Followers

Wednesday, February 26, 2014

Segmen: Cari Kenalan & Bloglist Mawar Putih

Assalamualaikum,



Segmen: Cari Kenalan & Bloglist Mawar Putih


Ini adalah segmen percubaan pertama dari blogger Mawar Putih. Sila luangkan masa anda untuk berkongsi segmen menarik ini.hehe..Kenapa menarik? Sebab ini segmen 2 in 1.



Selain daripada tambah follower atau bahasa manis...kenalan, Mawar Putih juga akan sediakan satu ruangan khusus untuk BLOGLIST SEPANJANG TAHUN 2014. Cepat...jangan lepaskan peluang keemasan untuk Mawar Putih blogwalking ke blog anda setiap masa.



Haruslah ada syarat-syarat kan..Segmen ini terbuka kepada semua yang bergelar blogger, bukan anonymous atau pinjam blog kawan.Kena ada blog sendiri. Sama ada blog anda dah mencecah ranking tertinggi sehingga la baru bertatih,baru 1 follower juga boleh join segmen ni. Bermula hari ahad, 23/02/2014 sehingga 26/02/2014. Segmen tutup secara rasmi pada jam 10 malam.



SYARAT MUDAH DAN SIMPLE. TIDAK MENGAMBIL MASA LAMA..
1. Follow blog Mawar Putih.
2. Like Official Page FB Mawar Putih sebelah kanan tu..
3. Buat Segmen: Cari Kenalan & Bloglist Mawar Putih
4.Copy coding yang disediakan ke dalam ruangan HTML dan siap untuk publish..
5. Tinggalkan URL entri ke dalam ruangan komen entri ini

CIRI-CIRI BLOGLIST DICARI & ADAT BERSEGMEN:
1. Jujur follow blog ini. Follower akan diupdate untuk memudahkan semua peserta saling berkenalan. Jangan risau, i oll follow balik semua follower. Kalau dah follow tu, tetap follow juga sampai bila-bila.hehe
2. Siapa like official page akan diberi lebih penilaian untuk dimasukkan ke dalam senarai bloglist. Kacang je tu kan..
3. Seorang blogger yang rajin update blog. Bukan bermaksud sehari 5 entri tapi at least ada update dalam masa seminggu. Tak seronok la kan follow blog yang 2 bulan sekali baru nak update.
4. Sanggup jadi sahabat blogger Mawar Putih dan rajin blogwalking ke sini. Jika rasa-rasa tidak sanggup, secara automatik penyertaan anda sebagai bloglist akan terbatal dan digantikan dengan blogger lain. Setahun tu...lama kan.

Keputusan bloglist akan dibuat dalam masa seminggu selepas tarikh tutup segmen. Kesudian anda melawat ke Mawar Putih amat dihargai..=)

Tips Kejayaan Bisnes Menurut Tan Sri Syed Mukhtar Al-Bukhary


Sumber: RahsiaKejayaanUsahawan
7 Tips Kejayaan Bisnes dan Motivasi Syed Mukhtar Al Bukhary

Sejak dari kecil, beliau sudah memahami betapa pentingnya erti kejayaan dalam kehidupan. Kejayaan yang akan mengubah hidup diri serta keluarganya. Yakni mengeluarkan diri daripada kepompong kemiskinan. Seterusnya menjadikan diri sebagai seorang usahawan kaya dan berjaya.

Beliau adalah Tan Sri Syed Mukhtar Al Bukhary.

Seorang usahawan Melayu yang cukup dikenali di mata masyarakat. Kisah kejayaan beliau menjadi inspirasi kepada golongan para usahawan. Namun apakah rahsia kejayaannya? Apakah prinsip kehidupan yang dipegang oleh Tan Sri Syed Mukhtar Al-Bukhary dalam perniagaannya? Berdasarkan analisis yang dikongsikan oleh beliau sepanjang kehidupannya berniaga, terdapat 7 tip kejayaan yang penting untuk diamalkan oleh para usahawan iaitu:

#1 – Usaha dan Tekun, Serta Sedar Ia Memakan Masa
Kejayaan itu prinsip asasnya adalah usaha. Setiap usaha pula memerlukan fokus, yakni membawa maksud kepada ketekunan. Hanya orang yang tekun sahaja mempunyai peluang untuk berjaya dalam perniagaan.

