Followers

Saturday, March 30, 2013

Persediaan Barang Baby & Mommy

Assalamualaikum

Ding-dong ding-dong dah masuk 8 bulan lebih (pada masa tu) baru terhegeh-hegeh nak cari barang keperluan ibu n baby. Jangan ikut saya ya. Mentang-mentanglah anak keempat. Bukan bermakna kurang excited. Excited tetap sama.. (takut pun sama) Tapi mungkin sebab anak keempat, so pengalaman mengajar kita supaya lebih matang dalam membuat keputusan. :p Ye ke matang? Rasa mcm sama byk je shoppingnya. huhu..

List barang untuk ke hospital saya dah senaraikan dalam entry ni. Selain barang-barang tu, kena juga prepare barang untuk keperluan ibu dan baby masa dalam pantang.

Keperluan ibu


1. Maternity pad
Actually tak perlu beli banyak pun.. sebab dalam minggu pertama je kot perlu pakai maternity pad. Lepas tu darah nifas dah berkurang, pakai pad biasa je pun dah memadai. Since pad (Libresse night wing) sebelum pregnant banyak lagi lebih, boleh la pakai yg tu je :)

2. Disposable panties
Pun tak perlu banyak. Saya beli 4 paket. Ada dua jenis yang jumpa ni. Yang maternity maybe masih diperlukan di awal-awal kelahiran di mana perut masih besar. hehe.. Tapi beli juga yang saiz biasa. Senang, pakai n buang je. Still kena basuh la kalau terkena darah..

3. Bengkung, kain batik, stokin



Masa anak first ada beli bengkung stail 'tali kasut' tu sebelum bersalin.. Pastu bila tau akak yg urut saya tu ada jual bengkung jawa yg 10m tu, terus berminat nak try. Bukan murah lak tu huhu.. Tapi memang berbaloi lah. Pakai bengkung tu terasa 'padat' perut. Tapi nak memakainya perlukan kesabaran yg tinggi...

4. Nursing Bra
Sangat penting! At least kena ada 5-6 pieces.

5. Set bersalin luaran - Tanamera
Plannya nak try set bersalin Tanamera sebab barangannya utk luaran je. Orang kata bau-bauannya ala2 spa gitu. Rasanya nak beli loose je sebab bila survey banyak barang-barang dalam fullset tu macam tak pakai.. Pilis, param.. tak pakai kot. kang membazir lak. Bengkung pun dah ada so tak perlu dah kot. Mungkin cuma nak beli sabun scrub, krim/minyak barut, mandian dsb.

6. Suplemen (tidak ketinggalan)



This time no jamu-jamu. First time ni pantang dengan supelemen. Rasa teruja sebab ramai yang dah cuba berpantang dengan Shaklee & sangat berpuas hati! Takde masalah, kalau untuk kecutkan rahim cuma kerapkan breastfeed. Kena rajin bertungku dan berbengkung. Ibu cergas, anak pun sihat dapat susu ibu. :)

Keperluan untuk Penyusuan
1. Breastpump


Amboi.. anak dah 4 pun nak beli breastpump baru?? Ye lah, yang ada Avent Manual & Spectra 3. Dua-dua beli masa anak first. Berapa tahun dah tu? Avent tu insyaAllah still in good condition.. Spectra 3 tu je mcm dah slow suction dia. So kenalah spare another double pump kan. So setelah disurvey-survey, decide utk beli pam Ameda :) Bayar installment tuu..lagipun nak guna lps waktu pantang, so sempat la kot abis 3x bayar hehe..

2. Milk storage



Aritu dah beli sikit Autumnz Storage Bag. RM11 utk 25pcs. Plan nak beli satu set storage bottles yg 2oz punya utk kegunaan awal2 aktiviti mengepam.

Berbaloikah membelinya?

3. Bag Menyusu
I so want this one! Current one ialah beg Avent yang dah terkopek-kopek kulit luarnya. huhu.. Time for a new one kan kan?? :)


4. Drying Rack utk Botol

Perlu kan?? Memandangkan Fikry pun masih minum susu botol, ditambah dengan new baby in the house.. Haruslah ada drying rack ni supaya senang nak keringkan botol. Ya lah.. tempat keringkan pinggang mangkuk pun dah penuhh..

Kelengkapan Baby


Eceh pandai tak saya pilih.. putih suci je semuanya. Warna yang selamat. Haha.. padahal ada je yang berwarna. Tak nak disclose lagi. Nanti pecah RAHSIA!

1. Set baju baby:
  • Baju lengan pendek + Seluar panjang
  • Baju lengan panjang + Seluar panjang
  • Baju lubang-lubang (maklumlah Malaysia kan panas lagi-lagi kebelakangan ni) - eh takde pulak dalam gambar. Ke tak jadi beli aritu???
  • Rompers - pun tiada dalam gambar ;p
  • Topi 
  • Sarung tangan, sarung kaki & stokin
  • Barut baby - berangan nak beli yang handmade punya.. Tapi takpelah, brand Anakku pun ok jugak.
2. Tuala mandi


3. Lapik untuk tukar diaper - Saya suka beli yang nipis ni je.. ada satu lagi jenis tu tebal.. kena gulung. susah sikit nak bawak travel.

4. Cotton balls & baby wipes - untuk basuh yak baby.. especially hari-hari pertama baby. Nak guna wipes takut kulit sensitif. Tak perlu banyak pun.. seminggu pastu boleh la guna baby wipes

5. Napkin - untuk buat bedung, dsb.

6. Toiletries - sabun mandi, shampu rambut, minyak zaitun, bedak, dsb.


7. Minyak bayi - ada yang suka guna minyak telon. Tapi saya dah jatuh hati dengan Minyak Bayi HPA ni since anak first lagi. Walaupun bau dia tak wangi n tak berangin, tapi sangat berkesan untuk masalah kulit macam ruam selain untuk elak kembung. Sebelah minyak bayi HPA tu ialah minyak VCO Tanamera yang saya beli utk menghilangkan stretch marks.

