Followers

Thursday, October 16, 2014

Resepi: Kulit Karipap Rangup

Salam,

Antara kuih yang terawal saya belajar sepanjang hidup saya ialah karipap. Seingat saya sebelum darjah 6 lagi dah berjinak-jinak buat karipap dengan arwah nenek saya yg kami panggil Nyai. Arwah Nyai seorang yg kemas dan pembersih. So bila buat kuih dengan dia, arwah selalu tegur kalau tengah buat tu kita cuit-cuit inti masuk mulut..atau tergaru-garu ke.. Dia kata ish kalau orang nampak, tak selera orang nak makan. Dia memang jaga kebersihan dan adab-adab masa memasak. Saya belajar buat kelim karipap pun dari Nyai saya lah. Arwah buat comel dan kemas sangat. Rasa tak dapat nak tandingi sampai sekarang. Alhamdulillah, sampai ke hari ni, saya masih membuat karipap bila ada masa lapang. Anak-anak dan suami pun dah jatuh cinta dgn karipap air tangan ibu/isteri ni ;)

Karipap bila makan panas-panas memang sedap. Tapi bila dah sejuk biasanya kulit jadi lembik (kalau yg saya biasa buat lah  walaupun jarang sangat karipap tu nak sejuk. Sekejap je dah licin hhehe). Tapi saya ok je lagi, compare dgn kulit karipap yg jenis berderai tu. Kulit karipap ni jadi faktor yg penting juga bila saya nak beli karipap. Susah saya nak suka karipap yang dibeli. Tapi saya suka sangat makan karipap kat satu gerai dekat rumah saya ni. Kulitnya rangup dan intinya pun tak manis. (Karipap inti manis is a No-No for me! huhu..) So saya pun google la resepi kulit karipap rangup. Saya cuba dan amat berpuashati! Tu yang nak share kat sini tu.. hehe.. panjang lebau pulak intro ya ;p

Resepi asal ada banyak sumber. Antara yg saya ingat saya refer Kak YatieMemories, JintanManis, AzieJaya.. Banyak lagi sebenarnya. Boleh google and kebanyakannya resepi dari sumber yg sama. Tapi ini yang saya dah olah ya.

Bahan A
1 s.b butter
1/2 kilo tepung gandum (saya agak2 je amik separuh kampit tepung tu)
1 s.b tepung beras
1 s.k garam

Bahan Lain
1/4 cawan minyak masak (agak-agak juga) - dipanaskan seketika atas dapur
1 cawan air sejuk (guna setakat yg perlu sahaja)
1. i) Masukkan bahan-bahan A ke dalam bekas utk menguli, dan gaul rata.
ii) Tuangkan minyak masak yg telah dipanaskan ke atas bahan A tadi.

2. Gaul rata kesemua bahan dgn garpu (minyak panas, takleh guna tangan) hingga dapat tekstur mcm dlm gambar.

3) i. Tuang air sejuk sikit-sikit sambil menguli dgn tangan. Agak-agak dah boleh kepal-kepal doh tu, cukup dah air. Tak semestinya habiskan 1 cawan air tu. 
ii. Rehatkan doh dengan membungkusnya dgn plastik dan simpan dalam peti ais semalaman. 
iii. Bila dah sedia untuk buat karipap, keluarkan doh daripada peti ais dan bentukkan bulat-bulat kecil then leperkan satu-satu dan isi inti n kelim kemudian.

Note: Saya suka doh ni sebab tak melekat pada pinggan/tangan/ kayu penggelek. licin je permukaan doh tu.

Saya tak share la kot resepi intinya ya. Saya suka buat inti blackpepper. Kali ni saya campur sikit tpung jagung supaya berkuah pekat sikit ala-ala chicken pie gitu. heheh...Guna daging korban yg mak bagi, so sedap sebab lembuuut je. :)


Dah siap kelim, susun je atas pinggan. Tak payah pun tabur tepung sebab tak melekat. Kalau doh biasa saya buat memang merata kena tabur tepung. hehe..



Jemput makan makcik-makcik.. sedap tau karipap ibu saya buat ni ;)

Berminat untuk jana pendapatan melalui biz Shaklee, ataupun untuk dapatkan vitamin Shaklee? Hubungi saya segera!

Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412
sms/whatsapp: 012-2897359

COD sekitar Putrajaya, Desa Pinggiran Putra, Cyberjaya, Bangi; Pengeposan ke seluruh Malaysia!
Klik SINI untuk senarai pengedar Shaklee berdekatan anda!

** Semua testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

7 comments:

lupekanje said...

mabeles puan...bila blh rasa air tgn puan aini ni... hehe.
akak biasa gna tepung gandum, minyak pns dgn air garam je.

ibuhebat said...

Kak Chah.. saya rasa 3 bahan ni je pun dah cukup utk dpt kulit karipap yg rangup. lain2 tu buat penambah je. hehe

Najib Ariyan said...

Nyai?? orang jawa ker? karipap memang kegemaran saya dari dulu sampai sekarang... makan panas ke sejuk ke memang suka...

anajingga said...

tq for sharing, dalam banyak2 kuih karipap memang ana 'fail' sgt ..:)

Cik Imans Syamsi said...

Whoaa..karipap! saya ni hantu karipap dan tak pernah jemu makan karipap sejak dulu..tengok gambar karipap awak ni, dah tahu mesti sedap kann..

Nurul Husna Mohamed said...

sedapnye tgk inti karipap ni.hihihi

Syakila Sya said...

Mcm mne nk bg kulit karipap tue tahan rangup yee..sllu karaipap ney ble da sejuk kulit dye xrangop da...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...