Dalam masa sama, usahawan perlu sedar tentang faktor masa. Dalam perniagaan, masa untuk memperoleh kejayaan yang diinginkan adalah berbeza-beza.

#2 – Mengenali Kekuatan dan Kelemahan Diri
Usahawan yang hebat lagi berjaya adalah mereka yang jelas tentang kekuatan dan kelemahan diri. Kekuatan itu digunakan untuk memacu perniagaan ke tahap yang lebih baik. 

Dalam satu kajian yang dibuat, usahawan yang menggunakan kekuatan mereka untuk membangunkan perniagaan bukan sahaja mudah untuk berjaya. Malah mereka akan mencapai tahap hidup yang bahagia dan kepuasan terhadap perniagaan yang dibangunkannya. 

Buku Now Discover Your Strength yang ditulis oleh Mack Buckingham adalah buku rujukan yang bagus untuk para usahawan mengenal pasti apa kekuatan dalam diri mereka. Manakala para pekerja atau rakan niaga boleh digunakan bagi mengatasi kelemahan diri.


#3 – Tidak Ada Jalan Singkat Dalam Perniagaan
Tan Sri Syed Mukhtar Al-Bukhary sering menyatakan, kejayaan dalam perniagaan tidak mempunyai jalan singkat. Setiap laluan dalam perniagaan yang kita pilih, mempunyai cabaran dan dugaan yang tersendiri.

Tambah beliau, orang yang lemah akan mengaku kalah. Bagi usahawan yang memiliki jiwa dan semangat yang kental, mereka akan menganggap setiap perjalanan itu sebagai pengalaman yang mengajar, untuk menjadi seorang pemilik bisnes yang lebih baik.


#4 – Kemewahan Bukan Motivasi Bisnes

Kereta besar, rumah besar, jam tangan mahal dan material-material mahal bukan faktor utama kejayaan usahawan. Ia hanya menjadi salah satu daripada hadiah untuk membangkitkan motivasi dan meningkatkan estim diri. Kesilapan usahawan yang memulakan perniagaan untuk hidup mewah, akan membawa mereka kepada lembah hutang yang tidak berkesudahan.


Selain daripada Tan Sri Syed Mukhtar Al-Bukhary sendiri yang mengakui tentang isu ini, lagenda dunia teknologi dan gajet, Steve Jobs turut menyatakan,
“Perniagaan itu akan lebih berjaya dan hebat apabila kita melakukan apa yang kita cintai. Bukan tertakluk pada kemewahan semata-mata.”

#5 – Pangkat Dunia Juga Bukan Motivasi Perniagaan
Adakah kita berniaga kerana mahu memegang jawatan atau pangkat yang tinggi dalam syarikat? Semua itu tidak mustahil. Namun kepuasan yang sebenar tidak bergantung pada ia semata-mata. 

Menurut beliau, sebab-sebab usahawan itu berjaya terletak pada:
· Keinginan yang kuat untuk hidup bebas.
· Ingin mencapai matlamat bebas kewangan.
· Ingin mengubah dunia menjadi lebih baik.
· Ingin mengisi jawapan kepada masalah yang dihadapi masyarakat.

#6 – Kejayaan Bisnes Itu Adalah Rezeki Allah
Walau apa jua cara yang kita usahakan dalam perniagaan, matlamat utama kita sebagai usahawan (khususnya yang beragama Islam) adalah mengingati bahawa setiap rezeki yang diturunkan itu adalah milik Allah.

Justeru itu, apabila kita memperoleh kejayaan walaupun kecil, ucapkan syukur dan lakukan kebajikan mengikut kemampuan agar kita memperoleh lebih banyak punca rezeki.

#7 – Berbisnes Kerana Agama
Dalam Islam, agama ini menuntut penganutnya untuk melakukan perniagaan. Kerana dengan perniagaan, kita mampu untuk mewujudkan peluang pekerjaan yang halal lebih banyak. Dengan perniagaan, kita mempunyai peluang untuk bersedekah dengan nilai yang lebih banyak. Dengan perniagaan juga, kita mempunyai masa yang lapang untuk menunaikan ibadat-ibadat wajib dan sunat.

