Followers

Thursday, January 31, 2013

"Di mana ada keazaman n tekad...in sha Allah BOLEH!!! TQ Shaklee..."

Ini bukan saya yang kata ya, tapi seorang ibu yang telah membuat stok EBM seperti dalam gambar di bawah ni:

Kagum saya dengan keazaman dan usaha ibu ini. Alhamdulillah, rezeki baby puan Amy Sherynna. Tapi, kena ingat ya. REZEKI TAK DATANG BERGOLEK! Kalau tak dipecahkan ruyongnya, manakan dapat sagunya. 

Mungkin bukan semua ibu perlukan suplemen sepanjang tempoh penyusuan. Tak kurang yang saya kenal , mampu mengadakan stok susu sebanyak ini tanpa bantuan suplemen pun. Namun, hakikatnya, hanya kita yang tahu kemampuan diri dan hanya kita sahaja yang kenal diri kita sendiri. Adakah kita mendapat zat yang secukupnya daripada pemakanan harian? Atau sekadar 'kenyang' perut semata-mata, zat dan khasiat ke laut. 

Berlaku adillah kepada badan yang dikurniakan Allah ini.. Peliharalah dan jagalah kesihatan sebelum sakit menjengah. Jika rasa-rasa tak dapat penuhi keperluan zat tubuh dgn pemakanan yang seimbang, berikanlah makanan tambahan bagi memenuhi ruang-ruang kosong zat dalam tubuh kita. Kalau berkemampuan, dapatkanlah yang berkualiti.. Tak rugi pun, selain diri kita sendiri, anak yang kita susui juga mendapat manfaatnya. Bukan itu sahaja, badan yang sihat terbukti mampu menghasilkan susu dengan lebih lancar!

Untuk lebih info tentang set Triple M boleh baca di sini.

** Semua testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan. 

Kalau ada yang kurang jelas dan nak tahu lebih lanjut, boleh hubungi saya melalui:

sms/whatsApp: 012-289 7359
emel: ainihayati[at]gmail.com
fb: Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412


Checklist Keperluan untuk ke Hospital

Checklist barang saya ni mungkin berbeza bagi yang bersalin di hospital swasta dan kerajaan. Senarai saya ni berdasarkan pengalaman saya sendiri semasa melahirkan ketiga-tiga anak sebelum ni.. Dan insyaAllah akan bersalin di hospital yang sama, Pusat Rawatan Az-Zahrah, BBB. Biasa swasta dah sediakan kebanyakan kelengkapan ibu dan bayi. Untuk bayi maybe tak banyak yg kena bawak, just untuk persediaan keluar dari hospital. So tuala mandi dll tak perlu bawa dah. Oh ya.. pengalaman saya sebelum ni, bersalin normal dan biasa stay hospital untuk 1 malam sahaja. Sebab tu tak byk sangat barang yg perlu dibawah.. baju sehelai dah cukup :)




Senarai Keperluan Ibu di Hospital

air selusuh
minyak selusuh
1 helai tuala mandi
1 helai tuala muka
5 keping maternity pad
5 helai disposable panties
deodorant
1 pasang stokin
2 helai nursing bra
1 helai kain batik
1 pasang nursing attire untuk balik rumah (maxi zip depan)
1 helai tudung
sweater
toiletries (ubat gigi, berus gigi, sabun mandi, shampu, facial cleanser)
sikat
getah rambut
handphone & charger
buku check up
suplemen (b complex, vitalea, ostematrix, zinc, esp)
5 sachet susu kambing (takut baby kuning & kena stay kat spital)
herbal blend cream (dok dalam aircond nanti kulit kering ;p)
breastpump (in case baby jenis tak kuat nyusu, kena keep the demand on)
botol susu untuk simpan EBM

Senarai keperluan bayi di hospital

1 helai selimut
5 helai diapers
2 helai baju lengan pendek, butang depan
2 pasang seluar panjang
2 pasang sarung kaki dan sarung tangan
2 helai topi kepala

Hope senarai ni sedikit sebanyak membantu ibu-ibu yang bakal bersalin untuk buat persediaan. Kalau rasa ada benda pentng lain yang tertinggal, bolehlah komen ya! TQ

Untuk dapatkan suplemen Shaklee, boleh hubungi saya melalui:

sms/whatsApp: 012-289 7359
emel: ainihayati[at]gmail.com
fb: Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412


Wednesday, January 30, 2013

Dapatkan Rehat yang Secukupnya Selepas Bersalin





Proses melahirkan sememangya memenatkan. Tidak kiralah sama ada melahirkan secara normal, mahupun secara caesarian. Disebabkan itu, ibu yang baru melahirkan perlu mendapatkan rehat yang secukupnya supaya badan dapat pulih dan sihat seperti sediakala. Manfaatkan tempoh berpantang dengan sebaik-baiknya dengan amalan pemakanan yang sihat, penjagaan luka bersalin dengan baik serta mendapatkan rehat yang cukup. Namun, kehadiran si kecil yang turut memerlukan perhatian, mungkin menyukarkan si ibu berpantang dengan baik. Di sinilah suami serta ahli keluarga lain perlu memainkan peranannya. Bantuan dan sokongan penuh mereka sangat-sangat diperlukan untuk mengelakkan ibu daripada stress atau istilah popularnya 'gila meroyan'!

