Followers

Monday, March 17, 2014

Apakah GMO?

Apakah Genetically Modified Organism (GMO)?



Organisma ubahsuaian genetik atau popular dengan panggilan genetically modified organism (GMO) selalunya merujuk kepada tanaman atau organisma lain yang mempunyai kandungan genetik yang telah diubahsuai. Kejadiannya melibatkan penggunaan gen asing yang diperoleh daripada organisma lain dan diberikan kepada sel benih yang hendak dijadikan GMO.

Teknologi kejuruteraan genetik membolehkan percantuman di antara kod genetik yang berlainan berlaku. Oleh itu pengubahsuaian genetik dan pewujudan GMO tidak terhad kepada tumbuhan sahaja, malah sebarang hidupan daripada sekecil virus dan bakteria sehinggalah haiwan dan manusia boleh dijadikan GMO.

Sumber: Utusan

Mengapa perlu GMO?

Kaedah ubahsuai genetik ini dikatakan dapat menyelesaikan masalah pemintaan terhadap makanan yang semakin meningkat. Gen ini diubah suai untuk tujuan ekonomi, biasanya untuk menghasilkan tanaman yang tahan racun perosak, virus, serangga, meningkatkan jangka hayat, meningkatkan pengeluaran ataupun meningkatkan nilai nutrien tanaman dan ternakan. 


Makanan GMO dihasilkan dari benih yang diubahsuai secara genetik. Saintis berupaya untuk mengubah fungsi dan pertumbuhan tanaman melalui teknik kejuruteraan genetik yang dilakukan di makmal. Hasilnya, tanaman mampu menahan serangan serangga perosak, cuaca kering dan bakteria. Malangnya, bukan ini saja yang boleh dilakukan. Penyelidik menemui banyak keburukan kepada kesihatan manusia dan haiwan yang memakan makanan GMO. 
Dalam usaha memperbaiki bekalan makanan kepada manusia dan haiwan, sebahagian penyelidik dan saintis percaya kaedah jalan pintas telah digunakan. Debunga dari jagung yang telah diubahsuai secara genetik telah menyebabkan kematian kepada ulat beluncas. Toksin dari debunga jagung GMO dihasilkan untuk membunuh serangga perosak. Dalam masa yang sama ia juga turut membunuh lain-lain serangga yang memainkan peranan penting dalam sistem ekologi.   

Sumber: thesecretmedicines

Bahayakah GMO? Nantikan kupasannya dalam posting lain ya. ;)


Hubungi saya untuk dapatkan vitamin Shaklee anda:
Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412
sms/whatsapp: 012-2897359

COD sekitar Putrajaya; Pengeposan ke seluruh Malaysia!

** Semua testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

1 comment:

husna yusof said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...