Followers

Wednesday, August 28, 2013

Rutin Mengepam di Ofis dan Simple Review Beg Menyusu Autumnz

Assalamualaikum...

Tibalah masanya saya berkongsi cerita tentang rutin mengepam susu di ofis. hehe..
Tak ada apa nak cerita pun. Saje nak tunjuk beg menyusu saya yang comel ni. Tetiba banyak pulak barang warna coklat + pink. Baju raya Adnin pun kaler ni jugak.

Waktu pregnant dulu banyak jugak survey beg menyusu. Dah ada macam-macam design sekarang ek. Dulu saya guna je beg pam Avent. Beg tu pun dah naik lunyai. Berapa tahun ek guna beg tu.. nak kira jap... hmm.. ada la masuk 6 tahun rasanya. 


 

So survey punya survey, berkenan la kat beg ni. Beli dari sorang kawan FB. Member group KIM mesti kenal dia.. Noorfazila. Dia memang penyokong tegar penyusuan susu ibu dan menjual barang-barang berkaitan penyusuan ni dgn harga yang berbaloi sangat! Beli beg ni dapat free satu set storage bottles & 3 ice pack. Semua pada harga yang super jimat! 

Konon aritu nak berdouple pumping kan.. sekali pam Avent manual ni jugak di hatiku. Bukan salah double pump tu. Dah beli, cuma tak bukak-bukak pun lagi. hehe...Tengoklah nak let go je ke macam mana. Ada yang berminat ke? Pam Ameda. Banyak review best-best pasal pam ni tau. ;)

Biasa satu plastik utk 1 feeding
Jadual pam saya di ofis adalah pada jam 10.30 -11 pagi & 4.30 petang. Pagi dalam kul 6.30 susukan Adnin. Tengah hari balik amik Along, susukan Adnin lagi. Nak tau takkk.. Adnin sebelum ni sanggup minum sikiit je sepanjang saya kat tempat kerja. Pagi menyusu dgn ibu, pastu kol 11 + atau 12 baru bangun untuk minum susu. Itupun 2oz tak habis! Saya balik baru dia nyusu direct. Pastu petang baru nyusu lagi dgn saya. Selalu turunkan sebekas susu utk 2x minum, tak habis pun. Separuh lagi siram kat pokok mangga depan rumah je. 

TAPI ahad lepas saya ada training Shaklee. So seharian tak ada kat rumah. Haahh.. first feeding malu-malu lagi nak abiskan susu. Sekali second feeding dah lapo gamaknya, ibu tak pulang-pulang... habis dia minum sebotol! Bibik kata LAJU dia minum.. hehe.. petang pun habis sebotol dia minum.. Alhamdulillah.. now memang dah ok minum ikut botol. Kalau tak, jenuh bibik nak suap guna syringe.
 Sekali pam biasa dapat utk 2 feeding. For now masih minum 2.5oz per feeding. Lepas ni tak tau lah.


Ini gambaran bahagian dalam beg Autumnz. Ada 2 bukaan. Sebelah besar, sebelah kecik sikit. Yang besar (kanan) saya simpan ice pack, pam & susu yang dah dipam. Lepas mengepam saya tak basuh pun pam tu.. just simpan blk dlm beg skali dgn ice pack bg dia sejuk so bakteria tak membiak dan selamat utk kegunaan seterusnya waktu petang. Bahagian yg kecik (kiri) saya letak storage bottles & storage bag. Kat bahagian luar pun ada poket. Dua-dua belah ada. Satu berzip, satu tak berzip.

Ada 3 cara nak bawa beg ni. Boleh jinjit je - ada pemegang atas beg ni, atau cara kedua boleh sandang di sebelah bahu. Cara ketiga boleh bawak as backpack (belakang). Convenient kan?

Ok, sambung cerita rutin saya. hehe ... Balik rumah kena terus simpan susu dalam fridge n freezer. Satu utk kegunaan esok. Selebihnya dlm freezer utk kegunaan masa depan. Pernah 2-3 kali TERLUPA nak simpan terus susu.. alamatnya esok pagi bye bye je lah susu tu. huhu...

Alhamdulillah, so far susu masih mencukupi untuk Adnin. Moga cukup sehingga Adnin 2 tahun. Ameen..!

p/s: Lebih banyak cerita tentang penyusuan - pengalaman saya, suplemen Shaklee & info lain di sini ya.

Berminat mendapatkan Set Penyusuan Set B, Eu-four, Set E atau Triple M? Jangan malu-malu untuk hubungi saya k!