Jaga Emosi

Kesihatan emosi ibu sewaktu berpantang tidak boleh dipandang remeh. Terutamanya bagi first-time mommies, kehadiran ahli baru bermakna rutin hidup yang baru! Sungguhpun ibu telah banyak membaca sebagai persediaan menghadapi rutin baru ini, ia mungkin berbeza apabila berhadapan dengan situasi sebenar. Tunjuk ajar serta pertolongan ibu atau ibu mertua sangat diperlukan ketika ini. Sokongan dan bantuan suami sendiri pastinya sangat membantu dalam mengendalikan si kecil. Emosi yang stabil juga penting untuk memastikan penghasilan susu ibu tidak terganggu dan proses penyusuan dapat berlangsung dengan baik sekali. 

Makanan berkhasiat

Selain rehat yang cukup, aspek pemakanan juga perlu dijaga. Pengambilan makanan yang berkhasiat pada minggu-minggu awal selepas bersalin penting untuk mengembalikan kecergasan diri dan menyembuhkan luka. Selain makanan, ibu dalam pantang turut disarankan agar minum banyak air bagi menggantikan cecair yang hilang dari tubuh dan membekalkan susu yang mencukupi untuk bayi.  Usah risau tentang kepercayaan orang tua-tua bahawa ibu yang dalam pantang tak boleh minum air banyak. Tipsnya adalah, minum dengan amaun yang sedikit, tetapi kerap.. InsyaAllah baik untuk badan. 


Beberapa TIPS Untuk Elakkan Stress semasa dalam Pantang
Sumber : LifeRelax
  1. Tidur – “Curi” sedikit masa untuk tidur. Paling tidak cukuplah sekadar berbaring sambil melelapkan mata biarpun hanya untuk beberapa minit.
  2. Lupakan Kesempurnaan – Ibu yang terlalu mementingkan kesempurnaan amat mudah mengalami kemurungan. Jadi berilah peluang kepada diri untuk menjadi orang yang tidak terlalu sempurna.
  3. Berkongsi Dengan Ibu Lain – Sertai forum menerusi laman web untuk berkongsi pengalaman dan rahsia menjaga anak-anak. Anda dapat meluahkan perasaan di samping belajar daripada merkea yang lain yang pastinya berhadapan masalah yang sama.
  4. Ruang Untuk Diri – Dapatkan bantuan suami dan ahli keluarga untuk memastikan anda dapat bernafas. Berehat sebentar sekurang-kurangnya 15 minit sehari dapat mengurangkan tekanan. Gunakan masa tersebut dengan dengan membaca, bersenam, mandi ataupun melakukan meditasi.
  5. Banyakkan Bergerak – Amalan ini perlu kerap dilakukan. Kajian menyatakan ibu yang memang aktif melakukan senaman, amat kurang melalui kemurungan berbanding mereka yang jarang bersenam.
  6. Makan – Pastikan anda kerap makan dalam kuantiti yang kecil. Anda digalakkan mengambil minuman panas yang manis.
  7. Diari– Setiap hari catat emosi dan perasaan anda di dalam diari atau blog terutamanya apabila anda sedang mengalami kemurungan. Apabila tidak lagi murung, baca semula catatan yang anda buat. Pasti ia dapat membantu perasaan anda menjadi lebih baik.

Suplemen untuk pulihkan luka serta tenaga
Terdapat pelbagai set bersalin yang dijual di pasaran. Buatlah pilihan yang bijak, supaya tidak berlaku pembaziran, dan tidak memudaratkan diri dan bayi yang disusui. Kebanyakan set bersalin yang di pasaran memang sangat bagus untuk si ibu memulihkan tenaga dan mengembalikan badan ke bentuk asal. Namun ada sesetengah yang tidak sesuai diambil pada awal kelahiran kerana 'panas' untuk bayi. 

Di sinilah Set Berpantang Shaklee mempunyai kelebihannya:
  • Selamat diambil sejurus selepas melahirkan.
  • Selamat diambil walaupun baby menghidapi demam kuning /jaundis.
  • Tidak memberi kesan 'panas' kepada bayi.
  • Selamat dan melancarkan proses penyusuan.
  • Mengandungi Zinc Complex yang berfungsi seperti ikan haruan, membantu pemulihan luka luaran dan dalaman dengan lebih cepat.
  • Mengandungi Multivitamin yang dapat membantu memberi tenaga kepada ibu.
  • Mengandungi B Complex yang bertindak sebagai anti-stress dan mengelakkan gila meroyan.
  • Mengandungi Vitamin C yang juga bagus untuk bantu proses baikpulih luka dan memudarkan parut.
Tak kurang juga ibu-ibu yang menambah ESP dan Ostematrix sebagai suplemen sepanjang berpantang kerana khasiatnya untuk penyusuan selain Ostematrix bagus untuk mengelakkan sembelit.

