Followers

Thursday, January 30, 2014

Pencarian 50 Bloglist Mamaniza.com




Salam... Jom join!

http://www.mamaniza.com/2014/01/pencarian-50-bloglist-mamanizacom.html?m=1


Klik je banner di atas ni ya kawan-kawan!

Selamat bercuti!

Bagaimana Shaklee Membantu Hindari Cyst dan Fibroid drp Berulang

Kebetulan semasa saya tengah karang entry ni, dapat berita daripada seorang kawan yang dia baru sahaja operate untuk buang cyst dan fibroid. Dewasa ini, semakin kerap kita dengar kaum wanita mengalaminya. Dunia yang semakin canggih dan moden sedikit sebanyak memberi kesan negatif pada kesihatan kita.
Ada banyak kaedah rawatan yang boleh kita pilih untuk atasi masalah cyst atau fibroid. Selain perubatan moden mahupun tradisional, tak kurang yang mencuba suplemen sebagai alternatif. 
Alhamdulillah, bukan seorang dua customer saya yang telah mendapati cystnya mengecut dengan pengambilan GLA Complex yang konsisten. Malah lebih menggembirakan, mereka mendapati diri mereka hamil setelah masalah cyst berjaya diatasi! Subhanallah. Semua dengan izinNya!
Saya juga ingin kongsikan pengalaman Kak N yg merupakan pengamal tegar suplemen Shaklee yg mengalami cyst di ovarinya..Jom ikuti kisah beliau...
Bagi yang mengikuti kisah penulisan blog saya dari awal, pasti pernah terbaca kisah saya yang mengalami ketumbuhan di ovari yang lebih spesifik kes saya ialah twisted cyst. Masa tu saya mengandungkan Addin 2 bulan. Terpaksa juga melalui operation sebab cyst tu berpintal dengan ovari. Alhamdulillah kandungan pun selamat dan Addin selamat dilahirkan secara c-section.
Apa yang saya belajar tentang cyst ni ialah ianya adalah salah satu ketumbuhan abnormal sel dalam badan yang disebabkan oleh faktor radikal bebas. Sama juga dengan fibroid.Ia boleh tumbuh semula jika radikal bebas tidak dikawal baik oleh antioksidan. Masih ingat lagi dengan seorang kawan yang melalui 3 kali operation membuang cyst. Ianya boleh recurrent jika antioksidan dalam badan kita tidak mencukupi.



Apa dia radikal bebas?

Radikal bebas adalah molekul yang kekurangan satu elektron, dan membuat molekul tersebut menjadi tidak stabil dan selalu berusaha mengambil elektron dari molekul atau sel lain. Radikal bebas dapat dihasilkan dari hasil metabolisme tubuh dan faktor luaran seperti asap rokok, hasil penyinaran ultra ungu, zat kimia dalam makanan dan bahan pencemar lain. Penyakit yang disebabkan oleh radikal bebas bersifat kronis, iaitu diperlukan masa waktu bertahun-tahun untuk penyakit tersebut menjadi nyata. Contoh penyakit yang sering dihubungkan dengan radikal bebas adalah serangan jantung dan barah. Untuk mencegah atau mengurangi penyakit kronik karena radikal bebas diperlukan antioksidan.

Untuk bahasa mudah yang saya fahami, pertumbuhan sel yang tidak normal boleh mengakibatkan ketumbuhan atau lebih teruk dikenali sebaga kanser kerana ianya merebak dengan sangat cepat.



Bagaimana nak kawal radikal bebas ini? Ianya boleh dikawal melalui pengambilan antioksidan yang boleh didapati dalam makanan harian kita. Antara makanan yang kaya dengan antioksidan ialah anggur hitam, vitamin C, buah beri, strawberi dan banyak lagi. Namun kandungan antioksidan dalam setiap buah adalah berbeza antara setiap satunya.


Apabila saya ditemukan ALLAH dengan seorang wanita yang melalui pembedahan sebanyak 3 kali untuk membuang cyst, maka saya mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengamalkan pengambilan supplement yang tinggi antioksidan. Apakah vitamin yang kaya dengan antioksidan? Saya gunakan formula ACE iaitu vitamin A, Vitamin C dan Vitamin E. Selain itu pengambilan GLA juga sangat membantu.


