Followers

Wednesday, May 15, 2013

Pengalaman Berpantang dengan Shaklee

Assalamualaikum,

Hari ni masuk hari ke 26 saya berpantang. Alhamdulillah semua dipermudahkanNya. Macam biasalah kan, bila anak dah lebih seorang ni, cabarannya bukan nak menjaga baby. Tapi dugaan melayan kerenah anak-anak lain lebih menuntut kesabaran. hehe...

Jaundis
Adnin didapati ada jaundis sedikit aritu, tapi nurse cuma suruh teruskan menyusu badan dengan kerap. Alhamdulillah, masuk minggu kedua dah clear jaundisnya. Kalau ikut pengalaman anak-anak sebelum ni semua jaundis lambat baik. Dua daripadanya warded dan kena jemur bawah lampu. Jadi seawal semasa pregnant lagi saya cuba ambil langkah berjaga-jaga. Ada pendapat yang kata semua baby akan jaundis. Kita tak boleh elak jaundis pada newborn. Tapi pada saya, kalau boleh kita nak kurangkan. Kalau jaundis juga, biarlah sekejap aje dan tak perlu warded. Kita usaha, Allah yang menentukan. 

Antara tips yang dapat saya kongsikan.. Selain amalkan Set Kehamilan Shaklee [lebih info di sini], saya juga amalkan minum susu kambing bermula 5 atau 6 bulan mengandung, sehingga bersalin. Sehari sekali. Brand yang pernah saya cuba ialah Hiraq dan Hi Goat. Bagi saya dua-dua sedap. Hehehe.. Lepas bersalin pula, saya minum 2 sachet sehari... hinggalah kuning Adnin clear dan stok saya pun abis hehe... 

Suplemen Kehamilan yang menjadi pilihan ibu bijak masa kini.

Gabungan faveret saya. 

Selain tu, saya tetap juga jemur Adnin bawah matahari dari jam 8-9 pagi macam tu. Dan of course, menyusu sekerap yang mungkin. Saya tak mandikan Adnin dengan herba mandian utk jaundis. Anak-anak dulu pernah try herba tu, tapi bukan rezeki agaknya.. still lambat nak betul-betul pulih.

Penyusuan
Alhamdulillah, saya dapat rasakan yang kali ni susu saya 'comes in' lebih awal daripada kelahiran sebelum ni. Syukur anak saya pandai menyusu dan takde masalah latching. Mula-mula tu memang nak tido aje.. x nak nyusu. Lepas bersalin, dapat susukan sekejap.. lepas tu ada 4 jam kot dia tidur. nak bagi susu pun, takmo isap langsung.. tapi menjelang petang tu dia dah mula nak menyusu.. lepas nyusu je, 10 minit nak susu lagi.. Adoi, siapa kata baby girl tak kuat nyusu. huhu.. Tapi mungkin disebabkan susu saya belum betul-betul 'ada', jadi dia tak berapa puas menyusu. Saya tetap bagi dia menyusu sekerap mana yang dia mahu.. Alhamdulillah, saya tak perlu tambah dengan fm sebab masuk hari ketiga, bila Adnin menyusu dapat dengar bunyi glup glup...telan air susu. Syukur. Sekarang ni kadang kena pam dulu supaya Adnin tak tersedak bila nyusu. Tercungap-cungap nak bernafas.. 

Buat masa ni saya amalkan Set Berpantang Shaklee.. b complex, vitalea, zinc, ostematrix selain ESP [lebih info di sini]. Bila makan set pantang ni, air kena minum banyak.. kalau boleh 3L. Kalau tak boleh, 2.9L hehe.. gurau je. Bukan sebab ia panas ya. Tapi, ibu menyusu sememangnya memerlukan lebih banyak air supaya penghasilan susu ibu lebih lancar..[of course kena kerap menyusu juga.. takde demand, takdelah supply]. Selain itu, air masak yg mencukupi membantu khasiat vitamin itu diserap dengan lebih baik oleh badan, dan toksin-toksin dapat dinyah dari badan.

