Followers

Tuesday, February 26, 2013

Offer Omegaguard Shaklee Tinggal 3 Hari Saje Lagi! Nak DIET? Inilah masanya!

Assalamualaikum...

YA, tinggal 3 hari sahaja lagi untuk offer harga runtuh Omegaguard Shaklee!

Siapa yang nak perut lebih slim, inilah masa yang paling sesuai nak grab sebotol Omegaguard!





Inginkan harga istimewa? Hubungi saya segera!!

p/s: Lebih banyak kebaikan Omegaguard di sini ya!

** Semua testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan. 

Boleh hubungi saya melalui:

sms/whatsApp: 012-289 7359
emel: ainihayati[at]gmail.com
fb: Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412

Wednesday, February 20, 2013

Bagaimana Shaklee Omegaguard Membantu Atasi Asma/Lelah?

Assalamualaikum,

Penyakit asma atau lelah antara penyakit yang agak common dewasa ini di kalangan kanak-kanak. (Ini berdasarkan pengalaman saya sendiri). Seingat saya, masa zaman kanak-kanak dulu, tak ramai kawan yang menghidap asma ni. Tapi sekarang, memang kerap dengar anak kawan-kawan (termasuk anak saya sendiri) yang warded sebab bronchitis, atau terpaksa ambil neb sebab masalah radang saluran pernafasan. Ini MUNGKIN disebabkan faktor persekitaran yang banyak pencemaran serta gaya hidup dan amalan pemakan yang tidak sihat.

Menurut Wikipedia, penyakit asma atau lelah merupakan penyakit immunologi yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ini adalah kerana ketika pesakit diserang asma, keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam paru-paru menjadi sempit. Pesakit asma mungkin mengalami pernafasan bersiul (wheezing), sesak nafas, dan sukar untuk bersenam.


Ketika otot mengejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan. Apabila ini terjadi,paru-paru akan berkurangan udara. Akibatnya, pesakit boleh pengsan.

Pengambilan inhaler semasa serangan asma berlaku dapat melegakan pesakit. 


Namun, sampai bila pesakit terpaksa bergantung kepada inhaler semata-mata? Apakah cara terbaik untuk   mengatasi penyakit asma ini?

Bagaimanakah suplemen Omega-3 mampu mengatasi penyakit asma?

"Omega-3 fatty acids are known to reduce inflammation. Because asthma is a disease caused by airway inflammation that leads to airway hyper-responsiveness and airway narrowing, and because Eskimos, who eat large amounts of fish have a low rate of asthma, researchers theorized that fish oil might benefit asthma sufferers."

Sumber: LiveStrong


Terdapat kajian yang mendapati pengambilan asid lemak Omega-3 serba sedikit membantu mengatasi penyakit lelah. Asid lemak Omega-3 bersifat antiradang. Kerana itu ia sangat baik diambil oleh mereka yang mengalami masalah berkaitan keradangan, seperti asma (radang pernafasan), Artritis reumatoid, dan sebagainya.

Terdapat pelbagai sumber minyak ikan atau Omega-3 di pasaran. Yang mana satukah pilihan yang terbaik?


Omega Guard Shaklee adalah Omega-3 paling selamat kerana menjalani proses penyulingan proprietari 3 molekul yang mengekstrak Omega-3 yang tulen dan juga menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB.

Omega 3 Shaklee diekstrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk.


Selain itu, kandungan EPA & DHA dalam Omegaguard Shaklee adalah antara yang tertinggi berbanding brand lain di pasaran:



kredit: kioskvitamin

Jom baca apa kata ibu-ibu yang telah berikan Omegaguard Shaklee kepada anak mereka?

Sumber: MamaAtiyyah





Saya sendiri bagai tidak percaya yang Omegaguard Shaklee ini mampu menjadi 'rawatan semulajadi' kepada batuk2 kami sekeluarga. Kalau boleh, memang nak elakkan pengambilan ubat-ubatan yang mengandungi 'dadah'.. walaupun ia tidaklah bahaya dalam jangkamasa pendek.. Tapi kalau kerapkali diambil.. pasti ada risikonya. Dengan Omegaguard, insyaAllah, sikit demi sikit kita dapat perbaiki sistem imun tubuh dan kuranglah kebergantungan kepada ubatan klinik. 

Lekas rebut peluang penjimatan Omegaguard Shaklee sempena promo sepanjang Februari ini!!


Inginkan harga istimew? Hubungi saya segera!!

p/s: Lebih banyak kebaikan Omegaguard di sini ya!

** Semua testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan. 

Boleh hubungi saya melalui:

sms/whatsApp: 012-289 7359
emel: ainihayati[at]gmail.com
fb: Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412


Thursday, February 14, 2013

Fab Baby Bazaar - It's Back!!! Jemput datang beramai2!!

Assalamualaikum!