Oleh kerana prinsip-prinsip ini, Tan Sri Syed Mukhtar Al-Bukhary dilihat sebagai usahawan Melayu Islam yang begitu menonjol di mata dunia. Justeru itu, mengamalkan tip-tip yang dikongsikan beliau ini dapat meningkatkan keyakinan kita untuk lebih berjaya dalam perniagaan.



Hubungi saya untuk dapatkan vitamin Shaklee anda:

Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412
sms/whatsapp: 012-2897359


COD sekitar Putrajaya; Pengeposan ke seluruh Malaysia!

Tuesday, February 25, 2014

Bayi Mati Akibat Mandi Air Sejuk

Assalamualaikum,

Terjumpa artikel Dr Zubaidi ini di blog Erna tadi. Moga kita ambil iktibar dan jangan pandang remeh sesuatu perkara. 

Dalam entri ini saya ada kongsikan cara-cara menjaga bayi baru lahir. Dan ada disebutkan untuk memandikan bayi dengan air suam. Tapi saya pun baru tahu yang memandikan bayi dengan air sejuk boleh mengakibatkan maut. Na'uzubillah.. 

Saya kongsikan artikel tersebut di blog saya dengan harapan lebih ramai ibu bapa dan pengasuh bayi yang peka akan perkara ini.

Gambar sekadar hiasan


“Assalamu alaikum, doctor. Merujuk pada posting doctor sebelum ini, saya ingin bertanya. Anak jiran saya berusia 4 bulan telah meninggal dunia bulan lepas. Dktor memberitahu jiran saya berkemungkinan disebabkan pengasuh memandikan anak jiran saya dengan air sejuk. Benarkan memandikan bayi dengan air sejuk boleh menyebabkan kematian?”



Wa alaikum mus salam.

Saya bersimpati dengan jiran puan dan mendoakan agar anaknya di tempatkan di syurga kelak.

Memandikan bayi kelihatannya mudah tetapi ia harus berhati-hati terutama jika bayi berusia enam bulan ke bawah.

Ini disebabkan oleh kesan suhu air boleh menyebabkan kematian pada bayi. Waktu memandikan bayi tidak berapa penting, malah boleh memandikan bayi waktu malam, asalkan menggunakan air yang suam.

Bayi yang usia enam bulan ke bawah, sebaiknya dimandikan menggunakan air hangat, karena air dingin bisa membuat bayi mengalami hipotermia. 
Hipotermia adalah keadaan di mana suhu tubuh yang menurun secara mengejut kerana lapisan kulit bayi yang masih terlampau tipis.

Hipotermia pada bayi, biasanya membuat bayi lupa cara bernapas dan berbahaya kepada bayi.

Sebaiknya bayi di bawah usia enam bulan ke bawah dimandikan dengan air bersuhu antara 29-30 derjah celsius, karena suhu itu dianggap cukup hangat dan selesa bagi kulit dan paru-paru bayi. 

Wallahu a’lam.

Hubungi saya untuk dapatkan vitamin Shaklee anda:

Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412
sms/whatsapp: 012-2897359

COD sekitar Putrajaya; Pengeposan ke seluruh Malaysia!


Monday, February 24, 2014

10 TIPS Mengumpul Stok Susu Perahan (EBM) Sepanjang Cuti Bersalin

Salam,

Dah lama tak cerita pasal breastfeeding kan. Alhamdulillah, masih lagi menyusukan Adnin sepenuhnya. 20 hb lepas dia baru je genap 10 bulan. Oh my! Lagi 2 bulan je dah nak setahun??! Syukur n yet... cepatnya masa berlalu! Ok lah.. tadi scroll down newsfeed kat fb.. Nampak posting lama Fazila (Saya banyak membeli keperluan penyusuan Adnin dgn Fazi ;)) Dan nampak sharing beliau tentang persediaan membuat stok susu (EBM) seawal dalam pantang. Bagi saya ia sangat berguna dan harapnya dapat memberi manfaat kepada ibu lain juga.. 