** Semua testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan. 

Boleh hubungi saya melalui:

sms/whatsApp: 012-289 7359
emel: ainihayati[at]gmail.com
fb: Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412

Friday, August 23, 2013

Advanced Joint Health utk sendi yang sihat

Joint Health Tablet (JHT) Shaklee adalah makanan tambahan yang memelihara kesihatan sendi-sendi tubuh badan. Dalam tubuh badan kita terdapat beberapa sendi yang sering bekerja bagi memastikan setiap pergerakan dapat dilakukan. Diantara sendi-sendi badan adalah:


Bayangkan jika salah satu sendi gagal berfungsi, pastilah pergerakan jadi terbatas. Lebih-lebih lagi kita memang hidup dalam keadaan yang serba aktif. Kesihatan sendi dapat dijaga dengan mengambil makanan dan makanan tambahan yang ada fungsi memelihara sendi. Joint Health Tablet Shaklee adalah salah satu pilihan yang terbaik kerana kesan yang cepat akan diperolehi. Melalui ujian klinikal, sakit sendi akan berkurangan dalam masa 5 hari sahaja. 



Bagaimana Joint Health Tablet Shaklee memberi kesan dalam masa 5 hari?

  1. menyokong keselesaan sendi (ekstrak boswellia yang ada di dalam JHT ini akan halang bahan kimia dari terbentuk dan menyerang tulang rawan)
  2. bertindak sebagai kusyen (ekstrak jagung berfungsi mengekalkan tulang rawan)
  3. memelihara tisu penyambung yang sihat (kandungan zinc, manganese, vitamin c dan copper akan bertindak membekalkan sokongan nutrien untuk kolagen dan menjadi komponen tisu penyambung)




** Semua testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan. 

Boleh hubungi saya melalui:



sms/whatsApp: 012-289 7359
emel: ainihayati[at]gmail.com
fb: Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412


Monday, August 12, 2013

Pelbaagai Khasiat Garlic Complex

Assalamualaikum,

Dalam banyak2 suplemen Shaklee yg sy dah cuba, garlic complex bukanlah antara yg tersenarai. Tapi musim perayaan ni, saya teringin nak cuba sebab ia antara vits yg menjadi bekalan kami pulang ke kampung (selain ostematrix, omegaguard & adv joint tablet).
Kalau ditengok khasiat garlic ni.. saling tak tumpah macam omegaguard. Sama tapi x serupa. Both bagus utk turunkan paras kolestrol dlm darah, bagus utk imuniti..especially utk batuk, selsema & asthma. Khasiat lain.. boleh baca seterusnya ;)

Kepentingan Suplemen Garlic Kepada Tubuh

1.    Meningkatkan tahap sistem penghadaman, fungsi jantung yang baik kerana mengandungi ekstrak spearmint.

2.    Merupakan Antibiotik semulajadi yang selamat dan sangat bagus untuk pertingkatkan sistem keimunan badan supaya boleh menghalang sakit berjangkit seperti selesema, kulat, kuman, virus dan yis candida

3.    Membantu atasi masalah alergi dengan meningkatkan keimunan terhadap  penyakit alergi seperti hidung yang sensitive, sinus, alergi, asthma, selesema dan hepatitis

4.    Meningkatkan dan membantu dalam masalah sistem penghadaman seperti kembung perut, senak perut, ulser gastrik dan ketidakhadaman.

5.    Menstabilkan tekanan darah tinggi dengan pengambilan konsisten 2-4 biji tablet   Garlic sehari selepas makan. Garlic dapat mengeluarkan raksa, plumbum, kadmium yang merupakan logam toksik dalam tubuh dengan pantas. Logam toksik ini antara penyebab tekanan darah tinggi meningkat.

6.    Melindungi sel-sel darah dari kemusnahan yang disebabkan kehadiran logam dalam tubuh dan sekaligus menghalang kerosakkan hati oleh bahan kimia yang terkandung dalam tubuh tanpa kita sedari.

7.    Membantu menurunkan paras kolestrol, LDL, trigliserid dan kelikatan darah, mengurangkan bekuan darah, meningkatkan HDL, melindungi jantung dan menghalang strok dan penyakit koronari.

8.    Membantu merawat kanser serta membantu mengurangkan peratusan bahan pencetus kejadian kanser iaitu Nitrosamine. Garlic merupakan anti-oksidan kerana  mengadungi sebatian selenium+germanium+acid amino yang melindungi tubuh dari radikal bebas yang merupakan antara penyebab kanser.