Seorang ibu yang menyusu yang pernah mengalami Mastitis juga saya nasihatkan mengambil vitamin yang kaya dengan antioksidan agar perkara yang sama tidak berulang. Adakah benar ibu yang menyusu yang mengambil vitamin E tidak mudah mendapat Mastitis? Ianya hanya sebagai langkah berjaga-jaga kerana penyakit itu datangnya dari ALLAH jua.



Seorang ibu yang juga menyusu pernah meminta saya memberikan panduan untuk mengurangkan bengkak ( ketumbuhan kecil) di bahagian alat sulitnya kerana tidak mahu menjalani pembedahan, alhamdulillah atas sifat istiqamah dan yakin dengan pertolongan Allah, beliau tidak perlu menjalani pembedahan untk membuang ketumbuhan di bahagian alat sulitnya. Syukur sangat.



Selama 11 tahun bersama Shaklee saya dah jumpa ramai pesakit kanser dan ianya buat saya insaf dan istiqamah dengan pengambilan antioksidan. Pemakanan kita mempengaruhi kesihatan kita. Sebab tu kena berjaga-jaga dan pastikan pengambilan vitamin dan zat galian dititikberatkan. Penyakit sebenarnya tidak datang serta merta, ianya berada dalam tubuh cuma ianya tidak aktif. Untuk pastikan ia tidak aktif, pastikan antioksidan kita mencukupi. 



Sumber: BabyQaireen, Anakkuwiraku


Hubungi saya untuk dapatkan vitamin Shaklee anda:

Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412
sms/whatsapp: 012-2897359

COD sekitar Putrajaya; Pengeposan ke seluruh Malaysia!


** Semua testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

Wednesday, January 29, 2014

Tips Pengurusan Kewangan: Elak 'Kebocoran Wang'

Saya yakin ramai yang masih mencari-cari formula terbaik dalam pengurusan kewangan. Sesetengah orang bab buat duit memang hebat. Income capai 4-5-6 angka. Tapi adakah bab menguruskan wang juga sehebat mana dia menjana wang itu? Sebab itu, bak kata Tuan Mohd Zulkifli, "Jangan ingat orang income besar tu kaya raya sebab saya jumpa ramai orang incomenya 5 angka sebulan, tapi duit simpanan kecemasan pun tak ada!


Tips yang dikongsikan oleh Tuan Zulkifli ini lebih kepada panduan mengurus nafsu berbelanja. :) Ia ternyata telah membantu beliau melangsaikan semua hutangnya, seterusnya membantu beliau mengembangkan kekayaan!

7 Strategi Elak Kebocoran Wang


Jadi kalau nak kaya, kita kena handle emosi dengan biasakan diri dengan tabiat-tabiat yang boleh elakkan kekayaan kita daripada bocor. Antaranya:

Strategi #1 – Bayar Diri Sendiri Dulu

Bila dapat duit, bayar diri sendiri dulu dengan tambahkan simpanan. Selebihnya baru berbelanja. Bukan berbelanja dulu, lepas tu tunggu duit lebih baru simpan. Kalau tunggu duit lebih, alamatnya memang tak akan menyimpan.

Strategi #2 – Tukar Duit Kepada Harta

Kalau ada duit simpanan jangka panjang, tukar duit tu ke dalam bentuk harta sebenar macam emas, tanah, atau rumah-rumah sewa. Jangan biarkan duit tu terbiar dalam bentuk tunai kecuali duit simpanan kecemasan sahaja.

Strategi #3 – Potong Semua Kad Kredit

Potong semua kad kredit kecuali satu. Kad kredit tu lubang hutang paling mudah. Ia hutang yang kita tak sedar bahkan ia jadi simbol status. Memang nampak hebat kalau ada kad kredit Platinum, tapi kad kredit boleh jadi ‘kanser’ kewangan sebab kita tak terasa duit kita bocor. Tahu-tahu hutang dah banyak. Dah la interest paling tinggi berbanding pinjaman lain,  interest dia compunding pulak tu.

Strategi #4 – Berbelanja Secara Tunai

Kalau nak beli barang, pastikan beli secara tunai supaya kita betul-betul terasa setiap sen duit yang keluar. Jauhkan segala bentuk ansuran, beli dulu bayar kemudian, skim bayaran mudah, hatta zero interest payment sekalipun. Walaupun mungkin zero interest payment tu secara matematiknya macam untung , tapi ia memupuk tabiat suka berhutang. Dalam jangka panjang, ia bahaya.