Terima kasih kepada Noorfazila Abdul Rahman atas perkongsian ini! Ibu-ibu dan bakal ibu yang lain, selamat membaca!
  ~~~~~
Tips untuk semua ibu baru dan bakal ibu membuat stok EBM (Susu Ibu Perahan) sepanjang cuti bersalin..

1. NIAT..mula lah berniat, tanamkan azam, ikhlaskan diri, yakin dgn kemampuan diri untuk memberi yang terbaik untuk anak. Kenapa perlu niat? KERANA niatla yg mendatangkan kekuatan dalam diri kita.

2. Usahakan untuk menyusukan anak secepat mungkin (sebaiknya setengah jam selepas bersalin). Kenapa perlu awal? KERANA lebih awal signal demand di hantar pada otak sejurus tali pusat dipotong lebih cepat susu akan dihasilkan. Ini penting untuk proses penghasilan susu secara berterusan.

3. Mula kumpul stok dgn serius sejak 2 minggu dalam pantang. 2 minggu pertama beri tumpuan penuh (priority) untuk susukan baby sekerap yang boleh ini kerana di awal2 kelahiran susu matang masih belum terhasil sebaliknya masih kolostrum..pastikan anak mendapat khasiat yg terkandung dalam kolostrum yg pastinya sangat berharga..stimulasi semualajadi dari hisapan baby sejak dr awal sangat penting. Kenapa perlu bermula dari dalam pantang? KERANA waktu pantang badan baru nak belajar adjust berapa byk hasil yg diperlukan setiap hari..waktu ini bdn sedang aktif hasilkan susu..lebih kerap payudara dikosongkan lebih byk susu dapat dihasilkan. Lama kelamaan badan akan terbiasa untuk menghasilkan susu yg lebih mengikut demand yg dihantar pada otak.

4. Minum air suam segelas setiap kali sebelum dan selepas menyusukan anak atau mengepam. Kenapa perlu minum air lebih? KERANA anda telah menghasilkan bendalir (susu ibu) maka perlulah diganti juga dengan bendalir (air suam). Ini penting untuk pastikan payudara cepat penuh.

5. Pastikan payudara dikosongkan setiap 2-3jam sekali, tidak kira sama ada melalui sesi penyusuan atau sesi mengepam. Sebaiknya sepanjang tempoh berpantang jangan sesekali memberi anak minum susu perahan melalui botol, pastikan anda menyusukan anak 100% secara direct feeding ia juga bagi mengelak bayi keliru puting..Kenapa perlu kerap? KERANA untuk memastikan badan terbiasa untuk menghasilkan susu tanpa henti..bila badan telah terbiasa dgn jadual ini secara automatiknya ibu akan merasa "bengkak" bila payudara tidak dikosongkan.

6. Susukan anak lebih kerap waktu malam. Kenapa waktu malam? KERANA hormon prolaktin (yg terlibat dalam penghasilan susu) lebih tinggi pada jam 1.00 - 5 pagi..jika badan terbiasa untuk menghasilkan susu di waktu kemuncak ini secara tak langsung bekalan susu makin lama akan menjadi bertambah banyak.

7. Amalkan tandem nursing (mengepam sewaktu anak sedang menyusu). Stimulasi serentak akan mewujudkan lebih demand pd otak secara tidak langsung susu akan dihasilkan secara berterusan mengikut permintaan yang diterima. Jika payudara masih terasa berat selepas sesi penyusuan boleh keluarkan baki susu melalui sesi mengepam. Bagaimanapun, secara peribadi saya tak begitu galakkan untuk mengelak dari ibu OVER SUPPLY (susu terlalu banyak).

8. Jaga makan dan minum, mknlah makanan berkhasiat, minum susu kerana badan perlukan kalsium dan zat lain bagi menggantikan penggunaan simpanan zat dalam badan semasa menghasilkan susu untuk anak.

9. Elakkan stress, tenangkan diri, walau apa saja masalah hadapi dengan tenang dan hati yang gembira. Kenapa tak boleh stress?KERANA stress, tekanan, tension atau yg seumpama dengannya akan membuatkan paras hormon oksitosin (yang terlibat dalam proses pengeluaran/merembeskan susu) menjadi rendah. Bila rendah susu jadi segan nak keluar dan pengeluran jadi tak lancar.

