Followers

Friday, April 26, 2013

Memperkenalkan My Shaklee Baby

Assalamualaikum..

Lama x bersiaran kan. Hehe.. alhamdulillah, tepat pada due date 20 april 2013, jam 7.34 pagi saya selamat melahirkan baby girl seberat 3.18kg. Alhamdulillah, semua dipermudahkanNya..berkat doa semua. Nanti-nanti lah cerita pengalaman bersalin yg keempat ni ya...nak perkenalkan baby dulu ;p




Harini genap 7 hari umurnya..alhamdulillah dah selamat dibotakkan, diberikan nama Adnin (nama syurga)  dan ditahnikkan oleh ayahandanya sendiri.. Moga Adnin menjadi anak yg solehah..berjaya dunia dan akhirat. Ameen..

Thursday, April 18, 2013

Santai Khamis - selalu kena buli macam ni??


Like page Ibu, hebat kan.. jika setuju ;)

p/s: Ingin dapatkan suplemen Shaklee?

Boleh hubungi saya melalui:

sms/whatsApp: 012-289 7359
emel: ainihayati[at]gmail.com
fb: Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412


Sunday, April 14, 2013

Nampaknya Baby Tak Nak Share Birthdate dengan Abg Fikry

Assalamualaikum...

Khamis lepas, 11 April 2013 genaplah umur Fikry 3 tahun. Ada juga berangan kot-kot baby sama hari lahir dgn abangnya. Boleh share birthday cake je lepas ni. Tapi nampak gayanya sampai ke hari ini baby masih tak mahu menjenguk dunia :) Kalau ikut EDD, 20 April 2013, lagi 7 hari... Baby tak nak jumpa ibu awal sikit ke? hehe... Agaknya maybe kali ni tak awal sangat bersalin sebab kurang aktif. Masa pregnantkan Faeq n Fikry, boleh tahan ke sana ke mari. Kali ni tak banyak berjalan kot.. Tak apa lah.. He knows BEST!

Macam mana pun, birthday tetap dicelebrate. hehe.. Biasa la, bila combine birthday baru la meriah sikit kann.. Last week sambut simple-simple je birthday Mac & April (Atok, Pak Long, Pak Uda n Fikry)... Ada la few pics sebagai kenangan...



Kek pun tersangat lah simple. Beli Blondies dari BCWC pastu tepek gambo spiderman atas kek . huhu.. Jadilah kan daripada takde langsung. Eh baru perasan tak buat entry lagi pasal bday Faeq. 

Beberapa hari sebelum bday, sempat botakkan si Fikry. Dia ni kalau potong rambut kat kedai, melalak macam kena dera! Ini kira second time potong rambut dia kat rumah. Bagus jugak. Jimat duit ibu. hehe..
So
Inilah dia Fikry. Petah. Cheeky. Friendly. Garang! Dengan sesiapa pun dia boleh bertegur n sembang. Apa yang dia rasa tak betul selamba je dia marah. huhu... Ikut sapaaaa la ni :p
Apa-apa pun, ibu doakan Fikry menjadi anak yang soleh dan berjaya dunia dan akhirat.. Ameen..

Ok lah, selit sikit bday celebration Abg Ngah. Hehe... Sangat belated entry. 

Sambut dengan jiran-jiran je. Inilah abang-abang yang rajin layan diorang main waktu petang. Main kejar-kejar, badminton, bola, basikal. Bagus betul diorang. Tak kisah pun main dengan budak kecik. hehe.. Ada kakak jugak yg rajin layan dorang tapi xde di hari kejadian.



Malu-malu kucing pulak abg Amir kita ni hehe..


 Tengok lah siapa yg beriya potong kek.. mcm bday dia pulok.

Cantik tak kek yang ibu buat ni? Request by anak-anak nak boh m&m. Guna kek instant je. Tapi sedap tauuuu... hehehe


Birthday boy. Kuat makan. Badan pun nak sama besar dgn Along. heehe...
Moga jadi anak yang soleh dan berjaya dunia dan akhirat ya. Ameenn..



Friday, April 12, 2013

Apa BEZA Kurang Darah (Anemia @ Low HB) dgn Tekanan Darah Rendah (Hypotension @ Low BP)

Assalmualaikum!