9.    Mengelakkan Odema iaitu air tekumpul dalam badan terutama pada kaki dan pergelangan kaki

10.  Membantu menangani masalah organ-organ pernafasan tersumbat akibat batuk dan brokitis yang berterusan, sakit kerongkong, selesema dan resdung (sinus)

11.  Bagi yang mempunyai Diabetes - Garlic dapat meningkatkan pengeluaran insulin dan meransang hati untuk mengawal gula dalam darah

12. Mampu melawan bakteria dan smeua jenis jangkitan pada:
      ~ Kerongkong & Telinga (throat & ear infection)
      ~ Perut memulas (stomach upset)
      ~ Cirit-birit (Diarrhea)
      ~ Bronkitis
      ~ Luka-luka (infected wounds)
     ~ Jangkitan yang berulang-ulang seperti telinga, kerongkong, gusi, mulut, dada, sistem air kencing

-------

Ha... best kan. Garlic Complex ni. Jom baca testimoni pulak. Terbukti adik Kak Norita sangat berpuas hati dgn Garlic Complex ..

"Namun ada sesuatu yang buat saya lebih gembira...terutamanya apabila adik lelaki saya mengatakan beliau puas makan udang, ketam dan segala macam seafood selepas mengamalkan garlic complex. Sebelum ini beliau akui beliau alah dengan seafood. Kini tidak lagi selepas amalkan Garlic Complex! "

- anakkuwiraku.com

Jadi, bagi yang nak cuba Garlic Complex ni.. boleh hubungi saya k.. 

Aini Hayati Luey
Shaklee id: 852412
Sms/whatsapp: 013-289 7359


Tuesday, August 6, 2013

Blogging: Pengalamanku dengan Nuffnang


Assalamualaikum,

Hari ni nak cerita pasal pengalaman blogging dan side income yg diperolehi daripadanya. Apa lagi kalau bukan daripada Nuffnang.

Serius saya tak pernah terfikir pun akan dapat CPUV sebanyak ini...

Hehe.. siapa yang ada blog dan ada akaun Nuffnang je kot yg faham amende CPUV ni.

Sebelum ni tak pernah ambil port pun pasal income daripada blogging ni. Tapi sikit sebanyak teruja jugak bila nampak blogger lain update pasal cek yang diorang dapat daripada Nuffnang. Ada tu berblogging tak sampai setahun pun boleh dapat ratus-ratus. Heran kenapa blogku yang berusia lebih 2 tahun income dok tang tu je. (sen-sen je. huhu).. Tapi masih tak ambil apa-apa tindakan. hehe. Lepas tu baru-baru ni dapat offer daripada Nuffnang untuk buat sponsored post. Ok. Ini memang buat saya sangat teruja. Dapat RM100 just dgn buat advertorial post. Siapa nak bagi kan. Alhamdulillah. Inilah yang menggerakkan saya untuk korek dan study cara untuk dapat payment lebih besar daripada Nuffnang.

Study punya study.. Untuk dapat duit yang lebih masyuk drp Nuffnang, kena dapatkan lebih banyak CPUV. Gambar kat atas tu adalah CPUV saya selepas first cashout saya yg lepas. CPC biasa tak contribute byk sgt income. So macam mana nak dapat banyak CPUV?

Antara tips untuk dapat CPUV adalah:


  1. Status GLITTERATI 
    Status Glitterati bermakna kita takde letak iklan selain drp Nuffnang kat blog. Terutama iklan drp pesaing Nuffnang.

  2. Update Profile
  3. Update Survey - Pengiklan akan pilih blog yang bersesuaian dgn target market mereka. So update accordingly.
  4. Kedudukan Iklan di blog - Pastikan letak di ketiga-tiga posisi di blog 
Setelah update apa yang patut dalam akaun Nuffnang saya, tak sangka daripada '0' CPUV... now dah berpuluh total CPUV saya... hehe.. walaupun amaun RM utk setiap CPUV tu takdelah besar mana tapi OK lahh.. Tapi kebanyakan CPUV lebih suka singgah kat blog Dates n Such berbanding blog ni. Tak tau lah kenapa. Mungkin kebetulan baru-baru ni musim orang cari kurma, so visitor ke blog tu mencanak naik. Secara tak langsung mempengaruhi jugak kot.