Strategi #5 – Langsaikan Hutang Paling Kecil

Bila nak langsaikan hutang, target hutang yang jumlahnya paling kecil dulu sebab bila satu hutang dah settle, ia jadi motivasi untuk langsaikan hutang-hutang lain. Bila dah bebas hutang, kita rasa berat untuk buat hutang lagi kecuali “hutang baik” yang membuatkan kita lebih kaya.
Tapi kalau ada dua (2) hutang yang jumlahnya lebih kurang sama, settlekan hutang yang interest rate paling tinggi dulu.

Strategi #6 – Buat “Hutang Baik”, Tambah Harta

Bila dapat kenaikan gaji yang bagus, atau pendapatan dah meningkat, manfaatkan kenaikan tu untuk buat hutang-hutang baik seperti tambah rumah sewa, beli tanah dsb. Bukan tukar kereta baru! Saya perhati ramai orang bermasalah nak simpan duit walaupun kalau ikut kira-kiranya, dia sepatutnya boleh menyimpan. Bukan senang nak paksa diri simpan duit, tapi kalau hutang, kita terpaksa bayar! Kalau buat hutang baik, kita terpaksa kaya! Tapi hutang-hutang tu mesti diurus dengan baik.

Strategi #7 – Tinggalkan “Window Shopping”

Tinggalkan sikap suka merayau-rayau di shopping complex, suka terapi diri dengan bershopping, suka semak brosur-brosur promosi dalam post box atau surat khabar, pergi ronda-ronda pasar malam dsb. Sikap ni saya dah tinggalkan dah bertahun-tahun sebab sikap macam ni terbukti duit kita senang sangat bocor. Kalau asalnya cuma nak dibeli 10 barang, tapi akhir sekali kita akan bawa balik at least 15 barang! Kenapa macam tu? Sebab kewangan bukan sekadar matematik, tapi juga tentang mengurus emosi… Bila kita saja-saja tengok barang-barang yang kita tak perlu, mesti ada yang kita jatuh hati dan akhirnya terbeli.

Read more: www.mohdzulkilfli.com


Moga bermanfaat :)


Hubungi saya untuk dapatkan vitamin Shaklee anda:

Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412
sms/whatsapp: 012-2897359

COD sekitar Putrajaya; Pengeposan ke seluruh Malaysia!


** Semua testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan. 

Monday, January 27, 2014

Mekap untuk naikkan seri ;)

Oooo.. saya bukan nak cerita tentang set Kecantikan Shaklee ya. Tapi nak cerita.. bukan orang pompuan je yang boleh mekap. haa..

Gambar pun bila dah dimekap dan ditouch-up.. Berseri-seri jadinya. hehe..

BEFORE



AFTER

Sekarang ni semua di hujung jari kan. Nak mekap gambar, jadikan poster menarik boleh gunakan apps je dalam henpon. Tak perlu on PC. Nak bisnes online apa pun sekarang sangat mudah. Di mana-mana ada internet, ada gadget (smartphone), dah boleh ON. Google, edit, share. Doa banyak-banyak. Hehe..

OK lah..sesiapa berminat nak dapatkan set penyusuan triple M ni boleh contact saya mahupun mana-mana wakil saya di sini. Special price sempena promo Alfalfa!

Hubungi saya untuk dapatkan vitamin Shaklee anda:

Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412
sms/whatsapp: 012-2897359

COD sekitar Putrajaya; Pengeposan ke seluruh Malaysia!

** Semua testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan. 

Tuesday, January 21, 2014

Kepada Ibu Menyusu: Apakah MILKBOOSTER TERBAIK Anda?

Assalamualaikum,

Halba, oat, bayam, minyak zaitun, horlicks, durian.. amboi.. panjangnya list milkbooster! Bukan semua ni boleh jadi milkbooster kepada semua ibu menyusu. Betul tak? Ada orang kata, apa sahaja makanan/minuman yang kita suka, boleh menjadi milkbooster kpd kita. Mungkin ada betulnya. :)

Bagi saya sendiri, antara milkbooster saya adalah oat, horlicks, kurma.. durian pun ye jugak rasanya..tak ketinggalan, ESP dan alfalfa!

