Followers

Friday, September 27, 2013

Ameda Lactaline Dual Breast Pump to Let Go

Assalamualaikum,

Sayang sebenarnya nak let go pam Ameda ni. Tapi kalau dah tak digunakan tu.. dikepam je pun buat rugi je. Baiklah dicarikan tuan yang baru. Dulu berangan nak dapatkan double breastpump. Sudahnya guna pam manual Avent yg dah berumur 5 tahun tu jugak. Dah bukak kotak, tapi plastik tak bukak pun lagi.. tengok-tengok lepas tu simpan balik. Dalam hati kata nanti.. nanti.. hah.. sampai sekarang tak guna pun.. 

Inilah pamnya yang dimodelkan si Adnin. hehe.. nampak lebih menarik tak? kikikih... Ok lah.. sesiapa yang sedang mencari double breastpump.. rebutlah peluang ni ya. hehe.. nak baca review pasal Ameda.. salah satunya di sini... Saya baca review Erna tu yang tertarik nak beli Ameda dulu. 

Serba sikit info..
Seperti brand NEW, tak digunakan lagi
Beli bulan Mei hari tu.. so masih ada warranty hingga Mei 2014
Operate guna letrik & bateri
Ada FREE GIFT sekotak autumnz storage plastic bag (25 pcs)
Market price adalah RM888.. harga saya tentunya special

SERIOUS BUYER boleh hubungi saya pada nombor di bawah ..

sms/whatsapp: 012-289 7359


 Thank you!

- ALHAMDULILLAH, SOLD! -

Monday, September 23, 2013

Kelas Shaklee Pertamaku

Assalamualaikum..

Segalanya bermula dengan Bengkel Shaklee yang kami hadiri pada 6 Julai lepas. Pada pembukaan bengkel tersebut, kami semua diarahkan untuk minta kawan sebelah 'snap'kan gambar kami berlatarbelakangkan audiens yang berada dalam dewan. 


Masa exercise tersebut, saya tengah nak tidurkan Adnin.. tengah jalan-jalan kat dalam dewan. Jadinya terhasillah gambar ni yang disnap oleh mentor saya, Kak Norita. 

Kemudian kami diminta utk upload gambar tersebut ke dalam FB dengan kata-kata "Dengan izin Allah, saya akan dapat kelolakan satu perjumpaan kumpulan Shaklee saya seperti hari ini." Saya tambah sendiri 'Aminn' tu. hehe..


Jadinya hasil daripada bengkel tersebut, 'kakak' Shaklee saya, Yusrina atau saya panggil Cik Yut telah mengutarakan idea bernas beliau untuk menganjurkan kelas bergabung untuk downline saya dan downline beliau. Saya pun apa lagi. Laju-laju lah SETUJU!

Sebenarnya telah menjadi impian saya untuk buat kelas untuk downline yang berdekatan, especially yang baru-baru berjinak dengan biz Shaklee ni. Sambil-sambil tu boleh berkenalan lebih dekat kan. Tapi memandangkan saya sendiri tak pernah buat kelas, dan Cik Yut dah banyak pengalaman dengan Shaklee dan biasa buat kelas kecil-kecilan untuk downline beliau.. Makanya memang sesuai sangatlah tu saya mulakan dengan bergabung tenaga dengan Cik Yut.

Cik Yut memang banyak membantu dalam kelas tersebut. Banyak cover kekurangan saya yang lemah ini. Banyak perkongsian ilmu dan pengalaman beliau dalam kelas tersebut.

Ramai yang puji tempat kelas kami ni.. nampak sangat selesa. Berminat boleh hubungi HappyMindz.

Tak ketinggalan, sesi 'Success Story Sharing' oleh Jannatul Fadhilah, juga 'kakak Shaklee' saya yang sekarang sudah pun pangkat Senior Coordinator. Lagi 2 tangga je nak capai pangkat tertinggi dalam Shaklee iaitu Master Coordinator!

Asalnya yang confirm nak join adalah sebanyak 15 orang. End up hanya 10 orang sahaja yang dapat hadir. Tapi itu pun dah cukup riuh rendah dengan kehadiran anak-anak yang lasak tetapi tetap comel! Kami buka juga penyertaan kepada 'adik-beradik' yang level 'beginner' memandangkan masih banyak kekosongan. Alhamdulillah.. 


