Followers

Thursday, December 4, 2014

Apabila hidup menjadi satu rutin

Salam,

Tempoh hari saya dengar motivasi pagi di radio IKIM.fm. Kisah niat. Saya cerita semula ya. Maaf kalau tak sama dengan cerita asal.

Di satu sekolah pondok, sedang murid-murid belajar dalam kelas.. Tiba-tiba pintu diketuk oleh seseorang. Baru saja murid yang duduk paling dekat dgn pintu ingin bangun untuk membuka pintu, Tok Guru meminta murid itu duduk semula. Dan Tok Guru meminta murid yg duduk paling jauh dari pintu untuk membuka pintu.

Dipendekkan cerita, setelah selesai urusan tetamu yang datang tadi, Tok Guru pun bertanya kpd anak murid yg mula-mula ingin bukakan pintu tadi. "Apakah yg kamu fikirkan semasa ingin bangun membuka pintu itu tadi? " Murid itu menjawab. Tiada apa yg difikirkan. Kerana adalah normal untuk orang yg paling dekat dgn pintu untuk membukanya apabila ada tetamu ingin masuk.

Tok Guru tersebut bertanya pula kpd murid yg dimintanya membuka pintu itu tadi.

Jawab murid tersebut, "Aku fikir, jika orang yg datang ini dalam kesusahan, aku ingin menjadi orang yg membantu meringankan kesusahannya. Jika orang yg datang itu memerlukan makan, aku ingin menjadi orang yg memberi makan padanya. Jika orang yg datang itu inginkan ilmu, aku ingin menjadi orang yg memberi ilmu kpdnya.. "

Lalu Tok Guru mereka berkata kepada murid tersebut, sesungguhnya engkau telah memperolehi pahala atas KESEMUA kebaikan yg diniatkan tadi, sungguhpun ia tidak berlaku.

Entah mengapa, kisah ini seperti mengejut saya dari lamunan. Pelik tapi benar.. Bukan tak pernah dengar pasal kepentingan NIAT dalam setiap perkara yg kita buat. Tapi, ya la.. kisah ini menjadi asbab untuk saya faham konsep kepentingan niat itu.

Hidup kita kebanyakan masanya sudah menjadi satu rutin yg hampir sama setiap hari. Daripada bangun pagi, bersiap, pergi ke pejabat, buat kerja, pulang ke rumah, memasak, dan akhirnya tidur. Bila dah jadi rutin tu, kita cenderung untuk lakukannya tanpa kita 'sedar'. Kita buat sebab dah terbiasa. Dah jadi amalan setiap hari. Tau-tau aje dah habis.. dah selesai. Bangun tidur gedebak gedebuk, eh dah malam?

Untungnya kalau dalam setiap pekerjaan kita mulakan dengan niat. Niat untuk memberi manfaat kepada makhluk lain. Niat nak berbakti, berjasa. Allah dah janji, niat nak buat benda baik je otomatik dah dapat pahala. Tapi kita (saya la tu) tak ambil peluang yg Allah dah beri untuk kita kutip pahala.

So lepas ni, boleh la kita sebagai ibu, ayah, anak, pekerja, manusia... Stop sejenak sebelum memulakan sesuatu kerja, dan fikirkan macam mana kita nakkan kerja kita tu memberi manfaat pada yg lain. Contohnya tengah buat kuih, boleh set dlm kepala, "Semoga orang yang makan kuih aku ini nanti kenyang dan dapat buat kerja dengan baik, diterangkan hati agar mudah menerima ilmu, ...dll.. " sambil berselawat, insyaAllah..

Tiba-tiba gambar chef kan..


Ayah saya ada kongsikan satu doa atau boleh juga dikatakan niat yg kita boleh amalkan sebaik sahaja bangun pagi. Saya suka sangat doa ni.. Moga ia juga bermanfaat buat anda..

"Ya Allah, aku sedekahkan semua pahala kebajikanku pada hari ini kpd kedua ibu bapaku", sebaik-baik saja kita bangun pagi, dimulakan dengan sedekah Al-Fatihah.


Berminat untuk jana pendapatan melalui biz Shaklee, ataupun untuk dapatkan vitamin Shaklee? Hubungi saya segera!

Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412
sms/whatsapp: 012-2897359

COD sekitar Putrajaya, Desa Pinggiran Putra, Cyberjaya, Bangi; Pengeposan ke seluruh Malaysia!
Klik SINI untuk senarai pengedar Shaklee berdekatan anda!


1 comment:

Nurul Husna Mohamed said...

good info sis. selama ni kita lupa nk niat dlm stiap pkrjaan kita.thanks alot ^_^
jemputlah singgah blog husna ye nnt supplimentcenter.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...