Biasa dengar kan term 'Low Hb'  dan 'Low BP'?

Siapa tahu apa beza antara dua kondisi di atas? Adakah anda seperti saya yang pernah keliru antara dua keadaan tersebut?? Kalau ya, mari saya terangkan apa bezanya. ;p

Sebagian besar masyarakat biasanya menganggap anemia dan tekanan darah rendah (hipotensi) adalah kondisi yang sama. Meskipun gejala yang timbul hampir sama, tapi dua kondisi ini sebenarnya berbeza.

Salah satu kesalahfahaman yang diyakini masyarakat adalah seseorang yang memiliki hipotensi pasti berfikir ia mengalami anemia juga. Sedangkan kedua-dua kondisi ini tidak selalu saling berkait.

Anemia (Kekurangan Darah)


Anemia @ Low Hb dikaitkan dengan jumlah sel darah merah dalam tubuh


Anemia adalah suatu keadaan di mana seseorang tidak mempunyai sel darah merah sihat yang cukup untuk membawa oksigen ke seluruh tubuh. Ia turut dikaitkan dengan tahap hemoglobin (Hb) dalam darah.

Hemoglobin adalah komponen darah merah yang membawa oksigen, dan sangat penting peranannya dalam mengedarkan oksigen ke sel-sel di seluruh tubuh. Banyak faktor yang dapat menyebabkan berkurangnya haemoglobin pada anda. Antara lain adalah pendarahan, kekurangan zat besi, vitamin tertentu, sel darah yang menghancurkan sendiri dan banyak lagi.

Anemia dikesan melalui ujian darah, seperti yang biasa dibuat ke atas ibu hamil. Bagi ibu hamil, paras hemoglobin (Hb) yang normal adalah 12mg/dl.

Antara tanda-tanda yang anda mengalami kekurangan darah adalah letih dan lesu. Gejala lain juga seperti sakit kepala, sulit berkonsentrasi, sampai emosional. Bagi kes anemia yang teruk, ia boleh membuat anda pucat, kuku rapuh, pusing, bahagian putih mata anda menjadi kebiruan, sesak nafas.


Hipotensi (tekanan darah rendah)





Tekanan darah rendah dapat diukur melalui bacaan tekanan darah


Tekanan darah setiap orang dikawal sistem tersendiri yang membabitkan kawalan utama di otak, jantung, buah pinggang dan rangsangan di dalam salur darah menyebabkan situasi yang stabil membolehkan aliran darah yang berpatutan ke organ dalam badan. Tekanan darah yang normal ialah lebih kurang 90-120 mmHg pada tahap sistolik dan diastoliknya ialah antara 60-80 mmHg. Ada orang yang mempunyai tekanan darah 90/50 dan tidak mengalami masalah kerana ini adalah keadaan normal untuknya.
Jika tekanan darah rendah, darah tidak dapat dipam ke organ badan dengan efektif. Sebagai contoh, jika tekanan darah tidak sampai ke otak dengan secukupnya, otak tidak menerima oksigen dan nutrien yang ia kehendaki menyebabkan seseorang itu terasa pening, melayang dan hendak pitam. Ini sering dialami bila seseorang itu bangun dari duduk atau baring kerana kebanyakan darah berkumpul di bahagian bawah badan. Kebiasaannya, badan akan terus menyesuaikan keadaan ini sehingga kita tidak akan merasai apa-apa perbezaan. Tetapi seseorang yang sudah rendah tekanan darah tidak dapat memberi respons yang sepatutnya dan akan mengalami simtom yang tersebut diatas.
Antara penyebab tekanan darah yang rendah termasuk kekurangan volum darah, iaitu jumlah cecair mengalir dalam saluran darah yang boleh terjadi seperti dalam kes trauma atau perdarahan tidak terkawal ketika pembedahan, dehidrasi yang akan mengurangkan kandungan cecair dalam badan boleh berlaku dalam kes muntah yang teruk, cirit-birit atau demam tinggi. Masalah jantung seperti kadar jantung yang rendah atau terlalu cepat, otot-otot jantung yang lemah boleh menurunkan tekanan darah.

Adalah sukar untuk bezakan antara Anemia dan Tekanan darah rendah berdasarkan simptom-simptom yang dialami semata-mata. Adalah terbaik untuk merujuk kepada pakar perubatan supaya ujian yang sepatutnya dapat dilakukan bagi mengenalpasti sama ada anda mengalami anemia atau tekanan darah rendah.