Downline saya yang dapat hadir pada hari tersebut, Siti Fatimah & Adzah. Tak mengapa, tak dapat hadir ke kelas bukanlah alasan utk tidak berjaya. Ramai je yang tak pernah hadir kelas tetapi mampu mendapat income 4,5 angkat drp biz Shaklee ni. Nak seribu daya, mahu seribu cara!

~~~~~~
Dari dulu lagi para isteri sentiasa berusaha untuk bantu ringankan beban tanggungan suami. Kalau orang dulu-dulu, walaupun isteri tak bekerja.. tapi banyak kisah yang kita dengar.. buat kuih-muih, letak kat kedai makan. Yang pandai menjahit, amik upah menjahit. Skill yang ada digunakan sebaiknya untuk menambah pendapatan keluarga. Zaman milenium ni pula, dengan kecanggihan teknologi, surirumah sepenuh masa mahupun yang bekerja.. sebenarnya punya lebih ruang dan peluang untuk tingkatkan ekonomi keluarga. Dengan kenaikan harga minyak 20 sen JER, takkan kita hanya mampu mengeluh dan berpeluk tubuh?? Jom LAKUKAN SESUATU! Nasib kita 5-10 tahun akan datang adalah hasil daripada tindakan dan usaha kita hari ini. Kalau kita tak MULAKAN dari SEKARANG, sampai bila pun kita akan terus di takuk lama. 

~~~~~~
Kami doakan semua yang hadir ke kelas tempoh hari dapat memanfaatkan ilmu yang disampaikan dengan baik. Semoga kita sama-sama berjaya di dunia dan akhirat. Ameen!

p/s: Bagi yang berminat untuk KAYA dan BERJAYA dengan Shaklee, jemput baca cara menjadi ahli Shaklee di sini dan perkongsian tentang biz Shaklee di sini.

Boleh hubungi saya melalui:

sms/whatsApp: 012-289 7359
emel: ainihayati[at]gmail.com
fb: Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412

Thursday, September 19, 2013

Bagaimana GLA Complex Meningkatkan Kesuburan

Assalamualaikum..


Rasanya saya tak pernah lagi berkongsi tentang isu kesuburan dalam blog kesayangan saya ni kan. Takpe, insyaa Allah.. bakal ada beberapa perkongsian selepas ni. Hehe. 

Bulan Julai lepas kan promo GLA Complex. Jadi ramai yang tak lepaskan peluang merebut GLA Complex ni sama ada untuk tingkatkan peluang untuk hamil, untuk stabilkan period yang tunggang-langgang, untuk atasi masalah kulit kering, mahupun untuk atasi masalah kencing manis. Jadi sekarang mulalah dapat feedback best-best daripada mereka yang dah cuba GLA Complex ni ;)

Antaranya, sudah tentu yang mendapat berita gembira dengan kehamilan cahayamata yang dinanti-nantikan!! Walaupun bukan satu jaminan yang seorang wanita akan hamil dengan pengambilan GLA complex, tetapi ia membantu meningkatkan tahap kesuburan. Walau bagaimana pun, terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada peluang kehamilan ya. Ia sudah tentu bukan bergantung pada kesihatan si isteri semata-mata, malah kesihatan dan tahap kesuburan suami juga adalah penyumbang penting! Namun entri kali ini saya cuma nak kongsikan bagaiman GLA Complex membantu meningkatkan kesuburan seorang wanita. Jom baca!


BAGAIMANA GLA COMPLEX MEMBANTU?



GLA Complex adalah makanan tambahan untuk meningkatkan produksi lendir serviks (cervical mucus) yang berkualiti, lendir rahim yang berperanan untuk kesuburan dan pembuahan kerana dapat membekalkan nutrisi sperma dan memudahkan pergerakan sperma di dalam  rahim. GLA Complex juga meningkatkan kepekaan seksual wanita dan memperkuat lapisan rahim untuk implantasi sel telur ke dinding rahim yang berjaya. Gamma-Linolenic Acid (GLA) membantu wanita menghasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai “Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)”. Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah & likat, dan sangat-sangat membantu sperma berenang terus ke uterus ke tiub fallopio, dan ke telur (ovum). Tambahan pula, cecair serviks yang sangat subur ini juga akan bantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam tiub fallopio, yang mana akan membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa si isteri sedang subur (waktu ovulasi).