Bagi yang dah cuba macam-macam untuk naikkan penghasilan susu badan namun masih belum berhasil, apa kata cuba produk Shaklee pula. Kami menyediakan set penyusuan Shaklee yang lengkap. Boleh klik di sini untuk info lanjut. Mana tahu, ia adalah milkbooster terbaik untuk anda!

Ok, jom baca apa kata ibu menyusu yang telah mengambil alfalfa..

Testimoni:
Assalam...ni just nak share ttg set berpantang n menyusu shaklee...slama ni just baca org nye...hhihhiii...saya start mkn alfafa br 1 week...pg td kul 5.30am after susu kn bb..saya g pump balance susu utk wat stock..then aftet selesai..sy ambl 1 cawan esp + alfafa...after 1hr, sy dpt rs miss B start to fullfill...so...so...so..amazing...
- Puan Nur Izzana
Salam all, sy dh try esp + alfalfa selama sebulan setengah(alfalfa baru seminggu).Alhamdulillah ada perubahan,jika sblum nie perut buncit skrg dh kurang sikit.baby sy pn dh x mengamuk bila bf,sbb ckup utk dia.bila ptg sy blk keje ambil dia dr rmh babysitter dia dh x sabar2 nk menyusu dgn sy.thanks Ariel Damia Farhana sbb memperkenalkan produk shaklee pd sy (^_^)
 - Puan Lyna Majid
Salam..hari ni saya nak share testimoni sendiri..selalu dok baca orang punya jer..hehehe..sy telah gunakan set slimming shaklee utk ibu menyusu..selama 3 minggu ini,saya dapat turunkan berat 2kg...alhamdulillah..susu badan pun makin bertambah..sukanya rasa..thanks to nana...satu lagi yang best, saya juga telah perkenalkan alfalfa kepada ibu mertua saya untuk kesihatan dalamannya..maklumlah orang berumur ni banyak 'loose'kan..yang paling bestnya dia cakap badan dia makin ringan bila bangun pagi dari tidur n lenguh2 badan nya dah berkurang..Alhamdulillah HEBAT Alfalfa ni yer...
- Puan Nur Azzura

Hubungi saya untuk dapatkan vitamin Shaklee anda:

Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412
sms/whatsapp: 012-2897359

COD sekitar Putrajaya; Pengeposan ke seluruh Malaysia!

** Semua testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan. 

Monday, January 20, 2014

Karipap Blackpepper

"Karipap yang ibu buat SANGAT SEDAP!"

Haha.. ayat anakku. Tapi kalau tanya dia (abg Ngah), semua pun sedap! hehe... Apa pun ia mampu membuat ibu lebih bersemangat nak masak-masak. Walaupun kadang tu asyik la masak benda yang sama je :p

Karipap ni kalau ibu masak memang habis licin. Favourite semua. Inti karipap tu bukan guna rempah kari macam yg biasa dijual tuh. Saya suka boh blackpepper.

Nak resepi ke? Ala, senang sangat. Kalau nak jugak ok lah, resepi sempoi-sempoi. Tumis bawang besar (dadu) + garlic (dadu), masukkan daging cincang 1 keping (brand Ramly). Dah masak dagingnya, tambah air dan masukkan kentang (dadu) 1 biji & carrot (dadu) 1/2 batang. Masukkan ground blackpepper dalam 1 s.b, garam secukup rasa. Masak hingga semuanya empuk dan kuah agak kering. Utk kulit karipap, gaulkan tepung dgn butter sikit. Ramas-ramas hingga jadi berderai. Boh garam sikit dan tambah air sikit demi sikit hingga jadi doh yang tak melekit. Nak kasi sukatan pun tak reti. Main agak-agak jer. Tu pasal kadang jadi lembut kadang jadi liat. errkk...


Selain tu nak share tips supaya kulit karipap tak menggerutu apabila digoreng. Goreng dengan api yang kecikkk je ok. InsyaAllah sekata je kulit karipap, tak menggerutu. Masa buat aritu inti termasin la pulak. so tambah air. Jadi basah. bila goreng karipap meletup-letup, karipap bocor sebab inti terkeluar. Huhu..