Jom kawan-kawan! Fab Baby Bazaar kembali lagi. Kali ni lebih meriah!
Lebih info dalam poster-poster di bawah ni ya.. 
Ada macam-macam program, contest, dan sudah tentunya pelbagai produk untuk ibu dan bayi!!
Jomlah datang.. Jumpa saya di sanaaaa!!



psstt.... Saya turut sponsor hadiah (consolation je) utk Fab Baby Look-alike Contest tau! :)



Datang jangan tak datang tau.. 
InsyaAllah, ada sesuatu yang ISTIMEWA untuk pelanggan yang berkunjung ke gerai saya ;) 

Wednesday, February 13, 2013

Period Pain? Cubalah GLA Complex Shaklee!

Assalamualaikum,

Saya kira saya adalah antara yang bertuah kerana tidak dilanda period pain @ senggugut setiap kali datang period. alhamdulillah.. Seingat saya, pernah sekali je seumur hidup saya, terpaksa lalui pengalaman pahit tersebut. Maka saya amatlah simpati kepada wanita di luar sana yang terpaksa melaluinya SETIAP BULAN!!

Ada pelbagai faktor yang menyumbang kepada gejala senggugut ini. Senggugut juga terbahagi kepada jenis-jenisnya.

Sumber: MyChibiBox


Jenis senggugut
Senggugut atau istilah perubatannya ialah dismenorea boleh dikategorikan kepada dua iaitu dismenorea primer dan dismenorea sekunder.

Jika anda mengalami senggugut sejak daripada awal kehadiran darah haid, anda tergolong dalam dismenorea primer. Dismenorea jenis ini tidak disebabkan oleh penyakit lain seperti ketumbuhan abnormal ataupun jangkitan. Doktor kamu mungkin tidak akan menjumpai apa-apa yang luar biasa pada tubuh kamu semasa pemeriksaan. Antara penyebabnya adalah ketidakseimbangan bahan kimia di dalam badan dan faktor genetik.

Dismenorea sekunder pula adalah golongan yang mengalami senggugut selepas 2 -3 tahun daripada kehadiran darah haid pertama. Golongan ini perlu berhati-hati dan mendapatkan rujukan doktor bagi rawatan lanjut. Sesetengahnya dapat diubati dengan mengambil pil penahan sakit. Kenapa berbahaya? Dismenorea jenis ini boleh disebabkan oleh faktor berikut
  • Ketumbuhan polips atau sista pada ovari atau uterus
  • Jangkitan
  • Radang Rongga Pelvis
  • Endometriosis
  • Penyakit usus seperti apendisitis
  • Kehamilan ektopia atau kehamilan di dalam tiub fallopio

Adalah terbaik jika anda dapatkan nasihat doktor jika mengalami senggugut yang teruk bagi mengenalpasti punca sebenar kesakitan anda.

Tahukah anda, pengambilan suplemen juga dapat membantu mengatasi masalah senggugut? Antara produk Shaklee yang dapat membantu ialah GLA Complex, selain Ostematrix.



Apakah kebaikan lain GLA Complex?


  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  • Membantu meningkatkan kesuburan - for those trying to conceive baby!
  • Melegakan PMS (sindrom pra-haid) - abdominal pain, breast pain
  • Membantu dalam menangani menopos
  • Menguatkan kuku dan rambut
  • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
  • Membantu menangani ekzema
  • Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
  • Menguatkan imuniti tubuh
  • Memperlahankan proses penuaan
  • Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
  • Mengawal kencing manis dan darah tinggi
  • Mengawal kolesterol
  • Untuk fungsi saraf


  • Lebih banyak info tentang GLA Complex di sini ya!

    Jika berminat untuk cuba GLA Complex mahupun mana-mana produk Shaklee, contactlah saya!


    ** Semua testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan. 

    Boleh hubungi saya melalui:

    sms/whatsApp: 012-289 7359
    emel: ainihayati[at]gmail.com
    fb: Aini Hayati Luey
    ID Shaklee: 852412

    Tips Meneran semasa Bersalin

    Assalamualaikum,

    Sebagai refresher course (buat saya) dan juga panduan buat ibu hamil lain, saya ingin kongsikan beberapa tips meneran dengan betul semasa nak bersalin.



    1) Teknik Pernafasan yang betul
    Teknik pernafasan yang betul adalah sangat penting. Ibu perlu tarik nafas sedalam yang mungkin sebelum meneran. Jangan 'curi' nafas semasa meneran kerana akan mengakibatkan kepala bayi masuk semula. Cara meneran adalah dengan menarik nafas sedalam-dalamnya dan teran dalam satu nafas panjang (tanpa 'mencuri' nafas). Oleh itu, ibu-ibu mengandung boleh mula buat latihan pernafasan dari sekarang. Tarik nafas dalam-dalam dan tahan nafas selama yang mungkin. ;)

    2) Jangan keluarkan suara semasa meneran
    Doktor dan nurse biasanya akan mengingatkan berkali-kali supaya jangan menjerit atau keluarkan suara semasa meneran. Kerana ini mengakibatkan tenaga kita dihabiskan pada 'suara' dan bukan pada proses meneran tersebut! Jadi, tutup mulut rapat-rapat dan teranlah sehabis daya!