Saya akan kongsikan pula cara-cara untuk atasi Anemia dan Tekanan darah rendah dalam entry seterusnya. Stay tune! 

Sumber: DetikHealth, Sangobion, wikipedia

p/s: Ingin dapatkan suplemen Shaklee?

Boleh hubungi saya melalui:


sms/whatsApp: 012-289 7359
emel: ainihayati[at]gmail.com
fb: Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412

Tuesday, April 9, 2013

Tingkatkan Sistem Imun Badan Anda dengan Nutriferon Shaklee



Apa itu Nutriferon?

Ia adalah suplemen yang berfungsi sebagai penggalak kepada sistem imun tubuh @ immune booster. Ia lebih ketara berkesan ke atas mereka yang mempunyai masalah kesihatan yang kronik seperti kencing manis, kanser, asthma, dan banyak lagi.

Antara kebaikan Nutriferon adalah:-

1.  Kukuhkan sistem imun dalam masa 3 hari
Kajian menunjukkan interferon mampu meransang dan mempertingkatkan keseluruhan sistem imun tubuh dengan mengerahkan sistem pertahanan semulajadi tubuh untuk membunuh T-cells, B-cells & Makrofag
     Jadi dapat membantu:-
     a. Bantu sesiapa yang hadapi masalah tahap keimunan sering berkurang.

     b. Sesuai untuk yang kerap selsema, kerap demam dan kerap jatuh sakit 
          melebihi seminggu
     c. Ibu menyusu yang mana anaknya masih kerap demam atau demam berpanjangan

2.  Bantu lawan kanser dan tumor otak
Polisakariada yang terdapat dalam interferon semulajadi meransang dan mengaktifkan 
immunoglobulin melawan sel-sel tumor dan kanser.

3.  Bantu kurangkan ketidakselesaan sewaktu kemoterapi
Polisakarida juga membantu mengurangkan ketidakselesaan semasa rawatan kemoterapi 
dijalankan.

4.  Melindungi dari Influenza, Selesema
Membantu seimbangkan respon alergi terhadap persekitaran dan pencemaran udara, 
berkesan melindungi virus mikrob seperti selesema, alergi dan inflamasi dan influenza


     Jadi nutriferon sangat bagus untuk:-
     a. Bagus untuk immune booster pada keadaan ketika cuaca 
          tidak menentu, jerebu dll
     b. Sangat sesuai untuk orang yang kerap dikelilingi orang ramai 
         @ melancong, berada di luar negara dll

7.  Meringankan stress dan Kelesuan
Rumusan nutriferon dapat ringankan rasa tidak sihat yang disebabkan oleh keresahan, 
stress, kelesuan dan gaya hidup yang sibuk

8.  Melambatkan penuaan

Formula unik nutriferon semulajadi yang pertama di dunia sebenarnya dapat meransang pengeluaran makrofag untuk mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman dan menjadikan sel-sel kulit lebih sihat dan muda

9.  Mengurangkan infeksi dan sakit kronik pesakit-pesakit hepatitis B & C
Keberkesanan kebaiakn nutriferon shakleedalam memerangi dan mengurangkan infeksi juga meminimumkan ketidakselesaan akibat penyakit hepatitis B & C ini seperti kembung perut, rasa mual, muntah dll

10. Membantu kesihatan wanita menopous menjadi lebih baik
Gejala-gejala seperti hipertensi, tahap kolestrol yang tinggi, kitaran darah dalam tubuh dan masalah-masalah lain berkaitan menopous dapat diatasi dengan pengambilan nutriferon.

12. Mengurangkan simptom-simptom ketika pra-haid dan sewaktu haid Mengurangkan simptom yang terjadi akibat ketidakseimbangan sistem endokrin  seperti kekejangan otot, sakit belakang, sakit payudara, jerawat, kegelisahan, insomnia dan perubahan emosi yang tidak terjangka.

13. Bantu dalam pemulihan penyakit;-
       a. Lepromatus (kusta), 
       b. Leishmaniasis (pelbagai penyakit yang disebabkan oleh jangkitan 
           organisma yang dikenali sebagai protozoa) & 
       c. Toxoplasmosis (penyakit yang disebabkan oleh parasit).