GLA complex menstabilkan kitaran haid, menghasilkan servikal mukus yg berkualiti, meningkatkan kesuburan wanita.

  • Menstabilkan hormon kewanitaan dalam badan kita supaya menghasilkan telur yang berkualiti setiap bulan.
  • Telur yang berkualiti juga memberi jaminan bahawa proses persenyawaan akan berlaku dengan baik & menghasilkan janin yang sempurna.
  • Membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon lelaki dan wanita dalam badan seseorang. Apabila hormon dalam badan berada dalam keadaan yang seimbang, tahap kesuburan juga akan meningkat.
  • Membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih yang membantu sperma untuk berenang didalam rahim anda sehingga bertemu sel ovum
  • Cyst atau fibroid adalah akibat dariapda pertumbuhan sel yang tidak sihat. GLA membantu untuk menstabilkan hormon badan serta mencegah aktiviti sel yang abnormal.
Ada panduan sekali disertakan cara nak kenalpasti tahap kesuburan daripada cervical mucus. Bolehlah klik link di bawah ni ya.



Jika berminat untuk cuba GLA Complex atau mana-mana produk Shaklee, boleh hubungi saya melalui info di bawah:



sms/whatsApp: 012-289 7359
emel: ainihayati[at]gmail.com
fb: Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412

Tuesday, September 17, 2013

Beruntungnya Saya Ditemukan dengan Beliau!

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, pada hari Sabtu lepas saya dan seorang ‘kakak’ Shaklee telah menganjurkan kelas Shaklee yang pada asalnya dibuat khas untuk downline kami. Tapi memandangkan banyak kekosongan, maka kami buka penyertaan pada adik-beradik lain. Ok, tentang kelas tu saya akan cerita lanjut di entri lain ya. Entri kali ini saya nak berkongsi pasal benda lain. Hehe..

Setelah mencari-cari tempat yang sesuai untuk kelas kami, akhirnya kami telah menyewa satu ‘ruang’ di HappyMindz, BBB. Ruang tersebut biasanya digunakan untuk kelas ballet. Tak ada kerusi meja, jadi sesuailah dengan konsep ‘santai’ di mana anak-anak bebas nak berguling dan sebagainya, bak kata partner in crime saya. Ok, saya pun bukanlah nak cerita tentang tempat yang kami sewa tu. Sungguhpun bagus juga dapat buat promosi percuma untuk HappyMindz ;)

Anyway, saya berkesempatan berjumpa dengan … saya pun tak pasti nak panggil dia pemilik, atau bos HappyMindz. Bila saya tanya beliau, beliau menyatakan beliau adalah ‘cleaner’ sahaja di situ ;p Cuma nak cerita, beliau rupa-rupanya adalah MamaFiza, iaitu pengamal homeschooling. Puas saya recall balik, padanlah website ‘littlekittle’ yang saya jumpa semasa meng’google’ HappyMindz terasa sangat familiar. Rupa-rupanya 4-5 tahun dulu saya pernah terbaca tentang homeschooling yang beliau kongsikan dalam website littlekittle!  Pada masa tu (dan masih lagi), saya sangat kagum dengan usaha beliau mengajar dan mendidik sendiri anak-anak di rumah.  Sangat tersusun, kemas, kreatif… hebat! Nah, bila Allah temukan saya dengan beliau tempoh hari, saya tak hairan yang beliau mampu lakukan semua itu, dengan attitude beliau yang sangat positif! Jarang sangat (saya la) dapat berjumpa orang macam tu. Masha Allah…sungguhpun beliau seorang yang petite, tetapi aura beliau sangat hebat! Cuba baca sharing daripada sahabat beliau di posting ini.. Sungguh saya kagum dgn beliau!


Walaupun hanya sempat berjumpa dan bersembang tak sampai sejam, masih terbayang-bayang lagak dan gaya beliau yg penuh semangat dan ceria. Sesungguhnya setiap yang berlaku itu bukanlah secara kebetulan. Setiap orang yang hadir dalam hidup kita bukan secara 'tidak sengaja'. Pastinya untuk diambil iktibar dan untuk kita belajar sesuatu daripada mereka. 



MamaFiza yang ceria & peramah. Macam dah kenal 10 tahun lagaknya.

