Followers

Friday, May 16, 2014

Resepi Donat Gebu Gebas

Di pagi Jumaat yang hening ni, saya nak share satu resepi donat yang gebu gebas. Kredit kepada BFF merangkap sifu masakan. Hehe..

Ok, kita terus kepada resepinya ya.

Resepi Donut
Kredit kpd: Dr. Ani Liza Asnawi

Bahan-bahan:
1 peket ibu roti@mauripan
3 cwn tepung gandum
2 sudu besar gula
2 sudu besar susu tepung/susu pekat
1 sudu besar planta
1 1/2 cawan air suam
Sedikit garam

Cara-caranya:

Rendam sepeket ibu roti n gula ke dalam air suam. Biarkan sampai berbuih.
Satukan bahan2..tepung, planta, garam n susu. Gaul rata, dan masukan air bancuhan tadi sedikit demi sedikit.

Uli sampai jadi doh yg tak melekat di tangan.
Kemudian perap doh selama 1/2jam. Sebelum dibentuk, tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan angin. Barulah dibuat bentuk donut (Note: Buat bentuk tayar, bukan leper)..biarkan selama 10 minit baru digoreng..

Bila dah sejuk sikit baru tabur gula yg dblend halus..siap.. 
(p/s adunan ni dpt dlm 12 ibij donut..buat kecik2 coz bila digoreng donut akan mngembang..)

Dalam proses: 1-Ibu roti dah berbuih, 2-Donat yang dah dibentuk dan dah naik, sedia utk digoreng, 3-donat siap digoreng dgn bentuk herot-berot

Anak-anak menikmati donat gebu.
Saya dapat banyak jugak donatnya. Lebih 20 ketul kot. Maybe sebab ada saiz kecil ada saiz besar. Cik Abe kata, ibu je buat donat lepas ni. Lembut daripada yg orang jual tu. Kehkehh..

OK, SELAMAT MENCUBA!


Hubungi saya untuk dapatkan vitamin Shaklee anda:
Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412
sms/whatsapp: 012-2897359

COD sekitar Putrajaya; Pengeposan ke seluruh Malaysia!
Klik SINI untuk senarai pengedar Shaklee berdekatan anda!

** Semua testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

1 comment:

ain syafieqa said...

sedapnye donut..singgah tag soalan di sini..http://whiteroses2013.blogspot.com/2014/05/the-liebster-award-ii.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...