Si Along pulak kalau makan karipap nak initi daging sahaja, tak mau kentang dll.. Ataupun tak payah inti langsung. Tu yang jadi bentuk-bentuk karipap yang kreatif kat tengah tu.. Designed by Along. keh keh..

Ok lah, selamat membuat karipap blackpepper!



Hubungi saya untuk dapatkan vitamin Shaklee anda:

Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412
sms/whatsapp: 012-2897359

COD sekitar Putrajaya; Pengeposan ke seluruh Malaysia!

Wednesday, January 15, 2014

Rahsia Kulit Lebih Cantik, Segar dan Bermaya

Apakah rahsianya? Hehe.. Kini bukan lagi rahsia... ;) 


Set Kecantikan Euphoria + Alfalfa!!

Saya cuma nak kongsikan testimoni seorang pengguna Shaklee yang telah mengambil Set Kecantikan Euphoria (B complex, Vitamin C & Vitamin E) dan Alfalfa Complex secara istiqomah selama 3 bulan! Ketara kan perbezaannya? Dahlah memang comel dengan lesung pipit di pipi.. Kini bertambah comel lagi. Jom baca apa kata beliau...
 


Sebelum ni Cik Yan memang ada masalah jerawat. Walaupun bukan jerawat batu, tapi kesan parut jerawat memang kurang menyenangkan kerana mengambil masa yang lama untuk hilang. Biasanya belum pun hilang parut lama, jerawat baru pula timbul. Kulit pun agak kusam dan tak bermaya.

Dah bermacam jenis produk luaran yang Cik Yan cuba. Ada yang ok dan ada juga yang semakin memburukkan keadaan. Kalau ada yang berkesan pun, tidak berpanjangan.. masalah yang sama akan timbul lagi. Alhamdulillah, terbuka hati Cik Yan nak cuba pulihkan masalah kulitnya dari dalaman dengan mengambil suplemen SHAKLEE.

Bulan pertama, perubahan wajahnya tidak begitu ketara. Tapi bila masuk bulan kedua, kawan-kawan dan ahli keluarga mula menegur wajah Cik Yan semakin berseri - kebanyakan parut dah pudar, dan ada yang hilang!

Tips daripada saya, selain pengambilan yang konsisten dan penuh disiplin, pastikan juga minum air masak yg mencukupi kalau nak kesan yang best ok!

+

 Kredit: Bigsmilezone
Hubungi saya untuk dapatkan vitamin Shaklee anda:

Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412
sms/whatsapp: 012-2897359

COD sekitar Putrajaya; Pengeposan ke seluruh Malaysia!

** Semua testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan. 

Friday, January 10, 2014

Jangan Lupa 3 Perkara ini pada Hari Jumaat!

Assalamualaikum! 


Jangan lupa 3 perkara pada hari Jumaat:

Pertama
Kekasihmu Rasulullah menunggu selawat darimu untuk Baginda.

Kedua
Kubur yang gelap menanti cahaya nur bacaan surah Al-Kahfi darimu.

Ketiga
Waktu mustajab sedang menunggu si pendoa 'bertuah'. Maka jangan anda sia-siakannya.

Kredit kawan baik saya Dr. Ani Liza untuk perkongsian di atas. xoxo

Hubungi saya untuk dapatkan vitamin Shaklee anda:

Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412
sms/whatsapp: 012-2897359

COD sekitar Putrajaya; Pengeposan ke seluruh Malaysia!

Wednesday, January 8, 2014

Testimoni Alfalfa - Badan Lebih Ringan, Alahan Semakin Berkurang!

Alhamdulillah, 

Sempena bulan promo Alfalfa Complex, saya nak share satu testimoni pengguna. Salah satu khasiat allfalfa ialah membantu mengurangkan alahan dan yang seangkatan dengannya seperti resdung, ekzema, dll. Alhamdulillah, Pn yana mengamalkan ESP, alfalfa dan lecithin untuk kurus. Namun, selain semakin slim, beliau juga mendapati alahan yang dialami sejak kecil kini semakin berkurang. Kebiasaannya makan seafood badan jadi gatal dan bengkak, kini alhamdulillah tidak lagi.

