Followers

Wednesday, November 27, 2013

Wordless Wednesday - Perkembangan Anak-anak (Random)

 Assalamualaikum,

Dah lama tak share perkembangan anak-anak kat sini. :)

Ok lah, ada beberapa keping gambar sebagai kenang-kenangan.

[24 Nov 2013]
Ustazah Adnin @ 7 months

[16 Nov 2013]
Faeq dapat award 'Most Honest Khalifah' (5 years)
Along dapat award Most Obedient Khalifah & 2nd Best Student (KAFA 1)

[16 Nov 2013]
Along bersama kawan-kawan KAFA (DzulIman)

[16 Nov 2013]
Faeq perform lagu dengan classmates.. 5 years tapi besar mcm 6 years!

[26 Okt 2013]
Sports Day sekolah kebangsaan.. Dapat 2 awards. Tak ingat apa. hehe..


Fikry semasa Sports Day sekolah Along. [26 Okt 2013]

[15 Nov 2013] 
Murid Terbaik Subjek Matematik Tahun 1 2013 &
Anugerah Khatam Iqra' Tahun 1 2013

Sepetang di taman rekreasi sekitar P3, Putrajaya... [19 Okt 2013]

Melawat Uncle Bob yang eksiden motor.. Nadeen kelihatan jeles di situ melihat nyai dia memeluk Adnin. hehe.. [24 Nov 2013]

Semasa konvokesyen Abe Zuhairi [27 Okt 2013]

Julung-julung kali Adnin dapat buli Along [25 Okt 2013]

Alhamdulillah.. TQ Allah atas rezekiMu...

Friday, November 22, 2013

Mengapa Shaklee adalah MLM yang dikatakan ADIL?

Assalamualaikum,

Setuju tak kalau saya katakan yang Shaklee dah jadi satu FENOMENA sekarang ni? Alhamdulillah, ramai yang telah berjaya ubah nasib diri dan keluarga melalui Shaklee. Ia bisnes yang sesuai untuk semua. Yang bekerja mahupun surirumah.. lelaki mahupun perempuan, semua boleh buat Shaklee. Lagi-lagi sekarang dah ada sistem online. Haih.. semua di hujung jari je! Mula-mula launch sistem Shaklee memang huru-hara jugak. Tapi sekarang, alhamdulillah.. makin lama makin stabil. Delivery pun semakin efektif. Cuma biasalah, 1-2 kes tu perlukan kesabaran juga. 

Baiklah.. kembali kepada topik kita. Business plan Shaklee dikatakan ADIL. KENAPA? 

1) Sungguhpun Shaklee adalah syarikat MLM, kita masih boleh jana pendapatan walaupun tiada downline. Nak buat sorang-sorang boleh, nak buat ramai-ramai sebagai satu kumpulan lagi bagus. Asalkan kita buat sales la. kalau duduk diam-diam, mana nak dapat bonus. 
Amaran! Ini BUKAN sistem Shaklee
Shaklee tak amalkan konsep seperti di atas ni ya. Rekruit orang bawah kita, dapat duit. TIDAK. Tiada istilah head-hunting dalam Shaklee. Kalau setakat ada downline, tapi downline tak buat sales pun takdo maknonyo. 

2)  Tiada istilah orang atas goyang kaki, orang bawah kerja separuh mati. Haha.. Dalam Shaklee, anda buat, anda dapat. Kita boleh dapat income yang lebih besar daripada upline kita! Adil ke sangat adil tu? :p

3) Dalam mana-mana MLM, pasti ada pangkat. Begitu juga Shaklee. Yang istimewanya, kita boleh achieve pangkat yang lebih hebat daripada upline kita. Jika upline tidur, tapi kita rajin sharing dan usaha kembangkan biz kita, kita boleh capai rank tertinggi, sementara upline kita masih tak ada rank apa-apa. Adil?

Berminat utk join biz Shaklee bersama kumpulan saya? Jom! 

Hubungi saya:
Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412
sms/whatsapp: 012-2897359
COD sekitar Putrajaya; Pengeposan ke seluruh Malaysia!

Friday, November 8, 2013

EBOD - Euphoria Business Opportunity Drive

Assalamualaikum...

Bila pengasas Euphoria, Kak N announce nak buat kelas atau bengkel kat area KL, seboleh-bolehnya saya akan luangkan masa utk join. Thanks suamiku kerana merestui ;) Tak kisahlah kelas utk leader mahupun utk newbies, tak kira... nak join jugak! ;p It's never the same! Yang paling saya suka bila join kelas Kak N ialah nak serap AURA mereka yang dah berjaya dalam Shaklee.. paling teruja bila dengar kisah success story mereka!

So EBOD yang diadakan bulan lepas sebenarnya khusus utk mereka yg baru nak mengenali Shaklee. Terbuka juga kepada prospek.. Maknanya yang belum jadi ahli Shaklee la.  Alhamdulillah, dapat pun hadir bersama seorang downline, Siti. 

Nak tau sesuatu yang menarik, tak? Hehe..

Dalam group kami, sentiasa ditekankan utk doakan kebaikan dan kejayaan rakan-rakan biz Shaklee.. Sebab para malaikat akan doakan yang sama untuk kita. Bes kan. tak payah doa untuk diri sendiri pun. Malaikat doakan! 

Masa EBOD tu.. ada la lucky draw. Sebotol CoqHealth tau, hadiahnya! Bukan murah tuuu.. Kecil-kecil cili api. So, nak dijadikan cerita..Saya ni memang bukan dalam kategori 'lucky' bila ada lucky draw ni. Kalau dalam 100 orang, ada 90 nama yang dicabut.. Alamat memang tak delah nama saya kena panggil. haha.. Itu berdasarkan pengalaman saya la.. 

Tak tau lah kenapa, saya bayangkan dan doakan nama downline saya si Siti tu dipanggil oleh Kak N! siap bayangkan lagi nama dia pada kertas yg dicabut tu. haha.. Sekali tu, nama saya yang dipanggil!! Kak N sebut ..."Anak saya ni.. Aini Hayati!" hahah.. macam tak percaya je telinga ni! huhu...Well, sepenuh-penuh dewan hari tu, cuma 12 org je kot yang 'lucky'. Dan saya salah seorangnya. Mau tak teruja! Tak pernah2 menang lucky draw, u! Betul kot ye malaikat doakan utk saya? :) Wallahu alam..

Inilah hadiah yang dibawa pulang pada hari tersebut. Sebotol CoqHealth Shaklee, dan hadiah utk effective leader Set Lotion & Bath Gel brand Crabtree & Evelyn . Wangiiii.. suka sangat bath gel dia. Thanks Kak N!


Sempatlah bergambo denga Kak N dan Siti Fatimah, downline saya yang membawa tuah pada saya. heheh.. Sentiasa dalam doa saya.. begitu juga downline-downline kesayangan yang lain... Moga berjaya dunia wal akhirah!


Berminat utk join biz Shaklee bersama kumpulan saya? Jom! 

Hubungi saya:
Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412
sms/whatsapp: 012-2897359
COD sekitar Putrajaya; Pengeposan ke seluruh Malaysia!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...