Followers

Thursday, October 3, 2013

Travelling (2 days 1 night) and Pumping

Assalamualaikum..

Minggu lepas saya ke Kuala Terengganu atas tuntutan kerja. First time kena outstation waktu masih menyusukan anak ke-empat! Nak bawak Adnin tu memang tak lah.. Takpe, lebih baik dia tinggal kat rumah. Alhamdulillah stok susu pun lebih dari cukup. Nasib baik pergi sekejap je. Jom saya kongsikan sikit tips persediaan untuk travel and pump.. tapi ini untuk tempoh travelling jangka pendek je ye. Yang travel sampai seminggu tu maybe kena google lain. heheh ;p

Nota: Untuk travel days tak lebih 3 hari, tak perlu bekukan susu perahan ok. Sebab susu yang baru diperah dan disimpan dalam bahagian chiller dapat bertahan selama 3 hari (maksimum).


Tips Travel n Pump 

1. Kira berapa botol susu yang bakal anda bawa pulang. Contoh macam saya, flight Ahad jam 8.20 pagi. So sebelum keluar rumah dah menyusu. Flight balik pula Isnin jam 9.45 pagi.

Jadual pam
Ahad: 11 pagi - 3 petang - 7 malam - 10 malam
Isnin: 2 pagi - 5 pagi - 9 pagi

So total adalah 7 sesi pam, maka bakal membawa pulang 7 botol x 5 oz susu.

2. Kenalpasti beg atau cooler box yang sesuai untuk bawa hasil susu perahan. Total botol susu di atas membantu anda membuat keputusan ini. Saya cuma bawa beg menyusu yang biasa dibawa ke ofis untuk tujuan ini. InsyaaAllah muat.

3. Pastikan hotel atau tempat penginapan anda semasa outstation menyediakan peti sejuk. Kalau perlu call hotel, call! Saya tak call pun sebab sangat yakin yang bilik hotel ada peti ais. Sesampai je di bilik hotel terus selongkar cari peti ais! ;p Takpe, kalau takde pun.. boleh mohon jasa baik pihak hotel untuk tumpang peti ais dapur hotel. agaga..

4. Biasanya peti ais di bilik hotel tiada bahagian freezer. Kalau ada pun, sangat kecil dan hanya muat untuk ais je kan. So, mohon jasa baik pihak hotel untuk tumpangkan ice pack anda di freezer dapur hotel ya. Kena tekankan pada mereka, FREEZER bukan CHILLER! Sebab dulu saya pernah terkena.. ice pack saya tak beku sebab pihak hotel letak kat bahagian chiller. huhu.. Rosak abis susu perahan saya. Nangis pun tak guna.

5. Bawa ice pack secukupnya. Saya bawa 3 ice pack moms little ones (8 jam pun susu masih sejuk).

6. Jangan check in cooler bag/box anda ya. Just hand-carry. Macam saya kat bawah ni. heheh.. Suka la beg Autumnz ni.. boleh bawa as backpack. Selama ni bawa opis sandang tepi je. 


Rasanya itu sahaja tips daripada saya. Oh ya, kalau nak jimat space, lebih baik simpan ebm dalam plastic storage kot. Saya guna both.. botol dan plastik autumz:


Dapat bawak balik 5 pek susu sahaja. Sebab tak terjaga tengah malam untuk mengepam. No good.

Daripada pengalaman saya, biasanya susu lebih meriah bila outstation. Mungkin sebab makan sedap dan berkhasiat.. hehe.. dan jadual kurang hectic berbanding hari biasa (kurang stress). Cuma kena pandai cari masa dan tempat sesuai untuk mengepam. Kalau stay kat hotel takde masalah. kalau jenis outstation sampai masuk hutan susah juga kan. Anyway, where there's a will, there's a way! ;)

Good luck mommies!

Nak dapatkan Shaklee?

Boleh hubungi saya melalui:

sms/whatsApp: 012-289 7359
emel: ainihayati[at]gmail.com
fb: Aini Hayati Luey

ID Shaklee: 852412

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...