8. Set tilam baby 
Sekarang fames set tilam kekabu tu kan. Ya Allah comel-comel design yang ada.. Dengan english cottonnya.. Range harga dari RM150 - RM280 tak termasuk kos pos. So, bergantung pada keperluan/kemahuan dan ketebalan poket anda ya nak pilih yg mana satu :)

9. Baby Cot
Dah ada since anak first lagi dan alhamdulillah masih in good condition. Tinggal nak pasang je.

Ok lah dulu buat masa ni. Kalau ikutkan hati ni semua nak beli baru :p Tapi tengoklah, ada rezeki lebih.. bolehlah beli. Takde, make do dengan apa yg ada je lah kan...

p/s: Ingin dapatkan suplemen Shaklee?

Boleh hubungi saya melalui:

sms/whatsApp: 012-289 7359
emel: ainihayati[at]gmail.com
fb: Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412


Friday, March 29, 2013

FAB BABY BAZAAR is back!! Kali ni hadir sebagai pembeli je ler

Assalamualaikum,

Nampaknya Fab Baby Bazaar yang ketiga ni dapat tengok dari kejauhan je lah. Kalau nasib baik dapatlah singgah menyopping. hehe.. Bahaya ni. Maklumlah dah dekat-dekat nak due ni, kang semua rasa nak beli. huhu.. Oh ya, bazaar kali ni lebih meriah uolss.. Tiga hari tu! Bermula Jumaat ni hingga Ahad tau! Rugiii sangat sapa tak pergi jengah. 

Apa yang buatkan Fab Baby Bazaar ni berbeza drp Baby Expo yang lain dan sangat dekat di hati saya ialah, firstly dari first event lagi dah join... Secondly sebab majoriti vendors yang buka booth adalah mommies atau small businesses. Bukan big companies. Jadinya bila kita spend duit membeli di booth-booth kat situ, kita sebenarnya membantu mommies ini mengukuhkan ekonomi keluarga mereka. Ala-ala berbelanja sambil membantu. boleh ke gitu? hehe... Kalau saya la kan, bila terfikir nak beli apa-apa barang keperluan, especially utk baby la kan sekarang ni, saya akan search kat fb or google dulu... cari small businesses yg jual. Kadang-kadang harga agak kompetitif dan murah jugak compared kalau beli kat kedai-kedai besar. Kalau tak jumpa sangat baru lah cari kat luar sana :) Rasa macam puas pulak dapat 'bantu' mommies ni in such a way. Siapa yg macam saya? :p

Ada sikit gambar kenangan masa Fab Baby Bazaar kat SACC Mall Shah Alam :)

Gerai kitorang hari tu..



Bersama Biz Partner, Adzah



Bersama customer pertama pada pagi itu, kak Lin

Okaylah, walaupun kali ni saya tak join buka booth dgn biz partner, tapi booth Shaklee tetap ada uols! Jangan lepaskan peluang HARGA SPECIAL untuk pembeli di Fab Baby Bazaar nanti ya! Silalah cari Puan Adzah Adam & Farah Liyana. Ini page & blog diorang... Let's Be Beautiful Together | Empat Tahun & Farah Healthcare.



Fab Baby Bazaar akan berada di Space u8 - Malaysia's 1st Eco Mall SHAH ALAM pada tarikh berikut:

29th March - Jumaat (booth dah mula dibuka)
30th March - Sabtu (FULL BOOTH with ACTIVITIES & CONTESTS)
31st March - Ahad (FULL BOOTH with ACTIVITIES & CONTESTS)

BABY FAIR - COLOURING CONTEST - BABY COSTUME CONTEST - HOT MOM CONTEST - FUN GAMES - POP QUIZ - CELEBRITIES -

Ok.. jumpa di sanaaaa... :)


Wednesday, March 27, 2013

Khasiat & Kebaikan Kurma, Badam buat Ibu Hamil

Assalamualaikum...

Hari ni saya cuma nak fokus pada dua makanan berkhasiat yang elok diamalkan oleh ibu mengandung.. Iaitu kurma dan badam!

Khasiat Kurma



Sumber: MamaBusyra


Sabda Rasulullah SAW: “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”

Mengikut pendapat pakar perubatanbuah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium yang sesuai untuk wanita sama ada semasa hamil dan selepas bersalin. Hal ini berasaskan kepada wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya memakan buah kurma ketika beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin.
Kurma sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, vitamin A dan C dan juga niasin. Ia lazimnya dimakan semasa bulan Ramadhan dan mempunyai khasiat serta nilai yang tinggi dalam dunia perubatan tradisional.

Dari segi saintifik amat berkesan bagi mengubati gangguan usus yang kronik, dimana ketidakserasian dengan gluten, menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna.

Kurma mengandungi sejenis bahan protein serta garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dicetuskan oleh gluten dalam usus kecil. Tindakbalas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan.
Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)”
Adalah amat baik sekali jika wanita yang hamil mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.
Kurma dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang banyak kerana telah terbukti, dalam al-Qur’an terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma.
Kacang Badam / Almond
Nak tahu salah satu rahsia kebijaksanaan orang Yahudi? Kebanyakkan ibu Yahudi yang mengandung lebih banyak memakan kekacang terutama kacang badam dan kurma dengan susu. Kajian menyatakan protein kacang terutama kacang badam amat baik untuk merangsang pertumbuhan otak bayi.
  • Kacang Badam mempunyai pelbagai khasiat yang tinggi dan mempunyai 20kali lebih protein daripada bijirin yang lain.
  • Badam dapat mengurangkan paras kolestrol, merendahkan risiko darah tinggi, sakit jantung dan kencing manis.
  • Kacang badam mempunyai kandungan folate yang tinggi. Folate adalah sangat penting bagi ibu mengandung untuk mengelakkan kecacatan pada bayi ketika hamil.

