Followers

Wednesday, May 21, 2014

Resepi lagi: Butter Prawn Basah @ Berkuah

Salam,

Satu lagi resepi best untuk dikongsi bersama. :)

butter prawn basah

Udang Goreng Butter Basah
kredit: RencahHidupku

Bahan-bahan
300 gram udang besar (saya belah belakang udang dan buang 'urat hitam', tak buang kulit)
2 ulas bawang putih
5 biji cili padi (saya tak masukkan sebab anak-anak nak makan)
1 tangkai daun kari
1 sudu butter
1/2 cawan susu sejat (saya guna susu full cream Dutch Lady)
1/2 cawan tepung jagung
Minyak utk menggoreng

Caranya
1. Gaul udang dengan garam dan teping jagung
2. Goreng udang sehingga masak. Jgn terlalu lama.Angkat dan tos
3. Cincang bawang putih dan cili padi
4. Panaskan butter dlm kuali. Tumiskan bawang putih dan cili serta daun kari hingga naik bau
5. Masukkan susu cair dan kacau hingga mendidih.
6. Masukkan udang daun gaul rata
Siap

Komen anak-beranak:
Along: Tak suka.
Faeq: Sedap!
Fikry: Tak suka
Ayah: Ok
Ibu: Sedap! Rasa ala-ala carbonara ;) Cuma next time jgn biarkan lama sangat didih sebab kuah jadi sikit. Ataupun lebihkan sikit susu.

Hubungi saya untuk dapatkan vitamin Shaklee anda:
Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412
sms/whatsapp: 012-2897359

COD sekitar Putrajaya; Pengeposan ke seluruh Malaysia!
Klik SINI untuk senarai pengedar Shaklee berdekatan anda!

** Semua testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...