Haih.. terasa macam jumpa selebriti pulok. Hehe.. Hope to meet her again in future ;) Moga Kau berkati pertemuan dan ukhuwah yang terjalin ini.

Nak dapatkan Shaklee?

Boleh hubungi saya melalui:

sms/whatsApp: 012-289 7359
emel: ainihayati[at]gmail.com

fb: Aini Hayati Luey

ID Shaklee: 852412

Monday, September 9, 2013

Kepentingan Air untuk Turunkan Berat Badan

Assalamualaikum,

Umum tahu yang air kosong ada banyak khasiat dan kebaikan kepada tubuh kita. Bukan setakat untuk dapatkan badan yang sihat, malahan untuk kecantikan dan kurus pun air kosong memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya. Entri kali ini saya nak kongsikan mengapa air kosong yang cukup sangat penting untuk menurunkan berat badan. Mengapa anda dinasihatkan untuk minum 'banyak' air masak dengan pengambilan Set Slim Shaklee supaya proses penurunan berat badan dapat berjalan dengan lancar.

Bagaimana Air Membantu Proses Penurunan Berat Badan?


1. Proses pembakaran kalori memerlukan bantuan air agar lebih efektif. Dalam erti kata lain, air juga mempengaruhi fungsi metabolism tubuh.

2. Sewaktu tubuh membakar kalori, tubuh juga mengeluarkan toksin, air dalam tubuh akan memainkan peranan membantu menyingkirkan toksin ini melalui perkumuhan. Jadi, jangan jadikan alasan untuk kurang minum air kerana takut kerap ke bilik air kerana yang dibuang adalah toksin dalam badan.

3. Apabila berlaku hidrasi, ia akan menyekat pengaliran darah dalam tubuh, dan mengurangkan bekalan oksigen dalam otot di mana anda kan berasa cepat letih. Bila ini berlaku, anda pasti tidak mampu untuk melakukan senaman atau bergerak aktif untuk membakar lemak.

4. Selain itu, air juga mambantu mengekalkan pembentukan dan kontraksi otot tubuh sewaktu kita bergerak atau bersenam. Bekalan air yg cukup boleh menjauhkan kita daripada mengalami risiko kekejangan otot atau otot mudah membengkak sewaktu melakukan aktiviti senaman.

5. Pengambilan serat dan protein adalah amat penting dalam proses diet anda tetapi fungsi serat akan terhalang tanpa air yang cukup. Jadi, itulah sebabnya mengapa anda masih mengalami sembelit meskipun sudah mengambil keperluan serat yg cukup.

6. Minum air juga ada aturannya, pengambilan air pada waktu yang tepat dengan jumlah yang cukup akan memaksimumkan keberkesanan fungsi tubuh. Dua gelas air sebaik bangun tidur akan membantu kelancaran proses penghadaman, satu gelas air sebelum mandi membantu merendahkan tekanan darah, satu gelas air sebelum tidur akan mengelakkan strok atau serangan jantung. Bukan sahaja turun berat badan, tetapi juga sihat dan murah.

7. Setiap hari kita akan kehilangan lebih kurang dua liter air dari badan melalui proses perkumuhan, pernafasan dan aktiviti2 lain. Jadi kita perlu menggantikan air yang hilang itu supaya proses di dalam badan tidak terganggu dan sekaligus meningkatkan kadar metabolisme.

8. Minum sebotol air mineral sejam sebelum  bersukan atau melakukan senaman, pasti anda akan berpeluh dengan banyak dan mengeluarkan toksin dari tubuh dengan cepat. Selagi toksin yang terkumpul dalam badan tidak dibuang, selagi itu anda tidak akan mendapat berat badan yg diimpikan.

9.  Minum sekurang-kurangnya 2  hingga 3 liter sehari bagi memenuhi keprluan air dalam tubuh bergantung juga kepada keperluan dan tahap aktiviti mengikut individu. Air akan hilang sebanyak 1 mililiter bg setiap 1kcal yang digunakan dalam kegiatan harian.

10. Jika anda pernah mengikuti program pengurusan berat badan tak kira sama ada melalui pemakanan atau di pusat2 kecantikan, pasti anda akan ditegaskan supaya minum banyak air. Tak percaya? Tanya pada yang pakar.

Selamat mencuba!!!