Dan memang betul, blog kita tak semestinya ada beribu-ribu unique visitor utk dapat CPUV. Dapat 100 unique visitor pun takpe, asalkan ia konsisten... Graf tu kalau boleh hampir rata je lah.. jgn turun naik mcm gunung - lembah gitu. huhu.. Tapi kira BONUS lah kalau unique visitor pun ribu-riban dan ada pulak CPUV menyinggah time tu.

Baiklah, moga entri ini memberi manfaat kepada blogger lain. 

Selamat Hari Raya!

Nak dapatkan suplemen Shaklee??

Boleh hubungi saya melalui:

♥ pm: Aini Hayati Luey
♥ ID Shaklee: 852412
♥ sms/whatsApp: 012-289 7359
♥ emel: ainihayati[at]gmail.com

Monday, August 5, 2013

Bekalan Hari Raya

Assalamualaikum..

Hai hai hai! Orang lain dah mood raya, I masih gigih update blog. Demi peminat (dan Shaklee) tersayang. heheh..


Ok lah.. Nak cerita pasal vitamin apa yang patut disediakan menjelang Syawal ni ya. Almaklumlah.. Puasa sebulan perut dah kempis, kolestrol dah cantik, badan dan slim.. Sayanglah kalau raya ni semua buang ke laut. kan kan..



Ok.. vitaminnya ialah, Alfalfa complex, Garlic Complex, Omegaguard & Performance. Jom baca kebaikan suplemen-suplemen ni...
Klik pada gambar utk paparan yg lebih jelas

KHASIAT ALFALFA
  1. Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian tubuh manusia. 
  2. Galactagouge - Bagus diambil oleh ibu-ibu yang menyusukan anak kerana ia merangsang penghasilan susu ibu (milk booster).
  3. Membantu perkumuhan menjadi lebih lawas
  4. Membantu membuang angin dalam badan
  5. Termasuk dalam kategori fiber yang mengenyangkan
  6. Melegakan sakit sendi dan belakang 
  7. Menghilangkan kelesuan dan tekanan. 
  8. Memberi sensasi ‘rasa sejuk’ (alfalfa Shaklee mengandungi minyak Peppermint) 
  9. Memberi kelegaan semasa haid 
  10. Merawat arthitis 
  11. Bagus untuk asma, resdung, elergi, gegata dan ekzema 
  12. Mencuci usus bagi membuang toksik 
  13. Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkitan dalam buah pinggang 
  14. Meneutralkan asid dalam badan 
  15. Merawat masalah keputihan pada wanita 
  16. Membesar dan menegangkan payudara 
  17. Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri 
  18. Memulihkan urat selepas bersalin 
  19. Membantu masalah penghadaman dan pencernaan 
  20. Meningkatkan stamina seorang suami 
  21. Melegakan sembelit (tapi kalau kurang minum air boleh jadi sembelit tau!! 
  22. ...dan banyak lagi kalau nak disenaraikan… 

KHASIAT GARLIC

Garlic Shaklee yang unik mengekalkan komponen semulajadi bawang putih segar termasuk pembentukan alisin dengan mengabungkn bawang putih, spearmint dan rosemary. Ia diperbuat daripada bawang putih jenis premium, bebas dari racun perosak dan ditanam secara organik di California,USA sewaktu musim panas. Dihasilkan secara eksklusif pada suhu bilik tanpa haba untuk memastikan pengekalan 100% Allicin aktif (tidak  semua tablet garlic yang dijual dipasaran mengandungi Allicin aktif). Dwi teknologi digunakan untuk mengawal bau garlic. Kajian menunjukkan perisa herbanya terhasil dari kombinasi 2 ekstrak herba (Rosemary and Spearmint). Ianya mengandungi pelbagai vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif garlic dan keberkesanannya di dalam tubuh kita. 


Kegunaan Allicin Pada Bawang Putih Untuk Kesihatan Manusia
  • Mengurangkan pemendapan atesklerosis dan lemak
  • Menormalkan keseimbangan lipoprotein
  • Menurunkan tekanan darah
  • Mempunyai anti-darah beku dan anti-ativiti radang
  • Berfungsi sebagai anti-oksidan
  • Bersifat antibiotik dan antibakteria semulajadi
  • Bantu rawat jangkitan kulit seperti penyakit kaki makan air
  • Bantu rawat asthma

