Followers

Wednesday, February 26, 2014

Tips Kejayaan Bisnes Menurut Tan Sri Syed Mukhtar Al-Bukhary


Sumber: RahsiaKejayaanUsahawan
7 Tips Kejayaan Bisnes dan Motivasi Syed Mukhtar Al Bukhary

Sejak dari kecil, beliau sudah memahami betapa pentingnya erti kejayaan dalam kehidupan. Kejayaan yang akan mengubah hidup diri serta keluarganya. Yakni mengeluarkan diri daripada kepompong kemiskinan. Seterusnya menjadikan diri sebagai seorang usahawan kaya dan berjaya.

Beliau adalah Tan Sri Syed Mukhtar Al Bukhary.

Seorang usahawan Melayu yang cukup dikenali di mata masyarakat. Kisah kejayaan beliau menjadi inspirasi kepada golongan para usahawan. Namun apakah rahsia kejayaannya? Apakah prinsip kehidupan yang dipegang oleh Tan Sri Syed Mukhtar Al-Bukhary dalam perniagaannya? Berdasarkan analisis yang dikongsikan oleh beliau sepanjang kehidupannya berniaga, terdapat 7 tip kejayaan yang penting untuk diamalkan oleh para usahawan iaitu:

#1 – Usaha dan Tekun, Serta Sedar Ia Memakan Masa
Kejayaan itu prinsip asasnya adalah usaha. Setiap usaha pula memerlukan fokus, yakni membawa maksud kepada ketekunan. Hanya orang yang tekun sahaja mempunyai peluang untuk berjaya dalam perniagaan.

Dalam masa sama, usahawan perlu sedar tentang faktor masa. Dalam perniagaan, masa untuk memperoleh kejayaan yang diinginkan adalah berbeza-beza.

#2 – Mengenali Kekuatan dan Kelemahan Diri
Usahawan yang hebat lagi berjaya adalah mereka yang jelas tentang kekuatan dan kelemahan diri. Kekuatan itu digunakan untuk memacu perniagaan ke tahap yang lebih baik. 

Dalam satu kajian yang dibuat, usahawan yang menggunakan kekuatan mereka untuk membangunkan perniagaan bukan sahaja mudah untuk berjaya. Malah mereka akan mencapai tahap hidup yang bahagia dan kepuasan terhadap perniagaan yang dibangunkannya. 

Buku Now Discover Your Strength yang ditulis oleh Mack Buckingham adalah buku rujukan yang bagus untuk para usahawan mengenal pasti apa kekuatan dalam diri mereka. Manakala para pekerja atau rakan niaga boleh digunakan bagi mengatasi kelemahan diri.


#3 – Tidak Ada Jalan Singkat Dalam Perniagaan
Tan Sri Syed Mukhtar Al-Bukhary sering menyatakan, kejayaan dalam perniagaan tidak mempunyai jalan singkat. Setiap laluan dalam perniagaan yang kita pilih, mempunyai cabaran dan dugaan yang tersendiri.

Tambah beliau, orang yang lemah akan mengaku kalah. Bagi usahawan yang memiliki jiwa dan semangat yang kental, mereka akan menganggap setiap perjalanan itu sebagai pengalaman yang mengajar, untuk menjadi seorang pemilik bisnes yang lebih baik.


#4 – Kemewahan Bukan Motivasi Bisnes

Kereta besar, rumah besar, jam tangan mahal dan material-material mahal bukan faktor utama kejayaan usahawan. Ia hanya menjadi salah satu daripada hadiah untuk membangkitkan motivasi dan meningkatkan estim diri. Kesilapan usahawan yang memulakan perniagaan untuk hidup mewah, akan membawa mereka kepada lembah hutang yang tidak berkesudahan.


Selain daripada Tan Sri Syed Mukhtar Al-Bukhary sendiri yang mengakui tentang isu ini, lagenda dunia teknologi dan gajet, Steve Jobs turut menyatakan,
“Perniagaan itu akan lebih berjaya dan hebat apabila kita melakukan apa yang kita cintai. Bukan tertakluk pada kemewahan semata-mata.”

#5 – Pangkat Dunia Juga Bukan Motivasi Perniagaan
Adakah kita berniaga kerana mahu memegang jawatan atau pangkat yang tinggi dalam syarikat? Semua itu tidak mustahil. Namun kepuasan yang sebenar tidak bergantung pada ia semata-mata. 

Menurut beliau, sebab-sebab usahawan itu berjaya terletak pada:
· Keinginan yang kuat untuk hidup bebas.
· Ingin mencapai matlamat bebas kewangan.
· Ingin mengubah dunia menjadi lebih baik.
· Ingin mengisi jawapan kepada masalah yang dihadapi masyarakat.

#6 – Kejayaan Bisnes Itu Adalah Rezeki Allah
Walau apa jua cara yang kita usahakan dalam perniagaan, matlamat utama kita sebagai usahawan (khususnya yang beragama Islam) adalah mengingati bahawa setiap rezeki yang diturunkan itu adalah milik Allah.

Justeru itu, apabila kita memperoleh kejayaan walaupun kecil, ucapkan syukur dan lakukan kebajikan mengikut kemampuan agar kita memperoleh lebih banyak punca rezeki.

#7 – Berbisnes Kerana Agama
Dalam Islam, agama ini menuntut penganutnya untuk melakukan perniagaan. Kerana dengan perniagaan, kita mampu untuk mewujudkan peluang pekerjaan yang halal lebih banyak. Dengan perniagaan, kita mempunyai peluang untuk bersedekah dengan nilai yang lebih banyak. Dengan perniagaan juga, kita mempunyai masa yang lapang untuk menunaikan ibadat-ibadat wajib dan sunat.

Oleh kerana prinsip-prinsip ini, Tan Sri Syed Mukhtar Al-Bukhary dilihat sebagai usahawan Melayu Islam yang begitu menonjol di mata dunia. Justeru itu, mengamalkan tip-tip yang dikongsikan beliau ini dapat meningkatkan keyakinan kita untuk lebih berjaya dalam perniagaan.



Hubungi saya untuk dapatkan vitamin Shaklee anda:

Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412
sms/whatsapp: 012-2897359


COD sekitar Putrajaya; Pengeposan ke seluruh Malaysia!

2 comments:

babYpose said...

Nak berjaya dan bahagia. Thanks for sharing.

ibuhebat said...

InsyaAllah.. sama2lah kita. aminn..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...