Followers

Monday, January 20, 2014

Karipap Blackpepper

"Karipap yang ibu buat SANGAT SEDAP!"

Haha.. ayat anakku. Tapi kalau tanya dia (abg Ngah), semua pun sedap! hehe... Apa pun ia mampu membuat ibu lebih bersemangat nak masak-masak. Walaupun kadang tu asyik la masak benda yang sama je :p

Karipap ni kalau ibu masak memang habis licin. Favourite semua. Inti karipap tu bukan guna rempah kari macam yg biasa dijual tuh. Saya suka boh blackpepper.

Nak resepi ke? Ala, senang sangat. Kalau nak jugak ok lah, resepi sempoi-sempoi. Tumis bawang besar (dadu) + garlic (dadu), masukkan daging cincang 1 keping (brand Ramly). Dah masak dagingnya, tambah air dan masukkan kentang (dadu) 1 biji & carrot (dadu) 1/2 batang. Masukkan ground blackpepper dalam 1 s.b, garam secukup rasa. Masak hingga semuanya empuk dan kuah agak kering. Utk kulit karipap, gaulkan tepung dgn butter sikit. Ramas-ramas hingga jadi berderai. Boh garam sikit dan tambah air sikit demi sikit hingga jadi doh yang tak melekit. Nak kasi sukatan pun tak reti. Main agak-agak jer. Tu pasal kadang jadi lembut kadang jadi liat. errkk...


Selain tu nak share tips supaya kulit karipap tak menggerutu apabila digoreng. Goreng dengan api yang kecikkk je ok. InsyaAllah sekata je kulit karipap, tak menggerutu. Masa buat aritu inti termasin la pulak. so tambah air. Jadi basah. bila goreng karipap meletup-letup, karipap bocor sebab inti terkeluar. Huhu..

Si Along pulak kalau makan karipap nak initi daging sahaja, tak mau kentang dll.. Ataupun tak payah inti langsung. Tu yang jadi bentuk-bentuk karipap yang kreatif kat tengah tu.. Designed by Along. keh keh..

Ok lah, selamat membuat karipap blackpepper!



Hubungi saya untuk dapatkan vitamin Shaklee anda:

Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412
sms/whatsapp: 012-2897359

COD sekitar Putrajaya; Pengeposan ke seluruh Malaysia!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...