KHASIAT OMEGAGUARD


1.  Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita
2.  Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
3.  Mencegah salur darah dari tersumbat
4.  Omega 3 dapat mengelakkan strok
5.  Mengekalkan tekanan normal darah
6.  Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
7.  Mengurangkan sakit kepala
8.  Merendahkan kolestrol
9.  Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan
10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
11. Mengawal masalah obesiti
12. Mengurangkan risiko penyakit jantung
13. Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan 
      otak janin
14. Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak
15. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak
16. Membantu menyihatkan paru-paru
17. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll
18. Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE 
      (lupus erythematosus)
19. Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang
20. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.
21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
22. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik 
23. Memelihara fungsi-fungsi sendi
24. Mencegah penyakit gout

Selain itu, Omega 3 yang tekandung dalam Omega Guard Shaklee membantu memperbaiki masalah berkaitan otak sepert:-

- Mencegah insomnia
- Mengurangkan tekanan emosi
- Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan
- Membantu memperbaiki masalah autism
- Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive
- Mengurangkan masalah schizophrenia
- Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak


KHASIAT PERFORMANCE



  • Membekalkan bendalir dan elektrolit yang penting untuk membantu mencegah penyahidratan.
  • Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula dalam darah yang penting bagi tenaga, otot dan paras bendalir yang perlu bagi penghidratan yang wajar.
  • Meningkatkan Daya Ketahanan Badan
  • Memberikan Tenaga kepada Otot dan Sel dengan cepat.
  • Menggantikan air yang hilang sewaktu latihan fizikal
  • Membekalkan tenaga dan daya ketahanan fizikal
  • Mengimbangi elektrolit dalam tubuh dan mengimbangi metabolisme air dalam tubuh.
  • Mencegah penyahidratan -mengurangkan kehausan, melembabkan kulit
  • Mengekalkan paras gula - terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula darah yang penting bagi tenaga otot dan percepatkan sembuhan akibat kecederaan otot.

Sumber: Mieza Shaklee, sihatmacamyaya

So, sebelum pulang berhari raya di kampung halaman, apa kata dapatkan segera suplemen syawal anda daripada saya. Perkhidmatan mengeposlaju & COD masih disediakan sehingga sehari sebelum raya tau..



Sempat lagi nak dapat hadiah istimewa ni daripada saya... ;)


** Semua testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan. 

Boleh hubungi saya melalui:



sms/whatsApp: 012-289 7359
emel: ainihayati[at]gmail.com
fb: Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412


Thursday, August 1, 2013

Tak Tau Mana Nak Sedekah di Bulan Mulia ni? Jom bantu adik Iskandar ...

Assalamualaikum,

Sebagai ibu, mahupun sesiapa sahaja. Pasti tersentuh dan sebak membaca penderitaan yang ditanggung adik Iskandar ni.. Jom hulurkan bantuan.. mengikut kemampuan kita.. Moga sedikit sebanyak ia dapat meringankan beban adik Iskandar dan keluarganya..

Disalin drp blog KakikuSukaBerjalan:

=====================================

assalamualaikum..ina, sy ada sesuatu nak minta tolong ina boleh?
ada seorg classmate skolah menengah saya dulu, anaknya ada barah darah (leukimia).
kwn saya nama dia eda, skrg sdg menjaga anaknya d hkl..

ni sedikit detail ttg anaknya:

nama : muhammad iskandar zulkarnain (nama gelaran is)
DOB : 8.9.2012
usia ketika mula sakit : 7 bulan
usia skrg : 10bulan

keadaan terkini Is setelah melalui beberapa operation n chemo slama beberapa bulan, 
doc kata is tak boleh jalani chemo lagi sbb ada darah beku dalam badannya..
ibu is, eda skrg xbekerja n suami tiada d sisi..
tp tpaksa menanggung segala perbelanjaan perubatan is..
jd sy bcadang utk bantu mendapatkan bantuan kewangan untuknya sedikit sbanyak..
sy nak minta tolong ina war2kan d blog ina boleh tentang is? 

kepada sesiapa y ingin menyumbang :
cimb bank : 14081279921522 
(Eda febry binti rusman - ibu is)

------------------------------------------------------------------------

melihat gambar2 IS yang dikirimkan bersama, runtun hatiku...
yer, aku bukan ibu... tapi naluri keibuanku tidak mampu menghadam gambar2 itu...








sahabat2ku...
jika berkemampuan, bantuan kewangan kalian diharapkan.
tak mampu banyak, sedikit.
tak mampu hulur duit, sudi kiranya iringkan doa kesihatan adik ISKANDAR dalam doamu...

tapi bayangkan, kalau followers saya yang 1334 ni sumbangkan RM10 seorang... 
banyak juga sumbangan utk adik IS.




kongsikan banner ini dan SEBARKAN CINTAMU!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...