FAKTA MENGENAI KELEBIHAN NUTRIFERON SHAKLEE

1. Dicipta oleh pakar imun, Dr. Yasuhiko Kojima
Satu-satunya suplemen yang dicipta oleh pakar imun pada julung kalinya Dr. Yasuhiko Kojima dari Universiti Tokyo pada tahun 1954. Merupakan penemuan terhebat dalam bidang immunologi

2. Lebih daripada 40 Tahun Penyelidikan
Dr. Kojima berjaya mencipta Nutriferon Shaklee selepas beberapa kali menjalankan ujikaji dan penilaian terhadap beribu-ribu sebatian dan lebih daripada 200 herba lain. 

3. Dr.Kojima telah berjaya membangunkan satu-satunya interferon semulajadi di dunia 
Nutriferon Shaklee sehingga kini tidak boleh didapati dimana-mana kedai
@peniaga selain. Shaklee yang mana produk nutriferon ini telah dipatenkan oleh Shaklee.

4. Nutriferon Shaklee mengandungi satu campuran proprietari ekstrak tumbuhan semulajadi 
Nutriferon Shaklee berasal daripada biji labu, benih plantago, kuntuman bunga Japanese Honeysuckle dan bunga safflower. Formula yang digunakan dalam pembuatan nutriferon adalah 100% semulajadi, selamat, tulen dan berkesan.

5. Kelebihan nutriferon shaklee adalah terbukti secara klinikal 
Dapat menyokong dan meransang proses gerak balas imun semulajadi pada tahap selular

6. Terbukti dengan 4 ujian klinikal terhadap manusia 

7. Interferon banyak digunakan dalam bidang perubatan 
Sebagai suntikan interferon untuk merawat penyakit hepatitis.


KEPENTINGAN INTERFERON DALAM BIDANG PERUBATAN IMMUNOLOGI

Dalam bidang immonologi, interferon berperanan penting sebagai agen pertahanan dalam badan untuk melawan jangkitan virus. Merupakan sebahagian daripada sistem imun dalam badan yang tidak spesifik yang perlu diransang pada peringkat awal jangkitan virus sebelum sistem imuniti dalam tubuh mempunyai masa untuk bertindak balas melawan virus. 

Terdapat dua jenis nutriferon iaitu:-

a. Interferon-alfa (leukocyte interferon) dihasilkan oleh leukosit dijangkiti virus, dll
b. Interferon-beta (fibroblast interferon) dihasilkan fibroblas yang dijangkiti oleh virus, atau sel-sel epitelium dijangkiti virus, dll.


ATURAN PENGAMBILAN NUTRIFERON YANG DISYORKAN

a. Nutriferon digalakkan diambil bersama Vitamin C.
b. Untuk memelihara kesihatan yang terbaik: 1 peket sehari (tuang ke dalam mulut terus @ campur dengan minuman panas mahupun sejuk mengikut citarasa sendiri pada bila-bila masa sahaja
c. Bagi yang sedang melawan dan mendapatkan rawatan influenza dan kanser - disyorkan  ambil 2-3 peket nutriferon sehari


TESTIMONI PENGGUNA:

"seronok baca entry kat sini..wpon saya xbf baby lg..tp saya ambik for my self dan kecantikan la opkos..ehehe since saya ade eczema, resdung n asthma..so kak Cery MamaFaiz suggest ESP n nutriferon memandangkan asthma yg teruk..tu pon pas baca blog kak cery satu hari tah berapa kali utk get the confident tuu..ehehe...so consume nutriferon everyday and esp 2kali sehari..xsmpai 2mggu,alhamdulillah, xsedar lgsg masalah eczema, allergy kulit dah ilang!magic kan..dah xperlu laa nak sapu2 cream farmasi macam2..hanya org yg ade masalah eczema n kulit aje yg tau betapa susahnye kalau datang tang gatal2 tu..blom lg kulit jd xcantik, berkudis lg..tp alhamdulillah sgt..satu masalah ilang..kulit muka rs makin better..yg lain2 xperasan plak..ehehe skrg tgh sabar n menunggu my other improvement especially utk asthma n resdung lak..tq to kak kak Cery MamaFaiz yg sabo aje layan mcm2 soalan..tp yg utama, kita usaha, Allah jua yg MAHA menyembuhkan.."