Jom baca pengalaman seorang ibu yang mengamalkan Shaklee sewaktu berpantang:
Ibu-ibu seharusnya enjoy kehadiran ahli baru dalam keluarga dan cuba atasi setiap cabaran dan dugaan dengan bijak supaya tidak stress. Moga kita semua mampu menjadi ibu yang penyayang, prihatin dan bertanggungjawab! 



** Semua testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan. 

Boleh hubungi saya melalui:


sms/whatsApp: 012-289 7359
emel: ainihayati[at]gmail.com
fb: Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412



Wednesday, January 23, 2013

Bfeeding - An Inspiring Story: Never Ever Give up!

Assalamualaikum,

Pagi ni saya terbaca pengalaman seorang ibu menyusu di Kump. Ibu2 Menyusukan (KIM). Dan saya rasa sungguh terharu dan insaf. Jikalau saya yang diuji sebegitu rupa, saya mungkin tidak setabah Puan Amalia. Saya bersyukur dikurniakan susu badan di awal kelahiran bayi-bayi saya. Walaupun macam tak nampak ada susu right after delivery, tapi bila tengok si kecik nyut nyut tu.. saya yakin jugalah ada 1-2 titis kolostrum.. Dan masuk hari ke-3 biasanya barulah susu saya betul2 come-in. Itu pun kena nekad & tanamkan dalam kepala susu aku ada.. susu aku ada.. selain urut-urut kat belikat, kerapkan bagi nenen... 

Semoga kisah ibu ini menjadi tauladan dan pembakar semangat kepada ibu lain di luar sana, bahawasanya susu ibu MEMANG ADA! Tapi kita kena USAHA untuk adakan kalau nampak macam tak ada! Bukan senang nak senang... OK! Happy reading! =)

p.s: Untuk makluman, Puan Amalia memang tidak mengambil sebarang suplemen sepanjang penyusuan. Dan sebagai disclaimer, ini bukan untuk tujuan promosi produk penyusuan ya. Semata-mata sebagai pembakar semangat. Tips drp beliau, kerapkan mengepam (baby takmo direct feed) dan BANYAAKKK minum air masak ;)






Tuesday, January 22, 2013

Info Sihat: Tomato Ubati Kesedihan dan kemurungan


Assalamualaikum,

Tomato antara sayur yang menjadi kegemaran saya. Masih ingat lagi masa di U, saya belajar daripada sorang kawan.. makan sebiji tomato sebagai ulaman bersama nasi. Ngam sangat bila makan dengan nasi panas-panas, lauk masak lemak & sambal. Ngap macam tu je. Tak yah potong2.. hoho.. 

Memang banyak sangat khasiat tomato ni. Kalau nak tau, salah satunya ialah sebagai anti-stress atau anti kemurungan! 



Sumber


Januari 2013


Beijing: Amalan memakan tomato sekurang-kurangnya sebiji sehari boleh membantu mengubati kesedihan dan mengurangkan kemurungan sehingga 52%, lapor satu kajian.

Penyelidik dari Universiti Perubatan Tianjin Dr Kaijun Niu, berkata, kajian yang dijalankan mendapati tomato memberikan kesan yang hebat untuk mengatasi kemurungan.

Sayuran ini dipenuhi lycopene yang mampu mengurangkan ketegangan dan memberi perlindungan kepada beberapa penyakit kronik seperti serangan jantung dan barah kepada mereka yang mengamalkannya.





Ramai orang mengamalkan makan salad dan menyangka sayuran ini banyak khasiat tetapi tomato mempunyai kandungan bahan yang jauh lebih hebat untuk membantu mengekalkan kesihatan, katanya.

Kaijun berkata walaupun sebab sebenar tidak dapat dijelaskan, penyelidikan kesihatan mental ke atas 1,000 responden berusia 70 tahun di Jepun mendapati, mereka yang makan sekurang-kurangnya 2 biji tomato seminggu hidup lebih gembira berbanding kelompok yang tidak mengamalkannya - Agensi.

Selain itu, pengambilan suplemen seperti B Complex juga membantu mengatasi stress. 


Apakah kandungan B Complex yang mampu mengatasi stress?


Sumber: ehow 

  • B-vitamins are water-soluble vitamins that play an important role in immune and nervous system function, cell growth, energy production, the metabolism of fats and carbohydrates, normal growth and development, mental health and stress.
    A B-complex vitamin is comprised of eight essential B vitamins and several related substances. The eight vitamins are vitamin B1 (thiamine), vitamin B2 (riboflavin), vitamin B3 (niacin), vitamin B5 (pantothenic acid), vitamin B6 (pyridoxine), vitamin B7 (biotin), vitamin B9 (folic acid), and vitamin B12 (cyanocobalamin). The three substances are inositol, choline, and para-aminobenzoic acid.