Nak cuba Set Slim Shaklee

Boleh hubungi saya melalui:

sms/whatsApp: 012-289 7359
emel: ainihayati[at]gmail.com
ID Shaklee: 852412

Friday, September 6, 2013

Tazkirah Jumaat: Ibuku Seorang Pembohong

Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga yang miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Ada kalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga.
Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu ceat memujuk. Ketika makan, ibu sering memberikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata: “ Makanlah nak, ibu tak lapar.” -PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.
Ketika saya mulai besar, ibu yang gigih sering meluangkan waktu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat meberikan sedikit makanan untuk pembesaran kami adik-beradik.
Pulang memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu, ibu duduk di samping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi.
Saya sedih melihat ibu seperti itu. Hati saya tersentuh, lalu dengan menggunakan sudu, saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata: “ Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan.” -PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.
Di usia awal ramaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya, abang dan kakak.
Suatu dinihari, lebih kurang 1.30 pagi, saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu sedang mambuat kuih dengan bertemankan pelita di hadapannya. Beberapa kali saya lihat kepala ibu terhangguk kerana terlalu mengantuk. Saya berkata; “Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula.” Ibu tersenyum dan berkata; “Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi.”    -PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.
Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mula menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu sering kali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Ilahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu untuk ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata; “Minumlah nak, ibu tak haus!”    -PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.

Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan berjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin para, seorang pak cik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya,ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu agar menikah satu lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga ibu dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang memang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata: “Saya tidak perlukan cinta, saya tidak perlukan lelaki.” -PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.
Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat saja di rumah. Tidak payahlah lagi bersengkang mata dan bersusah payah untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya.
Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu, dan ibu berkata; “Jangan susah-susah, ibu ada duit.”     -PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.
Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang, kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang membiayai pengajian saya, juga di luar negara.
Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula.
Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata; “tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang.”            -PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.
Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh di seberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah dikatil hospital setelah menjalani pembedahan, ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya. Saya dapat melihat jelas betapa penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu, kemudian saya kucup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata: “Jangan menangis nak, ibu tak sakit.”    -PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.
Setelah mengucapkan pembohongannya yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk yang terakhir kali.

Anda masih bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, ‘Ibu, saya sayangkan ibu.’ Tapi tidak saya... Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir. Ibu, maafkan saya... saya amat sayangkan ibu.....
Kredit: AnnurMaisarah

Sayangilah ibu kita sementara masih ada...I luv u mak...& ayah too..
♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ 


Thursday, September 5, 2013

Header Blog Baru! Adnin in the House


Selamat tinggal banner lama...


Selamat Datang yang baru ... hehe



Nampak tak Adnin terselit kat celah rumput tu. haha.. comel..comel.

Saya masih menggunakan khidmat designer sebelum ni.. Eya. Ye lah, dia pun yang ada design asal banner & watermark blog ni. hehe.. Tapi memang terbaik lah servis Eya ni. Boleh la runding-runding dengan dia kalau berminat ya.. Eya Eybizz... Boleh juga search nama ni kat FB.


Wednesday, September 4, 2013

Alergi, Sistem Imun dan Nutriferon

Apakah kaitan alergi (alahan) dengan sistem imun tubuh?

Alergi adalah respon abnormal atau kegagalan dari sistem kekebalan tubuh seseorang di mana orang tersebut menjadi lebih sensitif terhadap zat-zat yang umumnya tidak berbahaya. Ketika orang tersebut mengalami alergi maka tubuhnya akan mengalami reaksi berlebihan. Orang yang memiliki alergi bersifat atopik sedangkan zat-zat yang menyebabkan alergi disebut alergen. Atopik adalah penyakit yang sangat umum atau biasa terjadi pada anak-anak atau orang dewasa. 




Baru-baru ni si Faeq naik gegata satu badan. Macam bintat kena gigit nyamuk tu.. Tapi ni lebih besar dan banyak. Kejadian berlaku lebih kurang seminggu sebelum raya, bermula dengan kaki tak silap saya.. pastu melarat ke tangan dan kemudian badan. Tak tau apa yang dia alah hingga dapat reaction macam tu. Masa kena tu, memang dia tengah batuk dan selesema. Faeq memang ada asthma, especially kalau batuk. Boleh kata waktu kena tu sistem imun tubuh dia tengah 'down'.  Tak bawak gi klinik pun sebab dalam fridge masih ada ubat alahan & ubat selesema (promethazine). Tak silap dulu Along pernah kena alergi jugak dan doktor bagi dua ubat ni. 

