Followers

Tuesday, December 17, 2013

The Big Bad Wolf 2013 @ Mines

 Assalamualaikum.

Tercapai jugak hasrat ibu nak bawak anak-anak ke BBW. First time jejak kaki ke BBW. Seronok budak-budak tengok buku melambak-lambak.

Bertolak dari rumah kol 9.30 pagi Ahad. Bajet mesti dah penuh orang ni. Tapi takpelah, digagahi jua. Tapi alhamdulillah, dapat parking dekat dgn tangga yg terus menuju ke entrance BBW. Ketibaan pula disambut oleh staf BBW yang friendly.

Masuk je dalam dewan besar tu, terus cari bahagian kanak-kanak. Banyak jugak pilihan. Memang rambang mata dibuatnya!! Kebanyakan buku yang berkenan di hati bermula dari RM5- RM20. Ok la kan..

Si Along pulak yang over, tak bagi adik amik buku sesuka hati. Dah terbiasa kot ibu & ayah control jangan main ambil barang tanpa periksa harga. Hehe.. 

Siap bagitau Along, "Takpe, amik je nak buku mana pun. Seorang 5 buah buku!" Wah.. suka le tuu...


Fikry memang kesukaan dia pada tractors. Bila nampak ada sorang budak tu pegang buku ni.. Terus minta nak buku yg sama. Baiknya hati mak budak tu.. jumpa lagi satu buku ni terus diberikan pada Fikry. =)


Sempat la jugak snap 1-2 gambar kat pintu gerbang BBW on the way balik. Kat bahagian luar dewan pun boleh tahan jualan yang ada. Siap ada pameran kereta bagai.


Along & Faeq yang sporting bagi pose.

Cari buku Robert Kiyosaki yang lain takde. Yang ni je ado. Jadi ler. 

Cari buku motivasi @ business tapi mcm tak banyak pilihan. Yang fames-fames tak jumpa pulak. Untuk Fikry, Selain buku berkaitan dinosaurs, banyak buku tentang kenderaan berat. Untuk Along, dapatlah 2 buku komik yang agak sesuai utk dia. Satu BM, satu lagi BI. Faeq paling sikit tangkapan dia. Ada 2 ke 3 je kot. Adnin punya banyak jugak. hehe.. Start early ;) Oh, ayahnya tak jumpa buku yang berkenan di hati. BBW memang nan hado buku islamic. Ke kitorang yang tak reti cari?

Buku hardcover range RM5-RM8.

Total damage was RM146 utk 19 buah buku + 1 board game (tiada dalam gambar). 
Puas hati? Ok lah utk anak-anak :)

Tengok berapa lama tahan buku-buku tu. 


----- IKLAN -----


PROMOSI Jalapeno Cheese Powder sehingga 31 Disember 2013!!

Hanya bancuh dengan air panas dan sedia dimakan bersama potato wedges mahupun fries!

Kelebihan Cheezy Cheese kami:
- Dipek dalam PEK ALUMINIUM utk memelihara kualitinya!
- Paling best! Ia BERZIPLOC utk memudahkan penyimpanan!
~~~~~
1 pek = RM15
2 pek = RM25
3 pek = RM35

* tidak termasuk kos pos
~~~~~

Hubungi: Fairol (012-232 8437)
Jemput like Page: DatesNsuch

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...