Alhamdulillah, berpantang kali ini badan rasa lebih sihat dan kurang letih-letih. Banyak kali dah kena sound dengan husband, 'Jalan slow sikit.. macam tak pantang je.' [sambil jegil mata] huhu.. Alfalfa saya tak berani nak makan lagi, takut bengkak susu. Lagipun buat masa ni tak boleh nak beriya kumpul stok lagi, sebab freezer penuhhhh... huhu. berangan nak beli deep freezer, insyaaAllah ada rezeki memang nak beli. Bulan pose dah nak dekat ni. Harus ku pulun. hehe..

Adnin selamat dibotakkan oleh ayah pada hari ke-7
Jika anda ingin mencuba set kehamilan, penyusuan, berpantang, boleh hubungi saya k. insyaAllah saya akan bantu semampunya. 

** Semua testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan. 

Boleh hubungi saya melalui:



sms/whatsApp: 012-289 7359
emel: ainihayati[at]gmail.com
fb: Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412

Tuesday, May 14, 2013

My Brothers and I ♥


Inilah rupanya bila Adnin kena kerumun dengan abang-abangnya. 
Kalau tak kena gomol, kena kiss, ada la yang lompat-lompat atas katil tu. 
SERAM... huhu..

Moga Along, Abang Ngah dan Abang Ichy dapat jadi abang-abang yang baik, bertanggungjawab dan menjadi contoh yang baik pada adik-adik ya.
Ameen..

p/s; Nampaknya nak kena tukar banner, watermark semua.. no more 3 Abduls.. hehe

Monday, May 13, 2013

Bengkel dan Seminar Penyusuan Susu Ibu

Assalamualaikum...

Lupa nak update lebih awal pasal bengkel dan seminar ni. Tapi jangan risau. Masih sempat lagi untuk pendaftaran. Tarikh akhir untuk pendaftaran ialah pada 31 Mei 2013. Tarikh bengkel dan seminar adalah pada 1 Jun 2013 ya. Jadi bagi ibu-ibu menyusu, bakal menyusu, mahupun anda yg menyokong penyusuan susu ibu, rebutlah peluang ini untuk menggali ilmu tentang penyusuan susu ibu. 


Kalau nak join seminar sahaja, pendaftaran adalah sebanyak rm50.
Manakala kalau nak join seminar dan bengkel, pendaftaran sebanyak rm120. 

Penceramahnya terdiri daripada pakar laktasi kebangsaan, selain pensyarah USIM sendiri.. 
tajuk-tajuknya menarik juga..

Meh saya selitkan 'keratan' pamphlet;



Sebarang kemusykilan boleh rujuk website Bengkel dan Seminar Susu Ibu USIM.

Atau hubungi.. 
Phone: +603-42892400    /    email: nurzarina@usim.edu.myzetty@usim.edu.my 

p/s: Ingin dapatkan suplemen Shaklee - set menyusu, kehamilan, berpantang, dll..?

Boleh hubungi saya melalui:

sms/whatsApp: 012-289 7359
emel: ainihayati[at]gmail.com
fb: Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412

Friday, May 10, 2013

Set Kehamilan Shaklee Menyediakan Nutrisi Lengkap - Pilihan Ibu Masa Kini


Assalamualaikum...

Semasa mengandungkan anak pertama, saya tidak begitu menitikberatkan pengambilan suplemen atau makanan tambahan. Vitamin yg klinik bagi, bila ingat makan,  bila lupa tak ada lah. Makan pun ikut sedap tekak je. Tak ada nak ambilkira nutrisi utk kandungan. Yang saya tahu, masa mengandunglah nak makan puas-puas! Oohh.. sungguh saya silap besar.

Sebenarnya, amalan pemakanan berkhasiat semasa mengandung tidak boleh dipandang remeh. Pemakanan ibu byk mempengaruhi perkembangan janin. Bahkan pengambilan suplemen juga tidak kurang pentingnya kerana sesetengah nutrisi tidak boleh diperolehi secukupnya drp pemakanan harian semata-mata.

Petikan yg saya ambil dari blog Dr. Zubaidi..