~ Pn. Beeha (Consume ESP + Nutriferon)


Baru2 ini seorang customer ibu , seorang guru di salah sebuah sekolah di Kuala Lumpur... cikgu Nani. Beliau mengadu dengan ibu bahawa anaknya telah mendapat selsema dan berlarutan melebihi seminggu iaitu 9-10 hari . Ibu mana yang tidak risau apabila anaknya sakit dan lambat beransur baik? Maka oleh kerana pengambilan 2 biji vitamin C sehari tidak memberi kesan ke atas anaknya maka ibu menyarankan cikgu Nani mengambil Nutriferon as "immune boster". Alhamdulillah setelah mengambil 2 peket , selsema anaknya reda.

Seandainya seorang ibu itu mengambil sepeket Nutriferon maka pengambilan vitamin lain boleh diabaikan pada hari tersebut.Walaubagaimanapun ibu hanya akan menyarankan ianya diambil setelah mendapati pengambilan vitamin C tidak memberi kesan ke atas penyakit yang dihidapi. Ianya boleh diambil oleh ibu2 yang menyusu dan menghantar anak mereka ke pusat atau rumah penjagaan, ini kerana pengambilan sepeket seminggu Insya Allah membantu antibodi anak menjadi lebih kuat dalam menghadapi cabaran pelbagai virus penyakit yang dibawa oleh kanak2 lain di pusat penjagaan kanak2 tadi.


Sumber: Anakkuwiraku



Setiap rumah seharusnya standby Nutriferon ini untuk kegunaan di kala 'kecemasan'. Ia boleh diambil menggantikan Panadol yang mana kita tahu mempunyai kesan sampingan jangka panjang. Ia sangat sesuai diambil oleh ibu menyusu yang anaknya kerapkali demam dan pengambilan vitamin C xtra dos masih tidak menampakkan kesan yang diingini. Namun diingatkan, Nutriferon tidak boleh diambil oleh ibu hamil kurang 6 bulan ya. Bagaimanapun, dapatkan konsultasi terlebih dahulu sebelum pengambilan mana-mana suplemen Shaklee ;)

** Semua testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan. 


Boleh hubungi saya melalui:


sms/whatsApp: 012-289 7359
emel: ainihayati[at]gmail.com
fb: Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412


Monday, April 8, 2013

Are You Ready???

Assalamualaikum,

Selamat pagi Isnin yang ceria :) Ya, saya masih di sini. hehhe...

Lamanya tak update. Busy berbengkel di hari-hari terakhir kat pejabat. Dengan harapan lepas ni dapat lah bercuti dengan aman. huhu...

Jumaat lepas rasanya adalah last check up saya sebelum meletup. Update:

Berat ibu: 66.9 kg (maintain je. tak naik dah..)
Berat baby: 3.08 kg (amboi... mencanak-canak naiknya)
Air ketuban : Normal
Pergerakan baby pun alhamdulillah normal, aktif sesangat.
Komen doktor: Doktor setkan next check up pada 17 April (due 20 April) Tapi rasanya by this time dah bersalin kot. Kalau ada apa-apa tanda nak bersalin datang je lah menyerah diri ke wad. Just make sure baby aktif ;)

Punyalah lama tunggu turn nak jumpa doktor! Mana taknya.. pagi tu je doktor kena sambut 2 baby. Siap boleh balik rumah dulu, masak, datang balik ke klinik tengah hari tu. Huhu...


Inilah beg spital saya. Kecik je kan. Nak buat camne, takde beg lain yg lebih sesuai. Padat sangat dah beg ni. Ni pun tak masuk lagi vits Shaklee, toiletries. huhu... ;p

Oh ya. bulan ni promo Shaklee ialah Nutriferon ya! InsyaAllah saya akan upkan beberapa testimoni menarik tentang Nutriferon ni. Buat masa ni boleh baca kat sini info yang saya pernah sharekan tentang Nutriferon!


TQ !!

p/s: Ingin dapatkan suplemen Shaklee?

Boleh hubungi saya melalui:


sms/whatsApp: 012-289 7359
emel: ainihayati[at]gmail.com
fb: Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...