Followers

Wednesday, February 12, 2014

Masak-masak: Cendawan Goreng Cheese

Salam,



Aritu saja-saja tukar resepi cendawan goreng. Biasanya tepung celup tu cuma campurkan tepung gandum, lada sulah, lada hitam. Tapi tengok stok Cheezy Powder ada banyak dan dah nak dekat expiry date, so saya pun try campurkan dalam bancuhan tepung. Biasalah, resepi campak-campak ni payah gak nak bagi sukatannya. Hehe.. Tapi bagi tidak menghampakan para pembaca (eceh..), saya cuma dapat bagitau.. nisbah tepung gandum : cheese powder adalah lebih kurang 1:2. Kalau letak lebih tepung, tak terasa cheesenya.

Ok, ini cara saya buat cendawan goreng ya. Anak-anak memang suka...

1. Basuh bersih cendawan tiram dan toskan.

2. Pukul telur bersama sedikit garam.

3. Gaulkan cendawan yg telah ditoskan tadi bersama telur.

4. Celupkan cendawan bersalut telur ke dalam semangkuk tepung yang telah dicampur dgn cheese powder.

5. Deepfry.

Bagi yang nak cuba resepi di atas, boleh dapatkan Cheese powder marbeles ni...


Istimewanya cheese powder ni sebab dipek dalam aluminium berziploc. Memudahkan penyimpanan!

Hubungi En. Fairol 012-232 8437

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...