    3) Posisi yang betul
    Dengan posisi berbaring (bukan betul-betul baring flat tetapi badan dinaikkan sikit dalam 45 darjah), buka kaki seluas-luasnya. Sesetengah hospital menyediakan tempat letak kaki khas. Apabila telah tiba masa untuk meneran, tundukkan kepala hingga dagu mencecah rapat pada dada, pandang ke arah perut sendiri dan pastikan punggung rapat pada katil! Jangan angkat punggung walaupun terasa sangat nak berbuat begitu! Ini kerana ia akan mengakibatkan koyak yang teruk pada bahagian 'tuut'.

    4) Teran pada masa yang betul



    Doktor atau nurse akan pastikan yang bukaan telah capai 10cm (rujuk gambarajah di atas) sebelum membenarkan ibu meneran. Dan teranlah apabila berlaku kontraksi. Jika bayi masih belum berjaya dikeluarkan, ibu perlu berehat di antara tempoh kontraksi dan teran lagi semasa kontraksi seterusnya!


    Tips tambahan:

    i. Apabila telah ada tanda-tanda untuk bersalin, isilah perut (sekurang-kurangnya sekeping roti dan secawan air milo) supaya ibu mempunyai tenaga untuk meneran. Proses melahirkan memerlukan banyak tenaga dan kudrat si ibu.

    ii. Mohonlah maaf daripada mak, ayah dan terutama sekali suami kita. Minta mereka doakan segalanya dipermudahkan dan selamat hendaknya.

    iii. Bacalah doa-doa seperti doa nabi Yunus, dan apa shj doa yang baik diamalkan sebagai hambaNya yang lemah, malah pada masa yang sama dapat 'distract' kita daripada kesakitan yang melanda.

    Semoga Allah ampunkan dosa kita dengan lahirnya zuriat kita ke dunia ini dan jadikan anak yang bakal dilahirkan anak yang soleh/solehah. Aminn..

    p/s: Untuk dapatkan suplemen Shaklee...

    Boleh hubungi saya melalui:

    sms/whatsApp: 012-289 7359
    emel: ainihayati[at]gmail.com
    fb: Aini Hayati Luey
    ID Shaklee: 852412

    Wednesday, February 6, 2013

    WW - yummy?


    easy peasy & yummy  !!

    Tuesday, February 5, 2013

    Omegaguard Shaklee bantu redakan Buasir??

    Sumber: wikipedia

    Apakah BUASIR?




    Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu tinggi tekanan dalam darah di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau 'memberi' dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya sewaktu meneran.

    Jenis-jenis Buasir

    Buasir dalaman

    Lazimnya, buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang getas dan menyebabkannya berdarah. Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku anda perlu mendapat bantuan perubatan, kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum.
    Buasir Luaran
    Buasir jenis inilah yang selalu kita dengar mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit. Gejala-gejala beginilah yang menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan. Apabila sahaja salur darah vena rektum teregang atau memberi dan terjadinya buasir adalah sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. Buasir ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang dahulunya.
    Faktor Risiko dan Penyebab Utama
    • Sentiasa duduk
    • Meneran (ketika najis keras atau sembelit)
    • Cirit-birit
    • Duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama
    • Batuk yang teruk
    • Bersalin
    • Mengangkat berat
    • Pengamalan seks melalui dubur oleh golongan heteroseksual dan homoseksual.
    • Mempunyai ahli keluarga yang mengalami buasir

    Tanda-tanda dan gejala

    Gumpalan lembut atau gumpalan-gumpalan boleh dirasai sekitar bahagian dubur. Rasa gatal atau pedih di sekitar dubur.Pendarahan, titisan darah merah cerah terutamanya selepas atau semasa membuang air besar diikuti rasa perit dan sakit

    Langkah Pencegahan

    Mengelak dari melakukan perkara-perkara di atas boleh mencegah anda dari buasir. Amalkan petua-petua berikut:
    • Jika pekerjaan anda memerlukan anda sentiasa duduk, sekali-sekala anda perlu bangun dan berjalan-jalan sekurang-kurangnya 5 minit setiap jam. Bergerak-geraklah di kerusi anda supaya dapat mengelakkan tekanan langsung dari rektum.
    • Hembuskan nafas keluar apabila anda ketegangan atau ketika mengangkat sesuatu. Jangan menahan nafas anda.
    • Dapatkan rawatan awal untuk mengawal batuk, cirit-birit dan sembelit anda kerana buasir selalunya terjadi selepas masalah ini berpanjangan.
    • Jadikan sebagai satu peraturan: Jangan membaca atau berehat-rehat di dalam tandas. Jika pergerakan usus anda mengambil masa lebih dari 3-5 minit, ada sesuatu yang tidak kena. Jika anda ingin menghindari diri dari buasir, amalkan tabiat membuang air besar yang baik. Pastikan najis anda sentiasa lembut.
    Jika langkah-langkah ini gagal anda perlu bertindak segera. Sembelit merupakan satu keadaan di mana pada waktu pagi keadaannya adalah sederhana tetapi apabila menjelang malam ia boleh menjadi amat mengazabkan.

