Followers

Wednesday, June 11, 2014

Cuti-cuti Sg Petani - P. Pinang - P. Mas

Alhamdulillah, syukur diberikan rezeki utk bawa family cuti-cuti Malaysia ke Kedah dan kemudian, pulang ke kampung halaman di Kelantan. Tujuan asal percutian ialah menghadiri kenduri kahwin anak saudara belah suami di Sg. Petani. So, alang-alang dapatlah berjalan sekali kan. Rasa lamaaa sangat tak bawak budak-budak ni gi holiday. Seronok bukan main dorang dapat stay hotel, dapat berenang dalam pool :) Walaupun mungkin tak seberapa percutian ni, tapi budak-budak bukannya kira. Bagi diorang dah BEST sangat dah tu. hehe.. Dapat lari dari rutin harian, tengok tempat orang, budaya orang. InsyaAllah, ada rezeki lebih kita pergi jauh lagi lepas ni ya, anak-anak.


Bercuti bukan alasan utk tak makan suplemen ya. Malah masa travel la, badan kita perlukan 'extra protection'. Susah juga kalau jatuh sakit masa bercuti kan. Sebenarnya kami telah alami sikit cerry-berry pada hari kedua. Mungkin disebabkan nasi kandar? Kami pun tak pasti. Tapi mild je lah. Mujur ada nutriferon dan Performance drink. Dapat la kurangkan kesan cerry-berry tu sedikit sebanyak :) 

Dlm gambar tu botol coqhealth saya isi dgn Omegaguard. Sebab botol Coqhealth lebih comel dan mudah dibawa. Sengaja saya simpan botol kosong Coq sebab comellll sangat. kecit je. Handy la bila nak travel mcm ni. ;)

Day 1

Dalam perjalanan dari KL ke Kedah, dapatlah tengok kilang YuTa tepi highway. Besar gak. Hehe.. Gerak dari rumah jam 10 pagi, sampai Sungai Petani dah pukul 6 lebih kot (ingat-ingat lupa). Check-in (dah book 2 bilik, 3 hari sebelumnya melalui agoda.com). Bilik ok la.. just nice. Sempat lagi roger 'kakak Shaklee' saya Kak Nadia.. tanya tempat makan best kat Sg. Petani. Hehe.. Kak Nadia sebut Mee Udang kat D King. So cari kat Waze, dekat je dengan hotel. Lepas magrib bergerak ke D'King.

Boleh pilih ikan.. Menu kami malam tu ialah Udang RM14+ /gram, ikan siakap (1/2 ekor), Sotong goreng tepung & sup sayur. Udang n ikan tu tak ingat masak apa. Hehe.. Tapi sedap lah masakannya. Maybe sebab semuanya fresh kan. So masak apa pun sodap. 

Ada kisah sebenarnya kat D'king ni. Haaa.. adik ipar dari kelantan sampai kat Sg. Petani next day tu. Then malam tu puas pikio nak makan apa ..kat mana.. last2 ok la.. kami redha makan utk kali kedua di D'king. Silapnya, second night tu kami sampai lewat.. So makanan sampai lambat giler. Semua dah mengantuk n penat ... so, first night kami bagi 4 drp 5 bintang...Tapi malam kedua bagi 1 bintang jer. kuang kuang..

Along n Abg Ngah excited tengok ikan udang sotong.

Gendang-gendut tali kecapi,
kenyang perut senang hati.

Day 2

Kejadian hari kedua.. Lepas breakfast kat tepi jalan, bawak budak-budak gi swimming jap kat tingkat 8 hotel.. sampai ke tengah hari. Then plan nak gi jalan-jalan kat Penang. Lunch dulu kat satu kedai nasi kandar ni. Lepas tu gerak 2 kereta ke Penang. First time dlm memori saya.. lalu kat Jambatan Pulau Pinang. Dulu masa kecik-kecik penah kot sampai Penang. Tapi tak ingat pulak naik feri ke lalu ikut jambatan. So, apa lagi. Meh kita abadikan gambar Penang Bridge ni. Hehe.. 

Destinasi wajib bila ke Penang. Jeruk Madu Pak Ali!! Mujur ada waze (kadang boleh harap, kadang tak boleh gak.) Hehe..

First time jalan-jalan dengan sepupu Auni n Aufa. Hehe..


Adnin sibuk nak bukak plastik suplemen. ;p 


Day 3

Hari ketiga (Isnin) dah ready utk ke kenduri akad nikah sepupu diorang. Posing dulu sebelum bergerak.


Pengantin lelaki tu yg anak saudara belah husband. Pengantin sama cantik sama padan kan :)

Cantik sangat masjid ni. Design dia ala-ala resort. Dalam gambar ni tak nampak sangat.

Lepas akad nikah, kenduri (reception) pula belah tengah hari. Selesai semuanya, kami semua bergerak ke Kelantan. Gerak dah lewat petang.. lalu ikut Grik. Sampai kol 12 tgh malam.. Pergh.. dasyat perjalanan kan. Berapa buah negeri kami pergi tu..

Day 4-7


Antara aktiviti balik kampung hari tu.. Menjala ikan. Ayah sedaranya yg menjala. Kitorang ni jadi tukang sorak je. Hehe.. Dah la risau takut naik pacat kat kaki! Sebab time ni baru je lepas hujan lebat. huhu..


Alhamdulillah.. dapatlah ikan patin yg besau ni. Ada lagi 2-3 ekor ikan kecik-kecik. Tak taulah siapa yg makan ikan ni. Bawak balik rumah, siang pastu simpan dlm fridge. Hehe..

Selain drp tu.. takde aktiviti apa sangat pun kalau balik Kelantan. Biasanya acara mencari makanan yg dirindui la. Contohnya laksa kelantan, tapai goreng (tak jumpa kali ni), etok, putu halba (biasa musim tengkujuh je ada), coconut shake, ehh.. macam-macam la... Hanya di kelate ;)

Hari Jumaat kami pun beransur pulang ke Putrajaya.. Next day sibuk dengan Shaklee National Conference 2014 pula! Walaupun penat dan banyak dugaannya, tapi tetap enjoy! Nantikan entrinya ya ;)

Berminat untuk jana pendapatan melalui biz Shaklee, ataupun untuk dapatkan vitamin Shaklee? Hubungi saya segera!

Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412
sms/whatsapp: 012-2897359

COD sekitar Putrajaya; Pengeposan ke seluruh Malaysia!
Klik SINI untuk senarai pengedar Shaklee berdekatan anda!

1 comment:

syahida said...

Salam,

Akak pun wajib bawak ostematrix bila pegi cuti2. kurang sikit sakit2 badan sebab sakan berjalan/berjimba hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...