    Pantothenic acid plays an important role in relieving stress. Often referred to as the "anti-stress vitamin," vitamin B5 is critical to the manufacture of stress-related hormones produced in the adrenal glands
  • Vitamin B6 is a positive influence on the production of the brain chemical serotonin. Changes in serotonin levels can alter the mood and affect a person's ability to cope with stress.
    Thiamine, riboflavin, and niacin in B Complex are helpful in dealing with physical stress. These vitamins are often recommended to help acute stress associated with surgery and injuries. B vitamins play a vital part in energy metabolism.

    Choline and inositol offer a calming effect that can be helpful in dealing with stress.

B Complex shaklee adalah lengkap dengan kesemua 8 vitamin B yang diperlukan tubuh. Ia juga adalah daripada sumber asli.


B Complex Shaklee - B yang Lengkap dan Seimbang



B Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.

•    B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga.*


•    Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel  darah merah di dalam tubuh.  Jumlah asid folik yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg.*

Sumber: Shaklee

** Semua testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan. 

Boleh hubungi saya melalui:


sms/whatsApp: 012-289 7359
emel: ainihayati[at]gmail.com
fb: Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412

Sunday, January 20, 2013

Khasiat ESP Shaklee, terutamanya buat Ibu Mengandung

Assalamualaikum,

ESP adalah best-seller product di Shaklee. Kalau tidak, masa kan ia boleh kehabisan stok seluruh Malaysia semasa promosi harga runtuh 2 bulan lepas! Ramai yang ambil kesempatan memborong ESP kerana tahu khasiatnya yang bukan sahaja baik untuk ibu menyusu, malah untuk kecantikan, tenaga dan banyak lagi. Memandangkan sebelum ni saya dah pernah story tentang khasiat dan kebaikan ESP Shaklee, jadi entri kali ni saya nak fokus kebaikan ESP khusus kepada ibu hamil (maklum la, i kan tengah preggy. hehe..)


Khasiat ESP - baik untuk ibu dan baby!

Tahukah anda, diet yang cukup dgn sumber protein kepada ibu mengandung adalah hampir WAJIB?! Mengapa?? Apakah kepentingan protein kepada si ibu dan bayi yang dikandung?

  1. Protein penting untuk perkembangan otak bayi. Otak bayi mula berkembang seawal persenyawaan berlaku lagi! Seperti yang kita tahu, otak manusia terdiri daripada sel dan sel pula dihasilkan daripada PROTEIN! Maka adalah penting untuk ibu mendapatkan protein berkualti tinggi dari saat ibu tahu telah berbadan dua, bagi memastikan perkembangan otak bayi berlaku dgn baik sekali.
  2. Protein sangat penting untuk pembentukan otot. Selain membantu dalam proses kelahiran, protein juga diperlukan untuk membina otot bayi. Tanpa disedari, ibu hamil biasanya kehilangan otot akibat kurang senaman dan pergerakan. Dengan pengambilan protein yang mencukupi, ibu dapat mengurangkan kehilangan otot ini.
  3.  Protein membantu meningkatkan sistem imun badan si ibu. Ramai yang tidak tahu, selain vitamin C, protein juga sangat bagus untuk menguatkan imuniti kita. Malah, protein lebih mudah dicerna oleh ibu hamil dan bayi yang dikandung.
Sekarang kita dah pun tahu kepentingan PROTEIN kepada ibu mengandung. Ada banyak sumber protein yang boleh diperolehi drp pemakanan kita, contohnya daging seperti ayam, lembu, kambing.. Kekacang, telur, tempe juga tinggi kandungan proteinnya. Namun sumber protein drp haiwan tak elok diambil dlm kuantiti yg banyak disebabkan kandungan lemak yg tinggi. Selain tu, cara memasak juga selalunya menghapuskan khasiat yang terkandung dalam makanan kita. Ini kerana protein mudah rosak jika diproses dengan suhu yang tinggi.

Sebagai alternatif, ibu boleh dapatkan sumber PROTEIN yang bermutu tinggi daripada ESP Shaklee. Apakah kelebihan dan keunikan ESP Shaklee ini yang membuatkan ia sumber protein terbaik ?

Memang banyak minuman berasaskan soya di pasaran. Namun, apa yang membuat ESP Shaklee antara yang terbaik? Boleh baca 7 kriteria dalam memilih protein soya terbaik di sini untuk bantu anda buat pilihan terbaik. Tentunya ESP Shaklee memenuhi kesemua kriteria ini.

Untuk lebih banyak info tentang ESP, boleh baca di sini.