10. Jangan lupa berdoa, berdoa, berdoa dan bertawakal kepada Allah swt..DIA lah yang no 1 kita kene ingat kerana dia yang meminjamkan segala2 nikmat yang ada..bykkan berzikir terutama Ya Matin. Amalkan juga ayat2 dari Surah Al-Hujurat, Surah Al-Baqarah ayat 60, Surah Ar-Ad ayat 8-9.







SALAM PENYUSUAN SUSU IBU




Hubungi saya untuk dapatkan vitamin Shaklee anda:

Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412
sms/whatsapp: 012-2897359

COD sekitar Putrajaya; Pengeposan ke seluruh Malaysia!

Pembakar Semangat untuk Update Blog

Alhamdulillah...


Tq Nuffy! Ada 3 BE tengah parking kat blogku. Harus ku update blog 3 kali sehari nih. (auto-publish jeeer!)

Jommm!!!

Hubungi saya untuk dapatkan vitamin Shaklee anda:

Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412
sms/whatsapp: 012-2897359

COD sekitar Putrajaya; Pengeposan ke seluruh Malaysia!

Friday, February 21, 2014

Motivational Quotes buat Anda yang Terjebak dalam Bisnes

*All pics credit to google*







Never ever give up! 

Hubungi saya untuk dapatkan vitamin Shaklee anda:

Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412
sms/whatsapp: 012-2897359

COD sekitar Putrajaya; Pengeposan ke seluruh Malaysia!

Vivix dan Resveratrol

Salam,


VIVIX bertindak dlm 4 cara:

1. Mempertahankan sel (cell defence).
2. Memberi tenaga kpd sel.
3. Memperbaiki sel.
4. Meningkatkan prestasi sel.

Apakah resveratrol?

 
Resveratrol adalah sejenis bahan antioksida yg dihasilkan oleh tumbuhan sbg tindakbalas terhadap jangkitan kulat, tekanan, cuaca ekstrem dsb.


Anggur muscadine adalah anggur yg jarang didapati, dan ia adalah anggur terbaik kerana ia hidup secara semulajadi dlm cuaca ekstrem. Semakin ia terdedah kpd cuaca ekstrem, semakin ia menghasilkan resvetrol yg tinggi!



Salah satu kandungan Vivix ialah anggur Muscadine. Malah Vivix adalah 10 kali ganda lebih hebat daripada resveratrol!

Hubungi saya untuk dapatkan vitamin Shaklee anda:

Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412
sms/whatsapp: 012-2897359

COD sekitar Putrajaya; Pengeposan ke seluruh Malaysia!


Kek Hasil Tangan Sendiri vs Kek Tempah

Salam Jumaat yg penuh barakah,

Pagi-pagi lagi dapat sharing daripada seorang rakan biz tentang the magic of sedekah. Puncanya, semalam bonda kami share satu kisah ni.. bagaimana RM100 yg didermakan telah Allah gantikan dgn rezeki berlipat ganda. Rakan saya ni terus implement perkara yg sama, dan sungguh magic hasilnya!! Sesungguhnya janji Allah itu pasti! 

Ok lah.. hari ni entry santai je. Nak share kek birthday 2014 Along dan Faeq serta kek hasil tangan ibunya. hehe.. 

Januari & Februari adalah bulan birthday Along & Faeq. Zaman sekarang ni budak-budak dah pandai request nak kek letak gambar itu ini. (Maknya la jugak yg ngajo) Beberapa minggu sebelum birthday dah google image untuk kartun kegemaran depa. Hehe.. Nama kartun pun pelik-peli skrg ni. Takpelah, janji bahagia...


Ini kek Faeq. Armor Hero. Asalnya dia nak gambar lain, tapi gambar yg dia cari tu tak sesuai sebab ada tulisan atas imej tu. So si pembuat kek jumpa gambar ni. Dia pun setuju aje.. "Asalkan ada gambar," katanya. hehehe...


Kek hasil tangan ibu. Carrot cake dgn topping cream cheese. Yummy.. ibu kata la.. Budak-budak tak makan sangat punnn..


Birthday cake Along. Joined-celebration dgn classmate dia, Aidy. Gambar kek ni memang tak tunjuk awal-awal kat dorang.. mak-maknya nak buat surprise. Memang surprise! Suka sangat dorang. hehe..