Menurut Dr. Zubaidi, antara suplemen penting yg perlu diambil oleh ibu hamil ialah asid folic, zat besi, kalsium magnesium dan omega-3. Hah! set kehamilan Shaklee memang terdiri daripada kesemua suplemen di atas. Set untuk Trimester 1 (J1) terdiri daripada:


klik pada gambar untuk lebih jelas


B COMPLEX - lengkap dengan asid folik.
VITALEA - multivitamin yg lengkap dengan zat besi.
VITAMIN C
OSTEMATRIX - kalsium magnesium



Manakala bagi Trimester ke-2 dan ke-3, ibu boleh teruskan dengan 4 vitamin di atas, selain ditambah dengan Omegaguard utk dapatkan Omega-3 yg baik utk perkembangan otak bayi dan byk khasiat lain.

Selain vitamin-vitamin ni, saya sangat syorkan ibu add-on ESP kerana khasiatnya yg banyak, bukan shj buat ibu..yang lebih penting, utk bayi yg dikandung.. Sebab setiap sel dalam badan manusia adalah protein. Maka dengan mendapatkan sumber protein berkualiti seperti ESP, sel-sel yg terbentuk adalah lebih sihat..sel otak, sel kulit, dan semuanyalah. Bila sel sihat -> organ sihat -> sistem sihat -> badan sihat. Ramai ibu yg dah alaminya termasuk saya sendiri :) Lebih info tentang kebaikan ESP kpd ibu hamil di sini

Dalam lambakan pelbagai makanan tambahan kesihatan sekarang ini, bagaimana nak buat pilihan yg bijak? Apa yang membezakan Shaklee dgn produk lain di pasaran? Kesemua produk  SHAKLEE adalah SELAMAT, BERKESAN & SEMULAJADI. Lebih 300 juta USD dilaburkan dalam ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan produk. Bukan calang-calang produk ya Shaklee ni. Kalau x bagus, takkanlah masih bertahan setelah lebih 50+ tahun di pasaran  Jangan risau, produk Shaklee yg dipasarkan di Malaysia adalah Halal. Pls jangan pi tanya kat Shaklee Canada tentang status halal Shaklee..memang la diorang kata x de sijil halal. Sebab Shaklee keluarkan produk yg disahkah halal oleh ISA (badan persijilan halal US yg diiktiraf JAKIM) utk negara mcm Malaysia je.


Kalau ada bajet lebih sikit tu, apalah salahnya melabur utk suplemen semulajadi dan berkualiti seperti SHAKLEE. Khasiatnya telah terbukti dan tak perlu was-was lagi.


Jom SIHAT, CERGAS DAN CERIA bersama SHAKLEE... 


Hubungi saya untuk info lanjut:
Aini Hayati Luey
Id shaklee: 852412
Sms/whatsapp: 012-2897359
Emel: ainihayati@gmail.com


Friday, May 3, 2013

Pengalaman Bersalin yang ke-Empat

Bismillahirrahmaanirrahim..

Bajet bersalin kali ni baby keluar awal seminggu. Since tengok pattern anak2 sebelum ni semua makin awal..makin awal kan. So 15 April dah amik cuti siap2. Xpelah kalau x bersalin pun dpt la fokus pada biz hehe. Tapi maybe lepas ni (wah..nak tmbh lg tu ;p) dah x mo ambil cuti awal lagi. Sebab sesungguhnya penantian itu satu penyeksaan. Haha.. barulah tau apa perasaan ibu2 yg overdue. Walaupun saya x overdue pun. Tapi perasaan tu seolah2 lambat sgt baby nak keluar.

Salah satu sebab x nak lambat bersalin ialah.. takut baby terlalu besar. Masa check up 39+ weeks, estimated baby weight is 3.5kg! Waahh.. kalau lagi seminggu mau 3.7 kg. Bukan apa, pengalaman melahirkan anak sulong seberat 3.7kg masih terpahat di minda.. Baby mengiring, last2 doc kena vacuum & berpantang dgn jahitan yg byk memang menyeksakan. Huhu..

Walau macam mana pun He knows Best. 
Tepat hari due (20 April 2013).. lebih kurang jam 5 pagi, perut memulas nak ke tandas. Lepas tu terasa macam contraction tapi tersangat mild. Tunggu lagi..dlm 15-20 min terasa lagi. Terus gerak hubby bgtau mcm dah time. Hati berdebar2 jgn cakap la. Hubby soh mandi dulu sementara dia sambung tido :p dah mandi kejut hubby n dia pun bersiap.. Sementara tu bancuh ESP + susu kambing hi goat + minyak selusuh & telan b comp sebiji. Semoga cukup tenaga nak push dan moga dipermudahkanNya.

