Followers

Tuesday, April 1, 2014

Tips Kekal Sihat Semasa Bercuti @ Travel



Tahukah anda, semasa travel, sistem imun tubuh berada pada tahap yang lebih rendah daripada biasa? Kerana dalam tempoh ini kita terdedah kepada persekitaran baru yang mana badan kita perlukan masa untuk 'adapt'. Ini sedikit sebanyak menaikkan stress level badan kita. Semasa travel badan lebih mudah dehydrated akibat aktiviti fizikal yang lebih daripada biasa, perubahan cuaca dan sebagainya. Tentunya kita tak mahu jatuh sakit semasa bercuti supaya kita dapat enjoyyy...betul tak? Di sini saya nak kongsikan sedikit tips yang boleh kita dan keluarga terus sihat semasa bercuti @ travel...



1) Kekal terhidrat. Atau dengan kata lain, banyakkan minum air kosong supaya badan tak dehydrated. Badan yang dehydrated lebih mudah sakit. So pastikan sentiasa ada bekalan air kosong bersama-sama. Sebaiknya bancuh air Performance Shaklee kerana ia membantu stabilkan bendalir dalam badan dan menghidratkan badan lebih baik daripada air kosong.



2) Sediakan snek berkhasiat. Bawalah bekalan buah-buah potong bersama instead of makanan ringan. Buah-buahan lebih banyak khasiatnya, selain membantu badan terhidrat di samping mengandungi banyak serat yang baik untuk badan. Di RnR juga ada banyak kiosk yg menjual buah potong, so nak beli je pun boleh.


3) Dapatkan rehat @ tidur yang mencukupi. Badan yang kurang rehat lebih mudah jatuh sakit.


4) Rancang aktiviti sepanjang percutian anda supaya kurang stress! Bila kelam-kabut, kesannya kita dan keluarga menjadi stress dan ini tidak baik untuk kesihatan.

Tips terakhir yg ingin saya kongsikan yg tak kurang pentingnya ialah membawa suplemen yg dapat menguatkan sistem imun, iaitu Nutriferon. Mengapa nutriferon? Kerana ia paling ringkas dan lengkap sebagai immune booster. Mudah dibawa travel kerana ia dalam packing sachet kecil. Ala-ala suplemen-on-the-go gitu. 

Baru-baru ni kakak saudara saya, merangkap biz partner saya melancong ke Indonesia. Beliau mengambil langkah bijak dengan membawa bekal Nutriferon serta ESP. ESP untuk dijadikan alas perut terutamanya bila banyak spend masa atas jalan dan lewat makan. Jom baca testimoni beliau!





"Bekalan ku sewaktu travel ke Bukit Tinggi tempohari..emm amat berkesan dan memuaskan hati...

1 sachet nutriferon tok mama, 1 sachet nutriferon tok ayah dan 1/2 sachet nutriferon tok afiq...diminum bersama milo 3 in 1 setiap hari...yg dibawa bersama2. ALHAMDULILLAH walaupon cuaca Jerebu di Bukit Tinggi Indonesia ( udara tidak sihat ) tp kami dengan Izin Allah tiada mengalami sakit tekak, batuk dan selsema afiq pon cepat baik...manakala ESP plak saya ambil sebelum sarapan pagi utk mengelakkan perut kosong, maklumlahh saya nie mudah "mabuk" kalau jalan jauh2 naik bas dan lebih2 lg perut kosong..Alhamdulillah ESP BERKESAN, tiada langsung rasa pedih perut krn jangka waktu mkn yg jarang."
Jika anda merancang untuk pergi bercuti, pastikan sekurang-kurangnya Nutriferon berada dalam senarai barang yang perlu dibawa k!

Hubungi saya untuk dapatkan vitamin Shaklee anda:
Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412
sms/whatsapp: 012-2897359

COD sekitar Putrajaya; Pengeposan ke seluruh Malaysia!

** Semua testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...