  • Energizing Soy Protein ini membekalkan 14 gram non-GMO Protein Soya berkualiti tinggi yang mengandungi semua Asid Amino Perlu termasuk 9 Asid Amino Perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia.
  • Energizing Soy Protein membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam selepas diminum kerana iamengandungi 5 jenis Vitamin B yang diperlukan tubuh, serta Kalsium separuh daripada jumlah keperluan seharian
  • Isofalvones pula meningkatkan fungsi jantung, tulang, payudara dan prostat. Kajian juga menunjukkan soya dapat membantu mengimbangi kitaran hormon semasa proses menopaus.
  • Energizing Soy Protein ini dihasilkan dibawah kawalan IPP (Identity Preservation Program) bermakna penghasilan kacang soya ini dipantau ketat pada setiap peringkat dari penanaman sehinggalah sampai kepada pengguna.
  • Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones
  • Dijamin Halal. Tanpa Laktos, kolesterol dan bebas kafein.



Antara lain khasiat ESP Shaklee kepada ibu hamil:
  1. Membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah
  2. Memberi tenaga berpanjangan kepada si ibu
  3. Memastikan kesihatan ibu di tahap optimum
  4. Membantu perkembangan fetus
  5. Membantu mengatasi masalah loya atau angin kerana dapat memberi rasa kenyang lebih lama
  6. Membantu menjadikan kulit bayi yang bakal dilahirkan halus, cantik dan kurang sensitif.

Walaupun ramai pakar mengatakan yang soya sangat bagus untuk dapatkan kulit baby yang sihat, cantik & halus (bukan putih ya), tapi kita juga biasa dengar 'suara-suara sumbang' mengatakan perkara sebaliknya. Ada yang kata pengambilan soya semasa hamil boleh mengakibatkan kulit baby jadi terlalu sensitif (???!!) - well, saya tak salahkan anda.. Sebab saya pun terpengaruh dgn kata-kata sini itu sebelum saya mengenali ESP Shaklee ;)

Ya.. kenyataan itu mungkin benar bagi air soya biasa. Namun, tidak dengan ESP Shaklee. Ini kerana ESP Shaklee diperbuat daripada soya non-GMO yang diproses dengan kaedah berteknologi tinggi bagi memastikan khasiat soya itu sendiri terpelihara, dan lengkap dengan kesemua 9 asid amino yang diperlukan untuk fungsi badan. Air soya biasa mungkin tidak lengkap dengan 9 asid amino ini yang mana kesannya, khasiat protein soya itu tidak dapat memberi manfaat sepatutnya kpd badan.


Khasiat ESP ini telah terbukti dan diakui sendiri oleh ibu-ibu yang konsisten mengambilnya sewaktu hamil. Ini antara testimoni yang dapat dikongsikan:

"Kulit baby cantek... My baby boy dah 5 bulan, tapi kulitnya masih tulus mulus mcm newborn... Tak tau laa kalau dah lasak nnt akan berparut pula... Untuk mommy pula, of course beri tenaga, cantikkan kulit & beri sumber protein secukupnya untuk bayi di dalam kandungan..." 
~ Pn. Arnie

"kulit baby sya bersih n takde ruam2 wpun bdn dia smgt. sya consume masa preggy smpi la hari ni. skrg baby sya dh 4 bln." 

~ Pn. CT Shamin

"alhamdulilah kulit bby sy cantik n tiada masalah sgt....sy start ambil esp mse kndungan 5 bln smpai skrg bby nk msuk 4 bulan....kulit mamanye pn lembut...papa yg tegur..x tipu tau....hehehhehe...." 
~ Pn. Eyna 


Siapa yang tak teruja bila baca pengakuan ikhlas ibu-ibu ini kan.. Jika berminat mencuba ESP mahupun sebarang suplemen Shaklee, boleh dapatkan daripada saya.

P/s: Selain ESP, terdapat juga set kehamilan yang tidak kurang hebatnya ;)

** Semua testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan. 

Thanks to: Adaa

Boleh hubungi saya melalui:


sms/whatsApp: 012-289 7359
emel: ainihayati[at]gmail.com
fb: Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412



Friday, January 18, 2013

Pengalaman yang Best di Fab Baby Bazaar, Publika


Assalamualaikum!

Alhamdulillah, pengalaman membuka booth di Fab Baby Bazaar pada Ahad lepas sesungguhnya satu pengalaman yang tak dapat dilupakan. Alamak macam ayat karangan darjah 6 jer ;p Tapi betul, seronok! Crowd not bad, event pun agak happening dengan pelbagai acara yang dirancang oleh organizer, Fab Event. Ada colouring contest, cute baby contest, pop quiz by littlekids.. macam-macam lah... 

Selain tu, dapat juga berkenalan & networking dengan exhibitors lain. Mana la tau, lepas ni nak beli kelengkapan baby boleh dapat special discount kan. haha.. Antara lain yang bukak booth, Fashgasm Lines (booth sebelah kitorang), littlekids, BB luvs Me, Unequeen (produk Ekin & Mawi).. hmm banyak lagi.. kena cek balik biz cards yang dicollect kat rumah :p

Ok la.. panjang lak intro.. oh ya, saya share booth dgn downline saya, Adzah Adam.. Sapa yang kat area Bangi, Kajang, Serdang & Balakong tu.. nak COD Shaklee boleh contact Adzah ya. (012-2923994).

