Followers

Wednesday, February 12, 2014

Suplemen yang Membantu Atasi Anemia @ Low HB

Assalamualaikum,

Dalam entry ini, saya ada terangkan perbezaan antara low bp dan low hb. Kali ini saya nak kongsikan tentang low hb @ anemia dan pemakanan serta suplemen yang dapat bantu atasinya.

Kita flashback sikit.. apakah anemia?

Anemia adalah suatu keadaan di mana seseorang tidak mempunyai sel darah merah sihat yang cukup untuk membawa oksigen ke seluruh tubuh. Ia turut dikaitkan dengan tahap hemoglobin (Hb) dalam darah.
Jom baca... apakah sumber zat penting yang dapat membantu kita naikkan tahap hemoglobin (Hb) dalam darah..

Makanan & Suplemen yang Bagus untuk Naikkan HB?

Iron, folat (asid folik), vitamin B6 dan B12 adalah nutrien yang diperlukan untuk menghasilkan sel darah merah. Jadi ibu hamil atau sesiapa yang mengalami situasi HB low atau anemia ini disyorkan memasukkan makanan-makanan yang kaya dengan sumber zat besi, folat, vitamin B6 dan B12 ini ke dalam diet harian untuk memastikan HB dalam paras yang normal. Suplemen juga mungkin diperlukan jika paras HB terlalu rendah. 

Sumber Zat besi 
Sumber zat besi dari haiwan (heme iron) merupakan sumber zat besi yang paling efektif diserap oleh tubuh kita. Hati mengandungi zat besi yang paling tinggi. Walaupun sumber zat besi dari tumbuhan (non-heme iron) tidak sehebat penyerapan dari zat besi haiwan, namun ia juga masih boleh menaikkan paras hemoglobin. Sumber non-heme iron ini boleh didapati daripada bijirin sarapan yang diperkaya dengan zat besi, sayuran kekacang, tauhu, bayam, kismis dan gula merah berasaskan tebu (blackstrap molasses).Masukkan juga makanan yang kaya dengan vitamin C seperti  tomato, oren, strawberi atau kentang apabila anda makan makanan yang kaya dengan zat besi yang disebutkan tadi bagi membantu penyerapan zat besi yang lebih baik. Kadar pengambilan harian zat besi yang disarankan oleh Institut of Medicine bagi wanita dewasa pada usia boleh mengandung (childbearing age) ialah sebanyak 18 miligrams dan 8 miligrams untuk lelaki dewasa.

Sumber Folat
Makanan yang kaya dengan folat atau juga asid folik termasuklah sayuran berdaun hijau, hati, nasi, germa gandum (wheat germ), bijirin diperkaya (fortified cereals), kacang, brokoli. Pengambilan alkohol boleh menganggu penyerapan folat. Sebagai Muslim memang wajib dielakkan. Institute of  Medicine mengesyorkan pengambilan harian folat sebanyak 400 miligrams bagi lelaki dan wanita dewasa.

Sumber Vitamin B6
Sumber vitamin B6 yang bagus termasuklah daging lembu, ikan, hati, bijirin diperkaya, kentang dan buah-buahan bukan sitrus. Masukkan sumber makanan ini ke dalam diet anda untuk memenuhi kadar yang disyorkan iaitu 1.3 miligrams sehari. Walaupun masalah kekurang vitamin B6 ini jarang berlaku kerana ia banyak ditemui dalam pelbagai jenis makanan namun kita harus mengambil berat pengambilan vitamin B6 jika paras hemoglobin kita tidak berada di paras normal.

Sumber Vitamin B12
Menurut Institute of Medicine, kadar pengambilan yang disyorkan untuk vitamin B12 bagi orang dewasa ialah sebanyak 2.4 micrograms sehari. Pengambilan yang kurang akan mengakibatkan kurangnya penghasilan sel darah merah. Makanan yang banyak mengandungi vitamin B12 adalah seperti daging, susu, telur, hati, ayam dan kerang. Menurut MedlinePlus tumpukan pengambilan makanan berasaskan haiwan untuk mendapatkan sumber vitamin B12 yang mencukupi kerana sumber tumbuhan tidak mencukupi untuk membekalkan vitamin B12 ini.


Suplemen Shaklee yang disyorkan untuk atasi Low HB:

VITALEA IRON FORMULA

Multivitamin & Multimineral

Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa. Jika diambil setiap hari Vita-Lea insyaAlla mampu:
  • Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik.*
  • Mengandungi beta-karotena yang membantu dalam mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan tisu.
  • Mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D untuk kesihatan tulang dan gigi.
  • Biotin dan asid pantotenik membantu untuk memetabolismakan lemak dan karbohidrat dalam tubuh.
  • Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel darah merah.*
Produk ini mengandungi alfalfa (Mediago sativa) Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik (SLE) perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini. ~Tiada tambahan perasa tiruan, pemanis, bahan pewarna tau pengawet.


Klik gambar untuk lebih jelas

INFO MENARIK!
Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vita-Lea Shaklee selama setahun, boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%. Vita-Lea telah dipilih oleh Centre for Science di Amerika Syarikat sebagai THE BEST MULTIVITAMIN di dalam Public Interest pada tahun 2000.

Nak kongsikan satu testimoni di mana pengambilan Vita-Lea Iron Formula membantu Pn Siti Ali mendapatkan bacaan HB yang cantik :)































Sumber: GoVitamins, vitaminku


Satu tips saya nak share, sila ambil Vita-Lea bersama vitamin C kerana ia membantu penyerapan zat besi dengan optimum.

Walaubagaimanapun, mereka yang menghidapi Thalasemia tidak boleh mengambil Vita-Lea. Ini kerana Vita-Lea mengandungi zat besi, di mana pesakit Thalasemia dilarang sama sekali mengambilnya. Hah, nak kena kongsikan tentang Thalasemia pulak la ye.. InsyaAllah, ada kesempatan nanti saya kongsikan. Nak kena study dulu ;)


Hubungi saya untuk dapatkan vitamin Shaklee anda:

Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412
sms/whatsapp: 012-2897359

COD sekitar Putrajaya; Pengeposan ke seluruh Malaysia!

 
** Semua testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...