    Risiko Buasir semasa Hamil
    Sumber: BabyCenter
    Walaupun buasir adalah perkara biasa dalam kehamilan, ia boleh dielakkan. Cara terbaik ialah dengan memastikan anda tidak sembelit, supaya apabila anda membuang air besar, ia berjalan lancar dan mudah. 

    Tip-tip berikut akan membantu anda:
    • Makan makanan yang berserat tinggi termasuk roti dan pasta bijirin penuh, nasi beras perang dan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran.
    • Minum di antara enam dan lapan gelas air sehari supaya anda tidak ternyahhidrat.
    • Cuba bersenam dengan kerap walaupun anda hanya mempunyai masa dan tenaga yang cukup sekadar untuk berjalan.
    • Pergi ke tandas sebaik sahaja anda terasa hendak membuang air. Jika anda tunggu, najis anda akan jadi keras dan kering.
    • Cuba naikkan kaki ke atas bangku semasa anda membuang air besar. Ini boleh membantu meluaskan ruang untuk najis keluar.
    • Jika anda masih sembelit selepas mencuba tip-tip di atas, anda boleh minta pakar obstetrik anda untuk mempriskripsikan julap yang selamat diambil semasa hamil. 
    Membuat senaman lantai pelvis setiap hari boleh membantu mengelakkan buasir daripada berlaku. Senaman ini meningkatkan peredaran darah di sekitar kawasan dubur dan menguatkan otot-otot dalam faraj dan perineum (bahagian di antara faraj dan dubur). Senaman tersebut juga boleh membantu semasa proses bersalin dan mempercepatkan proses pemulihan selepas bersalin. 

    Anda juga mungkin mendapati tip-tip mengelakkan urat simpul (vena varikos) ini berguna. 

    Bagaimanakah saya boleh merawat buasir?

    • Kaedah di atas akan membantu anda mengurangkan buasir. Tetapi anda mungkin perlu mencuba kaedah lain juga:
    • Mandi air panas untuk mengurangkan kegatalan dan sakit. Elakkan dari menggaru tempat yang gatal kerana ini hanya akan membuatkannya lebih teruk.
    • Gunakan tekanan sejuk seperti pek ais untuk melegakan kesakitan di sekitar dubur dan mengurangkan bengkak.
    • Bersihkan tempat yang terjejas dengan lembut dan menyeluruh selepas anda membuang air besar. Selepas mencuci, lap dengan tuala lembut atau tisu tandas yang lembut untuk mengeringkannya. Gunakan tisu tandas putih yang tidak mempunyai bau.
    • Cuba tolak masuk buasir yang terkeluar itu secara perlahan-lahan menggunakan jari yang bersih apabila anda mandi.
    Cadangan suplemen Shaklee:
    Ostematrix

    Ostematrix ialah sumber kalsium-magnesium yang dilengkapi dengan vitamin D yang mana apabila bergabung, dapat membantu pergerakan otot usus dengan lebih lancar. Kerana itulah mereka yang mengamalkan ostematrix akan mendapati sistem penghadaman mereka sangat lawas!

    Vitamin C atau Zinc Complex

    Vitamin C dan zinc complex membantu penyembuhan luka akibat buasir dengan baik. Seandainya ibu mengandung mengalami buasir, disyorkan utk amalkan vitamin C. Selain drp ibu mengandung, bolehlah ambil zinc complex untuk bantu penyembuhan luka dengan cepat.

    Omegaguard
    Omegaguard membantu mengecutkan otot usus yang membengkak, atau buasir.


    Alhamdulillah, ibu ini tidak lagi menderita dengan buasir. Cegah sebelum parah. ;)

    Lekas rebut peluang penjimatan Omegaguard Shaklee sempena promo sepanjang Februari ini!!


    Inginkan harga istimew? Hubungi saya segera!!

    p/s: Lebih banyak kebaikan Omegaguard di sini ya!
    ** Semua testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan. 

    Boleh hubungi saya melalui:


    sms/whatsApp: 012-289 7359
    emel: ainihayati[at]gmail.com
    fb: Aini Hayati Luey
    ID Shaklee: 852412

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...