Kebelakangan ni banyak pulak pisang kat rumah tu. Pisang pokok sendiri, jiran-jiran pun bagi pisang.. Last-last banyak yang masak gitu je. Dah buat cekodok, lepat pisang.. Last-last buat pulak kek pisang coklat ni. Yummy!! Pisang dan coklat memang sangat ngam! Tapi budak-budak tak makan pun. Dorang ni kek coklat barulah laju. Banyak saya survey resepi kek pisang. Tapi kebanyakannya pisang yg diperlukan hanya 2-3biji. Tak tercapai la matlamat saya nak perabihkan overripe pisang saya. Last-last jumpa resepi ni.. tapi saya tambah lagi pisangnya. hehe.. Resepi asal kek pisang ni saya ambil daripada blog kak Azie. Kemudian just taburkan cooking coklat yg dah dipotong kecil atas kek, sebelum masuk oven.


Kek Pisang

Bahan bahan:
4 biji pisang emas - lecek (saya guna 5 biji)
1 cwn gula kaster
1 cwn minyak jagung
4 biji telur gred A (saya guna gred B)

Bahan ayak:
1 1/2 cwn tepung gandum
1 sk soda bicarbonat
1 sk baking powder

Bahan lain:
1 sb jus limau nipis (tak letak)
1sk esen vanila (guna vanilla extract)

Cara cara:
Panaskan oven pada suhu 170C. Lengser mentega pada loyang. Ketepikan. 

Putar gula, telur dan minyak dlm anggaran 3-5min @ hingga putih. Masukkan pisang dan kacau rata. 

Masukkan pula tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit. Kacau sebati dengan menggunakan spatula. 

Masukkan esen vanila, jus limau dan gaul sebati. Tuang dalam loyang dan bakar selama 40 -60 minit atau sehingga masak. 

Nota:
Apabila permukaan atas telah perang, saya kurangkan suhu ke 150C. Saya bakar selama 1 jam. 

-----

Suka sangat dgn blog kak Azie ni. Banyak resepi pantai timur. Kak Azie pun asal dari Kelantan. So resepi-resepi kelate dia boleh dipercayai gitu. Masak nasi kerabu last week tu pun guna resepi kak Azie lah.

Wednesday, February 19, 2014

Apakah apps yang sering anda gunakan dalam handphone?

Assalamualaikum,

La ni smartphone boleh dianggap satu keperluan bagi seorang businesswoman macam saya. Sebab handphone digunakan bukan sekadar untuk call dan sms sahaja. Fungsinya dah boleh menggantikan pc atau laptop kekdahnya! 



Inilah rupa 'desktop' handphone saya. Saya kumpulkan semua apps yang sering diakses kat depan sekali untuk memudahkan kerja. 

Gallery - nak tengok gambar-gambar yang disnap, screenshots, dll.
Calculator - nak kira total harga dan bonus Shaklee. hehe
Cimbclicks - untuk cek transaksi duit keluar masuk dalam akaun Cimb
S Memo - catatan notes, to do list, dll.
s planner - nak cek tarikh, kalendar
Maybank2u - untuk cek transaksi duit keluar masuk akaun maybank
Flashfox - utk online ke shaklee2u.com.my - cek uv, order Shaklee
Facebook - update status, sharing tentang Shaklee, surf newsfeed
Pages Manager - update page Ibu, hebat kan..
Camera - amik gambo ler
yang lain-lain tu standard la kann.. 

Selain tu, 2 lagi apps yg sangat penting bagi saya ialah:


PicsArt - untuk edit pics, edit poster cun-cun


Blogger - update blog on the go. Walaupun tak sama mcm pc, tapi boleh la nak update simple-simple.

Kawan-kawan pulak banyak guna apps apa kat handphone ya? Sudi share? :)

Hubungi saya untuk dapatkan vitamin Shaklee anda:

Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412
sms/whatsapp: 012-2897359

COD sekitar Putrajaya; Pengeposan ke seluruh Malaysia!

Tuesday, February 18, 2014

Bahaya Tekanan Darah Tinggi Semasa Mengandung

Assalamualaikum,

Tempoh hari, saya diajukan satu soalan oleh seorang rakan, yang berbunyi, "Apa risiko darah tinggi masa mengandung ya?" Soalan beliau membuatkan saya berfikir sejenak....... Sebab saya yakin yg saya pernah terbaca artikel berkenaan persoalan tersebut satu masa dahulu. Tapi bila nak recall balik, hampa! Rasa macam pernah kongsikan isu ni dalam blog waktu saya mengandung haritu, rupanya belum! Kebetulan pulak saya terjumpa artikel ini yang saya rasa sangat mudah difahami. Jemput baca ya...

Teknan Darah Tinggi @ Hypertension semasa Hamil

