Followers

Monday, September 23, 2013

Kelas Shaklee Pertamaku

Assalamualaikum..

Segalanya bermula dengan Bengkel Shaklee yang kami hadiri pada 6 Julai lepas. Pada pembukaan bengkel tersebut, kami semua diarahkan untuk minta kawan sebelah 'snap'kan gambar kami berlatarbelakangkan audiens yang berada dalam dewan. 


Masa exercise tersebut, saya tengah nak tidurkan Adnin.. tengah jalan-jalan kat dalam dewan. Jadinya terhasillah gambar ni yang disnap oleh mentor saya, Kak Norita. 

Kemudian kami diminta utk upload gambar tersebut ke dalam FB dengan kata-kata "Dengan izin Allah, saya akan dapat kelolakan satu perjumpaan kumpulan Shaklee saya seperti hari ini." Saya tambah sendiri 'Aminn' tu. hehe..


Jadinya hasil daripada bengkel tersebut, 'kakak' Shaklee saya, Yusrina atau saya panggil Cik Yut telah mengutarakan idea bernas beliau untuk menganjurkan kelas bergabung untuk downline saya dan downline beliau. Saya pun apa lagi. Laju-laju lah SETUJU!

Sebenarnya telah menjadi impian saya untuk buat kelas untuk downline yang berdekatan, especially yang baru-baru berjinak dengan biz Shaklee ni. Sambil-sambil tu boleh berkenalan lebih dekat kan. Tapi memandangkan saya sendiri tak pernah buat kelas, dan Cik Yut dah banyak pengalaman dengan Shaklee dan biasa buat kelas kecil-kecilan untuk downline beliau.. Makanya memang sesuai sangatlah tu saya mulakan dengan bergabung tenaga dengan Cik Yut.

Cik Yut memang banyak membantu dalam kelas tersebut. Banyak cover kekurangan saya yang lemah ini. Banyak perkongsian ilmu dan pengalaman beliau dalam kelas tersebut.

Ramai yang puji tempat kelas kami ni.. nampak sangat selesa. Berminat boleh hubungi HappyMindz.

Tak ketinggalan, sesi 'Success Story Sharing' oleh Jannatul Fadhilah, juga 'kakak Shaklee' saya yang sekarang sudah pun pangkat Senior Coordinator. Lagi 2 tangga je nak capai pangkat tertinggi dalam Shaklee iaitu Master Coordinator!

Asalnya yang confirm nak join adalah sebanyak 15 orang. End up hanya 10 orang sahaja yang dapat hadir. Tapi itu pun dah cukup riuh rendah dengan kehadiran anak-anak yang lasak tetapi tetap comel! Kami buka juga penyertaan kepada 'adik-beradik' yang level 'beginner' memandangkan masih banyak kekosongan. Alhamdulillah.. 


Downline saya yang dapat hadir pada hari tersebut, Siti Fatimah & Adzah. Tak mengapa, tak dapat hadir ke kelas bukanlah alasan utk tidak berjaya. Ramai je yang tak pernah hadir kelas tetapi mampu mendapat income 4,5 angkat drp biz Shaklee ni. Nak seribu daya, mahu seribu cara!

~~~~~~
Dari dulu lagi para isteri sentiasa berusaha untuk bantu ringankan beban tanggungan suami. Kalau orang dulu-dulu, walaupun isteri tak bekerja.. tapi banyak kisah yang kita dengar.. buat kuih-muih, letak kat kedai makan. Yang pandai menjahit, amik upah menjahit. Skill yang ada digunakan sebaiknya untuk menambah pendapatan keluarga. Zaman milenium ni pula, dengan kecanggihan teknologi, surirumah sepenuh masa mahupun yang bekerja.. sebenarnya punya lebih ruang dan peluang untuk tingkatkan ekonomi keluarga. Dengan kenaikan harga minyak 20 sen JER, takkan kita hanya mampu mengeluh dan berpeluk tubuh?? Jom LAKUKAN SESUATU! Nasib kita 5-10 tahun akan datang adalah hasil daripada tindakan dan usaha kita hari ini. Kalau kita tak MULAKAN dari SEKARANG, sampai bila pun kita akan terus di takuk lama. 

~~~~~~
Kami doakan semua yang hadir ke kelas tempoh hari dapat memanfaatkan ilmu yang disampaikan dengan baik. Semoga kita sama-sama berjaya di dunia dan akhirat. Ameen!

p/s: Bagi yang berminat untuk KAYA dan BERJAYA dengan Shaklee, jemput baca cara menjadi ahli Shaklee di sini dan perkongsian tentang biz Shaklee di sini.

Boleh hubungi saya melalui:

sms/whatsApp: 012-289 7359
emel: ainihayati[at]gmail.com
fb: Aini Hayati Luey
ID Shaklee: 852412

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...