Nak cerita, bila bagi ubat klinik, sehari dua hilang lah kesan alergi tu. Lepas tu datang balik. Yelah, ubat tu just meredakan alergi reaction kan. Sebaik-baiknya kita kenalpasti apa yang badan kita alergikan tu dan cuba elakkan. Kitorang dah cuba tukar-tukar menu. Ayam, ikan, udang, daging.. tapi sama jugak. Tak baik-baik. Pada masa yang sama, saya bagi jugak Nutriferon 1 sachet sehari, bancuh dgn Performance. Untuk tingkatkan sistem imun Faeq. Tapi still takde perubahan positif. 





Then lepas balik cuti raya, kami decide nak cuba ubat homopati. Kebetulan jiran depan rumah memang pengamal perubatan Homopati. Sambil pergi beraya, sambil ambil ubat. hehe.. Semasa konsultasi, kami dimaklumkan yang cara ubat homopati ni bekerja ialah 'penyakit' akan dikeluarkan dari badan pada awal pengambilannya. So jangan terkejut kalau tetiba makin teruk keadaan Faeq nanti. Maksudnya gegata akan keluar makin banyak. Huhu.. Kami nekad untuk teruskan. Cewahh.. balik rumah terus bagi Faeq minum ubat homopati. Sejam 1-2 sudu besar. Nak tau apa berlaku selepas tu??


Makin banyak dan besar-besar bintat yang keluar. Memang ngerilah bila tengok tu. Faeq dah nangis-nangis sebab gatal sangat kot tapi kitorang tak bagi garu. Ye lah.. takut makin garu makin banyak lagi yang keluar. Last-last tak sampai hati, bagi jugak  makan ubat klinik utk redakan. Lepas makan ubat, tidur... Esok pagi dah takde.. Tapi dalam hati masih cuak.. bilakah ia akan muncul kembali? 

Kami teruskan bagi lagi homopati & Nutriferon. Hasil konsultasi dengan Kak N, kali ni saya upkan Nutriferon kepada 2 sachet sehari... Nasib baik Faeq ok je minum Nutriferon. Bila bancuh dgn air kosong rasa payau gitu je. Menjelang petang nampak ada naik sikit lagi gegata tu. Tapi KURANG dah daripada hari sebelum. Alhamdulillah.. So continue je bagi homopati & Nutriferon. Alhamdulillah.. beransur kurang dan kurang. Dia tak immediately hilang.. Tapi sikit demi sikit... Syukur sangat!


Rasanya tak sanggup lagi nak hadapi alergy reaction macam tu. Tapi semua yg berlaku pasti ada hikmahNya. Mungkin Allah nak tunjukkan jalan pada kami macam mana nak hadapi situasi ni jika berlaku lagi.. Dan moga perkongsian pengalaman ini juga bermanfaat pada orang lain.

Apa itu NutriFeron?

Ia adalah dalam bentuk serbuk, gabungan 4 ekstrak tumbuhan yg menggalakkan pembentukan interferon secara semulajadi di dalam badan. 

Interferon adalah protein yg membantu sistem pertahanan badan terhadap virus, bakteria, parasit atau sel-sel tumor. Nutriferon penting untuk sistem tubuh badan anda kerana ia boleh menguatkan sistem imun. Cara Nutriferon meningkatkan sistem imun ialah dengan menggalakkan setiap sel menghasilkan interferonnya sendiri.

Bagi yang concern terhadap ujian klinikal, ia telah melepasi banyak ujian-ujian klinikal. Nutriferon juga dah dipaten unik dan eksklusif untuk Shaklee.

Sumber


** Semua testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan. 


Boleh hubungi saya melalui:

sms/whatsApp: 012-289 7359
emel: ainihayati[at]gmail.com
fb: Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412

Tuesday, September 3, 2013

Kepentingan Membuat Stok Susu Semasa Berpantang... dengan Shaklee

Assalamualaikum,

Dah lama tak cerita pasal penyusuan dan Shaklee kan. Almaklumlah.. Masa tengah fasa mengandung, cerita pasal Shaklee dan kehamilan. Sekarang dah masuk fasa menyusu, kita sharing pasal penyusuan pulak ya ;)



Ini bukan stok susu saya ya. Ini stok susu Mommy Saffiyyah :)

Saya punya stok susu tak secantik dan sekemas ini. Huhu.. kena bahagi dua bahagian freezer tuh. Belah kanan stok ayam, daging, ikan.. Belah kiri stok susu Adnin. Saya simpan dalam tupperware besar, dengan harapan tak bercampur dengan bau ikan dsb. Nanti lah, satu hari nanti saya share gambar stok susu saya pulak ya.

