Followers

Wednesday, April 23, 2014

Adnin turned 1 !

Assalamualaikum,

20 April 2014 genaplah umur anak daraku si Adnin, 1 tahun. Macam tak percaya.. dah setahun rupanya melahirkan si kenit ni. Bila baca balik pengalaman melahirkan Adnin ni, rasa macam baru je berlaku semalam. ;)

Alhamdulillah, Adnin membesar dengan sihat, walaupun badan haluihhhh.. Setiap kali cek up, berat naik dalam 200g macam tu jer. Tengok gaya dia makan, macam selera sangat. Semua yang kita makan dia pun nak makan. Tapi jenis makan sikit-sikit agaknya. Sebab tu badan susah nak bulat. Lasak tu, jangan cakap la. Standard la budak dah pandai merangkak, dan mula dapat kaki. Panjat sana-sini. Semua nak explore. 

Adnin ni, 11 bulan lagi dia dah boleh melangkah. Tapi sampai sekarang 2-3 langkah je. Lepas tu tak mo dah. Unless kita pancing dia dgn barang, nanti dia kejar.. Dapatlah ekstra 2-3 langkah lagi ;p

Tang 'dapat kaki' dah ekspres kan.. Tang gigi pulak slow motion. Hehe.. Tapi genap umur setahun, terus terpacak 4 batang gigi dia! Haha.. 2 gigi atas, 2 gigi bawah. Ni pun dah nampak bayang-bayang gigi-gigi tepi.. Tak lama lagi penuh la tu. Kalau abang-abangnya dulu, seawal 7 bulan dah tumbuh gigi. Adnin memang berbeza!

Dari segi perjalanan penyusuan Adnin pula, setakat ni masih fully breastfeed! Alhamdulillah.. berjaya capai 1 tahun! Tapi nampak gaya ibu kena work extra hard untuk naikkan production. Sebab dah nampak tanda-tanda Adnin tak puas menyusu bila dengan ibu. Stok EBM jangan cakaplah. Memang dah '0' beberapa bulan ni. Pam hari ini untuk esoknya. Ibu lah ni, culas mengepam. huhu...


Ini ibu compilekan beberapa gambar Adnin dari lahir hingga umur 1 tahun. Nak kata ikut bulan pun, tak juga. Mana yang ada je lah dalam koleksi handphone tu :)

Sambut birthday, kalau tak potong kek, rasa macam tak lengkap kan. Nak buat macam mana, dah sinonim dua perkara tu. So utk birthday cake pertama Adnin, ibu decide untuk homemade saje ;)


Oh ya.. Kek ni sangat mudah nak buat tau. Guna resepi Chocolate Banana Cake ni, tanpa banana la kan. Easy peasy! Kami buat sama-sama anak-beranak! Haha.. Kacau-kacau tak sampai 15 min (ye ke?) .. then bakar 30 min. Siap! Sementara tunggu kek sejuk, sediakan choc ganache. Then curah je atas kek. Hias dgn kepingan badam yg dah dibakar, tabur manik gula atas kek. Kek suam-suam lagi terus kita kasi potonggg! Alhamdulillah.. bagi jenjiran merasa 1-2 potong, yang kat rumah pun dah selesaiii.. Wajib buat lagi pas ni!

Alhamdulillah, celebrate pun simple-simple je. Janji merasalah Adnin potong kek...Walaupun Abe Ichi kamu yang over nak memotongnya! ;p Nanti nak celebrate lagi dgn family besar.. Tunggu makchu pulang dari Amerika ya!

Semoga Adnin dan semua anak-anak ibu menjadi anak-anak yg soleh dan solehah, sentiasa mendirikan dan memelihara solat, serta berjaya dunia dan akhirat!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...