Ni flyers yang kitorang edarkan sepanjang Bazaar berlangsung. Tak boleh edar kat luar dari area Bazaar... 


Actually pagi Ahad tu hujan lebat kan... Tapak Bazaar ni kat bahagian outdoor (The Square, Publika) Bazaar start kol 10 pagi, konon nak sampai kol 8.30 set up booth. Tapi Adzah sampai dulu.. tu pun dah kol 9, sorang pun takde lagi haha.. Hujan masih renyai2.. nak set up booth pun serba salah.. Saya sampai kol 9.40 camtu ramai la exhibitors pun baru sampai. Alhamdulillah hujan semakin reda, so semua dah mula set up booth... 


Ni booth kitorang... Booth kitorang agak tersorok kot. So orang tak perasan sangat apa yang kitorang jual. (Tu pun mujur Adzah n husband dia ada inisiatif cari meja kecik warna biru tu untuk display produk depan meja.) Kena diri kat depan booth n jemput orang singgah.. introduce jual apa. Baru orang perasan jual Shaklee.. hehe.. lagipun maybe sebab kitorang takde bunting or banner besar tulis Shaklee.. So, kena take note utk sediakan bunting or small banner next time!

Mawi & Ekin ada buka booth, so memang dari pagi dorang dah ada kat Bazaar. Petang sikit baru lah artis-artis lain start datang.. Untuk meriahkan launching kot. So sempatlah tarik Irma Hasmie bergambar dgn my cute niece yang muncung je ni. hehe...

Irma nanti nak beli Shaklee untuk breastfeeding contact la saya ya!



Kebetulan time Irma sampai Bazaar, adik ipar saya pun sampai juga.. Dia ada nak tumpang letak pretzel untuk jual kat booth saya. Bila Irma round booth, apa lagi.. kitorang pun standby la kat depan booth nak bagi sample pretzel. Amboi Irma, siap bersuap-suap lagi dgn hubby dia. Hehe... Rezeki baby, adik ipar saya bagi sekotak FREE kat Irma hehe.. saya pun amik kesempatan la sumbat segala pamphlets dalam paperbag. hehe..

Irma n hubby merasa sampel Pretz'o sambi study biz card. hehe

Amende tah si Lily ni explain kat couple ni..

YES! Tak melepaskan peluang bergambar.. I is pemalu... tak berani nak diri rapat-rapat dgn husband Irma. hehe.. Ada tiang la pulak tengah tu.



Ya, Dato' Fazley pun ada kat Bazaar! Beliau yang launch Fab Baby Bazaar petang tu. Sebelum launching, beliau round booth dulu. Bila rasa sampel Pretz'O ni, terus nak beli 2 kotak! hehe... Bagusnya.. sangat supportive! Dia kata sedapppp... siap tanya macam mana buat lagi. Maklumlah, pemenang Masterchef Celebrity. Mesti dia minat bab-bab masakan & makanan ni. 


Inilah dia Pretz'O yang adik ipar saya jual tu.. Nanti saya buat special entry promo this product k. Sedap!

Harapnya ada rezeki untuk join next Fab Baby Bazaar. Dengarnya lokasi tak berapa jauh dari rumah saya. Katanya lebih happening daripada yang hari tu. Lebih grand. So, kita tunggu je lah ya. Hehehe...

Ingin dapatkan suplemen Shaklee?


Boleh hubungi saya melalui:

sms/whatsApp: 012-289 7359
emel: ainihayati[at]gmail.com
fb: Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412

Thursday, January 17, 2013

Tanda-tanda Kelahiran Semakin Hampir!!

Assalamualaikum,


Macam mana ibu-ibu tau yang it's really time to deliver? Apakah tanda-tanda yang ibu akan bersalin dalam masa terdekat? Bagi ibu yang ada pengalaman melahirkan, mungkin boleh agak yang it's TIME! Tapi bagi first time momies.. mungkin keliru dan tak pasti kan... Kadangkala rasa seakan perut mengeras ... adakah ia contraction atau brixton hicks sahaja? 

Pengalaman saya sendiri, anak pertama keluar tanda darah. Sehari selepas tarikh EDD masih ke ofis. Sebab takde rasa or keluar tanda-tanda nak bersalin. Sekali lepas breakfast, gi toilet tengok ada sikit stain. Bila tanya mak, mak kata pergi je lah jumpa doktor. Jumpa doktor tengok-tengok dah 3-4 cm kot. Alhamdulillah, petang lepas Asar selamat bersalin. Anak kedua dan ketiga, takde pula sebarang tanda macam anak first. Terus rasa contraction yang konsisten dan kerap (setiap 15 min mula-mula tu). Tak sampai 2 jam terus beranak! Cepat sangat.. alhamdulillah.. Rasa kelakar pun ada.. sebab masa anak kedua, start contraction setiap 15min dalam kol 5 pagi. Kol 5.45 pagi dok consider nak tunggu subuh dulu or terus gi klinik. Mujur mak suruh segera ke klinik... Sempat la subuh kat bilik wad in between contraction tu.. Pukul 7.20 call mak bagitau dah selamat bersalin. Tokojut omakkau. hehehe.. syukur alhamdulillah. Semoga kali ni pun dipermudahkan. Aminn.. 