Haa... macam mana nak dapatkan khasiat kedua-dua makanan ini dengan mudah?? Bagi saya mudah aje!!

CHOCODATE!!



Chocodate ni adalah kurma yang berintikan kacang badam dan bersalut coklat. Sedapppp dan berkhasiat!!

Memang sesuai dijadikan kudapan, especially untuk ibu mengandung yang cepat laparrrr.. huhu..

Berminat nak dapatkan Chocodate ni? Boleh ke http://datesnsuch.blogspot.com untuk lebih info dan kurma-kurma lain keluaran Yusuf Taiyoob.. Untuk order atau nak tau lanjut boleh call/sms:

012-232 8437 (Fairol)

TQ!

Monday, March 25, 2013

Genap 9 bulan... dup dap..dup dap...

Assalamualaikum...

Sabtu lepas check up genap 9 bulan @ 36 weeks. Alhamdulillah semuanya ok. Ibu dan baby sihat. Berat ibu 66.9kg. Berat baby 2.473kg. Doc kata kepala baby dah turun sikit. Air ketuban pun normal, kesimpulannya semua normal la.. insyaAllah..


Tapi bila tengok balik buku merah atas tu.. rasanya nurse tu silap catat berat ibu lah. Ada ke patut 73kg?? huhu... Nanti next check up mesti doc terkezut sebab berat 'turun mendadak' haha.. padahal salah tulis. huhu..

Oh ya, bila dah masuk 9 bulan sepatutnya check up seminggu sekali kan? Tapi memandangkan semuanya normal je n dr. Fazlina pun masih bercuti umrah.. Sukati saya je cakap kat nurse tu set appointment lagi 2 minggu lah. Tunggu dr. Faz balik dari umrah. hehe.. Jimat duit ;p lagipun kalau dah nak beranak sangat pergi je Azzahrah, takde masalah.. Hmm.. agak-agak baby nak keluar bila ek?? 

Kena minum air selusuh ni.. Dah lama tinggal. Minyak selusuh pun banyak lagi tu.. boleh la sapu-sapu kat pinggang, perut, dll...Special tau, ayah mertua saya yang buatkan sendiri ;)

Selain tu, kena kerap amalkan doa ni.. Moga semua dipermudahkanNya... ameen...


p/s: Nak tau suplemen apa yang saya amalkan sepanjang mengandung kali ni? Nak dapatkan suplemen Shaklee?

Boleh hubungi saya melalui:

sms/whatsApp: 012-289 7359
emel: ainihayati[at]gmail.com
fb: Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412

Wednesday, March 20, 2013

35 weeks - Mulalah 'flashback' pengalaman bersalin yang lepas-lepas ;p

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, minggu ni kandungan dah masuk minggu ke-35. So far semuanya baik-baik aje. Biasalah bila dah hujung-hujung ni mulalah datang perasaan nervous dan saspen nak menghadapi saat-saat kelahiran. Rasanya anak first mahupun anak kesepuluh, rasa takut tu tetap ada. Betul tak? Sebab rezeki setiap anak tak sama. Kalau semua dipermudahkan, alhamdulillah.. syukur. Apa yang kita boleh buat cuma berdoa dan bersedia semampu yang boleh. 

Oklah, saya nak abadikan sikit kenangan melahirkan ketiga-tiga boboiboy saya dalam blog ni. Bacalah kalau sudi ekkk ;p

Along Farihin
  • Overdue 1 hari (sehari lepas Raya Haji kalau tak silap)
  • Born in January
  • Berat 3.7 kg
  • Bersalin normal dengan bantuan Vacum
  • Pada hari kejadian, pagi pergi kerja macam biasa. Lepas breakfast ada 'blood show' & atas nasihat mak terus ke hospital. Sampai di Azzahrah dalam kol 10+ pagi, cek dah buka 3 cm. Terus kena warded. Tak rasa sakit lagi time ni. Doktor/nurse cek dari semasa ke semasa.. hairan masih boleh tersenyum walau dah 5cm. Once dah 7cm no more smiley-smiley... Muka dah start berkerut dan ditolak ke LR (jam 3+ petang). Ramai pulak nak bersalin hari ni. LR penuh.. Contraction dah mula kerap tapi rasa lambatnyaaaa jalan nak bukak. Akhirnya jam 4.30 capai juga 10cm. Sedia utk bersalin tapi doc kata position baby mengiring, kemungkinan susah nak keluar. Sakit ya amat.. rupanya bila nurse cek pundi kencing penuh! So masukkan tiub utk kosongkan... waa.. lega sikit. Then contraction je doc soh push.. awat la susah sangat nih.. tak reti.. kaki sampai cramp2 lah. Sejam berlalu.. akhirnya doc kata kena gunakan bantuan vacum. Akhirnya 5.30 pm berjaya juga keluarkan si Farihin.. alhamdulillah..