Bagi anda yang mengalami masalah alahan, disyorkan untuk cuba alfalfa bersama vitamin C dan b complex. Jika ada bajet lebih, lagi bagus tambah ESP. Pastikan pengambilan yang konsisten dan minum air masak dengan banyak untuk memastikan suplemen dapat diserap dengan baik oleh badan dan toksin dapat dinyahkan dengan efisien.

Hubungi saya untuk dapatkan vitamin Shaklee anda:
Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412
sms/whatsapp: 012-2897359

COD sekitar Putrajaya; Pengeposan ke seluruh Malaysia!

** Semua testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan. 

Wordless Wednesday: Dinner



Anak 4 (sorang belum join), pinggan dah beratur macam ni..

Nasi butter + fresh salad + timun + brokoli + fish filet + jagung tongkol + fries

Adnin's : nasi + ikan tenggiri + brokoli

Hubungi saya untuk dapatkan vitamin Shaklee anda:
Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412
sms/whatsapp: 012-2897359

COD sekitar Putrajaya; Pengeposan ke seluruh Malaysia!

Tuesday, January 7, 2014

Tips Hindari Peranakan Jatuh atau Prolapse



Biasa dengar kan  tentang 'peranakan jatuh'? Menurut webmd, masalah peranakan jatuh atau prolapse ini berlaku kepada 1/3 daripada wanita di dunia ini. Kalau tengok gambar-gambar prolapse memang ngeri dibuatnya. Seboleh-bolehnya janganlah kita termasuk dalam statistik ni.

Apakah sebenarnya prolapse?

Prolapse rahim adalah satu keadaan di mana rahim jatuh ke bawah dan kadang-kala terkeluar dari saluran faraj. Keadaan ini biasanya disebabkan oleh ligamen dan otot yang biasanya memegang rahim pada kedudukkan asal menjadi lemah akibat dari kehamilan dan kelahiran. Justeru itu rahim seakan-akan melorot ke bawah melalui saluran faraj. 

Tanda-tanda peranakan atau rahim jatuh

1. Gangguan kencing
Ramai wanita yang mengalami masalah prolapse akan berhadapan dengan masalah kencing sama ada sukar untuk kencing atau terlalu kerap kencing. Paling ketara ialah mereka sukar mengawal kencing terutama ketika batuk, bersin atau melakukan aktiviti yang menyebabkan tekanan dalam perut meningkat seperti ketawa.

2. Gangguan hubungan kelamin
Disebabkan berlakunya kelonggaran pada faraj terutamanya pada otot yang memegang faraj maka kekuatan mengemut ketika mengadakan hubungan kelamin akan berkurangan.

3. Sakit pinggang dan tidak selesa
Peranakan jatuh akan menyebabkan seseorang wanita itu rasa tidak selesa kerana ada sesuatu iaitu rahim terkeluar daripada farajnya. Keadaan ini lebih dirasai jika dia banyak berjalan atau berdiri. Oleh kerana peranakan yang jatuh itu menarik otot-otot sekitarnya, sering kali urat-urat pada bahagian pinggang juga akan tertarik lalu menyebabkan penghidapnya sakit pinggang.

4. Gangguan kesihatan
Jika prolapse yang dialami itu teruk iaitu apabila keseluruhan rahim terkeluar, selalunya pintu rahim akan tergesel pada seluar dalam lalu menyebabkan luka. Luka ini biasanya akan dijangkiti kuman yang menyebabkan keputihan atau pengeluaran lender yang banyak.


Langkah Pencegahan
  • Elakkan berdiri terlalu lama. Ambil masa untuk duduk seketika dan melunjurkan kaki ke atas bangku. Ini selalu berlaku pada jururawat, guru, doktor dan juga mereka yang selalu ke kawasan kerja seperti jurutera
  • Melakukan senaman pelvik adalah amat penting walaupun di zaman bujang lagi. Ia menguatkan otot-otot dalaman, membantu mempercepatkan proses pemulihan pascasurgeri, mendapatkan semula rasa mengawal kencing dan mengurangkan sakit belakang
  • Amalkan pemakanan yang betul bagi mengelakkan sembelit kronik. Banyakkan makan sayur-sayuran, buah- buahan dan bijirin/bran. Elakkan dari meneran di bilik air lebih 15 minit. Puas atau tidak, sila keluar dari bilik air
  • Memakai girdle/sut pelangsingan badan yang sesuai boleh membantu tetapi bukan korset yang amat ketat
  • Jangan merokok dan jauhkan diri daripada perokok bagi menghindari batuk yang kronik
  • Elakkan mengandung yang kerap dan rapat. Cubalah kaedah-kaedah perancang keluarga yang mempunyai peratus kejayaan tinggi.


