Followers

Tuesday, February 18, 2014

Bahaya Tekanan Darah Tinggi Semasa Mengandung

Assalamualaikum,

Tempoh hari, saya diajukan satu soalan oleh seorang rakan, yang berbunyi, "Apa risiko darah tinggi masa mengandung ya?" Soalan beliau membuatkan saya berfikir sejenak....... Sebab saya yakin yg saya pernah terbaca artikel berkenaan persoalan tersebut satu masa dahulu. Tapi bila nak recall balik, hampa! Rasa macam pernah kongsikan isu ni dalam blog waktu saya mengandung haritu, rupanya belum! Kebetulan pulak saya terjumpa artikel ini yang saya rasa sangat mudah difahami. Jemput baca ya...

Teknan Darah Tinggi @ Hypertension semasa Hamil

Darah tinggi (juga dikenali sebagai Hypertension) berpotensi terjadi kepada setiap wanita hamil dengan peratusan antara 10 hingga 15 peratus, di mana ia boleh dikategorikan sebagai agak tinggi.

Keadaan ini berlaku tidak kira sama ada di negara sedang membangun mahupun negara yang maju daripada aspek perubatannya.

 


Tekanan darah yang normal untuk orang yang tidak mengandung ialah 140 ke 90, tetapi bagi ibu mengandung tekanan yang normal ialah 110-70 atau 120-80. Tapi sekiranya tekanan darah melebihi 140, sudah tentu ia dikategorikan sebagai tinggi.

Terdapat dua nama yang diberikan kepada masalah tekanan darah tinggi bergantung bila ia berlaku:

1. Berlaku sebelum usia kandungan 20 minggu - ini dipanggil Essential Hypertension.
  • Ini mungkin berlaku kerana sebelum mengandung si ibu sudah mempunyai tekanan darah yang tinggi. Pemeriksaan terhadap pesakit akan dilakukan untuk melihat sama ada terdapat penyakit lain yang berkaitan buah pinggang atau sejarah perubatan keluarga yang sememangnya ada menghidap darah tinggi.
2. Berlaku selepas usia kandungan 20 minggu - ini dipanggil Gestational Hypertension. Inilah yang dikatakan tekanan darah tinggi semasa mengandung.

Kenapa Berlaku Darah Tinggi Ketika Hamil?

Darah tinggi terjadi kepada ibu mengandung kerana perubahan yang berlaku pada proses perkembangan uri.

“Perkembangan uri sangat penting semasa proses kehamilan. Di dalam uri terdapat banyak saluran darah. Tekanan darah berlaku apabila salur darah dalam uri (spiral arteri) tidak berkembang seperti yang sepatutnya (mengecut) dan menyebabkan darah tidak mengalir dengan sempurna”.

Apa Risiko / komplikasi?

Ramai ibu yang mempunyai tekanan darah tinggi telah melahirkan anak dengan selamat. Namun ini tidak bermakna anda boleh biarkan masalah ini tanpa pemeriksaan doktor kerana keadaan ini boleh menyebabkan beberapa masalah atau komplikasi lain. Antaranya adalah:
  • Kurangnya aliran darah ke placenta. Ini mungkin menyebabkan kurangnya nutrisi dan oksigen pada bayi dalam kandungan. Perkembangan bayi mungkin akan menjadi perlahan dan kemungkinan terjadinya kelahiran bayi dengan berat badan yang rendah.
  • Satu masalah yang dikenali sebagai placental abruption, di mana plasenta dipisahkan dari rahim lebih awal dari masa yang sepatutnya. Ini juga, boleh melucutkan pengaliran nutrien dan oksigen pada baby. Gejala utama placental abruption adalah pendarahan yang banyak.
  • Kelahiran pramatang atau terpaksa mengeluarkan bayi dari kandungan sebelum waktu matang.
  • Seperti yang diketahui jarang jangka hayat bayi dapat diteruskan sekiranya kandungan baru berusia 20 minggu.
  • Setiap bayi yang lahir pramatang akan menghadapi banyak masalah. Katakan bayi terpaksa dilahirkan pada 28 minggu, bayi perlukan pengudaraan yang sempurna, perlu dimasukkan ke wad neo natal, penjagaan rapi dengan kos yang amat tinggi. Namun semua ni bergantung pada analisis doktor.
  • Dalam beberapa keadaan, tekanan darah tinggi semasa hamil boleh menjadi petunjuk kepada masalah preeclampsia. Keadaan ini boleh mempunyai kesan yang sangat negatif terhadap organ si ibu seperti buah pinggang, hati dan otak. Jika preeclampsia berkembang dalam wanita hamil, si ibu boleh diserang sawan, dan ini biasanya dirujuk sebagai eclampsia.
Sumber: MySweetyZara

Nantikan tips dan cara mengatasi masalah tekanan darah tinggi ini dalam entri senterusnya.


Hubungi saya untuk dapatkan vitamin Shaklee anda:

Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412
sms/whatsapp: 012-2897359

COD sekitar Putrajaya; Pengeposan ke seluruh Malaysia!

1 comment:

Fatimah Bt Tony said...

Perkongsian yg sgt menarik. Saya suka baca entry admin. Jom lah blogwalking ke blog saya juga.. :) www.beautyfatimah.net

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...