Abang Ngah Faeq
  • Awal 3 hari
  • Born in February
  • Berat 3.1 kg
  • Bersalin normal dalam masa 15min shj dlm LR
  • Seingat saya bersalinkan si Faeq ni laaaa yang paling mudah.. Alhamdulillah. Masa check up terakhir dgn Dr. Fazlina, doc kata dah buka 3 cm. Tapi since takde rasa sakit atau tanda-tanda untuk bersalin lagi, doc benarkan saya balik. Katanya insyaAllah lagi 2-3 hari bersalinlah.. Wow.. tak sangka dah buka jalan. Dalam hati seronok & risau sebab kerja ofis banyak belum setel lagi. So sempatlah kemas meja ofis dalam sehari dua tu. Malam sebelum kejadian (sabtu) saudara-mara datang dari jauh sebab otw ke wedding saudara kat Ipoh next day. Penat tapi seronok layan tetamu malam tu.. Ayah siap buat lawak.. ala.. senang je nak beranak.. Rasa macam nak be*ak je. Sabo je la ;p Esoknya jam 5 pagi tersedar sebab perut memulas-mulas nak membuang. Dah selesai, 15 min lepas tu memulas lagi rasa macam nak membuang.. eh.. mcm dah masa je ni. So tunggu lagi..15 min 'rasa' itu datang lagi. Kejutkan husband n warning mcm dah time je. Kejutkan mak (baru sampai dari kg jugak mlm tu).. mak kata terus je lah ke hospital. Konon nak tunggu subuh sebab dah dekat masuk waktu time tu. Mak kata ahh tak payah. Solat kat spital je. Dalam kereta memulas2 perut. Sampai spital, lengang.. ada pak guard je kat pintu masuk. Pak guard amikkan wheelchair & terus naik ke wad..Nurse bertugas pun tak kelihatan. Agaknya tgh solat sebab dah masuk subuh. Tunggu-tunggu akhirnya ada nurse yang attend. Register & masuk wad.. In between contraction sempat solat atas katil.. Lepas tu nurse cek dah 5 cm. Muka nurse agak saspen maybe sebab saya tak bawak buku merah & doc tak de masa tu. Tak masuk pun ubat punggung tu sebab dah setel kat rumah tadi ;p So nurse terus tolak ke LR (6.50am). Dalam hati, alamak..berapa lama mau tunggu da... dulu 2-3jam jugak nak tunggu jalan buka.. tu dah 7-8cm. ni baru 5cm. Masuk-masuk LR, set up segala benda, doc pun sampai. Pecah je ketuban doc kata push je bila rasa nak push...Eh biar betul ni. cepatnya? huhu.. alhamdulillah.. terer pulak push kali ni. 2x push je kot baby gelongsor keluar... Terus rasa LEGA ya amat...Benda pertama tanya doc, berapa berat baby? 3.1kg... wahh.. keciknya. hehe Berjaya pun diet ibu ;p (eceh sibuk betul dgn berat baby)

Abang "Ichy" Fikry
  • Awal 7 hari 
  • Born in April
  • Berat 3.3kg
  • Bersalin normal tanpa sebarang bantuan
  • Bersalinkan si Fikry ni pun boleh dikatakan cepat dan dipermudahkan. Walaupun tak boleh lawan abg Ngahnya. :) Hmm... apasal tetiba tak boleh nak recall pengalaman bersalin si kenit ni? Sebab tu lah kena catat kat dalam blog ni. Untuk rujukan masa depan. huhu. Ok dah ingat dah. Time tu mak ayah mmg tinggal sekali, and parents in law pulak kebetulan stay kat rumah sebab lawat anak buah tak sihat. Pagi tu (weekend) parents in law dah bersiap nak balik kelate. Dalam kol 7 lebih kot start rasa contraction. Sama lah, dalam 15 min gitu.. Ikutkan plan nak gi hantar parents in law ke airport. Dok bincang-bincang dgn husband nak buat macam mana ni. Takpelah siap dulu. Dah siap-siap semua, bgtau mak dah rasa contraction. Mak & ayah offer utk hantar parents in law ke airport. Alhamdulillah. So bergerak la kami ke Azzahrah. Sampai dalam kol 8+ kot. Nurse cek bukaan dah 4@5 cm. Bagi ubat membuang semua. Saya pulak risau tgk nurse relax. Haha. ye lah, kalo time Faeq dulu, 5cm dah kena sorong ke LR. Dah warning nurse pun dia relax jugak. ok fine. So siap-siap semua, tolak ke LR. Kali ni tak secepat Faeq la.. Sempat la 2-3 kali contraction tu datang baru doc soh push. Alhamdulillah, dipermudahkan.. sekejap jugaklah.. Nurse yang attend tu siap puji, 'Senangnya bersalin.. tahun depan boleh beranak lagi'. Amboi2... haha...
Ok.. jom tengok gambar-gambar dorang ni masa kecil... Tak banyak yg dapat dikorek. huhu.. Mujur dulu ada upload dalam fotopage & fb...


Masa lahir n dalam pantang paling kuat jerit. Tapi sekarang paling tak byk bunyi :)
Lahir paling besar tapi sekarang badan paling halus..


Huhu.. tak jumpa gambar masa baru lahir. Tengok lah.. lahir paling kecik tapi dia yg paling bam-bam!
Paling senang jaga masa dalam pantang tapi sekarang dia yg paling byk bunyi. hoho..


Character along n abg ngah, dua-dua ada pada Fikry.
Now yg paling banyak akal ;p

Yang keempat nanti tak tau lah macam mana gayanya pulak. InsyaAllah akan diabadikan juga dalam blog kesayanganku ini :)

Monday, March 18, 2013

Testimoni - Set Berpantang Shaklee ~ "Keberkesanannya Terbukti!"

Assalamualaikum!

Bukan saya yang kata ya.. Ini customer saya sendiri yang kata ;)

Waahh.. apa yang 'terbukti' tu? Saya tanya dia..Katanya "bila makan Shaklee.. tak letih walaupun bangun pagi2.. Memang tak sembelit mkn ostematrix tu"

Seronok saya mendengarnya :)

Siapa yang pernah merasai pengalaman bersalin pasti faham betapa letihnya badan selepas melahirkan. Terasa longgar segala sendi dalam badan seolah-olah terputus semua urat. huhu.. Disebabkan itulah, penjagaan dalaman ibu dalam pantang sangat dititik-beratkan supaya badan sihat seperti sediakala.