Okaylah.. jom baca apa lagi tanda-tanda yang anda bakal bersalin tak lama lagi...




  • kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika tinggal jauh) Kontraksi adalah tanda awal dan isyarat yang paling penting yang menunjukkan sudah sampai masa untuk bersalin. sekiranya kontraksi sudah ada, cuba perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak diantaranya. Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten. sekiranya ia berlaku setiap 5 min secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian.
  • keluar air ketuban : Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Kebanyakkan wanita langsung tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah disaat-saat akhir proses bersalin. Yang kerapnya, doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin.
  • keluar darah dari vagina. : Di saat awal anda bakal melahirkan, selalunya terdapat lendir pekat bercampur darah keluar dari faraj, ini kerana pintu rahim mula membuka (Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10). Ia boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin.



  • Sakit Belakang : Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu tanda kelahiran. Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang.
  • Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Seakan ada 'ruang' di bawah rusuk.
  • Keluar lendir pekat seperti gam yang lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
  • Pengecutan otot rahim yang semakin kerap dan untuk tempoh yang lama.
  • Keluar lendir bercampur darah apabila pintu rahim mula membuka.

Sumber: saripetua, babycenter.

Ok mommies.. kalau dah masuk 7 bulan tu, bersedialah dengan beg dan kelengkapan yang perlu untuk bersalin ya... Nanti saya share pula senarai barang yang perlu disediakan untuk ke hospital ;)

Jom baca apa kata mommies yang telah mengambil Set Kehamilan Shaklee sepanjang mengandung.. klik sini ya. 

Ingin dapatkan suplemen Shaklee?


Boleh hubungi saya melalui:

sms/whatsApp: 012-289 7359
emel: ainihayati[at]gmail.com
fb: Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412





Wednesday, January 16, 2013

Bagaimana saya boleh jatuh cinta dgn Shaklee (sebagai suplemen & biz) ?

Assalamualaikum,

Kali ni saya nak buka cerita sikit macam mana saya mula-mula boleh jatuh hati dengan Shaklee. Ke dah pernah cerita? Ahh takpelah. Baru-baru dapat bonus memang macam ni. Seronok nak share haha..

Shaklee sebagai suplemen

Ok, honestly.. Dulu-dulu saya pernah diperkenalkan kepada produk Shaklee ni oleh seorang kawan. Tapi mungkin kerana tak kena cara dan gaya, tak terbuka hati nak mencuba pada ketika itu. Tapi mungkin juga dah jodoh saya dengan Shaklee, saya terjumpa sekali lagi dengan Shaklee sewaktu mencari penyelesaian kpd masalah susu drop waktu menyusukan Fikry dulu. Saya terjumpa dengan blog Anakkuwiraku dan mencuba set B (b complex, vitalea, vitamin c, alfalfa). Itupun selepas puas menggodeh blog tersebut dan rasa yakin untuk mencuba. Selepas 1-2 hari consume set B, saya dapati susu semakin pekat tapi tiada penambahan kuantiti. Tapi sebab saya dah membaca, saya tahu yang Shaklee bukanlah ubat yang memberikan hasil dalam sekelip mata. Ia suplemen dan ambil masa untuk serasi dengan badan, selain perlu banyakkan minum air masak dan kerapkan mengepam untuk hasil yang memuaskan. Alhamdulillah, dalam seminggu saya dapati pengeluaran susu badan bertambah sedikit demi sedikit. 

Shaklee sebagai Sumber Pendapatan

Tak lama lepas tu, blog Anakkuwiraku announce nak buat seminar untuk sesiapa yang berminat untuk berniaga. Saya ni adalah juga sikit-sikit darah berniaga tu. Memang dari kecik suka berangan berjual-beli barang. hehe.. So dalam hati terdetiklah untuk join seminar tersebut. Lagipun harganya sangat berpatutan. Bermula dari situ, terbukalah mata dan hati saya untuk menjadikan Shaklee sebagai sumber pendapatan! Mungkin bergantung juga kepada group yang anda join.. Tapi bawah Kak N (pengasas Euphoria), saya rasa ia sangat serasi dengan jiwa saya serta sesuai dengan status saya sebagai seorang ibu yang tak boleh tinggalkan rumah waktu malam untuk attend kelas dsb. Bermula Disember 2010 saya pun menjadi ahli Shaklee..

Boleh refer entri-entri lepas saya tentang kelebihan dan keseronokan berbisnes Shaklee di sini... 