So, apa kisah di sebalik gambar di atas? Jom baca apa kata mommy Saffiyyah...

"Semasa berpantang di rumah parents di Shah Alam, sy prepare milk stocks for Saffiyyah hny pd hr ke27 sbb masa tu masih belum boleh cope dgn life yg baru ada baby and at the same time nak kene uruskan diri sendiri... Kemudian balik ke Melaka, sambung lagi prepare stocks. We love the lilac Autumnz bottles anyway!! hihi. 30 Aug ni genapla Saffiyyah berusia 3 bulan, Alhamdulillah tak pernah sakit now dah pandai meniarap dan bijak agah2 cuba nak bercakap dan ketawa.. She is so adorable  
Thanks to Kak Teem, Haizully and my cousin Kak Nas sbb introduced Shaklee ESP and Alfalfa to me!! Now sy dah continue dgn Vitalea, Ostematrix, Omegaguard, B Complex!! Best!!!! Tak tipu!"

Masa berpantang adalah waktu terbaik untuk mula mengumpul susu perahan. Dapat sikit atau banyak, tak kisah.. janji mulakan. Sehari dapat sebotol.. kalau 30 hari dah dapat 30 botol kan? Kalau kita tak gunakan waktu cuti bersalin untuk buat stok.. alamat panik la jawabnya bila naik kerja nanti.

Baru-baru ni perasan susu macam tak berapa meriah bila Adnin menyusu waktu malam. Mengamuk-ngamuk masa nak tidur. Nak nenen plak susu lambat let-down. So next day consume alfalfa 2biji sehari (dah beberapa minggu tinggalkan alfalfa sebenarnya ;p ) dan alhamdulillah, susu lebih meriah daripada biasa.

Sekarang ni Adnin dah mula kuat menyusu. Kalau saya balik rumah, walaupun dia baru je habis minum sebotol susu.. baru je burp.. Tapi bila amik je dia terus ek..ek.. nak nenen. Nenen bukan sikit-sikit pulak tu. Macam haus sangat gayanya! Anak oh anak..

Eh.. off topic pulak. ;p

Oklah.. Jika anda ibu yang mula rasa susu drop, dah cuba macam-macam petua dan tips utk upkan susu tapi masih belum berhasil.. Nak cuba Shaklee pulak, roger-roger lah saya ya. Saya cuba bantu berdasarkan ilmu dan pengalaman yg sedikit ini. Moga Allah permudahkan kita menyusu si kecil sehingga 2 tahun. Aminn..

** Semua testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan. 

Boleh hubungi saya melalui:

sms/whatsApp: 012-289 7359
emel: ainihayati[at]gmail.com
fb: Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412

Monday, September 2, 2013

Serupa Tapi Tak Sama

Assalamualaikum...

Kelmarin dok 'selongkar' gambar-gambar lama dalam FB dgn anak-anak. Terkekek-kekek ketawa tengok gelagat dorang. Semua tak percaya itu adalah mereka di waktu muda. hehe... 

Yang paling tak dapat terima adalah Fikry bila tengok gambar dia masa baby. 

"Ni Adnin la!!" haha... 

Tapi sungguh.. sebijik muka Fikry si Adnin ni.. Kalau orang (especially sedara-mara) jumpa Adnin pun akan berkata 'muka Fikry la..' hehe... 

>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>>

>>

Cuba teka yang mana satu Adnin & yang mana Fikry...



Yang pasti tang rambut tu lain sikit. Adnin rambut pacak ikut Bangah. hehehe...
(Jangan tertipu dgn baju otromen tu ya. Ada kisah di sebaliknya... hehe)

p/s: Nampak gaya kena print out gambar-gambar lama buat kenangan.. banyak tangkap gambar je tapi jarang sangat nak print .. harapkan FB je nak tgk gambar-gambar lama. Kalau FB tutup kedai???! huwaaa..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...