Dengan Set Berpantang Shaklee, keperluan tubuh ibu dapat dipenuhi. Berikut adalah fungsi setiap vitamin yang terkandung dalam set asas Berpantang ini:

B complex 
  • Bertindak sebagai anti-stress
  • Membantu mengelakkan meroyan
  • Membantu menstabilkan hormon
Vita-C
  • Membantu pembentukan kolagen
  • Membantu proses baikpulih luka
  • Membantu mencantikkan kulit dan memudarkan stretch marks
Vitalea
  • Multivitamin yang dilengkapi dengan zat besi - membantu tambah darah
  • Membekalkan zat dan mineral penting supaya badan cepat sihat dan cergas
Zinc Complex
  • Fungsinya seperti ikan haruan yang bertindak membantu proses baikpulih luka dengan cepat

Ibu yang mengambil set asas pantang ini juga biasanya akan add on:

Ostematrix
  • Membantu mengelakkan sembelit
  • Menggalakkan penghasilan susu ibu
  • Membantu ibu kekal cergas dan bertenaga
  • Membantu menghilangkan kebas, sakit belakang, sakit pinggang dan keletihan melampau
ESP
  • Menggalakkan dan melancarkan penghasilan susu ibu
  • Membantu mencantikkan kulit ibu dan bayi kerana menghasilkan sel kulit baru yang sihat
  • Memberi tenaga kepada ibu agar kekal cergas

Secara amnya, kelebihan Set Berpantang Shaklee adalah...


Jemput baca lebih banyak info tentang berpantang dgn Shaklee di sini.

** Semua testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan. 

Boleh hubungi saya melalui:


sms/whatsApp: 012-289 7359
emel: ainihayati[at]gmail.com
fb: Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412

Saturday, March 16, 2013

Review : Huggies Drypants

[48 hours sponsored post]

Assalamualaikum..

Dalam entry ini saya ada cerita tentang anak ketiga saya (umur 2+ tahun) yang dalam proses utk diaperless.. Alhamdulillah, banyak juga improvement. As of now, siang dah tak pakai diaper.. Even tidur siang pun, bibik kata tak pakai diaper. Tapi kena make sure dia ke toilet dulu sebelum tidur. Then bangun-bangun je terus bawak ke toilet. So far it's working. Cuma 2 ... eh 3 situasi je di mana memerlukan Fikry pakai diaper lagi:

1) Tidur malam - walaupun dah bawak ke toilet sebelum masuk tidur, dia tetap akan kencing dalam diaper. Kalau tak kencing, confirm akan bocor kalau tak tukar diaper tengah malam.

2) Nak yak-yak - Aduiii.. dia tak nak langsung membuang kat toilet. Sama kes macam along dia dulu. Huhu..

3) Keluar berjalan - Ni saje pakaikan sebab takut kang tah kat mana-mana tetiba dia nak membuang pulak. so better pakai siap-siap. huhu...

Budak umur 2+ tahun ni tau ajelah macam mana lasak dia kan. Kalau nak pakai diaper tu, tak kena mood dia.. aduhai.. memang menuntut kesobaran yang tinggi. So memang elok sangat lah timingnya bila Nuffnang offer sampel Huggies Drypants utk direview! Yey!

Best! Dapat samples utk saiz M, L & XL. Siap dengan shopping bag dan mcm2 beg lagilah!

Kalau nak tau, Fikry masih lagi pakai diaper saiz M ya. Boleh bayangkan betapa keciknya saiz (peha) dia. Actually maybe dah masa pun utk upkan saiz ke L, sebab kerap jugak berlaku 'kebocoran' di waktu malam. huhu...

Mula-mula try test yang saiz M Huggies Dry Pants .. Tapi maybe sebab agak ketat, Fikry tak selesa and tak mo pakai dah lepas tu...

Pagi keluar jalan-jalan pakai Huggies Dry Pants saiz M.. balik rumah tengok kering je. ok fine

Petang keluar gi rumah kakak ipar. Sebelum keluar nak pakaikan dia Huggies Dry Pants saiz L la pulak. Beriya dia takmo. Fine skali lagi. Kita bawak bekal je lah Huggies Dry Pants tu. Keluar rumah jam 6 petang, jam 7+ gerak balik rumah. Dalam kereta Fikry dah bising ..

"Nak tencing.. nak tencing!!"

Oh no!!  (dalam hati)

"Ok.. pakai ni.. pakai ni.." (Naik kereta sekarang ni, ibu duduk belakang dgn Fikry & Faeq. Along dok depan jadi co-pilot).


Haihh.. mujur la ada Huggies Dry Pants Dalam kereta bergerak pun boleh salin/pakaikan lampin! Semudah koyak - salin - lepas. Ehh.. tapi since Fikry tak pakai diaper pun masa tu, so kita skip first step 'koyak' tu.. So sambil dia berdiri je boleh terus salin & lepas. Phewhh.. 

Kalau tidak, nak kena baringkan dulu.. kena bagi dia baring diam-diam, soh angkat vontot.. bla..bla..baru settle (sambil lap peluh) phewwhh... jimat few steps.. jimat masa.. jimat TENAGA!

Aww.. model malu-malu nak amik gambar ;p
So ibu-ibu sekalian, tunggu apa lagi.. jom “Tukar untuk lebih senang dipakai" bak kata tagline Huggies Dry Pants

Kalau masih rasa ragu-ragu nak beli Huggies Dry Pants , apakata ibu-ibu dapatkan FREE SAMPLES Huggies Dry Pants dengan mengklik link ni Sample Huggies Dry Pants untuk Ibu Prihatin. Jangan malu-malu. Free je. Boleh la try test OK!