Shaklee sebagai MLM

Pada asalnya saya bergerak sendiri. Sungguhpun Shaklee ini adalah syarikat MLM, tetapi tak mengapa jika anda lebih suka buat seorang diri. Tak perlu pening-peningkan kepala nak train downline dan sebagainya. Ramai yang saya kenal dalam group kami buat duit ribu-riban hasil usaha sendiri sahaja. (Walaupun training downline juga dikira sebagai 'usaha sendiri' ya ;))

Namun, semakin lama dalam bisnes ni, saya semakin nampak kelebihan mempunyai rangkaian sendiri, untuk jangkamasa panjang. Berkat tunjuk ajar serta mengamalkan tips-tips yang diberikan oleh upline saya, kini saya mempunyai rangkaian saya sendiri. Walaupun tak begitu besar, but I'm working on it! Bukan senang nak jadi leader ya! Sebab saya yakin, downline saya juga ingin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik, kerana itu mereka mengambil langkah berani untuk bersama-sama saya dalam bisnes Shaklee ini. Saya sendiri bukanlah terel sangat dan masih banyak yang perlu belajar. Malah saya turut belajar daripada downline saya kerana bagi saya, setiap daripada kita mempunyai kelebihan dan cara tersendiri. Tak salah belajar dan ambil mana yang baik. ;)

Antara tips yang boleh saya kongsikan, jika anda ingin berjaya dalam Shaklee ini (bagi saya):
  1. Banyakkan membaca kemudian bertanya jika kurang jelas.
  2. Dekati upline untuk pastikan anda berada di track yang betul. Kadang-kadang tak semua tips dikongsikan dengan semua downline, tapi bila ada yang bertanya barulah keluar tips-tips dan nasihat yang sangat berguna itu.
  3. Kadang-kadang nak mula tu yang susah. Tapi once dah mula, insyaAllah nak teruskan momentum tu tak sepayah nak memulakan.
  4. Kreatif!
  5. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan!

Ingin bersama-sama saya dan mereka ini dalam mengubah nasib anda dan keluarga?

Boleh hubungi saya melalui:

sms/whatsApp: 012-289 7359
emel: ainihayati[at]gmail.com
fb: Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412






Tuesday, January 15, 2013

Fab Baby Bazaar - Teaser!

Assalamualaikum!


Jeng jeng... Dua mak yong.. dua-dua pakai baju hitam lak tu.. Tapi sorang masih berdagu runcing, sorang lagi dah double chin. huhu... Nanti saya story-mory panjang pasal pengalaman buka booth kat Fab Baby Bazaar ya!! BESTT!!! 

Thursday, January 10, 2013

Perkembangan Bayi 25 Minggu


Alhamdulillah, kalau tak silap perkiraan saya, minggu ni masuk minggu ke-25 kandungan saya.. Mengikut ilustrasi Babycenter.com, beginilah lebih kurang keadaan baby dalam perut saya...

Jom baca apa perkembangan baby saya ni... 


Berat bayi anda sekarang hampir 1.5 paun / 660 gram dan panjangnya dari mercu kepala ke tumit lebih kurang 13.5 inci / 35 sentimeter. Dia membuat pergerakan bernafas tetapi tidak terdapat udara dalam paru-parunya setakat ini. Pada 26 minggu, skan otak fetus menunjukkan bayi memberi respon terhadap sentuhan. Jika anda menyuluh lampu ke arah abdomen anda, bayi anda akan memalingkan kepalanya, dan mengikut penyelidik, ini bermakna saraf optiknya sudah berfungsi. 

Semasa setiap lawatan antenatal, doktor anda akan mengambil tekanan darah anda dan melakukan ujian-ujian tertentu ke atas sampel air kencing anda. Dengan ini, keadaan-keadaan yang berkaitan dengan kehamilan seperti pra-eklampsia dan kencing manis dapat dikesan dan dirawat. 

Jari tangan anda, pergelangan tangan dan lengan mungkin terasa sakit-sakit dan kebas. Terowong karpus pada pergelangan tangan telah menjadi bengkak, sama seperti lain-lain tisu dalam badan anda. Saraf-saraf yang merentasi terowong itu sudah tersepit, menyebabkan tekanan yang dimanifestasikan sebagai sakit menyucuk atau membakar. Memakai pendakap boleh melegakan, begitu juga mengambil vitamin B6. Berbincanglah dengan doktor anda tentang lain-lain cara untuk menahan sakit. Dapatkan maklumat tentang pemulihan natural untuk jari kebas atau sakit. 

Semua dok tanya, dah tau ke baby boy or girl? Maklumlah, setakat ni dah 3 Abdul.. Tak apa lah, yang penting baby sihat dan sempurna, dan menjadi anak yang soleh/solehah :)


Tak sabar nak 'jumpa' baby esok... :)

Jika ibu-ibu berminat mendapatkan suplemen Shaklee semasa mengandung, mahupun menyusu, dsb boleh jumpa saya di booth kat Fab Baby Bazaar, Ahad ni di Publika, Dutamas :)

Boleh hubungi saya melalui:

sms/whatsApp: 012-289 7359
emel: ainihayati[at]gmail.com
fb: Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...