Masuk subuh je terus solat..minta ampun maaf skali ;) dan zoommmm ... bergegas ke Azzahrah Bangi. Sampai klinik dlm 6.20 gitu. Ckp kat kaunter bawah kata nak bersalin. Dia offer wheelchair tapi takpe rasa boleh jalan lagi. Then kat tingkat 2 nurse soh masuk bilik prosedur untuk cek CTG. Dia nak dptkan graf utk 10 min tapi dlm tempoh tu rasa contraction lagi dok gerak2..graf pun hilang. Bila nurse dtg balik utk cek graf x complete, dia soh tunggu lagi 10min utk dptkan complete report. Katanya bidan akan cek bukaan dulu ..baru diorang akan panggil doktor. Bila bidan cek, rupanya dah 7-8cm. Bidan kata "kita terus ke labor room la ye.. anak sebelum ni memang cepat bersalin ke puan?" YA!! Huhu...

Dalam bilik prosedur - masih boleh tersenyum simpul 
Then terus ke labour room kita.. Dalam labour room dapat lah 2-3x contraction. Masa ni dah selang 5min je kot. Bila bidan cek pundi kencing mcm penuh so masukkan tiub utk keluarkan urin. Sekali mak ai..penuh bekas tu..huhu. Bila dah setel tu doktor pecahkan ketuban n diorang ramai2 tinggalkan saya dan husband. Rasanya ada patient lain pun nak bersalin juga masa tu. Dlm kol 7+ kot bidan masuk balik n cek bukaan..bila saya sakit je dia soh teran. Wahh..memang terasa baby turun. "ok! Dah full dilation. Panggil doktor! Panggil doktor!" Huwaa..masa ni mmg rasa suspen sangat sebab sakit dah x tertahan. Nurse 2-3 org setting segala persiapan utk menyambut baby.. Doktor pun dah standby kat depan. Masa ni mata pejam. Mulut x henti zikir. Bila sakit tu dtg, semua suruh teran!! Suara nurse pun dah sayup-sayup je masa ni.."ok..sikit lagi..sikit lagi.. teran kuat2 puan..sikitttt je lagi...jangan angkat punggung..kuat puan.. sikiit lagi.." doktor suruh rapatkan dagu ke dada n push. Sy pun push dalam satu nafas yg terasa sangaatttt panjang! Dan akhirnya jam 7.34 pagi terdengarlah tangisan baby perempuan pertamaku. Allahuakbar! Legaaanyaa.. =)
Bidan n nurse tgh bersihkan Adnin
Setelah dibersihkan

Rupanya berat baby 3.18kg sahaja. Berbaloi ibu berdiet sakan di hujung2 pregnancy. Malam kadang x makan nasi. Makan mlm kalo lapar sgt je sbb kadang tu tgh hari pun x sempat nak lunch sbb berkejar nak amik Along, nak pack order & nak pos order.

Anyway, sambung balik cerita ;p

Masa tgh bersihkan baby, bidan bgtau baby dah yak.. so doktor tanya nak overnight ke nak balik ptg? Saya cakap kalau semua ok n xde apa dah baik balik je. Hehe. Doktor kata nanti dia cek if semua ok, ptg tu dah boleh balik.

Katil sebelah yang masih kosong

Setiap satu patient ada satu tv

View partition sendiri..serba fink!


Plan nak stay bilik yg four-bedded (nak jimat punya pasal) sekali semua penuh. Bilik single-bedded pun penuh (tak mo pun) so dorang letakkan kat bilik 2-bedded.. bila ada kosong akan dipindahkan ke four-bedded. 