Darah tinggi (juga dikenali sebagai Hypertension) berpotensi terjadi kepada setiap wanita hamil dengan peratusan antara 10 hingga 15 peratus, di mana ia boleh dikategorikan sebagai agak tinggi.

Keadaan ini berlaku tidak kira sama ada di negara sedang membangun mahupun negara yang maju daripada aspek perubatannya.

 


Tekanan darah yang normal untuk orang yang tidak mengandung ialah 140 ke 90, tetapi bagi ibu mengandung tekanan yang normal ialah 110-70 atau 120-80. Tapi sekiranya tekanan darah melebihi 140, sudah tentu ia dikategorikan sebagai tinggi.

Terdapat dua nama yang diberikan kepada masalah tekanan darah tinggi bergantung bila ia berlaku:

1. Berlaku sebelum usia kandungan 20 minggu - ini dipanggil Essential Hypertension.
  • Ini mungkin berlaku kerana sebelum mengandung si ibu sudah mempunyai tekanan darah yang tinggi. Pemeriksaan terhadap pesakit akan dilakukan untuk melihat sama ada terdapat penyakit lain yang berkaitan buah pinggang atau sejarah perubatan keluarga yang sememangnya ada menghidap darah tinggi.
2. Berlaku selepas usia kandungan 20 minggu - ini dipanggil Gestational Hypertension. Inilah yang dikatakan tekanan darah tinggi semasa mengandung.

Kenapa Berlaku Darah Tinggi Ketika Hamil?

Darah tinggi terjadi kepada ibu mengandung kerana perubahan yang berlaku pada proses perkembangan uri.

“Perkembangan uri sangat penting semasa proses kehamilan. Di dalam uri terdapat banyak saluran darah. Tekanan darah berlaku apabila salur darah dalam uri (spiral arteri) tidak berkembang seperti yang sepatutnya (mengecut) dan menyebabkan darah tidak mengalir dengan sempurna”.

Apa Risiko / komplikasi?

Ramai ibu yang mempunyai tekanan darah tinggi telah melahirkan anak dengan selamat. Namun ini tidak bermakna anda boleh biarkan masalah ini tanpa pemeriksaan doktor kerana keadaan ini boleh menyebabkan beberapa masalah atau komplikasi lain. Antaranya adalah:
  • Kurangnya aliran darah ke placenta. Ini mungkin menyebabkan kurangnya nutrisi dan oksigen pada bayi dalam kandungan. Perkembangan bayi mungkin akan menjadi perlahan dan kemungkinan terjadinya kelahiran bayi dengan berat badan yang rendah.
  • Satu masalah yang dikenali sebagai placental abruption, di mana plasenta dipisahkan dari rahim lebih awal dari masa yang sepatutnya. Ini juga, boleh melucutkan pengaliran nutrien dan oksigen pada baby. Gejala utama placental abruption adalah pendarahan yang banyak.
  • Kelahiran pramatang atau terpaksa mengeluarkan bayi dari kandungan sebelum waktu matang.
  • Seperti yang diketahui jarang jangka hayat bayi dapat diteruskan sekiranya kandungan baru berusia 20 minggu.
  • Setiap bayi yang lahir pramatang akan menghadapi banyak masalah. Katakan bayi terpaksa dilahirkan pada 28 minggu, bayi perlukan pengudaraan yang sempurna, perlu dimasukkan ke wad neo natal, penjagaan rapi dengan kos yang amat tinggi. Namun semua ni bergantung pada analisis doktor.
  • Dalam beberapa keadaan, tekanan darah tinggi semasa hamil boleh menjadi petunjuk kepada masalah preeclampsia. Keadaan ini boleh mempunyai kesan yang sangat negatif terhadap organ si ibu seperti buah pinggang, hati dan otak. Jika preeclampsia berkembang dalam wanita hamil, si ibu boleh diserang sawan, dan ini biasanya dirujuk sebagai eclampsia.
Sumber: MySweetyZara

Nantikan tips dan cara mengatasi masalah tekanan darah tinggi ini dalam entri senterusnya.


Hubungi saya untuk dapatkan vitamin Shaklee anda:

Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412
sms/whatsapp: 012-2897359

COD sekitar Putrajaya; Pengeposan ke seluruh Malaysia!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...