu gebas. Kredit kepada BFF merangkap sifu masakan. Hehe..

Ok, kita terus kepada resepinya ya.

Resepi Donut
Kredit kpd: Dr. Ani Liza Asnawi

Bahan-bahan:
1 peket ibu roti@mauripan
3 cwn tepung gandum
2 sudu besar gula
2 sudu besar susu tepung/susu pekat
1 sudu besar planta
1 1/2 cawan air suam
Sedikit garam

Cara-caranya:

Rendam sepeket ibu roti n gula ke dalam air suam. Biarkan sampai berbuih.
Satukan bahan2..tepung, planta, garam n susu. Gaul rata, dan masukan air bancuhan tadi sedikit demi sedikit.

Uli sampai jadi doh yg tak melekat di tangan.
Kemudian perap doh selama 1/2jam. Sebelum dibentuk, tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan angin. Barulah dibuat bentuk donut (Note: Buat bentuk tayar, bukan leper)..biarkan selama 10 minit baru digoreng..

Bila dah sejuk sikit baru tabur gula yg dblend halus..siap.. 
(p/s adunan ni dpt dlm 12 ibij donut..buat kecik2 coz bila digoreng donut akan mngembang..)

Dalam proses: 1-Ibu roti dah berbuih, 2-Donat yang dah dibentuk dan dah naik, sedia utk digoreng, 3-donat siap digoreng dgn bentuk herot-berot

Anak-anak menikmati donat gebu.
Saya dapat banyak jugak donatnya. Lebih 20 ketul kot. Maybe sebab ada saiz kecil ada saiz besar. Cik Abe kata, ibu je buat donat lepas ni. Lembut daripada yg orang jual tu. Kehkehh..

OK, SELAMAT MENCUBA!


Hubungi saya untuk dapatkan vitamin Shaklee anda:
Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412
sms/whatsapp: 012-2897359

COD sekitar Putrajaya; Pengeposan ke seluruh Malaysia!
Klik SINI untuk senarai pengedar Shaklee berdekatan anda!

** Semua testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

Monday, May 12, 2014

Kenapa Herbal Blend Cream Sokmo Terlajak Laris??!

Inilah sebabnya....


Sesiapa yang dah cuba krim herbal blend ni.. pasti tak berpaling pada krim lain lagi dah! Haha.. Sanggup tunggu lama semata-mata tak mahu ambil risiko gunakan krim lain yg tak pasti 'keselamatan'nya. Sebab krim herbal blend ni TIADA PARABEN! Selamat dan berkesan, insyaAllah! 

Tak kisahlah orang nak kata paraben ni kena ada jugak dlm krim-krim.. 0.000001% jer.. Tak bahaya pun... TAPI Shaklee mampu hasilkan krim yang mengandungi 0% PARABEN! So, pilihan di tangan anda. Nak pilih yang selamat, atau yg ada risiko di belakang hari.
Semestinya saya pilih Shaklee!

p/s: Testimoni HBC

pp/s: Buat masa ni stok Herbal Blend Cream saya dah kehabisan. Begitu juga di Shaklee.. InsyaAllah dengarnya dalam bulan ni juga akan direstock. Kalau nak booking dulu dgn saya pun boleh!

Hubungi saya untuk dapatkan vitamin Shaklee anda:
Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412
sms/whatsapp: 012-2897359

COD sekitar Putrajaya; Pengeposan ke seluruh Malaysia!
Klik SINI untuk senarai pengedar Shaklee berdekatan anda!

** Semua testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

Friday, May 9, 2014

Anda punya Impian?

Shaklee National Conference datang lagi, dan kali ini, bagi cycle 2013/2014 lebih ramai leader Shaklee bakal naik pentas menerima pelbagai anugerah dan recognitions oleh Shaklee! 

Personally, performance saya agak drop untuk cycle 2013/2014. Jadi saya agak terkejut bila dimaklumkan bakal menerima total 4 awards kali ni! Alhamdulillah. Time sekolah dulu pun takdo nak dapek banyak anugerah macam ni. 

Dalam banyak-banyak awards ni, yang paling saya impikan adalah New Car Bonus Achiever! 

Sebab apa?
Sebab awards lain boleh dapat tiap tahun.. Tapi BUKAN Car Bonus Achiever ni! Hanya sekali seumur hidup! Hehe.. Saya impikan untuk pegang kunci besar itu! Alhamdulillah, impian saya terlaksana juga akhirnya.

Kalau nak tahu, Shaklee tak bagi kereta sebijik ya. Tapi bonus extra sedebuk, berdasarkan overall UV group kita setiap bulan. Bergantung kpd kita nak gunakan duit tu untuk bayar ansuran kereta, atau nak beli kereta baru, atau nak belanja family melancong. Shaklee tak kisah pun. ;)


Dapatlah merasa muka keluar majalah. Kikik.. edisi Shaklee Today kali ini lebih tebal kerana semakin ramai leader Shaklee yang naik rank dgn pelbagai pencapaian! Sampaikan National Conference yang biasanya hanya dalam 1 hari, kini berlangsung selama 2 hari! Banyak sangat penerima anugerah kekdahnya. Hah.. siapa kata dah terlambat untuk buat biz Shaklee?  Semakin hari semakin ramai yang memilih biz ni dan terus berkembang dan berkembang. Pilihan di tangan kita, sama ada untuk tengok sahaja atau join sekaki! Rezeki itu rahsia Allah. Ikan di laut pun tak pernah habis kan, walau berapa ramai pun nelayan yang keluar mencari rezeki.

Saya dengan ini ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada encik suami, family, kawan-kawan dan customer tersayang, serta anak didik Shaklee saya Muslimah Hebat..Jutaan terima kasih atas segala sokongan kepada saya dalam biz ni. Tak lupa anda, yang sudi membaca blog saya yg tak seberapa ni. Yang sudi menaikkan rank blog saya di arena blogger. hehe..Di sinilah saya bermula, dengan tak tahu-menahu pasal blogging, kini menjadi sumber pendapatan kedua saya. (Cewah.. belum naik pentas dah berucap bagai. Yelah, nanti naik pentas kena jalan laju-laju.. ramai penerima awards lain kat belakang tgh queue. haha!)

Sebenarnya, Car Bonus ni hanyalah sebahagian kecil impian saya. Ada banyak lagi impian yang ingin saya kecapi dalam hidup ni. Tapi ai malu lah nak cerita semuanya kat sini. Hehe.. Saya berazam untuk capai satu-persatu impian itu. Moga cycle 2014/2015 membawa lebih banyak rezeki Shaklee buat empire Muslimah Hebat!

Jika anda juga punya impian seperti saya, ingin perbaiki ekonomi keluarga, ingin keluar dari beban kewangan yg semakin menekan, boleh hubungi saya. Shaklee boleh menjadi 'tools' untuk anda capai impian anda. Tapi saya warning siap-siap. Kalau sekadar ingin cuba-cuba, baik jangan. Nak buat, kena buat betul-betul k. Saya akan bantu tunjukkan jalan. Namun selebihnya, kejayaan anda adalah bergantung kepada TINDAKAN anda sendiri. #selfreminder



Hubungi saya untuk dapatkan vitamin Shaklee anda:
Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412
sms/whatsapp: 012-2897359

COD sekitar Putrajaya; Pengeposan ke seluruh Malaysia!
Klik SINI untuk senarai pengedar Shaklee berdekatan anda!

** Semua testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...