Followers

Friday, April 25, 2014

Happy 4th Birthday, Fikry!

Actually, birthday Fikry dulu (11 April), baru birthday Adnin. Tahun lepas celebrate birthday Fikry dgn perut boyot tunggu hari nak lahirkan Adnin. Jauh di sudut hati biar baby sama birthdate dgn abangnya. Tapi hajat tak kesampaian. Hehe..


Inilah Fikry, seorang yang Cheeky. Kuat 'merujak' bak kata bibik. Hehe.. Pantang kita silap cakap sikit, panjang je dia tarik muncung. Pastu lari masuk bilik ke, dapur ke... Hmm.. Tapi, sekejap aje dia bawak diri. Tak sampai 5 minit nanti dia jugak yang jenguk-jenguk kita balik. Hehe.. Ichi..ichi.. Nak tukar gelaran kepada 'abang' pun dia tak mau. Suruh panggil nama jugak! Dah la sebut nama sendiri pun pelat lagi. Bila entah nak hilang pelat dia tuh. Macam mana nak baca Qira'ati ni?? Tahun depan dah nak masuk tadika.

Sekarang ni Fikry suka betul letak barang dan mainan dia dalam beg. (bukan barang dia je.. kalau ada barang yg hilang, cubalah buat spot cek dlm beg-beg dia. Biasanya tak kecewa ;p) Dapat pulak beg Angry Bird, Mama bagi.. Hmm.. dah jadi 3 beg semuanya milik Fikry. Dua diperturunkan drp Along. Hehe.. Tak cukup dengan backpack, guna beg plastik lagi.. Ikut sapa la ni suka benor dengan beg. Ibu pun pakai beg dah bertahun-tahun tak tukar tauuu. Kahkah.. hint kah?? ;p

Tengoklah tu. Potong kek pun pakai beg!

Sambutan birthday Fikry kali ni pun buat secara sederhana je. Masak-masak sikit (lamb chop - sedia marinated, potato salad, bihun goreng, air fruit koktel)..  Kek rainbow order dgn wife officemate. Alhamdulillah, puas hati sangat! Yang penting keknya kecik comel je so tak membazir. Rasa pun sedap, harga sangat reasonable. Fikry penggemar 'lori pasir'. Pantang nampak trak pengorek (rujuk gambar di atas) kat jalan mesti dia excited! Hehe.. Puaslah google nak cari gambar trak pasir yang sesuai..

Akhir kata (buat masa ni)... Semoga Ichi a.k.a Fikry menjadi anak yg soleh, berjaya dunia dan akhirat.. dan semua yg baik-baiklah hendaknya. aminn..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...