Selain tips di atas, anda juga boleh ikhtiar menghindari peranakan jatuh dengan produk Shaklee, iaitu Alfalfa Complex!



Alfalfa terbukti mampu mengatasi masalah keputihan, menguatkan otot rahim serta berfungsi seperti kacip fatimah! ;)

Jom baca testimoni.



*Amaran! Alfalfa tidak boleh diambil oleh pesakit SLE.

So, tunggu apa lagi? Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan Alfalfa pada harga promosi pada bulan ini ya! 

Hubungi saya untuk dapatkan vitamin Shaklee anda:
Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412
sms/whatsapp: 012-2897359

COD sekitar Putrajaya; Pengeposan ke seluruh Malaysia!

** Semua testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan. 


Monday, January 6, 2014

Modern Western Cuisine P15 - Pilihan Makanan Western di Putrajaya

Assalamualaikum,

Monday Blues? Ok lah, kita kick-start minggu ni dengan entri JJCM. 

Dah lama tak makan western food. Kat area Putrajaya, Bangi dan sekitarnya memang ler banyak restoran. Tapi yang sedap dan berbaloi, boleh kira dengan jari. Last-last makan tempat yang sama jugak. Dah la restoran yang sama, menu pun sama! huhu..

Anyway, hari tu pusing-pusing ternampak satu kedai makan baru kat P15. Baru atau lama tak pasti sebenarnya sebab dah lama tak jalan sekitar P15. Hehe.. But it caught my attention. Cantik dan macam best! Haha.. First impression adalah sangat penting!  

So, satu malam nan indah kami sekeluarga pun dinner kat restoran tersebut, Modern Western Cuisine. Deco yang fresh.. tema biru dan putih. Nampak bersih, moden. Sesuai dengan namanya. Kat dinding ada gantung blackboard dengan senarai menu..

Nice wall deco & great ambiance

Oklah, jom bincangkan makanan yang kami order. Haha..

Atas: Sirloin Steak (RM20+)
Bawah: Fettucini Chicken Carbonara (RM12+)

Sirloin Steak - Daging agak lembut. Ada side dish steamed vegies (broccoli, carrot & couliflower) yang dimasak cukup rasa. Sayur pun fresh. Sos blackpepper dia pun ok, sedap.

Fettucini Chicken Carbonara - Kuah karbonaranya agak masin. Saya prefer beef carbonara, tapi tiada dalam menu. 

Along order Blackpepper Steak (RM16+)
Faeq order Fish & Chips (RM?? tak ingat)

Blackpepper Steak - Daging sedikit liat berbanding sirloin steak, tapi masih boleh diterima. Hehe.. Sayur pun segar.

Fish N Chips - Ada 2-3 pieces fish, yang mana Faeq je makan sorang. Ops, jangan salah sangka. Bukan maksud saya portionnya kecil. Tapi Faeq makan memang lagi banyak drp seorang dewasa makan. Hehe. Mujur tak order Kids' Meal. Oh ya, ada salad with thousand island dan fries.

Fikry panggil waitress kat belakang tu 'Abang Toy Story'.. Why 'abang'? hehe.. Tapi memang ada rupa Woody Toy Story tuh.. dengan topinya..


Sebelum pulang snap gambar dari luar - lokasi restoran sederet Bank Muamalat P15.

Total belanja adalah lebih kurang RM80. Tak snap plak gambar resit. Untuk 4 meals + 2 iced lemon tea. Hmm.. kat mana lagi makanan yang boleh dapat below RM50 these days?? Maksud saya yang betul-betul puas hati dengan kualiti makanannya? Sesekali nak treat diri dan keluarga apa salahnya kan ... :)

Hubungi saya untuk dapatkan vitamin Shaklee anda:
Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412
sms/whatsapp: 012-2897359

COD sekitar Putrajaya; Pengeposan ke seluruh Malaysia!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...