Mengenai Huggies Dry Pants

Huggies Dry Pants ialah pilihan yang mudah digunakan untuk bayi dan kanak-kanak yang aktif – setelah anda mencubanya, anda pasti tertarik dengan betapa mudah untuk menukarnya iaitu hanya dengan koyak, salin dan lepas! 

Apakah kelebihan Huggies Dry Pants??
  • Peregang lembut di bahagian tepi memberikan lebih keselesaan dan membantu menghalang kesan merah walaupaun semasa bayi anda sedang bergerak .
  • Sistem pengunci untuk menghalang kebocoran
  • Huggies adalah jenama lampin bayi pakai buang pertama Malaysia yang terbukti secara klinikal dapat membantu menghalang ruam lampin!


Mengenai Huggies®
Huggies® ialah salah satu jenama penjagaan bayi dan kanak-kanak terkemuka di Malaysia. Ia membekalkan pelbagai rangkaian lampin pakai buang dan lampin seluar kepada ibu dan bayi untuk membantu mengekalkan kulit yang sihat dan membuatkan bayi sentiasa gembira. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.huggies.com.my atau LIKE Huggies FB Page di bawah:

Terima kasih!

Disclaimer: Review ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri ;)

Thursday, March 14, 2013

Sakit Belakang - Punca & Cara Atasinya

Assalamualaikum,

Pernah tak rasa sakit belakang? Sakit belakang ni boleh disebabkan banyak faktor. Bukan orang tua sahaja yang biasa alami sakit belakang. Orang muda pun ada juga yang alami masalah ni. Jom kenalpasti punca-punca penyebab sakit belakang ni..


Punca-punca Sakit Belakang




1. Postur badan yang tidak betul - Sakit belakang boleh terjadi jika anda sentiasa berjalan, duduk atau berdiri seperti orang malas. Tabiat ini akan menyebabkan otot tegang, kaku, sakit belakang, sakit leher dan kelesuan.

2. Kurang senaman - Otot yang menyokong tulang belakang perlu dilatih dengan senaman dan regangan agar kekuatan otot itu dapat dikekalkan.

3. Stres - Stres boleh menyebabkan otot belakang menengang dan hilang keseimbangan badan. Ini boleh mencederakan belakang anda.

4. Kegemukan - Perut yang besar atau buncit akan memberi beban kepada tulang belakang dan menegangkan abdomen anda.

5. Tersalah urat belakang - Ini boleh terjadi sekiranya anda membuat sesuatu dengan cara dan postur yang salah. Anda boleh menegangkan atau mengoyak bahagian belakang dengan hanya membongkok, mencapai/mendongak untuk mengambil sesuatu dan mengangkat barang dengan cara yang salah.

6. Piring ruas tulang belakang tergelincir - Kadangkala piring/ cakera ruas tulang belakang tergelincir daripada kedudukan asalnya dan akan menekan saraf di belakang. Ini menyebabkan kesakitan, lemah dan kebas-kebas di kaki. Anda dinasihatkan agar mendapatkan rawatan doktor dengan segera.

Sumber: IloveIslam

Walaupun kehamilan tidak tersenarai dalam punca-punca di atas. Tapi saya pasti gejala ini adalah biasa di kalangan ibu hamil. Betul tak? Walaupun adalah 'biasa' bagi ibu mengandung mengalami sakit belakang, namun ia boleh dielakkan. Badan anda mengalami banyak perubahan semasa hamil dan pastinya ia sedikit sebanyak memberi kesan pada kesihatan si ibu.

Mengapa anda mungkin sakit belakang/pinggang semasa hamil
  • Perubahan postur badan
  • Perubahan pada taburan berat badan
  • Perubahan hormon yang menyebabkan tisu penyambung meregang
  • Keletihan otot-otot.




Senaman membantu!
  • Bersenamlah selama sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari dan badan anda akan sihat serta bertenaga. Dapatkan nasihat doktor sebelum bermula.
  • Berenang pada kelajuan yang sesuai dengan anda, di kolam renang yang bersih dan berklorin.
  • Berjalan atau berbasikal pada kelajuan yang sesuai dengan keselesaan anda iaitu pastikan anda dapat bernafas dan bercakap dengan selesa.
  • Lakukanlah senaman ringan seperti senaman regangan otot untuk membina keanjalan otot.
  • Lakukan senaman angkat berat dan menolak rintangan/beban untuk membina kekuatan dan tona otot.

Sumber: MommaMia, Positive Parenting

Selain menjaga postur tubuh, ibu hamil juga perlu semak balik sama ada keperluan kalsium tubuh telah dipenuhi atau sebaliknya. Kerana ia juga boleh menjadi salah satu penyebab kepada sakit belakang / pinggang. Dengan penjagaan postur tubuh yang baik disertakan pengambilan kalsium yg mencukupi, insyaAllah sakit belakang/pinggang dapat dikurangkan.

Jom baca kelebihan Ostematrix (Kalsium magnesium) Shaklee yang terbukti banyak khasiatnya di sini.

Jangan lepaskan tawaran hebat harga promosi OSTEMATRIX SHAKLEE bagi bulan Mac 2013 ;)


** Semua testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan. 

Boleh hubungi saya melalui:

sms/whatsApp: 012-289 7359
emel: ainihayati[at]gmail.com
fb: Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412

Tuesday, March 12, 2013

Aktiviti Hujung Minggu yang Biasa-biasa Aje

Assalamualaikum!

Pregnant kali ni suka benor makan lempeng. Lempeng kelapa. Adunan bancuh cair-cair. Tapi masa goreng tu tuang banyak sket so lempeng jadi tebal. Goreng garing.. Lembut di dalam, garing di luar. Nak bagi garing, tipsnya kena lebih sikit minyak. Sebelum tuang bancuhan atas pan tak perlu curah minyak dulu. Lepas tu baru tuang minyak keliling adunan atas pan.... yummeyyy... ;p


Selain lempeng kelapa... Susu kambing, teh susu adalah faveret saya pregnant kali ini. Hehe...

