Followers

Wednesday, December 24, 2014

Tips Memilih Produk Kecantikan



Siapa yang tak suka tips kan. Orang pompuan lagi la suka tips-tips ni. Dari tips karipap rangup, hinggalah tips nak selim-melim. Hehe.. Hari ni saya nak sharekan sedikit tips. Ya, dari tajuk pun dah tau tips apa kan. Hehe.. Tips memilih produk kecantikan yg selamat! Jemput baca ;)

Ciri-ciri Produk Kecantikan yang Bahaya

  
Hari ini, terlalu banyak produk kecantikan yang berada di pasaran dengan menawarkan pelbagai manfaat kepada para pengguna. Namun, sebagai pengguna yang bijak, kita harus meneliti dengan sewajarnya sebelum membuat pembelian. Sama ada produk itu diimport dari luar negara atau buatan tempatan, berikut merupakan langkah-langkah yang harus anda ambil sebelum mencuba mana-mana produk kecantikan.


Pastikan anda semak terlebih dahulu ramuan yang digunakan dalam produk tersebut dan apa yang paling penting adalah kandungan bahan kimia yang terkandung. Produk yang mengandungi bahan kimia berlebihan adalah berbahaya dan boleh memudaratkan kondisi kulit anda. 


Sebagai seorang Muslim, sangat penting untuk kita pastikan status halal produk kecantikan tersebut. Elakkan daripada menggunakan produk yang tidak halal kerana bimbang mereka menggunakan ekstrak haiwan sebagai salah satu ramuan utama. 


Dan yang terakhir sekali adalah semak informasi yang tertera pada label produk kecantikan kulit tersebut. Pastikan ia sesuai digunakan untuk kulit muka anda. Perlu diingatkan bahawa, tidak semua produk sesuai digunakan untuk kondisi kulit tertentu. Oleh yang demikian, kenalpasti kondisi kulit muka anda terlebih dahulu. 

Ingat, sebelum mencuba sebarang produk kecantikan mahupun kesihatan, jangan tengok pada 'keberkesanan'nya saja! Yang lebih penting adalah ia SELAMAT! Jangan nanti nak cantiknya sekejap aje, merananya yang lebih. ;)




Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412
sms/whatsapp: 012-2897359

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...