Followers

Tuesday, September 30, 2014

Updates on Adnin (1 year, 5+ months)

Salam,

Dah lama tak update cerita pasal Adnin kan?

Latest - Hari Malaysia kat Pantai Morib

Alhamdulillah, sihat budaknya. Dah banyak akal, org kata. Dah faham apa kita cakap. Bila suruh buat itu, ini.. terus je buat. Cuma mulut tu masih berat. So far takde dengar disitinctive words keluar dari mulut dia. Just macam 'dah', 'nak', 'tak' ..'ayah'. hehe.. Selain daripada jeritan-jeritan tak puas hati, atau nak compete dgn jeritan abang-abang nya, tak dengar bunyi sangat Adnin kebanyakan masanya. :)

Sedapnya makan eskrim dgn abg Ichi. Abg Ichi yg suka layan Adnin n suka jugak buli!


kikik... Adnin kena buli
Melasak tu jgn cakap la.. Suka sangat panjat-memanjat. Panjat kerusi, panjat coffee table. Paling suka dia panjat atas handrest sofa ... and lompat atas sofa!! Grr.. kalau kita ada duduk kat bawah.. oohh lagi dia syok.. dia lompat atas kita, expect kita sambut dia. terkekek2 ketawa. Adoilaa anak dara sorang ni. 


Masa kena chicken pox bulan puasa lepas.
 Kalau minta kiss bukan main kuat bunyi "cchuuppp" tu hehe.. Nak nenen pun pandai.. berlari-lari cari bantal kecik dia. Pastu landing baik punya atas katil. kalau kita lambat merengek-rengek!

Adnin & Breastfeeding

Cak! buat apa tu?! ;p
Adnin masih lagi menyusu badan, walaupun tidaklah sepenuhnya lagi. Masuk 1 tahun 2 bulan, susu nampaknya tak dapat menampung keperluan Adnin. So top-up dgn susu kambing. Ala, susu hi-goat tu je. Sebab Adnin dah lebih setahun, so dah boleh makan macam orang dewasa makan. Kira minum susu tu mcm minum air biasa la.. Lgpun just nak tambah utk 1-2 feeding je masa ibu kerja. Especially time nak lelap nak kena nyot-nyot botol susu. Sometimes bubuh susu fullcream dutch lady je dlm botol dia. Bila ibu kat rumah masih direct breastfeeding. Biasanya balik rumah tengah hari, breastfeed Adnin. So kira 'demand' tu masih ada walaupun tak pam kat opis. Ibu pun dah mula 'M' mengepam kat opis.. nak kena mula balik la.. kalau tidak, nak direct masa kat rumah waktu malam pun macam tak cukup je rasa..
 
Adnin & Shaklee

Setakat ni Adnin suka sangat makan Omegaguard & C Chewable. C Chew ni saya biasa patahkan and bagi Adnin 1/3 camtu je. Suka betul dia.. Padahal masam tu. Kalau lalu tepi bekas vits tu menggelupur nak amik botol Shaklee.. Omegaguard macam biasa, kunyah begitu sahaja :) Oh ya. Baru ni pun dah introduce Meal Shakes kat Adnin. Suka sangat dia!! Shake sejuk-sejuk dgn Fullcream Milk. Sedut guna straw...amboiii.. macam haus sangat! Tak nak berenti selagi kita tak tarik straw tu. 

Baju Raya Adnin. Special ni, bibik yg tambah lace bunga tu tau.

Setakat ini dulu cerita perkembangan Adnin.. Nanti kita story lagi ya.. Moga Adnin terus sihat dan membesar menjadi anak yg solehah, berjaya dan sejahtera dunia dan akhirat!

p/s: Tak sabo nak try boh tonik rambut yang beli dgn Aunty Afrohah. Mana tau dpt rambut hitam lebat macam adik Azzah Nurjannah!

Berminat untuk jana pendapatan melalui biz Shaklee, ataupun untuk dapatkan vitamin Shaklee? Hubungi saya segera!

Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412
sms/whatsapp: 012-2897359

COD sekitar Putrajaya, Desa Pinggiran Putra, Cyberjaya, Bangi; Pengeposan ke seluruh Malaysia!
Klik SINI untuk senarai pengedar Shaklee berdekatan anda!

** Semua testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...