Sabtu lepas waktu ibu masuk dapur nak buat bfast, si kenit ni sibuk nak tolong jugak.. Dia ni memang pantang nampak ibu or bibik or sesapa je lah memotong / memasak kat dapur tu. Laju je dia tarik kerusi nak tolong.. grr... biasa dia 'tolong' potong bawang.. kali ni biarlah nak bagi dia rasa 'masak' pulak. hehe.. ada pulak pan kecik dlm kabinet tu. Bagi la dia main masak-masak atas dapur. abis dicurahnya blackpepper, kunyit, garam dlm periuk dia. Puas hati le tuuuu...

Mula-mula kita goncang2 serbuk oregano mcm ni ya ibu-ibu
Jangan lupa baca selawat sambil gaul ikut arah tawaf.. pesan Chef Ammar. hehe
Memandangkan ibu ramai anak teruna, so kenalah train diorang masuk dapur juga. Jadi macam ayah ya, pandai buat kerja rumah. Sebab mek tok dah train dari kecik. hehehe...


Doa Supaya Kita & Anak yang Dikandung Memelihara Solat

Assalamualaikum!

Waktu mengandung ni, ibu sangat digalakkan menjaga tingkah laku, banyakkan membaca Quran, especially surah-surah seperti surah Maryam, surah Yusof, Yaasin dsb, selain perbanyakkan doa. 

Ini salah satu doa yang bagus utk ibu mengandung amalkan. Boleh baca selepas solat. Semoga anak yang kita kandung menjadi anak yang soleh/solehah... 

Maklumlah, dunia sekarang ni lain macam cabaran dan dugaannya. Dari dalam kandungan lagi kita dah boleh didik anak kita kan. Semoga kita berjaya membesarkan amanah Allah dengan didikan yang sempurna kerana merekalah salah satu saham kita di akhirat kelak, iaitu anak-anak yg soleh/solehah.. Ameen..

Friday, March 8, 2013

Esok weekend! Yeay!

Assalamualaikum!


Yeye!! Esok dah weekends! Tak sabo nak review huggies drypants! Yummyy (??)


Wednesday, March 6, 2013

10 Kepentingan @ Kebaikan Kalsium

Assalamualaikum,

Kalsium merupakan mineral yang penting bagi tulang, gusi dan gigi yang sihat. Doktor mungkin akan mencadangkan wanita untuk mengambil makanan tambahan kalsium apabila terdapat tanda-tanda awal masalah tulang seperti osteoporosis atau osteopenia.