Alhamdulillah, rezeki baby. Bilik pun bilik baru. Masa masuk bilik tu kosong. Dekat tengah hari baru ada org isi katil sebelah. X kisah la lagipun ptg tu dah balik. Hehe.. Paling express!

ibu pun nak interprem ;p

Adnin ready to go home ♥
Memang rezeki baby.. walaupun stay bili 2 katil, tapi bayar harga pakej utk four-bedded. Total bil dengan sunat baby skali.. rm1,300+ kira ini yg paling basic lah. Xde tambahan ubat dsb. Alhamdulillah..syukur kerana dipermudahkan segalanya, berkat doa keluarga dan kenkawan ♥

Sekembalinya ke rumah.. disambut mesra oleh abang-abang. Soalan dari Fikry,

"Mana ayah dia??"
Ibu: "Tu ayah dia" sambil tunjuk kat husband.
Fikry: "Tu ayah Fikry..mana ayah dia??"
Ibu: adoi..

Abang Ngah: "Dah jahit (perut) ke ibu?"
Ibu: "Dah.."
Abg Ngah: "nak tengok..nak tengok"
Ibu: huhu..

Along x byk tanya..sangat maturwd. Dah besar anak ibu. Boleh jaga adik-adik ya..

Moga jadi abg2 yg bertanggungjawab pada adik2 ya..

Sekarang berpantang dgn Shaklee.. Yang saya amalkan ialah vitalea, b complex, zinc, ostematrix & esp. Selain teruskan minum susu kambing hi goat. Nak kena minum juga ESP bukan utk bykkan susu semata2 tapi untuk PUDARKAN STRETCHMARKS & untuk pudarkan parut jahitan!! 

Ingin dapatkan suplemen Shaklee? Boleh contact saya. Jangan risau..bisnes as usual ya ;)

Emel: ainihayati@gmail.com
Sms/whatsapp: 012-2897359
FREE CONSULTATION ♥

Wednesday, May 1, 2013

ESP Mampu Pudarkan Stretchmarks??


Bismillahirrahmaanirrahim..

Ini tak tipu punya. Seorang pengguna ESP Shaklee mendapati stretchmarksnya semakin pudar dengan pengambilan ESP yg konsisten! Wow..teruja x? Mestilah kan. Siapa yg suka stretchmarks yg hodoh. Huhu.. 


Jom baca apa lagi khasiat dan kebaikan ESP Shaklee ni. Berikut adalah khasiat dan faedah ESP yang terpenting:

Awet Muda atau Kekal Muda:
Asid amino yang ada dalam ESP membantu membina otot, rambut, darah, kuku, kulit, organ, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan pelbagai lagi. Jadi, ESP adalah kunci kepada kulit dan otot yang muda, juga mengekalkan tenaga sepanjang hari.

Hormon Semulajadi:
Isoflavon yang kaya di dalam soya memberikan fungsi yang sama dengan hormon wanita. Membantu menurunkan kolestrol, mengelak osteoporosis dan risiko sakit jantung.

Meningkatkan Fungsi Prostat Lelaki:
Elemen genistein dalam soya telah terbukti dapat menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser dari merebak. Ia bertindak menghapuskan segala radikal bebas dalam sel-sel badan yang akan bermutasi DNA, yang akan menukarkan sel-sel badan menjadi sel-sel kanser. Selain drpd itu, ia juga bertindak menjaga ovari dan rahim,  prostat dan kitaran haid.

Kulit Tegang dan Berseri:
ESP membantu merangsang pertumbuhan kulit dan otot baru, memudar dan hilangkan kedutan, bertindak sebagai anti-penuaan, memberikan kesan kulit berseri dan otot menjadi lembut, sekaligus proses pemulihan luka menjadi lebih cepat dan parut luka turut hilang.

Pembekal Tenaga Segera:
Memberi tenaga segera kepada tubuh badan dan sistem imum juga akan bertambah baik. Jadi masalah keletihan, insomnia, migrain, stress dan kemurungan dapat diatasi.

Memulihkan Pigmentasi:
Rambut putih atau uban lambat keluar, mengurangkan masalah rambut gugur dan keadaan rambut, juga menghalang pigmentasi dan jeragat.

Kalau diikutkan, harga ESP ni adalah sgt berbaloi dengan khasiat dan manfaat yang bakal diperolehi daripadanya. Cubalah, anda pasti jatuh hati dengannya! :)

Hubungi saya:

Aini Hayati Luey
Id shaklee: 852412
Sms/whatsapp: 012-2897359
Emel: ainihayati@gmail.com

** Semua testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...