Followers

Friday, February 14, 2014

HADITH KE-7 : UMAT ISLAM MEMUSNAHKAN ORANG-ORANG YAHUDI

Assalamualaikum,

Salam Jumaat yang penuh barakah... Beberapa minggu lepas saya menerima emel drp Biro Kebajikan Kelab di pejabat saya, tentang hadith ini. Allahu Akbar! Cetek sungguh ilmu saya. Baru saya tahu tentang kewujudan pohon gharqad ni. Anda pernah dengar tentang pohon ni? Jom baca hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim...

40 HADIS TENTANG PERISTIWA AKHIR ZAMAN

HADITH KE – 7 : UMAT ISLAM MEMUSNAHKAN ORANG-ORANG YAHUDI

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata bahawasanya Rasulullah saw bersabda:

"Tidaklah akan berlaku qiamat, sehingga kaum Muslimin memerangi kaum Yahudi sehingga kaum Yahudi itu bersembunyi di sebalik batu dan pohon kayu, lalu batu dan pohon kayu itu berkata, (Hai orang Islam, inilah orang Yahudi ada dibelakang saya. Kemarilah! Dan bunuhlah ia!", kecuali pohon gharqad (semacam pohon yang berduri), kerana sesungguhnya pohon itu adalah dari pohon Yahudi (oleh sebab itulah ia melindunginya)".

(Riwayat Bukhari & Muslim)

KETERANGAN:
Hadis ini memberikan harapan yang sangat besar kepada kaum Muslimin dan menjanjikan kemenangan mereka dalam memerangi orang-orang Yahudi. Jadi walaupun orang-orang Yahudi merancang dan berusaha sedaya upaya untuk membunuh dan menyesatkan umat Islam, namun akhirnya kaum Yahudi akan binasa juga di dalam kepungan umat Islam. Umat Islam akan membunuh dan menghapuskan semua kaum Yahudi yang ada di permukaan bumi ini dan umat Islam akan ditolong oleh makhluk-makhluk Allah yang lain, sehinggakan batu dan pohon kayu pun akan memberi pertolongan kepada mereka.

KESIMPULAN:
Orang yang beriman dan bertakwa kepada Allah, RasulNya dan Hari Pembalasan semestinya yakin akan maksud hadith ini. Walaupun, hari ini keadaaan umat Islam adalah sebaliknya, janji Allah pasti akan tiba.

Hadith ini juga telah dikaji oleh orang Yahudi dan mereka telah mengambil langkah awal dengan menanam pokok Gharqad tersebut di Tanah Palestin. Laman website Jewish National Fund (boleh google je 'jnf' pasti jumpa websitenya. Saya tak nak linkkan dari blog saya.), di bahagian JNF Store (Trees for Israel Certificate), disebutkan bahawa mereka telah menanam sebanyak 220 juta batang pokok Gharqad di tanah Palestin. Untuk melihat jenis certificate yang dijual sebagai dana untuk menanam pokok tersebut bolehlah pergi ke website JNF tu.


Siap boleh donate pokok lagi.. Tengoklah, bagaimana persiapan orang yahudi laknatullah.. 


Wahuallam bissawab.


SUMBER DARIPADA:
40 Hadis Tentang Peristiwa Akhir Zaman
Dipetik dari buku yang telah di susun oleh
Al-Fadhil Ustaz Abu Ali al-Banjari an-Nadwi (Ahmad Fahmi Zamzam)

Terbitan : Khazanah Banjariyah , Derang, Pokok Sena,
                  Kedah Darul Aman, 1998


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...