Namun, tahukah anda.. Fungsi kalsium bukanlah sekadar utk dapatkan tulang dan gigi yang kuat.  Jom baca fakta menarik ini. Anda pasti tidak akan memandang remeh pengambilan kalsium lagi selepas ini!
  • Menguatkan Tulang – Kalsium menguatkan tulang belakang dan memastikan bentuk yang betul kepada badan selain daripada mengurangkan risiko sakit belakang. Kalsium membantu menjadikan tulang berada dalam keadaan yang baik dan mencegah sakit tulang seperti artritis dan osteoporosis yang boleh menjejaskan pergerakan bebas selain dari menjadi amat menyakitkan. 
  • Mencegah Obesiti - Kalsium dapat membantu dalam mengekalkan berat badan optimum bagi lelaki dan perempuan. Jika terdapat mana-mana kekurangan kalsium dalam diet anda, badan akan cenderung untuk melepaskan hormon paratiroid, yang seterusnya merangsang tulang untuk melepaskan kalsium ke dalam aliran darah anda untuk mengimbanginya. Dari segi lain, hormon paratiroid juga merangsang pengeluaran lemak dan mencegah pembuangannya, yang sekali lagi boleh membuat anda gemuk. Jadi pastikan anda mengambil jumlah kalsium yang betul, supaya obes tidak terjadi dengan bahaya kesihatan lain yang berkaitan.
  • Melindungi Otot Jantung - Kalsium melindungi otot jantung anda. Jumlah kalsium yang mencukupi membantu otot jantung untuk melakukan penguncupan dan pengembangan betul. Kalsium juga membantu sistem saraf untuk mengekalkan tekanan di dalam arteri anda. Jika terdapat penurunan kalsium, sejenis hormon yang dipanggil calcitrol dilepaskan yang bertindak dengan otot lembut arteri, dan dengan itu meningkatkan tekanan darah. Otot jantung memerlukan ion kalsium extracellular untuk penguncupan. Apabila kepekatan intrasellular kalsium meningkat, ion kalsium berkumpul bersama-sama dengan troponin protein yang merangsang cecair extracellular dan ruang intraselular, malah otot rangka, yang hanya diaktifkan oleh kalsium yang disimpan dalam reticulum sarcoplasmic.
  • Mengelakkan Kanser Kolon - Kalsium yang mencukupi mengurangkan risiko keseluruhan kanser kolon dan mengelak pertumbuhan polip yang boleh membawa kepada kanser. Suplemen kalsium dapat mengurangkan risiko adenomas, juga dikenali sebagai tumor nonmalignant di dalam kolon. Ini sebenarnya adalah pelopor kepada kanser kolon, namun ia masih tidak diketahui jika pengambilan kalsium mengurangkan risiko kanser sepenuhnya. Kalsium berlebihan akan tinggal di dalam usus anda setelah badan anda menyerap apa yang diperlukan. Dalam perjalanan melalui kolon, kalsium yang tidak diserap ini dipercayai untuk mengikat sel-sel kanser supaya ia dikumuhkan bersama-sama dari badan. Kajian telah menunjukkan bahawa kedua-dua makanan sumber kalsium dan supplemen kalsium memberikan kesan perlindungan ini.
  • Mencegah Blues Pra-haid - Jumlah kalsium yang mencukupi mengurangkan gejala-gejala sindrom prahaid pening kepala, perubahan mood, tekanan darah tinggi dan sebagainya. Tahap kalsium yang rendah mungkin mencetuskan pengeluaran hormon yang menyebabkan hilang mood termasuk cepat marah dan kemurungan.
  • Mencegah Batu Karang – Batu karang sebenarnya deposit terhablur kalsium dan lain - lain mineral dalam saluran kencing manusia. Bentuk yang paling umum batu karang ialah batu-batu oxalate. Sebelum ini, ia dianggap bahawa pengambilan kalsium yang tinggi atau penyerapan kalsium tinggi membangunkan batu karang, tetapi kajian terkini menunjukkan bahawa pengambilan kalsium diet tinggi mengurangkan bahaya batu karang dengan baik. Secara ringkasnya, kalsium tidak menyebabkan batu karang, tetapi kalsium yang hadir berlebihan di dalam air yang mengakibatkan batu karang. Faktor-faktor lain seperti penggunaan oxalate tinggi daripada sayur-sayuran berdaun seperti kale dan bayam, kekurangan minum air boleh menjadi punca besar untuk batu karang.
  • Memastikan Tahap pH Alkali Yang Sihat - Makanan ringan, gula yang berlebihan dan barangan di dalam tin menyumbang pembentukan asid dalam badan, yang boleh menimbulkan pelbagai penyakit seperti kanser, batu karang dan darah tinggi. Kalsium membantu untuk mengekalkan tahap pH yang sihat, seterusnya meningkatkan kecergasan dan kesihatan secara keseluruhan.
  • Kawalan Tekanan Darah - Beberapa penyelidikan mengisytiharkan bahawa diet vegetarian dengan jumlah yang tinggi dengan kalsium, magnesium dan kalium dan serat akan mengurangkan tekanan darah. Walaupun penyelidik lain membuat kesimpulan dengan pendapat yang berbeza dan berkata bahawa pengambilan kalsium menyebabkan darah tinggi. Kemudian ia melihat bahawa sebab bagi keputusan itu adalah kerana kajian-kajian ini menguji kesan nutrien tunggal dan bukannya sumber-sumber makanan yang mempunyai kandungan nutrien. Institut Kesihatan Negara menjalankan penyelidikan yang dikenali sebagai "Pendekatan Pemakanan Hentikan Tekanan Darah Tinggi ( DASH) ". Diet "tipikal American" berbanding dengan dua diet diubah yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran dan kombo "DASH" diet yang disumbat dengan buah-buahan, sayur-sayuran, dan kalsium. Hasil kajian menunjukkan peningkatan pengambilan kalsium menyebabkan tekanan darah menurun.
* Untuk membantu menguji kesan gabungan nutrien termasuk kalsium dari makanan pada tekanan darah, satu kajian telah dijalankan untuk menyiasat kesan pola makan pelbagai tekanan darah. Secara keseluruhan didapati bahawa pengambilan makanan yang mencukupi buah-buahan dan sayur-sayuran serta kalsium memainkan peranan penting dalam mengawal tekanan darah.
  • Mengekalkan Gigi dan Gusi yang sihat - Kalsium melindungi gigi anda dengan menjaga tulang rahang yang kuat dan kukuh sepanjang kehidupan anda, yang seterusnya memastikan gigi kuat di mana bakteria tidak boleh berkembang. Oleh itu, sebelum gigi dan gusi anda mula memberi masalah, amalkan diet yang kaya kalsium dengan teratur. Pengambilan kalsium seharusnya tinggi terutama dari usia muda, jadi anak anda secara semulajadi membesar gigi dan tulang yang kuat.
  • Membantu Pengangkutan Nutrien - Kalsium membantu nutrien bergerak mudah melintasi membran sel.
Kredit: Syuhada-wahi

Setelah mengetahui kebaikan dan kepentingan kalsium kepada badan kita, persoalan lain pula timbul. Sumber kalsium bagaimanakah yang baik utk diambil?

Apa sahaja yang kita makan, pastinya kita mahu badan mendapat sebanyak mungkin khasiat daripadanya. Walau setinggi mana pun khasiat dan zat yang terkandung dalam sesuatu makanan itu, jika tidak mampu diserap secara optimum oleh badan, kita sekadar dapat 'rasa sedap' semata-mata.

Bagi kes kalsium, para pakar mengsyorkan supaya pengambilannya dilengkapi dengan magnesium dan vitamin D utk penyerapan kalsium yg optimum oleh badan.

"Oleh itu, penduduk Asia, terutamanya wanita, disaran mendapatkan keperluan kalsium harian secukupnya (antara 800 hingga 1,000 miligram) di samping nutrien penting lain seperti protein, zink, magnesium dan vitamin D yang diperlukan untuk mengekalkan tulang yang kuat dan sihat."

Mingguan Malaysia, 25 Oktober 2008 (Sumber)

Selain mendapatkan kalsium daripada pemakanan harian, anda juga boleh berikan kalsium kepada tubuh anda dengan pengambilan Ostematrix Shaklee!

Kelebihan Ostematrix Shaklee

Lebih daripada Sekadar Kalsium

OsteMatrix membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan. 


Memandangkan bulan ni ada offer Ostematrix, maka rebutlah peluang penjimatan ini. Hubungi saya untuk special price ya ;)


** Semua testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan. 

Boleh hubungi saya melalui:

sms/whatsApp: 012-289 7359
emel: ainihayati[at]gmail.com
fb: Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...