Followers

Monday, February 17, 2014

Masak-masak: Solok Lada

Assalamualaikum... No Monday Blues ok ;)

Ni acara masak-masak Sabtu lepas. Alhamdulillah, berjaya jugak hasilkan solok lada. nyum nyummm.. Tq pada Ibu Damia atas resepi yang dikongsikan di blog beliau ;)



solok lada

Solok lada lawan nasi kerabu. Nasib baik anak-anak nak makan..hehe

Saya copy paste resepinya di sini untuk rujukan pada masa depan ;)


Bahan-bahannya (untuk 7 biji lada besar):

- 7 biji lada besar (dihiris tengah, dibuang biji dan rendam dalam air kejap)
- 4 ekor ikan selayang (ambil isinya sahaja tanpa tulang)
- 1 inci halia
- 3 ulas bawang merah
- 7 biji lada hitam
- 1/2 cawan kelapa putih
- 5 sudu santan pekat
-garam dan gula mengikut rasa

Cara memasakknya:

- tumbuk lumat isi ikan bersama halia, lada hitam dan bawang merah.
- tumbuk bersama dengan kelapa putih.
- gaulkan bahan2 yang ditumbuk tadi bersama garam dan gula dalam bekas. Gaul sehingga sebati.
- sumbatkan bahan2 tadi kedalam lada tadi hingga padat dan susun dalam pemanggang ajaib.
- masukkan santan pekat tadi ke dalam periuk dan masak dengan api sederhana hingga kering santan

Selamat mencuba kepada yang teringin tu! Hehe.. mudah je. Lada hijau ni pun dah banyak dijual kat pasar tani .. Tapi kalau yang original kat klate tu pedas cilinya. Yg kat key ell ni tak podeh punnng..

Hubungi saya untuk dapatkan vitamin Shaklee anda:

Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412
sms/whatsapp: 012-2897359

COD sekitar Putrajaya; Pengeposan ke seluruh Malaysia!

1 comment:

anajingga said...

memang kena dah lah solok dengan nasi kerabu tu..singgah sini jap..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...